Saturday, July 26, 2008

Review: The X-Files

KHAMIS mlm Jumaat hari tu, kitorang dapat tiket free tgk cerita X-Files. Dekat GSC MidValley. Tiket tu cakap, free seating. Apalagas, terus kitorang belasah couple seat. Saya mmg dah ada idea jahat dan kotor. Oh yes....
Kalau cerita bosan, boleh kitorang layan main sep sep sep tom tom tom sepam tak pun main teka2 ibu negara mcm iklan Koko Crunch tu. Hehe..kelas tak idea saya?

Tiket tu tulis Hall 3 pukul 9. Sikit lagi nak pukul 9, kitorang dah cop seat belakang sekali. Standby dgn hotdog dan air strawberi gelas besar. Orang tak masuk lagi, iklan pun tak start.
Layan hotdog dulu. Byk gak couple2 Melayu menang tiket ni...ingatkan amoi2 je dengar Mix FM.

Tiba² ada satu brader badan besar ngan awek dia dtg kat kitorang jenguk2, tgk nombor seat. Apahal lak brader, tiket kitorang free seating, menang peraduan. Apa kelaaasss lu beratur penat2 beli?
Sikit lagi saya nak tumbuk brader tu. Tapi nasib baik dia pakai spek. Saya tak sampai hati.
Kitorang bawak berbincang. "Bro, boleh tgk tiket?"saya tanya. Hmmm....nombor seat dia betul, Hall 3 pun betul....

Tapi apahal pulak tiket dia tulis cerita 'I'm Not Single'. Kitorang dtg nak tgk X-files...
Haha...saya tau. Ni mesti MixFm nak kenakan kitorang. Mesti prank ala2 Wakenabeb.

Tukar Hall. Takpe.Kitorang patuh dengan harapan krew Mix FM dtg buat surprise.Hehe

Ciss..takde apa pun....end up kitorang tengok sambil peluk badan masing2 akibat duduk betul2 bawah air cond. Sejuk mcm gampang. Dahla cerita X-files tu pun mcm gampang jugaklah bosannya.

Dah...jangan lah korang ngada² nak tengok!
Saya nak pergi saman macha yg mengada tulis Hall 3 kat tiket kitorang tu!

21 comments:

rahimin idris said...

woi, bila masa ada cerita x-file ni? aku tak tau pun!

ami___ said...

kalau dapat tiket free nak jugak tengok.. hihi :)

yoshz said...

rahimin,
ada. saya tgk premiere. kalau xdpt tiket free, saya pun tak tau ada citer ni.

ami,
tak berbaloi jugak. penat2 rushing dari soni. tgk2 citer tak best...

shahril mohammad said...

saman jangan tak saman.
x-files ye...?
dah lama tak tengok dia punya series.
teringat lagu intro yg misterius tu.

Dzulkarnain Mohamad said...

alih-alih x-files the series zaman agent mulder n scully ujung 90 an gak yg best.
abih je siri tu terus jd tah hapa-hapa..
pada aku la..

yoshz said...

shahril,
lagu misterius tu kekal. tapi misteri tu yg dah takde! dahla kes dia tak susah sgt, byk fokus kat percintaan diorang 2 aje...hampeh tul...

dzul,
betul. series punya jauh lagi best. dahla kes dia tak susah sgt, byk fokus kat percintaan diorang 2 aje...hampeh tul...

Kikuri-hime said...

Citer x-file mmg bosan (tahap dewa)! Dulukan penah ade movie dia... mati kutu mase tgk dolu2. Tp x pelaaa.. u x rugi ape2. Nasib baek tiket free...

ipah cute 5 said...

cite terbaik utk aku.. garapan yg menarik.. twist plot yang mencabar, lakonan yang bersahaja dan tenang.. tgk lagi cite ni yosh dont give up..

Rajuna said...

aku eh kalau tak razak moiden malas aku nak pegi wayang.

x-files tu kire macam x-rated ke? tapaham la yoshz. saya ni caliban sangat.

aRe You? said...

haha..tu la len kali p tgk cite sepi
maybe sesuai ngan awk :D

hajime said...

ah!
so adekah anda bermain sep sep sep tom tom tom?
hmm...

yoshz said...

kikuri nee-chan,
movie yg dulu mcm ok lagi la...
yg ni mmg bosan tahap dewa kebosanan pun tak boleh blah.

ipah cute,
twist plot yg mencabar? kat mana tu? makan twisties lagi mencabar adalah.

rajuna,
razak mohiden lagi syok. sekurang2nya dia taruk artis2 yg hot sebagai pelakon. yg ni, haiissshh..
jgn caliban sgt...cuba la Menggelebah! dekat disko.

ayu,
saya dah tgk citer sepi. cerita afdlin yg loser ada mcm saya sikit2tapi saya tak gemuk.

hajime,
tarak. sejuk nak mam. layan gigil2 je...

Danielle_Corleone said...

power lu! menang peraduan! hahaha! last2 dapat couple seat tak?

yoshz said...

danielle,
dpt gak. tapi hampeh sejuk nak mampos. tak jadi main sep sep sep.

eija maskulin said...

wah.... enjoisss sakan org kt area klang valley nih... mentang2 aku jauh di northern region... xper2.. nnt aku pulang ke pangkal jln kita layan movie best yg lain ke plak..

elina jolie said...

shit lah criter u nih...i tergelak besar gila kat office pepagi buta nih...dem dem dem...dahlah org suma monday blues...i leh plak bersuka ria gelak ketawa...;)

anyway, sejak bila plak u masuk mix fm nyer contest nih? i yg dengar mix fm pun tak menang apa2. tak aci nih...

btw, sep sep sep tom tom tom tuh main macam mana? kenapa kene main dlm cinema & terutamanya di couples seat? otak kuning saya sudah merewang2 pada 9.10 pagi nih...hehhee....pasti anda nonton sama cewek yah? ini olang mmg manyaaakkk hamsap wooo...

yoshz said...

eija,
apa beza movie kat sini ngan kat utara? sama je kan? apa lagi movie best? summer nak abis ni kak oii...

elina,
very happy arrr u! 2 ringgit pls...
i tak masuk. kwn i yg terer tu yg masuk. menang plak tu. haha.

main sep sep sep ni kena facing each other. main mesti ikut tempo lagu. tak boleh cepat or lambat sgt. persefahaman sgt penting. dats why perlu couple seat. got it?

marjerin said...

tak best ker? nasib baik. aku ingat baru nak pergi tengok..

elina jolie said...

u pun kene bayar i 2 ringgit gak...my comment made u happy seawal u masuk2 keje....

i rasa u hutang i lagi banyak dr i hutang u dlm game rm2 nih kot...;) pray tell, am i right or am i right?

l.i.f.e said...

kamu ni yoshz..cerita benda yang 'hampa' pun boleh jadi kelakar ye. saya kena tegur tadi 'apehal tgk skrin laptop sengih2 lebar2 tu cik kak!?' - kata boss
nasib saya tak gelak besar2 je :-j
btw, couple seat tu camne rupa dia?

yoshz said...

marjerin,
tak best.saya tak tahu taste kamu. tapi setahu saya tak ramai org suka cerita yg tak best.

elina,
true. ur comment made me happy. but i think its too soon for you to say that i hutang lagi byk. kita tunggu bulan depan..ok kan?

life,
hehe. thx.suruh bos kamu baca pulak ye..
couple seat tu besar, ada tajam2. ekor panjang mcm kelawar.

eleh...purak2 tak tahu...