Friday, August 1, 2008

Surat utk mimi

Sayangku Mimi,

Cantik tak tulisan i? Sori kalau tak. I mmg tak biasa tulis guna pen dakwat basah. I hope u tak terkejut dpt surat i. I mmg nak sangat cakap kat u, tapi u dah tukar nombor. Kalau i bagi emel, confirm masuk spam punya. I tau u nak ignore i, tapi at least pls bagi i peluang utk meluahkan perasaan buat kali terakhir. Lepas ni i janji i takkan call u, kacau u, buat2 lalu kat depan u atau poke u dekat facebook lagi. Janji.Sumpah. Kalau i tipu, nanti perut i buncit.

I nak u tau yg i betul2 bahagia bila i dgn u. Bila 1st time kita dating, i rasa kita mcm boleh masuk jugak la. Ingatkan mula2 nak jadikan u stok geli-geli aje. Tak sangka, cinta i terhadap u bukan setakat utk memenuhi naluri ingin membiak i. Bila i puji2 u melangit, u selalu cakap i suka tipu. Memanglah i tipu. Nak buat camane? Dah mmg takde perkataan kat dunia ni yg boleh describe betapa specialnya u bagi i. Faham tak, my pancake?

Tiba2 plak, i dpt tahu yg u ada jumpa2 si mamat Fakerrr oooppsss Fakhris tu. I bengang gila tau! I maki dia kau2. Hati comel i ni pedih u know?? mcm banyak sgt asid. Hingga mampu menukarkan larutan fenolftalein dari tidak berwarna kepada merah jambu. Hari tu, kat dlm Putera LRT i asyik ingat u aje. I carik apa salah i selama ni. Minah2 yg jeling2 kat i, i buat bodoh je. Heyy, i hanya pandang stok awek2 Taman Tun aje..Apa kelas u all ni?? I tunduk pandang lantai all the way. Sedar2 je dah sampai Kelana Jaya.

??!! Tengok u punya pasal i dah salah platform! I nak turun Ampang Park, tak pasal2 kena patah balik.

Lepas kejadian tu, i tried to move on... I ada keluar2 ngan Naimah. Dia tak setanding u okaaayyy.....pastu Iera, Dyana, Firda, Khamisah dan berbelas2 org yg add i kat frenster. Tak jadi apa. Diorang tu bapak plastik gilaa!! Diorang tak habis2 kagum dgn slip gaji dan buku ASB i. Langsung tak mahu tanya pendirian i dlm isu nuklear Iran.

I appreciate apa yg u korbankan utk i. Bila i ada masalah, u ambik berat gila2. I fikir nak syg u sampai mati. Nak jaga u, protect u, lipat kain utk u. Sampai satu tahap i even rasa nak beranak utk u. Malangnya, body Chuck Norris i takde tiub Fallopio. I tak marah kalau u terus terang, cakap kat muka i, yg u dah taknak ape2 ngan i. Cakap apa salah i, mana yg i boleh improve i improve. Ni tak, u kutuk i, u buat benda2 ngan Fakhrul eh Fairul? Ahh...apa2 la nama mamat tu, behind my sexy back...

I ni lelaki! Ada ego dan pride. Ada urge to protect. Ada rasa syg kat perempuan cantik. Ada bulu dada. Jgn cabar kelakian i! Kalau perlu i bertumbuk dgn mamat Fazrin tu, i tak takut. Suruh dia cakap bila dan dimana. I datang. Oklah, i tunggu your reply. Dah, i dah tak tahu nak tulis ape. Gossip Girls pun dah nak start. Daaa....

Your Sirap Bandung,
YOSHZ

36 comments:

elina jolie said...

ini entry saya rasa favourite saya so far. akhirnya, a glimpse into yoshz punya soul? atau adakah ini alter ego dia iaitu mimi?

cara tulisan u dah jadik cam "He-who-we-should-not-name".alah lelaki yg berlagak cam himbo yg kita baca blog dia semlm.

i like lah u tengok gossip girl.seorang lelaki yg comfortable dgn masculinity nye tapi masih boleh layan criter chick flick nih.menarek!!sangat haemophrodite and androgynous.

ps- gila best panggil org tersayang "penkek".tapi i rasa pudding lagi sedap kot.;)

shahril mohammad said...

mimi ni gf imginasi kau ke? dia ada blog? link kan. hehe.

aku tak boleh imagine kalau mimi ni alter ego kau. seeing u in women's dress. haha.

