Thursday, August 7, 2008

Meet my teacher

MINTA maaf. Gambar ni tak clear. Ini gambar reject majalah sekolah.Bukan salah saya. Ini salah photographer. Ada senior saya cakap lens kamera sekolah pecah bila tengok muka cikgu kat tengah tu senyum. Haram cikgu tu tak ngaku pulak.

Itulah cikgu BI saya. Nama dia Mr. Tang Kok Keong. Ada budak sengal kelas belakang2, panggil dia Foo Kok Keong. Langsung tak sama. Dia ni kalau nak gantung net badminton pun tak reti. Ada pulak senior yg dah tak ingat apa namanya panggil dia Encik Lidah (*tongue). Senior ni ingat dia kelakar. padahal budak tingkatan dia pun taknak kawan dia. Apa2 pun cikgu ini adalah cikgu BI yg paling best bagi saya pasal dia jarang masuk kelas.

Tapi kan, sekali dia masuk kelas mmg sakit jiwa dan sakit kaki psl saya asyik kena suruh berdiri. Mana taknya, kalau BI 2 masa, dia suruh baca petikan kat buku teks. Petikan tu adalah baca pun tak sampai 5 minit. Nak dekat habis waktu, dia masuk balik, suruh tutup buku teks dan tanya soalan yg bukan2.

Kalau dlm petikan tu ada nama budak, Khairuddin atau Sharippuddin, dia akan tanya ada berapa 'D', berapa 'P' kat nama diorang? Tak ke hangin..langsung takde kena mengena ngan cerita. Kalau petikan tu psl conversation kat post office, dia akan tanya berapa byk motor parking kat depan post office tu? Apa plet dia? Ada berapa kesalahan yg mamat motor tu buat?
Helllo....!! Kitorang nak ambik lesen motor kah?

Dia juga ada satu habitat suka bagi denda pelik2 kat budak yg tak dpt jawab atau tak pakai lencana. Denda yg paling dia suka adalah suruh budak² nyanyi apa2 lagu kat depan bilik darjah asalkan lagu BI. Ada jugak bila dia jiwa kacau, dia suruh budak nyanyi lagu Melayu dlm BI. Lagu Siti, Jerat Percintaan tu dah jadi Love Trap. Tak ke hodoh bunyinya?

"Dalam pertemuan ini, kita terperangkap sudah

Dalam jerat percintaan, yang tidak disangkakan"

Menjadi:

"In this meeting, we are ensnared, already

In this love trap, which is very unpredictable"

Bapak tak sedap bunyinya. Tambah pulak ada seorang member tu bantai dgn suara soprano cecah 6 octave. Saya yg kat depan nyanyi dgn badan gegar2 tahan gelak.

p/s: jgn susah2 cari gambar saya. Nanti kamu susah2 pula talipon saya mintak jadi adik angkat.

49 comments:

SASHA SHARIFUDDIN said...

ensnared = terperangkap

wah!vocab baru utk saya hari ini!

Ojie said...

hahaha aku baru cadang nk cari engkau yg mana satu..dah engkau pesan jgn cari maka aku xjadi nak cari lah..

yoshz said...

Sasha,
Taklah hebat mana kamu ni yer?
amacam scrabble seround? ada berani?

ojie,
haha. bagus. aku pun tak susah2 nak menolak nanti...hehe.

l.i.f.e said...

whoaaaa sungguh creative cikgu kamu itu. mesti ingat dia sampai mati kan

hajime said...

gue set r...
tak tere englih cam yoshz...
sob2!

yoshz said...

life,
bukan setakat ingat.kalau boleh nak aje suruh dia baca blog ni.haha

hajime,
hak hak. kitorang pun tak terer. cuma korang je yg melampau tak terer.hahaha..

rahimin idris said...

STAR tak ada awek ke? Musuh ketat bukan Victoria?
lu bukan rugger ka?

elina jolie said...

saya tau anda di mana. anda duduk no 2 belah kanan cikgu tuh kan? alah, budak putih jambu yg belah tengah tuh? betul tak?? if betul, belanja i mcd mlm nih di bangi. kuhik kuhik...;)

yoshz said...

rahimin,
Sekolah aku takde awek. Kitorang dating ngan cikgu. victoria? VI? tak pun..
aku bukan rugger. sekali tu aku main ragbi, semua org patah riuk kena tackle ngan aku.pastu cikgu suruh aku jgn main ape2.

elina,
tak aci. kamu pernah tgk gambar ni.
tak bley belanja.

