Tuesday, August 26, 2008

Ibarat batuk ditimpa tangga

SEKARANG musim batuk. Kat ofis pun byk org batuk. Ada seorang encik Jepun di tempat kerja saya batuk mcm anjing. Kuhuh kahak kuhing..woo..woo..Nak ajer saya baling frisbee. Tgk boleh tak dia tangkap dgn mulut.

Bila tiba musim batuk, saya teringat masa saya kecik² dulu. Ada iklan ubat batuk yg ayah dia batuk², satu rumah gelap dan murung. Bila ayah dia minum dan batuknya sembuh, secara ajaib rumah mereka terang benderang dan satu famili mereka hidup bahagia. Terus mereka pergi berkhelah di bukit mana ntah. Melampau bukan?

Ada satu hari tu kan, saya batuk. Mak bagi duit suruh beli ubat batuk dkt Pasaraya Bintang. Dia suruh beli Breacol. Saya cakap, "Takmoh!" Breacol tak sedap" Saya nak beli ubat batuk tulisan Cina tu. Alaa...yg iklan dia ada wayang kulit tu. Yg anak dia berduka nestapa kerana ibunya batuk...Ubat batuk yg tu manis. Abis mkn saya mesti jilat botol tu.Haha. Biarlah, bukan org tau. Tapi, satu hari saya nampak ayah saya buat benda yg sama. Terus saya campak botol tu jauh².

Sampai di Pasaraya Bintang, saya terkial2 nak carik ubat batuk tu. Wajah terpinga2 saya yg comel telah menarik perhatian seorang akak yg kerja jual² tu. Akak tu tanya, "adik carik ape dik? carik makwe ehhh...?" Saya terkejut. Saya garu2 kepala. Cuba nak ingat tajuk ubat batuk tu. Err...apa ah? Oh...ya!


"Kak, ubat batuk cap ibu dan bapa ada tak?"

24 comments:

Rajuna said...

ha ha
kisah si anak cabut laghiiiiiiii
tak mau makan ubat yang dibeghiii....

el jan said...

baling frisbee kat org yg tengah batuk? ahaks. funny. another example of ur vivid imagination.

iklan "happy family setelah bapak dah sembuh batuk" tuh mmg sangat misleading. i held on to that fantasy sampai final yr kat UM. sabar je lah. takda pun my dad bawak jalan2 berkhelah kat bukit mana2 everytime dia sembuh batuk.

bukan botol ubat batuk u kat umah je u jilat, botol ubat batuk kat umah i pun entah2 u jilat eh? eeuuww & i STILL keep the bottle. balik nanti i pun nak baling jauh2 botol ubat batuk tuh.

entertaining entry. well-needed on my sick day today. thanks yosh. sila lah teruskan mengupdate entry anda daily.

Kikuri-hime said...

Dear yoshz,
Bukankah Ubat Batuk Cap Ibu & ANAK? Aku rasa kalu carik kat mane2 pun, sampai kiamat x jumpa...

yoshz said...

rajuna,
haha. weh...mkn jambu jom!

el,
held on to that fantasy? biar benar...haha. botol ubat batuk kat umah u tu masih suci kut..rasenye la.get well soon! dah, jgn berak kat tandas awam lagi!

kikuri,
mmg takder ubat batuk cap ibu dan anak pun...letih saya carik. camner bley tersasul ntah. selalu ingat parents kut...good boy la katakan..

S.YanaZ said...

Yoshz...

ellehhh...kecik2 dh gatal...
cap ibu dan bapak kononnn...
ingat kawen2 laa tuhhh.

ellehhhhhhhhh!

poyotito's said...

hah!ini yang gua tak tahan ni.
asal bukak blog lu rasa nak mencarut je baca entri lu.

ubat batuk cap ibu dan bapa kepala takok luuuuuu!!

sultan said...

peh... kecik2 lg ko dah bjaya menarik awek tanpa guna skill memikat skit pun...

Anonymous said...

Hahahahaa.....adus.., kalau rasa nak cam nak sedih, cam nak tension..bukak je, ur blog...gelak2je sorang2 plak tu, pastu kena tutup mulut, sebab kalau aku gelak kuat-kuat malam ni, for sure jiran tetangga cakap, cik kak oooii mana plak ni dok gelak, malam2 nii, pi tido larr, sok nak keja....