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

bertuah bdn cik mimi ni. ade org nak lipatkan baju untuk dia :)

S.YanaZ said...

Comelllnye Mimi punye sirap bandung tulis surat...
iskh!iskh!

*Tak baekkkk kan diaorg buat tak senonoh behind ur sexy back*

ha.ha.

yoshz said...

elina,
ur fav? thx..she used to be my alter ego, but now i've come to realize that she isn't real. I can't make her real...

penkek is a derivative term from 'hanky panky'. haha..

shahril,
mimi belum ada blog. tak lama lagi akan ada. hey...body i ok wattt??

donutmanis,
untung kann? itu pun dia tak hargai. kamu jgn jadi mcm tu

s.yanaz,
teruk kan? kamu jgn buat tau...
it hurts a lot...huhu

ipah cute 7 said...

ye lahh mimi sgt kejam.. lebih kejam dari stalin.. xpe laa encik blogger.. mgkn si fauzi itu lebih plastik dari awak.. gadis bimbo sgt gemarkan lelaki plastik.. fakta ini saya ambil dari mastika keluaran mei..

Kikuri-hime said...

Untungnye si Mimi ni. Is she real? Or she's ur imaginary fren? Just wondering. Yoshz, u r the living proof of jiwang karat! Pergfh!

l.i.f.e said...

owhh...entry ini tidak membuat saya ketawa ah.
aint it supposed to be cupcake? saya terbayang lempeng kelapa mak buat lah bila kamu kata pancake :P
ehh kalau mimi ini real, begitukah kamu?

Rajuna said...

yosh,
i adalah ex-mimi. well, u knw mimi memang tak berapa senang dengan kelebihan kita. dia mahu dia sahaja yang sempurna. sedangkan kita? teraba-raba mencari cinta tulus.

akuilah, kesilapan kita dalam memilih pasangan hidup.biarkan mimi dengan pelancau mak dia.

rahimin idris said...

ni luahan perasaan kau atau sekadar fantasi liar kau?

aku musykil. adakah mimi itu hanya kambing bertopengkan manusia? ah, ironis tapi tragis!

Dzulkarnain Mohamad said...

teruk betul mimi, dia langsung tak faham perasaan dan hati kecil kau.

Dia tak tau ke yang hampir tiap-tiap malam kau asyik fikirkan isu nuklear iran..
kejam betul..

aRe You? said...

yeay...akhirnya awk keciwa..
jum kapel? :d

bwahahaha :))

yoshz said...

Ipah cute [blueeekk..],
berani kamu panggil dia bimbo?
dia sengaja bagi imej bimbo psl kawan dia yg selalu bagi tumpang kereta juga bimbo.

kikuri,
jiwang karat kerr? hehe...
ni pun dah habis kontrol macho dah..

rajuna,
jaga mulut kamu baik2. tak mungkin aku salah memilih pasangan. kitorang dah test dekat mesin taruk duit tilik jodoh kat fun fair ari tu. dia ckp mimi adalah 'the one'

rahimin,
sebenarnya dia lebih kepada manusia pakai telinga arnab bila kitorang pergi parti liar.

life,
amacam. terer tak saya tulis surat?
rase2 ade awek boleh jatuh cinta tak? no, she's my pancake! cos kulit dia lembut mcm pancake McD.

yoshz said...

dzul,
ko salah faham. awek2 frenster tu yg tak tahu yg aku fikir psl isu nuklear iran. tapi, ya la. aku rase byk awek2 sgt selfish. asyik fikir relationship dia, shopping, mekap. langsung tak ambil pot hal2 yg lebih penting.

ayu,
kapel? Saya gemuk pakai spek.awak tak suka punya. lagipun saya nak try ngan mimi one more time!

