Sunday, August 24, 2008

Siksa sakaratulmaut

HARI ini hari Ahad. Boleh bangun lambat sikit. Syukur alhamdulillah saya org Islam, jadi tak perlu pergi gereja. Tapi kerja banyak, jadi kena pergi ofis pulak. Potong betul la...

Dlm perjalanan ke ofis, hujan lebat turun mencurah². Sampai di tol Sg. Besi, ada banyak kereta nak ambil tiket. Bila bosan, saya mesti nak nyala rokok.

Tiba2, pandangan saya kabur. Mata saya pedih...Ya allah, apa ni? Dada sesak, batuk dan pening jangan cerita. Bukan, bukan pasal rokok. Pagi tadi saya dah hisap bergantang², steady ajer...lagipun hari tu medical checkup doktor cakap paru² saya sihat. Mcm ikan lumba-lumba.
Doktor tu cakap, "Very good, like a dolphin" Saya sengih dan tepuk tangan. Tapi haram, takdenya doktor tu nak campak ikan kat mulut saya.

Masa saya sesak nafas tu, saya cuba nak telefon Mimi. Nak suruh dia panggilkan ambulans. Tapi, Mimi cakap jgn talipon dia psl dia sibuk nak siapkan report dgn tolong mak angkat kain. Takpelah, tapi kalau akak tiket tu buat bantuan pernafasan mulut ke mulut, u jgn jeles tauuu...Dengan susah payah, saya sampai jugak dekat kaunter tiket. Mata mmg dah tak nampak apa lah, kepala ingat dosa² silam sambil mulut mengucap tak henti²...

Bila nak ambil tiket, baru saya sedar dari tadi saya hisap rokok tak bukak tingkap..
Cheh, nanti² la saya insaf.....

38 comments:

Princess Liyana said...

ha ha ha..moral of the story:
Janganlah merokok. Merokok membahayakan kesihatan..:)

err,sihat mcm dolphin.menarik!;p

Miko Yamaguchi said...

Tapi, Mimi cakap jgn talipon dia psl dia sibuk nak siapkan report dgn tolong mak angkat kain.

alasan x ble blah (tapi boleh digunapakai...hahhahaha)

Danielle_Corleone said...

hahaha! lu ni bahaya beb. silap2 bleh lemas.

Dzulkarnain Mohamad said...

yoshz, aku nak sound kau sket bleh?
aku mmg tak tahan kalau org sebut-sebut pasal ikan lumba-lumba. Kalau betul ada istilah sihat mcm ikan lumba2 pn aku tak peduli.
aku nk tergelak kau tau tak!!

generasi said...

nasib baik kat tol masa nak ambik tiket..
cuba kalau jalan xde bukak tingkap. aku rase dah inalilah kot

l.i.f.e said...

beruntung kamu. mimi rajin tolong mak dia

Mas Mohd Yunus said...

matikk matikkk

S.YanaZ said...

Ahh,gua nak komen mcm Ajai dlm Gang Starz boleyyy tak, Yoshz???


*BTW Ikan dolphin isap rokok xde TAR le Yoshz!*

yoshz said...

princess liyana,
ya. perempuan yg membawa kereta melulu juga sgt bahaya.dolfin sangat sihat kayy, siap boleh timang2 bola.

miko,
haha. itu trademark mimi. kalau nak guna kena tanya empunya badan.
jaga2 dia suka menggigit..

danielle,
ya lah. lain kali aku taruk pelampung dlm kereta.

dzul,
hek eleh. kalau ko pergi pertunjukan dolfin tu mengekeh la kau tergelak..haha. Kepada awek dzul, setiap kali dia merajuk sila sebut 'ikan lumba-lumba' nanti dia tergelak kemudian belikan cokelat.

generasi,
takdehal. boleh sempat gi aspuri UKM. suruh diorang bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut. Eh, awek UKM skema kann?? tak jadilaa..

life,
ya. juga pandai urut labah2 dan gigit telinga.

mas,
[golek2, terlentang. mcm anjing pura2 mati]

syanaz,
sorila gua tak tgk cerita tu. saper ajai tu pun tak tau..
Dolfin isap rokok perisa ikan la...mana ada tar!!

hajime said...

insyaallah isnin aku wat satu pos tuk ko...

Mas Mohd Yunus said...

sapa yang cerita pasal beruang hibernasi tu eh..aku dah lupa...

yosh..blog ko buat aku kena marah oleh bos sbb dia nampak aku kerut2 muka tahan ketawa tak hanget...maiahhahaha

matikkk matikkk

Kikuri-hime said...

Kalu u nak dpt ikan, kene tepuk tangan sambil bunyik kweek, kweek, kweek... Confirm satu tong ikan u dpt! Mark my words!

SebelahKiri said...

bukan lu dh biasa isap rokok dalam auqurium ke?..
ala yg kat kantin tu..hahaha

yoshz said...

hajime,
pos laju ker?

mas,
itu hajime punyer citer. tu la, lain kali sila pakai topeng bila nak baca kat opis. Haha. Thx. i take it as a compliment ;)

kikuri,
nak kena lompat loop tu jugak kerrr..?

sebelah kiri,
akuarium tu setakat dolfin mcm aku takdehal...ini kereta beb. kuda laut pun menitik air mata insaf..

rahimin idris said...

yohz, kau nak tunggu matahari terbit kali ke dua dari barat?

tolong hentikan dengar lagu dangdut iwan dan amelina tu!

aRe You? said...

nak kate mengom..tp pandai.. :))
adeyh la..tu la..amaran kerajaan mesia bkn nak dengar :P

Adry said...

