Wednesday, February 6, 2008

About The Author


Hallo...nama saya Hassanul. Ada orang panggil saya 'yoshz', 'hadi' ataupon kalau saya bawak kereta macam perempuan tua orang akan panggil saya 'hoi' sahaja. Ini adalah entry pertama saya untuk blog Thus Spake The Vampire.

Saya adalah seorang yang typical malay yg aneh, tidak memiliki keyakinan diri, dilahirkan tidak berbakat, membosankan dan sangat angkuh. Hanya muka saya yg macam Cristiano Ronaldo sebagai aset berharga.

Saya tak tahu sangat apa itu blog. yang saya tahu banyak minah² ranggi yg suka tulis blog nak cerita pasal pengalaman mereka bercuti, mendaki gunong, pergi shopping/pusat kecantikan atau semata-mata nak bagi ex-bf diorang jeles. tak pon nak bagi 'bekas kawan baik' mereka modal untuk digosipkan. Ahahaha...
Kalau org laki plak, tak abis² pasal kereta, memancing ngan kutuk arsenal. Eh, ape daaa....

Untuk pengetahuan anda, blog ini ditubuhkan semata² untuk ada blog. At least, bila org tanye,
"Eh engkau ada blog?" Bolehla saya menjawab manja "ya ada". Memang takde ape nak tulis pon. Life saya amatlah bosan. Takde makna nye nak share ngan org. Bosan sampai pak guard di kilang pun akan berasa kerjaya dia mencabar dan boleh berkembang.


Mula² saya ingat nak tulis blog dalam BI, tapi nanti org cakap saya show off, anak orang kaya duduk TTDI tak pon bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah. Eh ape daa... Bukan ada markah pon tulis blog ni. Peduli bahasa apa pun."A rose by any other name smells just as sweet" Itu kata2 Sasterawan Negara England, almarhum Shakespeare dalam karya Romeo and Juliet . Mungkin lebih baik saya kekalkan dlm BM supaya org tak komplen pasal grammar saya dan sebagai bukti bahawa saya adalah bumiputera yg glokal (read: angkasawan).


OK. enough digressing. what is this blog all about? well, to tell u the truth. i really dont know. Just like the comedy series, Seinfeld. "it's a show about nothing"-george constanza.
Seriously, that show is really abt nothing but boleh last sampai 9th season. So, blog saya akan bertahan sampai errr...


So it can be about anything, everything or even nothing at all. Kalau saya rasa nak tulis, saya tulis saja. Or maybe korang boleh suggest saya tulis sumthing. Pasal apa, hanya Ayah Pin sajalah yg lebih mengetahui....

Benarlah kata² yoshz yg maha bongkak.

Wassalamu.

***********************************

p/s: seorang peminat Bram stoker, Castlevania, Darkstalkers dan Cradle of filth. Jadi, Vampire adalah salah satu alter ego saya. Ahahaha.

12 comments:

Melanies_rockstar said...

wah wah wah..bukan main yer..apakah maksud kata2 berikut:

yang saya tahu banyak minah² ranggi yg suka tulis blog nak cerita pasal pengalaman mereka bercuti, mendaki gunong, pergi shopping/pusat kecantikan atau semata-mata nak bagi ex-bf diorang jeles. tak pon nak bagi 'bekas kawan baik' mereka modal untuk digosipkan.

saya sangat terasa.

yoshz said...

Pls...jgn terasa.

Kritikan itu ditujukan untuk semua bloggers. U punye kire 'acceptable' lagi. Bukan mcm cikgu senaman yoga tu..hehe

elina jolie said...

i just found and read ur blog..menarik, lucu & "compelling"...waaayyy better than ur super political revved-up frenster blog...

a few comments: the way u describe abt the author being a typical malay --> SANGAT AGREE!! hehehhe...except for the cristiano ronaldo part...ahaks...

balas comment anies: i tak terasa sangat, sbb i mmg minah ranggi yg banyak gila pengalaman bercuti, mendaki gunong, shopping / spa, tapi i takda masa nak tulis blog, apalagi nak bagi ex-bf jeles...hahhaha...dan bukan juga bekas kawan baik i yg jadik modal utk digosipkan...hehhehe...

btw, love the fact u didnt write in english...altho i have to say u do have a really good command of english amongst my ex-bfs lah kan...;)

u forgot u r also a nymphet...muahahaha....

ami___ said...

woohoo, yoshz pun ada blog ;)

yoshz said...

Me? a nymphet? Well, pray tell my dear elina, are u not one? Rest assured, my lust would not go unfettered.Hehe.

Ami, lu minah kilang yg ranggi.

ami___ said...

lol ranggi la sangaaat hahahaha

ijat said...

oi ghaffar dah pandai internet skang ko

yoshz said...

eh eh idrul....

mana ada pandai, tak pandai la.
awak la pandai boleh buat blog ada lagu, ambil gambar dari belakang. hebatnya, camaner awak tau awak dah senyum ke tak masa ambil gambar tu?

shahril mohammad said...

alter ego ko vampire ke?
haha.
tak ponah den nampak eko minum darah.
kah kah

yoshz said...

Eden vempayo yg minum daghah waktu malam yo. Waktu siang eden tak kuaso minum daroh, kementerian kesihatan ado buek semburan asap di kampung2 tu hah.

elina jolie said...

en yoshz sayang,

saya mmg mengaku saya nymphet. in fact, i think i was the one who taught u the true meaning of the word. pray tell, am i correct?

ur lust will ALWAYS go unfettered as long as u know me.

PERIOD.

Anonymous said...

ini my 1st time baca blog budak comel..
interesting jak rase...
kita tgk ada y best tak..

*pinkgurl*