Anonymous said...

that is my favourite love letter, luahan rasa.comel sangat2,kelakar sangat. eeeh...sirap bandung tu favourite saya tau.from mamapower

Danielle_Corleone said...

surat cinta pelbagai rasa! hahaha!

yoshz said...

mamapower,
comel dan kelakar? thx.tak sedih ke mama? btw, kenapa tak terus je pakai nick mamapower instead of guna anonymous?

danielle,
mmg tepat! pahit dan manis dlm satu surat. ajarla aku tulis sajak...

tropicoloco said...

sy org baru..tapi chait!! mmg awak suka berfantasi..hehe..napa byk sgt nama lelaki yg awak jeles ngan mimi?? mimi pon plastik gak ker??

p/s pankek kasi tukar r..karipap sardin ada??

yoshz said...

tropicoloco,
mana ada byk...seorang fakeris tu je la.terlampau benci sampai nak ingat nama dia pun menyampah.

pernah rasa penkek McD? try dulu nanti kamu tau mengapa.Thx!

Oja Roslan said...

Ya Allah.. getknya hati membaca surat mu ini. klau i jd mimi, mesti i rasa lagi nyampah. tak macho langsung tau... hehe

yoshz said...

Oja, perlu ke jadi macho all the time? saya hanya macho jika perlu shj. cthnya jika mimi dikejar anjing atau dgoda jantan bermuka pecah. yg penting jujur kann?

anyway, thx n teruskan membaca..

fionahafiz said...

dis is so funny..
thnx..surt ni berjaya buat sy senyum2 wlupon br lps gaduh ngan bos..

btw, bukn semua mimi mcm ni..

yoshz said...

Fionahafiz,

Thx. sorry kerana buat kamu mcm The Joker depan monitor. Mmg bukan semua mimi sebegini. Tapi my mimi tetap yg paling 'special'.

Kamu bukan sebegini bukan?

fionahafiz said...

owh..sy bukn seperti mimi kamu itu wlupon kami share the same name..ehehe..

tp sggh mati cinta kamu terhdp mimi kamu itu..mimi yg ini pon jadi terharu..hikhik..

btw skali lg, its senyum2 manis actually~

yoshz said...

fiona=mimi?

manis kerr? kang tergoda bos tu karang...
ni mimi mana ah?

Ojie said...

penkek mcd itu sungguh lazat..lbh sedap drpd cuppies dan surat ko pulak sgt comel..
unsangkarable utk membaca surat mcm nih dr seorang adam..huhu

yoshz said...

ojie,
expect the unexpected. haha.
kuasa cinta mampu meruntuhkan ego cilaka saya.

Anonymous said...

Wazz up Yoshz..that's the different lee.. mama, mysterious la skit.Betul ke aku eja ni..But this the most cutest, sedapnye love letter. ...(tengah terkial2 tulis love letter gak ni)

yoshz said...

ni mamapower ke saper??

cute ker?? mana ader.haha. kalau nak upah aku tulis love letter. silalah talipon.

Rabia said...

ha.ha.ha.ha! (aku tumpang gelak jer) lalala~

firda said...

I nak suruh bf i baca entri surat cinta ni..
lg syok kalau dia rajin nak tolong lipatkan baju..
haha..

yoshz said...

Rabia,
ko mmg suka jadi penumpang kann?

firda,
Suruh ur boifren bagi nama makanan kat u jugak. Ia terbukti berkesan u knowww...

CoOkiE MoNSter said...

misteri tul la cite pasal mimi ni. neway kelakar pon ade, romantik pon ade surat yoshz ni. erm...mkin dibace sy rase rase btulla mimi ni exist. Xkan yoshz gile bayang lak. kn? heheheh..

yoshz said...

romantik? haha! gila tak kann..
apa salah gila bayang?
janji rasa syok. itu yg penting kan?

mimi said...

Thank you abg....

missy suzi said...

gler!!!
sepanjang arini..aku study blog ko yg mcm ntahpape nih..
abes ilmu2 selama idop nih lps bace entry ko yg xlogik nih..
one best word describes,"gyler!!!"
hahahahahahahahahahaha..


rumantik dowh..mcm otomen!!
untung mimi..dpt bf yg gyler cmni..haha..xleh blaa~