Wednesday, July 23, 2008

Alam dan manusia

SAYA dengan Idrul Nafis mmg tak ngam. Dari sekolah kebangsaan, sekolah agama petang, sekolah tingkatan, dah besar masuk universiti pun kitorang tak kawan. Semua benda dia nak menang. Kaler pensel die LUNA 24 kaler. Saya cuma ada krayon panda 12 kaler. Kalau masa pendidikan seni, siapa2 nak kaler pink kena pinjam dari dia. Itupun dia akan cakap, "Mak kita tak bagi" Hanjing tak?

Belajar, dia aje nak tunjuk pandai. Cikgu belum habis tanya, dia angkat tangan. Mcm la org lain takde tangan.

Ada sekali tu kan, time belajar Alam dan Manusia cikgu bagi soalan. Siapa tau jawab, dia angkat tangan lepas tu tulis kat papan hitam. Cikgu tanya, "Namakan 3 kelebihan menggunakan tenaga solar berbanding petrol?" Haha. Saya tau. Semalam dekat TV Pendidikan ada cakap pasal ni. Dia cakap tahun 2000 nanti semua kereta guna tenaga solar. Saya terima sebagai hadis sahih.

Sekarang, masa saya untuk tunjuk pandai. Saya jeling Idrul Nafis. Eleh, dengki la tu.

Saya angkat tangan. "Kurang pencemaran!" Saya tulis kat papan hitam. Saya nampak Idrul Nafis terkial² cari jawapan kat buku teks. Takde kat situ la, bodoh! Haha! Ada dekat Tv pendidikan aje. Siapa suruh kau pergi sekolah agama semalam?

"Siapa tau jawapan yg nombor dua?" Cikgu tanya lagi. Saya angkat tangan. "Lebih menjimatkan!" Cikgu angguk. Saya tulis kat papan hitam. Idrul Nafis tunduk. Tangan dia main pusing2 pen. mcm tererrrrr....

"Yg ketiga?" Cikgu tanya lagi. Alamak, saya tau 2 aje. Saya tgk Idrul Nafis. Dia angkat tangan! Cisss...tak mungkin dia tau. Dia tak cakap ape2. Pergi depan ambik kapur, terus tulis kat papan hitam...

"3. Dan lain-lain"

Bertuah punya budak. Itupun cikgu tak marah!

p/s saya yakin korang pun tak tahu jawapan no 3 ;)

27 comments:

Sasha Sharifuddin said...

"Dan lain-lain"

Oh sungguh klasik jawapan itu! Jawapan standard bila otak dah jam!!haha!

xrajunax said...

"kesimpulannya semua pihak harus bekerjasama berganding bahu...."



hahaha macam siak. Jom Caliban?

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..adoi la idrul nafis.. adakah idrul nafis seorg genius sekolah?.

kwn aku genius. dia tido dlm kelas,tak wat kerje skolah,tak dtg kelas..cekgu tak marah..

cikgu boleh pulak kata.. haa kamu jgn tiru mcm dia..dia takpe, dia genius..

hangin tak sesapa yg dengar?

Kikuri-hime said...

Terkenang mase dolu-dolu. Cekgu ADM aku name dia Baharuddin. Dia kalu ajo, klaka sgt... apelaa yg cekgu tu wat skang ni???? Thanx for the story. BTW, yes, 'hime' means princess.

l.i.f.e said...

hahahaha.
eh, idrul nafis ni ujud tak?

aRe You? said...

jawapan no 3?
saya tau!!
jawapan nya..jeng jeng jeng...
kurang la org isi minyak kat petrol pump!!
tu kelebihan bg saya :P
sbb saya xda kete tenaga solar..

yoshz said...

sasha,
pray tell, wats the 3rd answer?
cmon, ko jurutera alam sekitar..

rajuna,
aku gi Cemas! kat Disko. Caliban tak sure lagi pergi ke tidak.
Eh, ada tak kerja tulis blog dapat duit?

idrul,...eh dzul,
dia tak genius, cuma bapak dia bendahari PIBG sekolah. mmg cikgu bagi muka.

yoshz said...

kikuri san,
terkenang kan? tapi xsure, ADM dah takde since bila. btw, zaman kamu ada tv pendidikan kat rtm?

life,
teruskan membaca. nanti kamu tahu.
hehe.

ayu,
kurang la org isi minyak kat petrol pump!! = lebih jimat.
sama kan? cuba lagi!

