Thursday, July 17, 2008

Mimi oh mimi!

HARI itu tak ada makmal. Amali start minggu ke3. Saya ke Blok Pentadbiran untuk ambil borang Insert Delete (satu sistem pendaftaran subjek yg amat primitif) Balik, saya lalu makmal komputer. Saya nampak Mimi sedang khusyuk main mIRC. Ini tak boleh jadi! Saya skodeng dari belakang dia. Nick dia Mimizz, ada dekat channel #kampung.

Hahah! Satu peluang baik nak ayat! Terus saya berlari² ke rumah sewa Idrul Nafis yg juga dihuni oleh budak² extend. Chatting kat rumah dia best sikit. Free, boleh isap rokok, ada kipas angin. Sampai saje, on PC dia. Saya bukak baju. Baru rasa mcm abg2 yg dah abis sekolah tingkatan. Cilakaaa! PC dia ada password pulak. Kedekut betul budak Idrul Nafis ni. Harap bapak je pakai V6.

Budak rumah dia sorang pun takde. Helmi dah keluar pekena Yong Tau Fu. Saya call Idrul Nafis. "Legolas, apa password kau?" baik punya saya bodek. "Kau tak tau, Mazidul? Password aku senang aje lah!" sukati bagi nama orang. "Senang? nama kau ke? birthday kau?" Tutt...tutt.
Putus. Masuk lagi duit syiling. Tak Boleh. "Pantat puki....paperr lamaa..."

"PGLN KECEMASAN SHJ" Bodoh, ini kira kecemasan apa??!! Saya gigit gagang talipon.

Bengang, saya balik rumah. Bantai tidur dulu. Harapan nak chat dgn Mimi musnah. Dah lama sikit, Idrul Nafis balik Dia kejut saya. Tak tau masa tu pukul berapa. Tapi, cerita Betty dah start.
Saya suruh dia masukkan password. Harap² Mimi online lagi. Perlahan2 saya tengok dia taip. Slow. Mcm kura2 takde kaki. Sambil taip dia sebut huruf satu-satu.

"S.E.N.A.N.G.A.J.E. Senang aje!" buat muka bangsat.

Hari tu saya clash dgn Idrul Nafis.

14 comments:

Dzulkarnain Mohamad said...

haha..komputer ada password mmg boleh buat org hangin..

yoshz said...

Ntahnye...mcm la ada rahsia besar dlm pc tu. kalau ada barang baik patut dikongsi bersama.

Sasha Sharifuddin said...

ni kisah zaman bile ko ber'mIRC' ni yoshz???hahaha!!bukan 10 tahun dulu ke?

yoshz said...

eh eh sasha! lama tak jumpe. ha'ah. ya la. zaman mIRC dulu. waktu kamu berskandal dgn 'toolanx'.hahaha.ingat tak?

anyway, thx 4 coming!

aRe You? said...

terdapat keconfiusan d sini..
idrus nafis tu jantina nye laki @ pompuan?
ngeee :D

xrajunax said...

mimi hanya untuk lelaki yang selalu kecewa.

seperti kita, yosh!

ipah cute2 said...

nul.. tgk kelawarlelaki gelappejuang jom..

l.i.f.e said...

ya allah!
kelakar sengal yang amat :))

Sasha Sharifuddin said...

hoi!!jgn dikenang kisah yang lalu!!haha!!dah bini org dah skang ni ok?!

but honestly, if it wasn't for him, aku kantoi SPM kot!

haha!mIRC were the days...it built a lot of bridges..but it burnt a few along the way too...:P

yoshz said...

ayu,
idrul nafis tu laki. thats why saya letak tanda '' pada perkataan clash. tapi lepas tu kitorang kwn balik haha...ada sambungan cerita.

rajuna,
aku tak pernah putus asa walaupun aku tau mimi tidak boleh beri komitmen. katanya, kerjaya la, takde chemistry la, masih ingat ex-bf lama la...aku syak dia lesbian.

ipah cute,
Dark knight adalah satu²nya...kejap..apesal tekak berkahak?
blueeekkk. Satu2nya sekuel batman yg tidak menggunakan nama Batman sebagai judul. jadi patut diterjemah sebagai satria gelap shj.Blueeeekkkk!!

yoshz said...

life,
haha. thx. tapi kamu patut talipon ipah cute tu. dia lagi kelakar. ipah, nanti masuk rm50 dlm maybank aku yer...

shasha,
aku tau. tapi malang, karma tidak menyebelahi beliau. ya, aku tahu kamu dah berkahwin, jadi dpt anak bagi nama hassanul.yup, it built a lot of bridges. but i never burnt any. i think..miss those 'glorious' days...hehe.

Rabia said...

hahahaha...(selingan)

Anonymous said...

mesti mimi tu cantik kan????????
tingin nak tengok muka mimi??
write something abt her budak comel!!

*pinkgurl*

Hidemichimomotani said...

Pe susah....kalau tak nak org selongkar buat je 'hidden files'...kalau org nak pinjam komputer pesan kat dia jgn tukar status kat folder option!