Friday, March 28, 2008

Much Ado About Water


Berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia 27 march 2008:
SEJAK dua minggu lalu, pelbagai kejutan diterima rakyat selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diketahui. Ada yang menikmati pelupusan saman dan kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dan pelbagai lagi yang didendangkan oleh kerajaan negeri yang baru. Bagi rakyat di Selangor pula dikatakan bakal mendapat air percuma sebanyak 20 meter padu mulai April ini. Se- suatu yang menarik didengar oleh semua pengguna di Selangor. Akan tetapi apakah kita pernah berfikir lebih daripada itu, terutamanya implikasi terhadap jangka masa panjang serta kesan-kesan sampingan yang lain. Sememangnya air adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia, jika dulu se- memangnya air boleh dimiliki secara percuma kerana tadah sahaja air hujan atau ceduk sahaja air di sungai sememangnya boleh diminum terus. Akan tetapi masa dan desakan pembangunan tidak mengizinkan kita berbuat demikian. Masih adakah sungai atau tali air dan air hujan yang boleh diminum terus? Jika ada, berapa pula bilangannya. Hal ini tidak dilihat secara teliti oleh mereka yang membuat cadangan serta saranan. Kajian mendapati tahap penggunaan air di negara ini secara puratanya amatlah tinggi berbanding negara lain di dunia. Dianggarkan kira-kira 300 liter sehari digunakan oleh setiap orang di negara ini. Angka ini lebih tinggi berbanding 150 liter penggunaan individu di Singapura serta 100 liter setiap individu di Afrika.
C'monlah...semua org tau jumlah penggunaan air dinegara kita yg tinggi bukanlah disebabkan penggunaan domestik semata² sebaliknya disebabkan paip pecah/bocor akibat poor maintenance, kena curik dek setinggan. kebanyakan adalah dari perindustrian/kilang2/estet2 dan ladang2. Sila rujuk buku teks alam dan manusia tahun lima cetakan sasbadi.Yg dekat afrika pun satu dunia tahu penggunaan yg rendah adalah kerana sememangnya bekalan air bersih tersangatlah pathetik, industri yg tak besar serta jumlah kereta yg nak basuh amat sedikit.Jgn nak bohong saya....
Piawaian antarabangsa menganggarkan hanya 165 liter air bagi setiap individu digunakan di dunia ini. Jumlah ini dua kali ganda lebih berbanding penggunaan di Malaysia. Murah Persoalannya mengapa ini terjadi? Jawapannya kerana harga yang dibayar oleh setiap meter padu air di Selangor masih lagi murah berbanding negara- negara lain seperti Brazil RM3.91 per meter padu, Afrika RM2.31 per meter padu dan Singapura RM4.78 per meter padu.
Di singapura kerana mereka sememangnya tiada sumber bekalan air asli sama sekali. dan di afrika lagi malang, dahla sumber air asli kurang, rakyat berperang sesame sendiri dan masing² sibuk ngan perniagaan black money dan perhambaan di lombong² berlian. lagipun mereka memang tak suka mandi! Di brazil pula kerana err...er....pasal sungai sana byk anaconda, para kapitalis dan majlis exco negeri mereka takut nak teroka sungai² yg berpotensi.
Oleh kerana sumber air yang banyak serta mewah, pengguna di negara ini ter- utama di Selangor kurang untuk menghargai nilai air yang dibekalkan ke rumah-rumah. Jadi cadangan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu adalah satu langkah yang kurang bijak. Ini kerana dengan tindakan sedemikian, ia akan menyumbang kepada kadar pembaziran air yang lebih tinggi serta air yang digunakan tiada nilainya. Hal ini telah terbukti, apa sahaja yang percuma secara fitrahnya tidak dihargai oleh manusia. Jika sebelum ini, dijangkakan pada tahun 2008 pengguna di Selangor dan Lembah Klang akan menghadapi krisis air yang buruk. Dengan pelaksanaan cadangan pemberian air percuma ia akan menjadi lebih parah lagi. Sedangkan bekalan sedia ada belum tentu cukup menampung keperluan harian lebih tujuh juta pengguna. Kepesatan pembangunan yang memungkinkan peningkatan kadar pencemaran sumber air merupakan faktor yang perlu diambil kira kerana peningkatan kos merawat sumber air juga akan meningkat. Kesemua ini sebenarnya ditanggung oleh pengguna sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh itu, pemberian 20 meter padu air secara percuma adalah tidak wajar sama sekali. Akan tetapi sekiranya pengguna yang menggunakan di bawah 20 meter padu diberikan satu kadar minimum adalah lebih bijak. Setidak-tidaknya kita mampu menanamkan sifat berjimat cermat seperti yang dituntut dalam Islam dan sumber yang sedia ada dapat kita manfaat bersama.
Eh....halo. kadar minimum telah pun diberi yakni sebanyak 6 ringgit sebulan. kendatipun tidak diguna walau setitik, 6 ringgit sudah pasti dirampuk dan dijarah. Air adalah kurniaan tuhan bukan kurniaan sai baba atau khir toyo. jadi setiap individu berhak utk mendapatkannya bagi memenuhi tuntutan asas. Oh...sekarang kamu bercakap tentang tuntutan islam? jadi kalau nak berwuduk, mandi wajib dan beristinjak pun terpaksa bayar 6 ringgit? tolong jgn hina rakyat selangor. kami bukan begitu bebal; semata² kerana free kita buka air besar² pastu main buaya-buaya dekat bilik air.Eh...ape daa..
* MOHAMAD ASRI SHAFII, Setiausaha Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
**bukankah persatuan pengguna tu tugasnya melindung pengguna? kamu main ta ya pa wau ye?

1 comment:

Prof razak mohideen said...

cuba la cari topik yg menarik sikit...ini tidak, asyik2 kritik, kritik....
apa kata anda cuba cari cerita ttg zaman remaja bercinta, ttg hati dan perasaan atau ttg benda2 yg mudah difahami org ramai.boleh buat duit, anda akan dikenali.
Terima kasih