Thursday, August 14, 2008

Meet the ninja

NINJA yg lincah. Itulah kata² yg digunakan utk memuji dirinya sendiri. Kadang², ia digunakan sebagai hujah utk menutup kelemahan fizikalnya. Contohnya begini, "walaupun aku gemuk, baring mcm lembu susu, aku ninja yg lincah. Mmmkayy?" goyang² jari telunjuk sambil sambung makan daging. Kadang2 ayam. Jarang sekali ikan. Yg pasti nasi tambah.

Yg paling kurang ajar kalau dia nak panggil cikgu atau Pakcik Ajis cuci tandas, dia panggil nama je. Takdenye nak panggil cikgu atau pakcik. Bastard nya dia ni ya Rabbi...

Mahata (bukan nickname yg best), kwn saya yg misterius. Tak ramai yg tahu psl dia. Kwn kat frenster dia pun tak ramai. Tapi mcm satu sekolah tahu yg bapak dia polis. Sebab tu kitorang panggil dia Mamat. Ada org cakap bapak dia yg bunuh Bentong Kali. Budak² junior menganga percaya bulat². Haha. Budak junior mana² sekolah pun mesti stupid. Termasuk MCKK.

Kadang2 dia main gitar. Bukan terer sangat pun. Tapi mmg terer bagi alasan. Kalau suruh main lagu susah sikit, dia akan cakap dia penat atau "aku main lagu yg aku suke aje". Lagu Zombie antara lagu kegemarannya. Dia kata suara dia sama key dgn minah Cranberries tu. Bila dia habis main lagu tu, kitorang akan mintak, "Mamat, another song!".

"Another song? Another? Okay...Another head hangs lonely....."

Sambung balik lagu Zombie. Bila habis, kitorang mintak another song lagi. Dan dia akan main balik lagu Zombie tu.Berjuta² kali. Percayalah, kalau dia tak perlu berhenti mkn nasik, dia boleh buat begitu sampai tahun dua ribu.

Ada satu mlm tu kan, kitorang tgh lepak kat bangku tgh padang. Padang tu gelap nak mampus. Takde lampu. Pakcik Ajis lalu depan pun tak boleh nampak. Mmg port projek baik. Hisap rokok sambil gosip dan kutuk nama mak bapak org. Saya tanya Mahata apa nama mak dia. Dia cepat2 habiskan rokok, campak jauh². Muka serius, eleh bengang konon.

"Faridah!" Kah kah. Kampung gila nama mak dia. Apsal tak taruk Martimah ke? Markonah ke?

"Biar betul, tak caya aku!" Saya tak puas hati. Saya sedut asap rokok dalam2. Simpan dlm paru2 kasi dia meresap dlm alveolus. Mcm gaya pakcik2 tgk gusti. Perghh..Dunhill 7 punya penangan mmg semacam saya cakap kamu....

"Wehh Jenab! Faridah la, Faridah!!"

Wah..ini sudah lebey. Nama mak saya diperhinakan. Saya pandang belah kanan, tepat² kat muka dia. Tak puas hati siot..Dia buat bodoh pandang depan. Bila saya toleh je depan, tessss....terus saya sengih, muka berseri2 mcm pengantin baru lepas mengawan.

"Eh, Cikgu Faridah. Buat ape mlm² kat sini?" saya tanya Cikgu Faridah yg rupa2nya warden bertugas mlm tu. Asap rokok yg saya simpan dlm² tu terus menyembur keluar kena muka dia.
Dah tu, nak sembur mana lagi?? Lahanat ko Mamat!! Apsal tak sound awal2??

p/s: Happy 27th bday to Mahata. 14/08. Anggap ni hadiah bday utk ko. Sila rasa terharu dan belanja aku makan kentaki.

23 comments:

mahata said...

AHAHAHA demit ingat lagi kau malam tu hahahahahaha!!

thanks for um...making me a topic for your entry? terharu i uols, rase cam nak blanje ko KFC tapi tunggu gaji aku masuk dulu mmkay?

bukan saja aku ninja yang lincah, aku juga super lincah dalam alam siber ketika bermain online game :D

Iz said...

hahahah.. kat sekolah aku dulu pun ade gak cikgu faridah.. dia ustazah.. suke cubit perut orang. tah pape tah

S.YanaZ said...

Masa lu hembusss asap, ada kuar bentuk love tak???

Kalau kuar gerenti Warden Faridah kira setel!
Cheh!

Dzulkarnain Mohamad said...

patutnya kau hulurkn aje dunhill 7kat chegu faridah..mana tau dia lembut hati

l.i.f.e said...

alahhh duduk kat tengah padang, open space memang senang ah warden nak spot
haihh..teringat kawan hembus asap keluar bulat2, pas tu pangkah 8->

Kikuri-hime said...

dolu penah jadik waden. Setahun. Pe'el budak camni la yag wat saya trauma sampai la ni... tsk... tsk..tsk..