Salam ziarah... wakakakaka... nice joke... tp jangan bila dah sakit baru nak sedar kan... :)

elina the jani said...

takleh terima doktor tuh ckp u "very good, like a dolphin" AND u expected him to feed u fish!! hahhaha...blardy hilarious...i seriously cannot predict ur imagination sometimes...

sib baik lepas buat diabetis test mlm tadi kat kelinik u tak mintak doktor tuh sumbat sugarcane plak kat mulut u...(gajah suka makan bende manis)...u kan low sugar...hahaha...

mimi said...

mimi minta abang supaya berhenti merokok. mimi sudah bilang sama abang kan? mimi dah tak tahan dengar abang batuk2 setiap malam di samping badan mimi yang mungil ini.

jika abang mengalami episod yang serupa di masa hadapan, abang call saja mimi. auntie aminah tidak kisah jika mimi lambat angkat kain kerana menjawab panggilan telefon, terutamanya jika panggilan itu dari abang.mimi akan marah dan cemburu jika ada perempuan lain berani untuk memberikan pernafasan mulut ke mulut!! awas!!

Iz said...

wowww amaran keras dari cik mimi. Mimi ko ni gadis Indon ke "Mimi sudah bilang sama abang kan?" hehehe

sultan said...

br aku phm amaran kerajaan kat kotak rokok tu...

rupanye merokok bole wat org mati lemas masa memandu...

aku akan take note...

Qaseh.Darwisy said...

kan btl tekaan aku yg dolphin tu adalah ko!!tapi aku rasa ko dolphin yg kena sumpah jadik lembu tu..kan kan??

Qaseh.Darwisy said...
This comment has been removed by the author.
yoshz said...

rahimin,
andaikan matahari terbit dari baraatt...yg lagu tu ker?
Sumpah..aku tak faham komen kau.Haha.

are you,
mmg tak pandai pun haha. amaran kerajaan msia? siapa dengar? lain la dia suruh lisa surihani kempen..

adry,
salam.thx. kamon...tak sakit siapa yg sedarr? sudah terbatuk baru termengah2..

elina,
haha. mlm tadi dah tepuk tgn dah bila tau low sugar. cuma tak berani nak mintak gula² kat doktor tu..lagipun doktor tu tak cakap "very good " pun...

mimi,
baiklah. abg akan cuba...
betul? boleh call mimi suruh mimi panggilkan ambulans? how sweetnya u ni.mulut abg ni pun tak rela diberikan bantuan pernafasan oleh gadis² yg kurang cantikk.akak tiket? plsss...

iz,
mimi ni dulu bekas bibik aku. Haha. Taklah...dia sajer je tu.

sultan,
kalau taknak lemas sila bawak pelampung ataupun flipper katak dlm kereta.

qaseh,
bukanlah! aku lembu yg disumpah menjadi manusia. kan syok dulu kerja aku mkn rumput dan baring2 ajer...

Ojie said...

kadang2 aku rasa kelupaan kau adalah di tahap yg melampau2..haih..penat aku gelak ko tau..

suya said...

insaflah

yoshz said...

ojie,
org genius mmg kdg2 ada lupa2 sikit..jadi maafkan.

suya,
takmoh!

mahata said...

*baling ikan kat yos*

generasi said...

skema tapi cun ok pe...
tapi bestr gak kalau dapat cpr percuma mcm 2kan

yoshz said...

mahata,
auuk aukk...
[cuba tangkap ngan mulut. demm miss pulak!]

generasi,
mulut ku hanya boleh dicium gadis cantik shj. kalau tak nanti keluar buih2...

poyotito's said...

kan gua dah sound lu itu hari,
kurangkan porno!kurangkan porno!
tapi lu degil.

shahril mohammad said...

wah.
kalau ko 'off' kat situ.
dah jadi kes kematian aneh tu.
haha

cream crackers said...

ahahha... cute!

takpa... amalkan lagi! sihat macam dolphin kan?? tunggu la dolphin tu kena keracunan!

**nice blog..

yoshz said...

poyotito,
aku bukan mat porno laa...semua cd porno aku dah bagi rajuna.

shahril,
haha. mmg kematian plg bodoh dlm sejarah. sah sah insurans taknak cover.

yoshz said...

cream crackers,
badan dolfin mengandungi antibodi yg mengahalang UV dari menembusi paru2nya.mmg ciptaan tuhan yg sangat aneh.Thanks 4 visiting.

Btw, tolong jgn bagi komen masa saya sedang jwb komen org lain boleh tak? tak pasal² kena komen lagi sekali.haha.

cream crackers said...

mana la tahu encik yoshz nak komen time tu. saya komen je!

**eleh, komen lebih sket pun tak bleh! geget kang.

Anonymous said...

soalan 1: kalau sihat, jantung cam dolphin ke?
soalan 2:apsal takut sangat gan mimi?.Kalau dah emergency, sapa-sapa pun boleh bagi CPR...hehehe
- mamapowerr

Anonymous said...

terkezut td..budak comel ni saspens btulaha....budak comel nak tanya mimi tu wujud ke..ckit2 mimi
cikit mimi....???


*pinkgurl*