Sunday, September 21, 2008

Bercakap dengan talipon

PERNAH tak kamu terfikir masa kecik² dulu, kalau kamu dah besar nanti kamu nak jadi kaya?
Kalau dah jadi orang kaya, kamu mesti nak letak telefon dekat bilik air.

Sambil ehem ehem, bolehlah layan cakap² dengan member pasal kerja sekolah dah siap ke belum, malam ni kalau kapur kasut esok sempat kering tak ataupun agaknye mcm maner McGyver nak hidup kalau tangan dia kena ikat lepas tu bom tinggal 30 saat lagi..

Tapi bila besar,

Rupa²nya saya tak kaya. Jadi, kdg2 saya bawak henset masuk bilik air. Manalah tau ader orang call tiba2, takdelah saya nak lari² bogel keluar ambik henset. Lagipun, bila ada talipon dlm bilik air barulah rasa mcm gangster² kaya. Haha. Ayahanda pekida pun tak boleh lawan.

Henset saya, saya letak dekat atas penyidai tuala. Kalau ader orang call, senang boleh capai. Tak perlu bangun. Tapi mmg malang, malam tadi si Hanapiah call, belum sempat saya angkat, henset dah tergebak atas lantai.

Ni saya nak tanya, mekanik mana yg pandai² cipta function vibrate?
Apsal Sony ericsson takde setting untuk toilet mode?
Menyusahkan orang tau tak?






P/s: padanlah orang putih panggil benda ni mobile phone. Dia boleh gerak rupanya...

34 comments:

Mas Mohd Yunus said...

semoga anda mendapat pengajaran dari kejadian ini. heheh.

zee ~ kawan mimi said...

saya setuju dgn cadangan toilet mode tu... kalau boleh buat water proof skali. sebab baru semalam tipon saya terjun menjunam dalam bath tub (sentap dgn diri sendiri tak habis lagi)

poyotito's said...

ayahanda pekida yang sorang tu jangan dibuat memain woi!!

kuat tido tuh!

missjaye said...

hahahahahaha..thats a funny one.dulu aku pon berangan nk ade tipon lam toilet.

suya said...

apekate letak je pablik fon...masalah seperti tepon jatuh ke lantai munkin tidak akan timbul lagi..

l.i.f.e said...

sudah pasti, definately sure, mekanik itu juga kerja di s.o.n.i.

amat pasti!

generasi said...

hahaha emm boleh tahan kan angan dak2 kecik..

Dzulkarnain Mohamad said...

off kan aje la vibrate tu..
aku pn slalu letak tempat tinggi kalau kat bilik air, ye la takut kena air lg..last2 skang aku dh x pakai vibrate dah..

Hanim said...

Nasib baik tak jatuh dalam lubang toilet. Hahahahh

aku_yanhashim said...

secara jujurnya..
kenapa bawa msk hp dalam bilik air..
ni mesti ada apa2..
;0

sebelahkiri said...

Henset anda memang begegar pada scala richter yang agak tinggi..kalau pakai earphone sambil buka lagu dgn kuat pon boleh perasan juga..haha

Che Sue said...

hahhaha...tapi gua selamba je kuar bogel2 p angkat hp...biasa aa takkan nasha aziz je bley wat kann...

Redzwan Abdullah said...

takde motif bawak hp dlm jamban... Haha... Ranap ke hp tue? Atau lantai jamban yang ranap?

yoshz said...

mas,
pengajarannya adalah jgn kwn ngan hanapiah. takde saper lagi nak call dlm toilet.

zee,
haha. berangan gosip dlm bath tub ni mcm isteri gangster itali. mesti wangi henset tu kena bath foam.

poyotito,
tu bukan ayahanda dah. Tu grandmaster. Yoda of pekida. Boleh menepis musuh dgn kung fu tidur.

missjaye,
pernah berangan telefon dlm kereta tak? mesti dulu mcm org kaya je mampu buat tu.

suya,
hey...takkan nak bawak duit syiling everytime pergi toilet. ke boleh pakai uniphone kad?

life,
takkan wong kut..
dia tu bukan cerdik sangat.

generasi,
sama ajer. tapi bila orang tua berangan ia dipanggil cita2.

dzul,
kalau taruk tempat tinggi lagi kuat la impak hentakan bila terkena lantai. ha, aku tau! sepatutnya mekanik telefon kena cipta air bag utk henset.

hanim,
lubang toilet kan aku dah cover...
haha

engkau_yanhashim,
eh mestila. nak menungu panggilan penting. mana tau ader org nak mati ker, ader org rindu ker atau simply rindu nak mati..echeh.

sebelahkiri,
mana dengar vibrate. skrin pc distorted psl tu aku sedar ader call masuk. bijak kan?.

che sue,
??!! [lap hidung]
Jaga2 itu baktiar dah pasang CCTV kat rumah u.

redzwan,
hp tak ranap. hati ini yg ranap.
hati pedih, hati pilu.
Tidak ku dambaaaa....

To all,
hey...dah berapa karangan pasal toilet saya dah buat daa...
obses betul..

Anonymous said...

hey there again..
selalunye org yg bawak hp masuk toilet ialah org yg tgh di alam percintaan..sebab diorg takut terlepas if org yg 'dinantikan' call..
hmm..mesti u tunggu mimi call kan??
lol.. (",)

Jack a.k.a adDam said...

