Wednesday, July 2, 2008

Snuker dan Gincu

MALAM tadi, saya pergi bermain snuker dgn kawan saya. Nama kawan saya Shariman Toyota.

Kami main di Wangsa Maju. A'ah yg belakang NZ lama tu. Pada mulanya saya berasa gentar utk menerima pelawaan Shariman Toyota pasal saya dah lama tak main.
Dah 2 tahun lebih dah...

Tapi apadahal.Saya anak jantan. Buktinya, mak saya pernah berkata "Angah tu boy, dah jgn main dgn lipstick mak!" Kami kena seframe.

Shariman Toyota mendahului saya dgn 20 markah lebih. Muka die bangga mmg macam palat.
Saya kontrol. Tenang dan yakin. Cheh, kamu budak sekolah agama ada hati nak lawan ngan kitorang budak sekolah sains. Kitorang ada bedah katak..

Giliran saya jalan...
Bola merah tinggal sebiji di atas table. yg lain bola kaler. Saya bagi bola leleh. Placing black.
Bola black saya potong nipis. masuk tengah.Next, bola kuning dah sedia depan lubang.
Saya letup. Diikuti bola hijau, cokelat. Saya mahu sau qiu semua. Tak nak kalah.

Bila tiba bola pink. Saya jadi cuak. Bola long shot ni mmg saya tak expert. Susah. Tapi kena masuk jugak, kalau tak Shariman Toyota boleh sau pink and black. Saya bubuh kapur hujung cue. taknak buat stupid mistake. Ini bukan main tontong. kalah bayar. Saya lurus kan lengan. Dagu cecah cue.betulkan kuda² dan rendahkan pusat graviti. Teknik ini penting untuk mengekalkan kestabilan oktet badan anda. Saya pukul. Tak kuat dan tak perlahan. Bola pink sipi lagi nak masuk lobang hujung. Missed by a few mm.Ah, damn!

Shariman Toyota punye air muka ada sedikit berubah. Eleh, suka la tu! Dia meletakkan tangan ke bahu kanan saya. Mulut betul2 kat cuping telinga kiri saya. Dia bisik "Hasanol, aku ada benda nak cakap" Ish dia ni. Tolongla jgn cakap kamu sukakan saya. Kita biasa2 aje la.takde ape2 pon.
Matila saya. Tak tau nak buat apa ni. "aaa...ada apa Man?" tanya saya.

"Bro, lepas bola coklat, biru lah!"

Snuker mlm tu, saya bayar.

6 comments:

elina jolie said...

i can't believe u pakai lipstick mak u masa kecik2 dulu...i pun tak pakai lipstick my mum ok...;)

yoshz said...

sorila...tapi naluri ingin tahu i mmg tinggi. bukan i ni effeminate.
tidak. i cuma nak tahu isi hati wanita..

elina jolie said...

sib baik u tak pernah pakai lipstick i or pakai any of my lingerie. gila tak sanggup if i ternampak. haha.

ps- ngaku cepat, pernah tak curi pakai coli i? cepat cepat...

yoshz said...

tak. tak pernah. coli u kecik.
hahaha.

(to all readers, jgn percaya dgn elina ni. fusebox kat otak dia dah tripped)

elina yg sekarang tambah segan said...

pertama sekali, TOLONG SIKIT ENCIK YOSHZ. coli saya tidaklah begitu kecil, kerana sesungguhnya saya memakai size 36B. sehingga satu tahap, saya segan untuk menyatakan saiz coli saya semasa ingin mencuba di la senza karena lilitan dada saya yang sangat bidang.

kedua, (percayalah cakap saya wahai pemirsa sekalian, fusebox saya tak pernah "tripped"). en yoshz nih seringkali bayangkan dirinya seorang yang ada multiple gender. kuhik kuhik...

Hidemichimomotani said...

hampagas la lu ni!LOL