Thumbs up, sebab berjaya bagi aku gelak selain dari Nabil, Raja Lawak....- mamapower

Princess Liyana said...

huhu ubat batuk cap ibu dan anak la:p hik2..

lain kali jawab, taklah kak,saya cari mak saya. akak ada nampak?;p

mahata said...

ni namanya, kecik-kecik tak nak mampos, besa-besa kutuk orang

aRe You? said...

euuww....comel?
agaknye kakak tu nampak hingus u mengalir kot.. :))

Ojie said...

huh kecik2 lg ko dh tunjuk skill..agak2 masa ko nmpk akak tuh, idung ko bersembur darah x?muahahahha..

tropicoloco said...

aik?? bahaya nie..jgn silap mintak ubat laen sudaaahhh...chait!!

rahimin idris said...

hajime, tolong ajar yoshz doa lupa. hisap rokok pun tak buka tingkap. nama ubat batuk pun lupa.

(kalau kau ajar pun sia-sia juga. dia akan lupa doa tu!)

redza said...

Laa.. ni rupanya mimi kau yosh

suya said...

itukah mimi ko?kemon...u ken do better then det.....huhu

yoshz said...

usin syanaz,
tu baru bagi 'hint' tu! mana tau mak bapak dia ader ajar ngaji. boleh belajar muqadam

poyotitos,
apa ingat kalau org bukak blog kau,ada diorang nak selawat dan salam ke atas Junjongan? kata² kesat jugak yg keluar dari mulut mereka.mcm pokem tau tak? haha

sultan,
itu namanya skill yg sangat ninja. diam tapi berkesan. lepas tu je akak tu mesti balik cerita kat mak dia. amacam best kann?

mamapower,
thankiu mama. jadi, yg selalu mengilai mlm2 tu kak mama la yer..
haha. misteri telah terungkai. uncle seekers pasti kecewa. Ya, Nabil mmg raja lawak. tapi, sekarang mcm dah tak best. Apepun saya tetap memuja Seinfeld dan Kramer.

pricess liyana,
Patut tanya mcm ni kut, "Mak akak dah makan? kalau belum saya belikan kutu mayam?"

mahata,
"kecik2 taknak mampus, dah besar panjat siling"
saper tah yg cakap kat masrol tu.

are you,
Ha'ah. mmg jarang kesat ingus. Psl sapu tangan yg mak bagi dah hilang masa sukan.

ojie,
hahah. kutuk aku yer?? Tak kuar darah la, akak tu mana seksi. Baju uniform pasaraya tu lgsung tak mengghairahkan. Ah, harus buat aduan ke HR pasaraya...

tropicoloco,
Haha. Mana tau tersilap mintak ubat pensel tekan.

rahimin,
berani ko ckp aku pelupa. ingatan aku sgt tajam ok?? sifat² binatang mamalia pun aku hafal lagi.Kalau ko tak kenal aku kau jangan cakap banyak,en raziman idris oi...

redza,
haha. nyamuk, ko sama macam cikgu s.yanaz tu. fanatik gang starz. aku tak pernah tgk pun rancangan tu.sori, tu bukan mimi ku. tapi, ada resemblance sikit.hehe

suya,
i can do better? dun think so laa..aku seorang insan biasa je. kalau ada org yg boleh menerima aku seadanya pun aku dah happy. Ofkos, kena bagi aku cokelat dan happy meal selalu, baru bertambah syg..haha.

**penat.....

Qaseh.Darwisy said...

pasaraya bintang..x glam langsung..ermmm...

cream crackers said...

ibu dan bapa plak? ibu dan anak la sayang oi...

**kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk, kasihan ibunya, dia pergi mendapat kan OBATTTT!

yoshz said...

Qaseh,
Bintang itu mercu tanda ampang dulu...dulu dlm tu ada kedai kaset.

cream crackers,
ok. lagu breacol pulak camner?

generasi said...

emm best tol emm xpe nanti kalau aku dah bukak bisnes aku wat produk ubat batuk cap ibu dab bapa, anak2 xleh minum

el jan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yoshz said...

generasi,
tak payah la kut. kalau ibu dan anak, bapa tak boleh minum. takdela aku nak jilat botol yg sama. ini seolah2 aku bercium dgn bapak aku dgn cara tak langsung

comment deleted psl ader org bagi komen salah entri. org ke aper ni..
tapi dia dah betulkan. thx ;)

eija maskulin said...

aku sgt bz la. skang baru dpt baca entri ko. tp ko mmg nk kena pijak dowh... cap ibu & bapa ya??? come on...