Sunday, July 6, 2008

Review: Hancock


Directed By: Peter Berg
Starring: Will Smith. Charlize Theron
Rating: **

BERITA baik bagi penghidap insomnia di seluruh dunia. Ubat tidur yg paling mujarab sudah berada di pasaran! Awas, anda dinasihatkan tidak memandu atau mengendalikan jentera berat selepas menonton filem ini. Terbukti, Hanapiah yg mengalami insomnia sejak menonton filem 'setinggan' lakonan Ibrahim Pendek 15 tahun lepas telahpun lena berdengkur di panggung. Hingga saya terpaksa menyikunya beberapa kali sampai dia terpisat² bangun lalu bertanya "I tidur dengkur ke yang..?" "Ha'ah Bi..satu panggung dengar" Serentak, kami menekup mulut lalu gelak tertahan² mengenangkan betapa jijiknya lakonan kami berdua.

Ok. Filem ini awal2 je best. Itupun saya rasa kesan visualnya yg agak melampau amat poyo. Gagal menerbitkan rasa 'fuiyyoo' ketika aksi terbang atau menumbuk keretapi. Jalan ceritanya bosan, ayat2 jiwangnya sgt cliche walaupun ada idea yg baik.Walaupun will smith mampu menunjukkan lakonan yg baik tetapi bakatnya tidak dieksploit sepenuhnya. Alangkah malangnya.Dah, takyah tengok.

4 comments:

ami___ said...

tapi........ i suka! kami suka hehe. hancock si muka ketat. lol.

yoshz said...

Haha...kalau anda suka siapa saya utk menghalang...review dari rottentomatoes.com juga tidak menyebelahi cerita ini. Watak hancock tu dah best, storyline, skrip tu tak boleh blah.

Anonymous said...

alahai bdohnya kamu ni yg terus memuja mahathir dan khir toyo. tp jgn risau, saya juga seperti kamu dahulu..benci pada anwar ibrahim..percaya yg beliau peliwat.
apa saja yg dikata oleh mahathir dan khir toyo itu genius dan betul.
satu hari nnt pasti hidayah akan muncul utk kamu.

yoshz said...

Sejak bila pulak saya puja khir toyo? membaca blognya tak bermaksud memuja.
Saya tak benci pada anwar, cuma dia full of rhetoric.

"satu hari nnt pasti hidayah akan muncul utk kamu"

hidayah=percaya anwar?

Agama apakah itu?

Anyway, thx 4 visiting my blog. i admire ur guts to say it outright but despise u for being anonymous.