Thursday, July 3, 2008

Sahibba

HARI itu Hari Kantin. Sekolah kebangsaan habis awal. Saya bawak basikal pergi rumah Idrul Nafis untuk memulangkan tape cerita Rambo.Tak boleh simpan lama². Nanti tape masuk habuk. Saya bawak basikal laju, macam Eddie Lawson. Seperti biasa, lalu aje depan rumah Ariyati, saya mesti bawak basikal lepas tangan. Mintak²la dia nampak. Bob Samah cakap, budak perempuan suka laki yg pandai bawak basikal. Dia buat hadis palsu.

Di rumah Idrul Nafis, kami main SAHIBBA (scrabbles berbahasa Melayu). Idrul Nafis orang kaya. Bapak dia masuk skim Pak Man Telo. Sambil main kami borak. "Semalam kitorang pergi Pantai Klebang. Banyak betul sibun kat sana" ujarnya eksyen. "Sibun? apa tu?"saya tanya.
"Alaa...binatang yg macam kerang tu, tapi besar sikit dari kepah atau lala" Oh...saya iyakan aje.
Hebat jugak pengetahuan am budak ni. Dlm buku kaler2 saya tak jumpa pulak.

Selang beberapa minit, papan sahibba dah nak penuh. Huruf vokal dah habis. Jubin2 dlm uncang pun dah takde. Kat tangan ade huruf R,G,J ngan J lagi. Apa benda nak letak? Takkan nak kalah ngan budak darjah 5. Padehal saya dah abis UPSR.

"Boboi, turn ko jalan lah". "Aku tau lah!" Bodoh punye Idrul Nafis. Kalau bukan dia jalan aku la jalan. Takkan Rashid Sidek nak jalan. Buntu, aku letak huruf 'R' kat belakang perkataan 'TAPI'.
'TAPIR'. Okla dari tak jalan langsung. 6 markah.

Idrul Nafis buat muka yakin. Mcm baru lepas menang lawan M. Bison dlm Street Fighter. Turn dia jalan pulak. Dia letak semua jubin yg ada kat tangan. Kalah la saya macam ni...

'SIBUN'

Tgh hari itu, Idrul Nafis makan pelempang.

17 comments:

xrajunax said...

kurang hasam!
lain kali kau main dam ular je dengan dia.

yoshz said...

Tak boleh main dam ular.dia champion. ah, aku ajak dia lawan street fighter pakai zangief.

ami___ said...

sibun?





apakah.....?

yoshz said...

Sibun adalah perkataan yg sengaja direka² oleh Idrul Nafis untuk menang Sahibba. Ia hanya wujud didalam kamus hidupnya.

xrajunax said...

anda di tag
sila rujuk soalan di page saya!

HelmiAzizi said...

sibun ke SABUL? hahahaa

yoshz said...

Helmi,
SANGGOL KAU!
SAMSOL HANG!

pipiyapong said...

cilakak..!!licik betul trick sibun dia..hahaha..

yoshz said...

Pipiyapong, aku rasa kita boleh guna trick dia untuk peraduan silang kata Utusan Malaysia.Haha.
Bile menang kita buat muka mcm Samerin More Jutaria

Rabia said...

alahai...comeynya Idrul Nafis ni...pandainyer dia!

yoshz said...

tak comel la dia. skang tak tau la psl kitorang sekolah tingkatan tak sama..

Rabia said...

"tak comel la dia" ---> ayat dengki?

l.i.f.e said...

sekolah tingkatan?
haihhh..hahaha lama tak dengar orang cakap gitu

ijat said...

aku baca topic ni 4 kali sehari, 1 sudu teh selepas makan

yoshz said...

life, sekolah tingkatan ->klasik bukan? ;)

idrul, ooopsss...ijat,

bagusla, tapi aku takut ko overdose. hahaha

shahril mohammad said...

sungguh class cara dia menipu.
lain kali, main bawak kamus.
buat rujukan.

yoshz said...

shaton, perangai idrul nafis ni macam iblis. kalau bawak kamus pun dia akan cakap kamus aku tak update. dah ada cetakan terbaru.