Hazim said...

ah!
aku tidak pernah mengomen rupenye...
apetah lagi beromen di sini...
or di seat blakang...
ops!
tp yg saye pasti...
ape yg lebih nye jike menggunekan tenage solar?
kompom la petrol ada lebih!
ada butul?
kaniki cha!
sigarow2!

yoshz said...

Hazim,
Ngahaha. apahal aku takleh view blog ko? kedekutla tu. mesti ko nak cerita psl migrain di lrt. ops!

betul jugak jawapan ko tu. tak terfikir plak aku. aku tanya betul2, tu bukan teka teki.

Hazim said...

blog?
aku tiade blog lagi...
aku tidak sehebat anda...
aku hanyalah insan biase...
shu... shu... shu...
(desiran angin...)

Danielle_Corleone said...

haha! gua pun tak tau la. gua dulu masuk kelas pemulihan sebab dylexsia!

Rajuna said...

siak
takde member gi caliban ni
aku pergi event lain la

tau nuffnag?
ini apa?

shahril mohammad said...

hahaha.
kalau aku duduk kat belakang idrul nafis tu. dah pasti terbang pencil box besi penuh dengan pemadam nama-nama negara kat kepala dia.

haha

yoshz said...

Hazim,
Aku tak pernah anggap ko insan biasa. Ko seorang yg berperwatakan aneh.

Danielle,
lu kelas yg mana satu? tak nampak pon...

rajuna,
event lain aper? ntah. ape tah nuffnag ni. iklan roti agaknye.

shatun,
ko simpan lagi ke pemadam2 tu? aku mcm rindu nak tengok...hehe

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam, baca blog adik aje terus teringat zaman sekolah lu, akak pun ada gak member cam ni, asyik nak tunjuk baguih aje, sakit jiwo kadang-kadang,tapi memang pandai pun coz sekarang dia pegawai PTD, akak tetap kat takuk secretary aje

Kikuri-hime said...

Yup.. zaman saya adalah zaman kegemilangan tv pendidikan LOL... ADM stop rasanye sejak 1980an kot.Pastu bebudak blaja subjek Sains.BTW, IDRUL NAFIS tu mmg wujed ke? Klakalaaa

Kikuri-hime said...

PEMBETLAN, ADM stop dlm 1990an... sowieeee.

yoshz said...

akak crazy,
percayalah kat mana2 sekolah ade manusia sebegini. tapi xtau ape budak ni buat sekarang.

kikuri nee-chan,
thx 4 the info.

Sasha Sharifuddin said...

alamak..yoshz..jgn cakap kat org occupation aku. kan dah terpaksa jawab..

jawapan no 3..err..err..
*idea*
"dan sebagainya"

amacam?original tak??
*sengih bangga*

Sasha Sharifuddin said...

tapi kalau kamu insist nak jawapan yang serious

no.3 tenaga solar percuma..selagi matahari masih ada.

kot2 tetibe kiamat..tak masuk dalam warranty....*muka series*

yoshz said...

sasha,

no.3 tenaga solar percuma..selagi matahari masih ada. = lebih jimat kan?

btw, kamu boleh kata tenaga solar is renewable energy. nampak engineering sikit.

cuba lagi.

SASHA SHARIFUDDIN said...

argh..aku quit jadi jurutera alam sekitar la camni!haha!

job description aku pun safety officer=pak guard (dlm kes aku, mak guard la)

jadi saya tidak bersalah kerana tak tau jawapan no 3!

*berwajah sugul* agak terganggu dgn hakikat diri ini kurang bijak.tak cukup lama kat UM kot. :P

Pherry Clucker said...

Dia cakap tahun 2000 nanti semua kereta guna tenaga solar. Saya terima sebagai hadis sahih

Dia tipu!

yoshz said...

sasha,
tak cukup lagi. sila sambung master di UM.

pherry,
mmg satu penipuan. ini termasuk ada bas terbang, mesin teleport, binatang boleh cakap dan telefon tanpa wayar. dah 2008, satu pun tak betul.

ipah cute4 kot said...

haha.. nul.. karya ko terbaik.. ko mmg cemerlang terbilang dan terbilang...

yoshz said...

Mekasih ipah kiut...
nampak sgt karya aku buruk² belaka