P/S- Setiap rabu pagi wat spot chek dorm aspura! Ewwww... MUNTAH IJAUUUU!!!!!!!!

hajime said...

ah!
mamat yg lincah!
ko dah tua!
tp ape2 pun...
yos lagi tua drpd kite...
die mati dulu...
dem...
takkan blanje yos je...
nak yong tau fu!
"kangkung dah abis... tak cukup dtg lagi..."

poyotito's said...

wei..gua nak..err..
add frenster mahata la.
camana ha?
hahaha

dunhill 7 tu memang terbaik beb!
duk mencangkung, isap laju2+ramei2 dalam tandas.
bangun2 je kompom tangkap otak.
peh...

elina anak jani said...

part yg kelakar sampai i tergolek2 kat ofis kol 9.05am:
1) part baring cam lembu susu
2) goyang2 jari telunjuk (selalu gila u buat kat i dem tul aksi tuh)
3) part u kutuk budak MCKK (haha)
4) pandang belah kanan, tepat2 kat muka dia (SAPA EMO??!! sambil tepuk meja)

happy birthday abg bimbo...org call bukan nak angkat..apa daa? i baru nak nyanyi happy birthday ala dolores o'riordan...;)

yoshz said...

mahata,
"mamat tadi ajis carik kau!" haha. mengimbas kejap. ok bila dapat gaji nanti talipon aku. kalau tak ramai yg baca blog aku lepas entri ni, siap kau aku marah2 nanti.

iz,
cikgu faridah ni baik. terlalu baik sampai kitorang naik toncet. tu psl mlm tu aku kantoi tak kena pape pun...

syanaz,
dia dah kawin ler...ker semua cikgu rasa camtu?? hehe...apa kata cikgu?

dzul,
dunhill 7 tinggal 'last butt'. tapi nasib baik sempat habiskan sampai puntung.

life,
betul mmg open space senang kena spot. tapi, ikut cara kami berfikir, kami pun senang spot warden.amacam? genius kan kami?

kikuri,
nasib baik tak jadi warden sekolah kami. ada budak ternak maggots dlm baldi. My god! my god!
(seriously, cerita benar)

hajime,
tak kesah la aku mati dulu. maksudnya aku masuk syurga dulu.
kat sana hari2 aku bley order yong tau fu.jgn jelessssssss....

poyo,
pergi frenster aku, cek mahata. add saje. tapi skang die layan facebook. wehey..sejak bila aku jadi PA kau mahat??
Hahaha. siut la kau bro. Ko buat aku nak carik balik Dunhill 7 tu. Mana nak carik ni hah?

elina,
wah wah..sampai opis je bukak blog? dah jadi mcm suratkhabar plak...haha.
Yg no 1 tu kena imagine, dia baring pakai kain pelikat tak pakai baju atas tilam. Perhatikan bhgn dadanya. Amacam sebijik tak?
Yg no3 jgn bagi ur bro baca arrr...

alif-mikail said...

yosh..
apa dendanya>?.. epidemik semua cerita pasai sekolah.. wahhhhhhhhhhhh

rahimin idris said...

dunhill 7? zaman bila tu..ada simpan lagi kotak tu? barang rare tu yoshz..tahun 3030 nanti rega dia RM30jut kau!

Qaseh.Darwisy said...

haha..terasa btl ayat yg budak2 junior mmg stupid tu...mmg btl pon...ingat balik masa baru msk uitm dulu kena ragging ngan senior..aduh,smp demam kuning. takot giler ngan senior..beberapa taun pas tu, aku dapat pangkat senior...aku balas balik apa yg aku kena kat junior aku...hahahaa..padan...aku link blog ko bro..

yoshz said...

alif,
Hmmm...tak kena denda apa2. Cikgu tu mmg sporting. Lgpun mahata pandai main drama cakap kitorang tension nak SPM dan ada masalah keluarga. Mencurah2 air mata dia keluar mcm zaiton sameon.

rahimin,
tahun 1998. masa tu anwar baru kena pecat.dunhill 7 time tu RM1.50 ke aper.serius, kalaula aku simpan, ntah2 dah kaya mcm Mr. Os.

qaseh,
the never ending cycle..hehe.
yg kelakar time tu kita rasa apa yg kita buat tu betul..padahal budak junior tak bersalah pun..haha
ok link blog kau jugak..thx!

aRe You? said...

perrghh siap hembus depan muka tu...
sal x telan je asap2 okok tuh :))

sultan said...

sape la yg mulakan tradisi kutok mak bapak org ni. ciss...

yoshz said...

are you,
nak mati ke telan asap tu? paru2 dah rasa cam nak ketebabo je dah time tuh.

sultan,
ntah. aku pun tak tahu siapa yg start. ader org cakap rahimin.

Rajuna said...

ko rasa paridah tu layan rokok ape?

mahata said...

hahaha ternak maggot omg ahahahahaha

yes, aku mmg pandai berlakon dan menipu tanpa rasa bersalah.

wah poyotito nak add aku kat frenster? terasa cam star plak ahaha XD

thanks akak bimbo, maap aku pagi tu hangover, rase cam nak campak je fon aku yg tak brenti bunyik >_< *dah la masuk opis kol 3 petang, bos aku dah buat muke "hmm sib baik arini birthday kau"*

Kikuri-hime said...

EEEEWWWWWWWW!!!!! DISGUSTING!!!!!

P/S - I hate, maggot, cacing, slugs, pacat, lintah, siput, pumpun (huh?!) dan semua creatures yg seangkatan! They r disgusting!!!

yoshz said...

rajuna,
paridah tu layan rokok ehem ehem laki dia la..
cilakak lu! cikgu tu baik. ko jgn hasut aku kutuk dia!!

mahata,
and the award goes to...

kikuri,
saya takut cacing, takut maggots, takut nanti jam tak sempat pulak.

ijat said...

hoi apsal tak dedicate kisah aku masa b'day aku!? ko kan tau aku jenis cemburu buta

yoshz said...

ijat,
haha. masa aku buat entri "mimi oh mimi' aku teringat ko. so aku dah bagi tribute utk ko in advance.
btw, mahata ni lagi cemburu buta.lagipun bapak dia polis. so kena amik hati psl asaman byk lagi tak bayar..