Sunday, July 6, 2008

Pagi bersama hadi


IT was a fine,peaceful, sunny Saturday morning. Perlu ke describe mcm tu skali? Pagi sabtu je. Apa yg seronok sgt? Ultraman Ace pun dah lama habis. Saya melepak di klcc. Mundar mandir untuk mencari tujuan hidup. Tak jumpa. Pergi tower records jap. Tgk2 cd, apa yg takde. kemudian, tanya kat brader tu "CD lagu xx ada tak?" sure dia jawab "abis stok la bro..."

"Abis stok ke mmg takde? Kah kah..."kata saya sambil membuat gaya lari comel angkat skirt. Sekarang rutin Sabtu saya dah complete. Next week dtg lagi....


Dlm perjalanan pulang melalui stesen LRT Putera, ada beberapa awek berpakaian ala2 gothic pandang saya. Diorang buat bunyi menciut2 kat saya. Saya takut. Saya buat muka lan si, jalan laju2."Hek eleh, harap rambut je macam Jehan miskin, penakut!" kata awek yg paling tinggi tu. Dalam kekalutan itu, saya putus nafas 7 kali, sempat mengucap 2 kali je. Foohh...nasib baik.


Saya keluarkan kotak rokok. Buat aksi control macho. Nyala rokok mesti guna mancis. Ini petua arwah James Dean. Kat depan ader sorang mamat sengih kat saya. Jalan dari arah sana. Huh, salah platform la tu. Itulah 'Dia'. Dia lambai, sambil berteriak dgn keriangan F&N, "Hey, Yosh!" Saya sengih mcm kucing kena garu kat perut dan menyapa "Hey...bai. apa lu buat kat sini?"


"Aku saja jalan² kat sini. tgk2,carik barang sikit" jawapan standard macam budak² Form 1 yg nak gi main Daytona tapi malu nak mengaku pasal tak terer main lagi. "Ko buat apa?"

"Tadi aku buat pasal. lepas ni nak buat bodoh pulak. ko nak ikut?"saya cuba membuat lawak. Gagal. Baru sekarang saya faham perasaan Wahid Senario.


Dia geleng² kepala. "Yosh..yosh. Ko sama mcm dulu. Tetap tak matang jugak. Hehe" dia jawab sambil menjeling awek dia. Awek dia ni boleh tahan cun jugak. Type² minah kelisa. Putih, ayu, lemah lembut, pakai tudung. Tapi berseluar jeans ketat, T-shirt lengan pendek. Perempuan jenis ini, entah apa yg diorang fikir.


Kami berbual² beberapa minit. Dia ni OK, looks nice, fizikal agak macho, rupa boleh tahan. Mcm Edika Yusuf. Dari gaya perbualan, dia smart and articulate. Jenis lelaki idaman tanah Melayu. Tapi yg pasti, bila awek dia merajuk, dia tetap akan dianggap sebagai 'si bodoh'.Lelaki mmg malang.


Terus berborak. Kami update ttg kerjaya, rumah dan pinjaman kereta. Dia dgn rancangan berkahwin dan saya dgn skim MLM saya. Dia dengar nak taknak sambil sebelah tgn main pusing² pen. Saya usyar pergerakan jarinya. Hmm...balik rumah boleh try. Lepas tu kami bergerak mengikut haluan dan platform masing2. Dia dan aweknya ke kelana jaya, saya ke...errr..er..."Eh bang. Putra tak pergi sogo ye?"


Dlm perjalanan utk tukar tren di masjid jamek, saya terfikir2. Mana saya jumpa mamat tu? Apa nama dia? Camner die kenal saya? ada frenster tak? Sumpah saya tak ingat langsung...


Perkara sebegini tentu pernah atau akan jadi pada anda.


Perlu diingatkan bahawa mutu lakonan amatlah penting.



2 comments:

donutmanis said...

hahaha funny. pernah experienced the same thing few years ago. until now still x ingt sape gerangan org 2. pandai u cover line

yoshz said...

Awkward kan situation mcm ni?
Walaupun boleh cover line but still perasaan bersalah itu masih ada...hehe.anyway, welcome!