Pengajarannya jangan pakai henfon..
Aku dah dua tahun stop pakai..

Tiada lagi masalah henfon rosak
Tiada lagi masalah henfon terjatuh
dalam lubang jamban
Tiada lagi masalah menjeling² booth henfon ketika berjalan di sekitar Lowyat

Anonymous said...

hey there again..
selalunye org yg bawak hp masuk toilet ialah org yg tgh di alam percintaan..sebab diorg takut terlepas if org yg 'dinantikan' call..
hmm..mesti u tunggu mimi call kan??
lol.. (",)~miz leo~

Facet said...

bawa hanpon dalam toilet ni samala macam bawa selimut time masak meggi.

Hafiz Mowk said...

gune lantai serap hentakan ok kot?

o-y-e-t-t said...
This comment has been removed by the author.
o-y-e-t-t said...

gamba yg hang lukis tu handphone ke walkie talkie?

farah sr said...

semoga dapat pengajaran yek

Iz said...

hehehe.. talipon yg ko lukis tu macam botol air lah

rahimin idris said...

henset kau tak ada payung terjun kembang tu ke?

Qaseh.Darwisy said...

Gila..tajuk pun da x ley blah..

Aku rasa trend bawak hp masuk toilet ni bukan 1 perkara yg ganjil lagi..da jadik normal..

yoshz said...

Miz Leo,
Hehe. Takdela. Jatuhla saham i kalau die dengar bunyi i meneran. Tapi kalau hanapiah dengar takpe. Biar dia tak selera makan nasik.

jack,
Ye tak ya jugak kata kau. Mmg kau takde masalah, tapi kau menyusahkan orang lain! haha.
err..lagi satu. Mmg betul org takde hp tak tercangak² depan booth hp. Tapi tercangak² cari booth public phone yg berfungsi. Kalau yg elok pun semua yg guna uniphone kad.

facet,
Bapak kedekut maggi nyer. Ya la, sekarang maggi dah mahal. Satu paket RM1.40 dekat 7E. Nak bagi mangsa banjir pun dah tak ikhlas dah.

hafiz mowk,
aku tak suka guna penyerap hentakan kat lantai tu. Kdg2 ada bekas² najis terlekat disitu mmg susah nak bersihkan. Apatah lagi yg ada biji² cili.

oyett,
tu hp. walkie talkie lagi besar gedabak. Baling Undertaker pun mati.tak cantik ker lukisan aku?

farah sr,
pengajarannya adalah sila taruk tilam dekat toilet. selain dapat menyerap hentakan, pengguna boleh baring2 ketika bergayut.

iz,
takdela macam. kalau botol air mesti ada tempat sangkut dgn kertas yg tulis nama dgn darjah berapa.

rahimin,
mmg ada payung terjun. Tapi dah guna masa terjun kutub utara dulu.
lupa plak nak beli baru.

qaseh,
normal? bagi orang yg perasan dirinya penting la kut. Hua hua. Takdela. Aku selalu bawak pasal nak dengar mp3 sambil mandi. Kalau sorang2 takut jugak ada tangan keluar dari jamban.

Ojie said...

hp sy ada vibrate..
sy xbawak hp masuk toilet..
kesimpulannya, sy cerdik.

kuih said...

hp saya pun vibrate, tp salu jatuh dari tangan saya pasal hp tu slim sgt, bukan pasal vibrate.

tp lepas aku puas tonton Godfather citer plg gengster dlm sejarah takde plak scene Don Vito bawak hp masuk bilik air....tp kalo citer softporn tu biasa la, yela bawak hp masuk bath tub, sambil2....

hahahaha

yoshz said...

ojie,
mesti takder saper nak call ko kan?
kesian...

Kuih,
Oi cerita godfather tu tahun bila punya cerita. Haha. Mana ada hp lagi masa tu. Cuba tengok cerita melayu yg mama bosan tu. ader rasanya..

stu_comot said...

juz tertarik pade gmb hp tuh...comell je!!mcm hp yg jnis jth xjadik pape pnyela..

padelkopak said...

bukan takat sony erricson je xde toilet mode!!!motorolla aku pon same gak....huhu.....

yoshz said...

Stu comel,
Tertarik dekat gambar hp jer..
Cuba tgk jubin dinding tu. Agak2 nyer saya kaya tak? haha.Oh, hp tu taklah sebesar tu. Cuma teknik fotografi yg sama digunakan utk membuat Big Mac nampak besar gila.

padelkopak,
Jom buat aduan rasmi dekat persatuan pengguna Pulau Pinang.

biskutrajin said...

lah...bkn bleh off ke vibrate 2?

valsa nine said...

tgk jubin dinding pun blh agak org tu kaya ke x ke? ehh.. lupa nk tye, awk ni TUMPANG umah sape? hahaha

oOoO ni mesti bwk masuk hp pasal xnk org len bace msg or tgk gambar tangkap sdiri2. haha.

vibrate hp sebesar tu, aihh.. rasenye toilet sdiri pun boleh runtuh! ngn tangan2 hantu dlm toilet bowl tu skali boleh collapse! =)