Mahathir said...
This comment has been removed by the author.
mahata said...

"the terrible twins!"
kata-kata mr tang yang ditujukan kepada cop & sukun yg lembab masuk kelas psl dok moonwalk sepanjang koridor dari dining hall ke kelas.

btw, i quote:

"hajime said...

gue set r...
tak tere englih cam yoshz...
sob2!

yoshz said...

...

hajime,
hak hak. kitorang pun tak terer. cuma korang je yg melampau tak terer.hahaha.."

unquote.

kitorang tu sape? jgn libatkan aku mmkay~~

aku anak emas mr tang, die bawak aku makan lunch kat the shuen psl rajin bace buku ooohohoho~

somehow i feel that there was an ulterior motive, but meh.

SASHA SHARIFUDDIN said...

siot yoshz!mencabar vocab gue....

wahhhhh!perasan!scrabble kat facebook..amacam?acara????? ke kau takde facebook??

kuih said...

wow ko mmg hensem la masa muda

yoshz said...

mahata@abg bimbo,

hahaha. aku nak sgt belajar moonwalk dari diorang.michael jackson pun tak boleh moonwalk pdg depan.ko nerd, tak main bola ptg. sebab tu ko boleh baca byk buku.

sasha,
aku ada facebook. bring it on! tadehal. jgn ko guna taktik 'sibun' tu dah ler..

kuih,
sekarang jauh lebih hensem.

SebelahKiri said...

boleh tahan gak aa dasyat Bi lu bro ano..kandungan blog pon bagus gak aa sugoii!!..oppsss x leh komen lebih2 kalau ko x layan aku nanti mati kutu aku kat situ...haizz dakara thks alot aa sebab menghilangkan rase bosan aku selama ini..hahaha
peace V
so utk menghilankan rase bosan jom layan

http://youtube.com/watch?v=UhKpLQQr8kQ

artsoul said...

lagu apa yg awak nyanyi?

yoshz said...

sebelahkiri,
mekasih bro. esok layan bosan lagi. tak bleh blah la lawak ikan emas tu..haha. ketuk cermin kejap...

artsoul,
tu.. lagu Love trap tu lah.
sedap kan suara saya?

SebelahKiri said...

aaa dier lari bang dier lari..hahah

Anonymous said...

Yoshz...tinggi sangat meaning ensnared tu, "get involved with" , senang sikit orang nak faham...*sambil belek dictionary, gan album lama sekolah dulu*-mamapower...

ipah cute 8 said...

encik yus.. saya tau di mana anda.. di belakang kereta proton saga kan???

S.YanaZ said...

Hello, bro.
*takde maknanyer gua nk telepon lu jadikn adik angkat*


err...no. henset Mr.Tang Kok Keong ada???

S.YanaZ said...

Lg satu,


oh...Ipah, anda mmg cute! Bkn setaka 8 tetapi 433 dia punyer cute,tau!
:P

aRe You? said...

mane nye no phone..
nak sms ON LAWAK nih :))

Letting the time pass me by said...

Cool blog.. susah jugak nak translate lagu Melayu ke Inggeris.. itu kena tanya Saleh yaakob aka Wak Tempe kat Sinar FM...

Selamat menyambut bulan merdeka dan diikuti dengan bulan puasa...

http://hishamjabar.blogspot.com/2008/08/satria-dan-serikandi-negara.html

Che Sue said...

mu budak STAR ka?? huhuhu..sure pernah bertemu ngan aku d taman cempaka..hehe...

yoshz said...

mamapower,
tak tepat la mama. get involved still ada jln keluar. tapi dlm konteks siti, datuk k cannot let her go meh...

ipahcute,
mana ada! mana ada! gua tak nampak lu, lu musti tak nampak gua! mampos la kau kena bagi RM43,300 kat syanaz.

s.yanaz,
no telepon Mr tang kena mintak dekat mahata. Saya rasa Mr. tang ada facebook.

are you,
anda boleh ON LAWAK kat henset ipah.die sgt kelakar tau...

letting the time,
thx. actually boleh translate. kalau kita faham konteks lagu keseluruhan.kalau nak buat word by word, mmg macam gam la bunyinya.

che sue,
ntah2 kita pernah dating kat Halimah Bachik tak? nasik lemak die sekarang berapa RM?

