Saturday, August 9, 2008

Saya dan dinaso

Grrr...wah wahh...blerghhh....okokokok~

MASA saya budak kecik dulu, saya ada berfantasi yg satu hari nanti masa cuti sekolah, saya akan berjalan2 dan terjumpa sebiji telur dinaso. Setiap hari saya akan mengeram dan bila ia sudah menetas saya akan membela anak dinaso terbabit.

Bila ia sudah besar, saya akan namakan dia Nik Hishamuddin. Jadi, apabila dimarah cikgu atau bila Idrul Nafis menggangu ketenteraman bilik darjah, saya akan menyuruh dinaso itu membaham org2 berkenaan. Dinaso ini kuat, garang dan ekor dia ada tajam2. Bulih tubik api.
Ganah sokmo..mcm dalam gambar tu. Gambar tu saya lukis masa darjah 4. Tak terer sgt lukis. Sekarang saya dah besar, dah ok sikit.

Walaupun sudah besar dan bekerja, kdgkala saya masih teringat ttg Nik. Tapi, kali ini saya ingin mengajar dia berbahasa Inggeris. Barulah glokal..haha. Dan jika satu hari saya dah tak mampu membeli daging utk beliau, Nik boleh apply kerja dan belajar berdikari. Org cakap, kalau tahu bahasa Inggeris senang dapat kerja. Org cakaplah kan...

Dan apabila dimarah boss saya, saya akan unleash Nik. "Nik, u go to my office and eat my boss!" Nik tunduk dan jawab "hait.wakarimashitak" Ah, lidah ibunda dia mmg lembap sikit nak belajar BI. Kalau Mr. Tang ajar, dah tentu dia kena paksa nyanyi depan kelas.

Bila saya sudah dewasa saya menyedari bahawa fantasi saya kurang realistik. Saya terlupa, Nik dan boss saya dari bangsa yg sama. Mereka tidak akan makan satu sama lain.Mereka hanya tindas bangsa lain. Termasuk saya dan datuk nenek saya. Bangsa yg racist nak mampus!!

p/s: harap2 bos saya tak baca

32 comments:

Kikuri-hime said...

Eh?! Betulke tu gambo yg u lukis mase bebudak? Camne u preserve sampai skang still ade? hahaha... comenye dinaso. Ni cap ape? stegosaurus ke t-rex?

aRe You? said...

tu lukis pkai paint ka :))
lawa gak...cam scene dlm cite otomen taro..
:P

l.i.f.e said...

ellehhh tipuuuuuu
dah penah tengok gamba tu kat tempat lain
btw, nik hishamuddin tu nama kawan saya masa belajar dulu. malas pegi kelas. asik nak tiru nota orang saja

kuih said...

WOW, citer ni sungguh dalam dan bersatira...

tak sangka aku japanese pun racist?

aku igt dowang dah glokal, err global....

yoshz said...

kikuri hime,
betul. saya save dlm disket besar gedabak tu. ni hasil pembiakan hybrid antara stegosaurus, t-rex,velociraptor dan makhluk bersesungut.

are you,
ya.terima kasih.mengambil masa 2 bulan utk disiapkan.

life,
tempat lain? kat mana? serius ni, mmg gambar saya. tak caya tgk frenster saya.nik hishamuddin ni rajin belajar. tapi tang BI tu lemah sket.

kuih,
sangat racist mmkay...
kalau org msia buat salah sampai kiamat dia ingat. kalau org dia, buat dek ajer...

hajime said...

ah!
mana boleh ko suruh menyerang boss ko...
ko tak perasan ka boss ko menyimpan satu mende yang berbentuk ala-ala mende nak jadik otromen itu...
ya...
boss ko adelah otromen!
hiyakk!!!

S.YanaZ said...

YOSHZ SAN,
Aku ponn bela dinaso...nnt boleh kita kawenkan dinaso aku dgn Nik.
Nama dinaso aku Siti Muslihat.Nama gelaran Mus.


Apa macam? Setuju??
*BTW lukisan itu sungguh santekkk utk dilukis oleh budak darjah 4*

yoshz said...

hajime,
oh ya tak ya jugak...
takpe, nanti aku carik alien baltan.

syanaz,
kawin? tapi takut siti muslihat tu materialistik. maklumlah Nik baru nak cari kerja.thx. saya dari kecik lagi mmg berbakat.

Dzulkarnain Mohamad said...

angan-angan kau ni macam nobita..
dinasor tu baik dgn dia tp akhirnya dia terpaksa lepaskan ke zaman jurassic

Danielle_Corleone said...

hahaha! angan2 best kan bro? mcm2 bleh jadi. :-P

ijat said...

ko jgn tipu ko lukis masa darjah 4.. gbr ni ko lukis time kelas Morina dulu.. aku sebelah ko dulu ko lupa? mana dialog yg aku tambah kat gbr tu "SAYA NAK MAKAN YONG TAU FOOOO"? ko dah buang ek? kuang hajar!

yoshz said...

dzul,
jadi, idrul nafis tu Giant?
oh, tidak! dia worse!

danielle,
tapi angan2ku tidak realistik.
mana boleh dinaso sembur api?
angan2 kamu apa?

ijat,
Hahahaha. dem u bocor rahisa!
Jgn ko lupa, nama samaran aku kat buku nota. Mazlee bin mazalan.
Tapi, aku guna ayat ko. "boleh tubik api" kau harus bagi kredit pada aku. dan bila bagi kredit, jgn bagi lebih2, aku KS, 12 jam kredit shj maximum.

