Friday, August 8, 2008

Strategi yg digital

MAKHLUK bersesungut, kura2 takde kaki, lahabau yg bersarang di lubuk hati. Ini semua tidak cukup untuk menggambarkan kegampangan mamalia yg bernama Idrul Nafis. Percayalah, lama kelamaan dia akan hadir dlm mimpi2 anda sekalian.

Hari ni ada PJK. Cikgu dah siap2 bagitau, "masa PJK, no more fancy t-shirts!" sambil goyang2 bulu ayam. Jadi hari ni budak laki semua rasa hensem. Pakai baju sukan kat dlm. Masa PJK, semua dah siap. Kecuali makhluk itu. Haha. Idrul Nafis muka cuak. Dia terlupa hari ni ada PJK.
Nak taknak dia kena beli baju sukan dekat Kedai Buku PIBG. Padan muka dia! Entah mcm mana dia nak buat...

"Boboi, pinjam 5 ringgit. Kalau kau tak bagi, aku bagitau Ariyati yg kau suka kat dia" Saya blushing merah2 pipi. Dan bila saya blushing serta merta saya jadi bodoh. Saya hulur aje. Tak apa. Dia janji nak bayar esok.

Esok, saya tuntut. Dia cakap "aku belanja kau makan balik sekolah nanti" Saya fikir ok jugak. Nasi goreng taruk ayam lebih RM3.50, air fanta kaler merah RM1.50. Ngam2 RM5. Dia pun makan sama cuma air dia kaler ungu. Bila time nak bayar, dia keluar Rm50. Dasar anak org kaya berlagak. "Aku takde duit kecik, kau bayar dgn duit kau dulu, nanti aku bayar"
Saya pun keluar duit bayar Rm10. Dia pergi pecah duit.

Bila dia muncul balik, dia hulur saya RM5. Saya cakap, "Mana lagi RM5? Kau janji nak belanja aku?". Selamba dia jawab, "Tu kira aku belanja kau la, kau makan RM5 kann?"

Saya: Ye la, kau hutang aku RM5. Tapi kau makan pun RM5. aku dah bayar RM10.

Idrul: Aku janji, aku belanja kau! Buat apa aku nak belanja diri aku sendiri?

Saya: Bagi balik duit aku!!!! [hentak hentak lantai]

Makhluk sesungut: Dah bagi daaahh....wekkkk!

Dia buat muka celaka anak org kaya. Darah saya dah menyirap sampai sumsum otak. Hati saya mcm nak terkoyak. Dua2 tangan saya dah siap dekat pinggang belah kanan. Baru nak keluar abugit, bapak dia dah sampai dgn kereta.

Apa perasaan kamu jika kamu jadi bapak saya?



21 comments:

capix said...

bro betul ke cite nie? huhu...

elina binti jani said...

perasaan saya sebagai bapak awak adalah " hish apa lah anak aku nih....ngan si idrul nafis nih pun leh kene kencing...tak berotak 21st century langsung"...

hhaahah...saya sangat suka entry ini. berjaya mengembalikan kegembiraan di hati saya yg gundah gulana ini. terima kasih en yoshz. ;)

yoshz said...

capix,
cerita betul. tapi part abugit tu tipu. sebenarnya nak bagi hitektekbugit.

elina,
oh, no more jolie?
bukan i ajer selalu kena kencing ngan dia. malah seisi kelas termasuk guru penyelia petang.

aRe You? said...

sepanjang i bace entry u..
byk kali u kene tipu ngan atau d per'box' kan oleh idrul nafis :))

mahata said...

idrul nafis > yoshz.

yoshz said...

are you,
oh..kamu belum jumpa dia. dia mmg menjengkelkan. saya kesian pasal kat sekolah takde saper nak kawan dia

mahata,

idrul>yoshz>alib

mahata>belon udara panas

Kikuri-hime said...

Pergh.. baek punya description... Like ur writing! Enjoyed it!

fionahafiz said...

kamu kesian ngan idrul nafis
sy kesian ngan kamu
jd sepa yg kesian ngan sy??ahaha

yoshz,
jgn la kwn ngan org mcm ni..ble rosak jiwa tau~

SebelahKiri said...

haha..nanti minggu dpn aku plk nak pinjam 50sen beli air kopi..

seperti biaselah layan bosan amek

http://youtube.com/watch?v=5hUsGrazzxs

S.YanaZ said...

Perasaan gua sbg bapak lu?

Ciss! Kecik2 lagi dah pandai minat anak dara org!<= merujuk kepada Ariyati.

S.YanaZ said...

Yoshz,
lu jgn majuk, gua letak nama lu kat blog pakai skala ritcher...

Ahh, x rock le kalau lu majuk.
Nnt kita p debik itu Idrul Nafis ekk.

yoshz said...

Kikuri hime,
Thx! Description? haha. termimpi2 la kamu dekat mamat ni nanti.

fionahafiz,
idrul nafis boleh kesian kat kamu. nama dah dekat sama dah...

sebelahkiri,
jgn guna taktik yg sama mcm dia udahler..

cikgu s.yanaz,
skala richter? ngeh???
mana ader merajuk.takmoh cakap jer...

l.i.f.e said...

owhh saya heart idrul nafis yg bijak itu :P
kalau saya jadi bapak kamu la kan..saya sekeh kamu...ape ke hal hari2 kena trick dengan budak yg sama je ni :-w

kuih said...

jap2

idrul pinjam duit lu - rm5
idrul janji nak banje lu - rm5
idrul mkn duit lu - rm5

eh bukan ke sepatutnya dia utang lu rm15?

hohohohohoho!

sultan said...

mmg patut bg mkn kasut kat situ gak bdk idrus tu. penyamun punye bdk...

rahimin idris said...

lu tak ada kawan lain ke?

Princess Liyana said...

Salam ziarah:)

ish2,annoying sungguh kan idrul nafis itu. psst,apa cer dia skang?

artsoul said...

sy pegi kat bapak die..ckp kat bapak die...ape la lu punye anak,makan pun nak pau org..lu tk bagi anak lu mkn ke? tngk,die dah jadi kaki pau...memalukan kaum melayu je...sure pas2 bapak die malu dan bagi buah siku kat anak die...

yoshz said...

life,
mcm ni ker bapak penyayang?? jgnla heart dia. nanti gf dia jeles. heart saya nak tak? mimi tak jeles nyer..

kuih,
betul total RM15. dia bayar RM5 ajer. Rm10 dia kapur menggunakan strategi yg tidak dpt disangkal.binatang, jantan tak guna!

sultan,
saya baru kapur kasut. nanti dah tak putih mak saya marah. walaubagaimanapun saya dah lempang dia dalam siri 'sahibba'

rahimin,
dia kena pulau kat sekolah. aku tak sampai hati biar dia sorang2.
kwn aku kat sekolah ada 4 ribu.

princess liyana,
dia dah nak kawin. tapi mintak2 dia dpt bini yg hodoh.aminnn...

artsoul,
bapak dia bagi duit byk. tapi dia habiskan main tikam2. dan perangai bapak dia pun sama mcm dia. kaki belit putar alam. buat skim piramid (rujuk 'sahibba')

Che Sue said...

apo aa ngan idrul nafis pun ko bley d perbodo2kan..napa ko tak karate je keting dia...

yoshz said...

che sue,
tak boleh. nanti dia cakap mak dia.