Che Sue said...

huhuhu...pe barang layan nasi lemak halimah bachik..baik pegi super kinta terus layan laksa!

nota kaki: TC sudah maju skang..huhuhu...

tropicoloco said...

walawehh..
geng2 starianz rupanya kau nie..hehe..

rasa cam klakar plak cikgu BI kau tue..vocab dia musti power..

chait!!!!

l.i.f.e said...

yoshz...kamu punya comment box ni dah serupa bagai satu entry
update cepat!

yoshz said...

che sue,
bukan kat arip korner tu ada laksa sedap ker? mintak petis lebih tgk...haha

tropicoloco,
yup. geng starianz. tapi jenis2 yg cool.vocab power?? haram tak. aku tulis karangan guna perkataan 'malediction' dia nganga sampai 'bering'.

life,
aku penat. lgpun idrul nafis belum buat perangai celaka dia lagi..
kamu tunggu ya...

fionahafiz said...

owh..rupanya encek yoshz ex-STAR..skrg br sy phm dr mana dtgnya ke'bengongan'an kamu wahai encek yoshz..haha

nway, slamat ari jemaat

Che Sue said...

budak STAR mmg bengong..sombong pun iyer gak..hohoho..

haku takmo ckp skolah aku area kat situ gak..lalalalaa....

mahata said...

btul budak STAR mmg mengong, tah sape tah diorang nih, haih.

Marjerin said...

saya pernah tumbuk guru disiplin saya

elina jolie said...

heleh mahata....join in the crowd...awak tuh dulu skolah mana ye abg bimbo? hheehe...

yoshz said...

Dear mahata and all,

i quote:

mahata said:

aku anak emas mr tang, die bawak aku makan lunch kat the shuen psl rajin bace buku ooohohoho~

unquote

that explains all.

yoshz said...

fionahafiz dan che sue,
kebengongan saya tidak ada kena mengena ngan sekolah. tapi air paip kat sekolah ada rasa masin2 sikit. mungkin itula pasal.terlebih sulfur boleh menyebabkan radang otak.

marjerin,
aku pun dulu tumbuk cikgu aku. tapi selamba dia cakap "tak sakit pun"

mahata said...

oh aku budak STAR ke? tak prasan plak...hey aku bukan nerd mkay! but not a jock either, masa petang aku dihabiskan dengan bermain tenis dengan kucing dan zul flash. dan sesi makan daging. mostly makan daging.

btw yoshz dulu kene pelempang kat skolah dengan cikgu disko 70-an. i'll leave it to him to make an entry out of it, heh.

l.i.f.e said...

yoshz..lupakan idrul nafis sementara waktu. mahata juga ok kan untuk dibuat cerita?

am_am_am said...

Kelakar betul. Aku baca entry kau pun gegar2 bahu gelak..huhu

Kikuri-hime said...

Bila baca entry ni trigat gak kat teacher aku, cekgu siti faridah. Dialah yg bertanggungjawab menjadikan aku camni. She's my inspiration... Thanx yoshz for this entry.

yoshz said...

life,
itu kena tanya tuan empunya badan.

mahata,
rela tak jika saya mengexploit unsur2 komedi pd tubuh badanmu?

am,
Hahaha. kalau org tanya, kau cakap kau guna mesin gegar2 kat perut utk kuruskan badan. thx 4 visiting blog yg entah ape ni.

kikuri nee chan,
likewise. mr tang juga bertggjwb menjadikan aku seorang yg boleh speak english very dusty.Ur welcome!

Anonymous said...

sile2 jgn malu2, aku mmg suke jadi bahan cerita orang.




/sarcasm

no srsly, ikut suke ko la haha~ asalkan takde citer psl slugfest ahahahahahaaha

yoshz said...

anonymous,
ko gile citer psl slugfest. tak psl2 nanti aku jugak yg diperhinakan..

am said...

tu gambo form bape? ayam aka masrul (aku & hazim panggil mazrul) gambo berdiri 10 dr kiri kan???

yoshz said...

am,
ya sahih itu mazrul.
ko ngan am_am_am lain eh?

am said...

aku tak tatau sape itu am_am_am maka nyatalah aku ini am lain. oit, tu gambo form bape?

yoshz said...

oh lupe plak...
itu gambar form 2.

far_east said...

nk jd adq angkat ko...~~ haha
lawak giler bro... smpai nangis2 ak bacer entry ko.. haha