SebelahKiri said...

ko tunjuk lukisan nih kat org2 jepun blakang tu mesti depa jerit...Sugoiii!!!..hahah

jom layan bosan x tau aa ko dh tgk ke blomm..

http://www.youtube.com/watch?v=_b_nHhHdMSw

rahimin idris said...

nipon racist? ah, aku tetiba tak nak jadi naruto lagi. aku nak jadi keluang man saja lah!

denanz said...

bro yoshz,
hasil seni mula dapat dilihat ketika seseorang masih kecil. anak aku skrg umur 10 thn. mula menconteng kertas ketika berusia 3 thn. sampai skrg dh banyak lukisannya yang aku simpan.

mahata said...

malu cik suriati kalau die nampak ko lukis gambo camtu weh.

yoshz said...

sebelah kiri,
ah. diorang tu mmg jenis bangsa yg suka berteriak.

rahimin,
ok gak keluang man. sekurang2nya ada hak istimewa yg tidak boleh dipersoalkan.

denanz,
hasil seni aku tidak dapat dilihat dgn mata kasar. hanya dapat dihalusi oleh hati yg sedang berkelana. oh...

mahata,
ah apedahal. aku bukan student dia.
itik serati... hahahaha...

Che Sue said...

apsai cita2 jumpa telo dinaso? napa tak cita2 jumpa sejuta hinggit? pehh byang kan aa brapa byk tora-tora ko bley beli masa tu...!

elina jani said...

lukisan u tuh sangat cantik, sampai i tak convinced u did that when u darjah 4. tapi i have learnt never to underestimate u at any age. hehehe..dah tua nih LAGI takleh underestimate.

syabas, entry yg simple yet brilliant. sangat menyentuh hati dgn criter angan2 u yg sangat tahyul nih..ahaks...

redza said...

eh. lukisan ni mmg tahap leh wat stem aa..

yoshz said...

che sue,
saya bukan materialisitk. kalau saya dapat sejuta, saya akan beli dinaso juga. atau kahwin dgn Dynas.

elina,
i dgn 'underestimate' mmg tak boleh ngam dari kecik lagi. masa sekolah dulu i sangat sinonim dgn 'kehebatan'. superstituous satyrical writing adalah genre kegemaran saya.thx.

nyamuk,
kalau aku print tshirt ko nak tak??

ah..mahata,
sejak bila ko panggil suriati, 'cik' ??
doesnt sound right...hmmm...

man_helang said...

hebat ko masih ingat fantasi kekecik dulu...aku apa pun dah tak ingat...

SebelahKiri said...

adjust aa ekor dinasor tu jadi 9 ekor(aik jadi lain mcm bunyinya)~ 9 tailed ~ baru stylo...hahaha

mahata said...

sejak zak tanye die pengalaman malam pertama die.

yoshz said...

man helang,
tak ingat langsung ke malu...hehehe

mahata,
"Begini hah!" [genggam penumbuk dan tunjuk lengan]

sebelah kiri,
tak boleh. ni binatang tak ada chakra. hanya ada api. bila nak isap rokok, "Kuchiyose no Jutsu!"

alif-mikail said...

keras perut koi!!

elina a/p jani said...

kenapa lukisan pokok tuh ada bintik brown kat tengah2? tuh pokok apa sebenarnya? line-line sinaran matahari tuh pun begitu "seni" lakarannya...begitu juga kepulan awan kumulus (tak cukup berkepul effect utk jadik kumulonimbus), sangat berseni..

tahniah en yoshz...ternyata anda berjaya menyelami minda pelukis masa kecik...hait!

yoshz said...

alif mikail,
baca lagi. sampai keluar 6pax.
hehe.

elina,
Pokok tu sebenarnya takde buah. Cuma darah keluar ikut idung masa saya sedang melukis.ngan ngam jatuh situ. Kalau nak buat wallpaper gambar tu, sgtlah dialu2kan..

Qaseh.Darwisy said...

giler ah angan2 ko..hish..ape pun aku gelak mcm gaban!!!
ceh..skt urat muka aku!!!

yoshz said...

Gelak ker..tu baru lukisan guna 'paint'. nanti aku tunjuk gambar Nik yg aku lukis guna pen.

Axiao said...

Dinaso sekaum dengan boss kau?
Buakn ke Godzilla je?

yoshz said...

Apa² yg besar, makan org dan suka bercakap seorang diri mmg sekaum dgn bos kita. Eh, saya.