Tuesday, September 2, 2008

Dirgahayu encik towel hijau!

PENGUMUMAN (<--mcm maner nak buat underline ni??)

Saya ingin mengucapkan setinggi² terima kasih kepada brader yg memakai towel hijau yg telah membantu saya di kolej 4 tempoh hari.

Walaupun, saya tidak mengenali mu, akan tetapi tuala hijau fluorescent bertompok² dgn bekas tahi lalat itu akan tatap ku ingati selalu..

Oleh itu, jika entah mcm mana kamu terbaca entri ini sila hubungi saya dgn menghantar komen. Komen itu hendaklah menceritakan dengan terperinci situasi terbabit, wajah saya ketika itu, cara saya mengikat T-shirt di dada agar tidak terkena percikan² dan lebih afdal, sila describe sehingga tiada lagi keraguan berkenaan semua aspek termasuk warna, bau dan rasa.

Dgn cara ini, saya dapat mengenalpasti lahanat² yg cuba menyamar untuk mendapatkan saguhati.

Ya. Ada saguhati.

Atas jasa baik anda, saya akan belanja anda makan roti canai dgn teh o ais kurang manis di restoran Amjal. Ataupun kamu suka Mee Goreng di Kedai Gu? Saya tak kesah...


Ah, mungkinkah dia benar² pari-pari tandas...

Penunggu bercangkung, barangkali..

Roh bekas pelajar yg bunuh diri kerana gagal periksa?

Atau Green Lady of Fourth College.....


Tunununu..tunununu... [lagu Twilight zone]

[asap berkepul² ke udara]

Yoshz pun ghaib....


[uhuk uhuk uhuk...cibai bom asap ni masuk kerongkong pulak..]

38 comments:

rahimin idris said...

ada yang menyamar ke? gila apa, reward cam tu pun nak? miskin sangat ke penyamar tu? atau nak tumpang glamor kat blog kau?

Muhammad Azli Shukri said...

salam ramadhan. macam menjejak orang yang hilang.

aRe You? said...

i rase org tu cam maleh nk ngaku..
sbb cam murah sgt adiah tu..
cube cam bg sekotak kurma yusup taiyub ka...
sure die ngaku :))

Mas Mohd Yunus said...

kakakkaka...bab yg akhir tu tak tahan...asap masuk kerongkong...

[lapar la pula]

hajime said...

ah!
mee goreng dadah!
aku nak ngaku a camni...

Dzulkarnain Mohamad said...

ape2 hal pun selamat berpuasa..
betul ke tuala hijau?..mana tau tu tuala pinjam..

yoshz said...

Rahimin,
ye la. murah sangat ke reward aku? Cheh, tlg ambik air je takkan nak bagi buffet ramdhan plak? Haha. Bodo la kalau nak tumpang glamer kat blog aku. Baik dia pergi blog chedet.

en azli,
salam ramadhan. terima kasih. mmg carik org hilang pun.mcm anak ayam mencari ibunya..cari terus mencari.tapi jgnla saya ditangkap musang. oh kasihan..

are you,
mahal ke kurma tu? lagi mahal dari A&W?

mas,
cheh.ngan asap pun nak lapar..haha.
Isap rokok eh...

hajime,
haha. kalau kau sempat hari tu bawak air mineral aku dah banjer dah..

rahimin idris said...

hahaha dzul komen masa kau tengah balas komen! hahaha

yoshz said...

dzul,
ye tak ye jugak eh. Takpela nanti masa nak tuntut hadiah aku mintak dia bawak tuala sbg bukti pembelian.

rahimin,
mmg selalu jadi camni. Hangin tul..
Hahaha.

Princess Liyana said...

wah!ada saguhati?hehe smestinya bukan yana;p..melepas sy..

hik2..anyway,dirgahayu encik towel hjau!hik2

KARKADEWA said...

wa ade towel ijau sibijik mcm lu describe tu...
xble dpt 10% drp hadiah saguhati tu kew...??

Iz said...

entah-entah mmg pari-pari tandas

Kikuri-hime said...

Come to think of it... maybe that's is THE GREEN LADY!!!!!!!! Waaa...

HeNtAM.SaJElaHhh said...

chet...dan lg sambung tu...ide ko nih bersambung2 ek...cam best jek...nanti aku nak tiru gak ah...

Ojie said...

setakat belanja mi goreng mamak..buat sesak idung brader itew aje tlg amek air utk ko..

arghhh aku masih terasa keji ngn entri mcm nih..mmg sah seminggu aku xsahur..

sultan said...

ko tggu kat tandas tu lg. mane tau dia dtg lg skali nk jumpe ko. amacam...

yoshz said...

yana,
Haha. Kalau nka kena la carik towel sakti tu.

karkadewa,
ngko pakai spek tak? towel baru satu syarat.

iz,
mungkin. tapi tak nampak pulak kepak kupu2 dia.

kikuri,
aik? green lady bukan hantu jahat ke?

hentam sajelah,
idea bersambung-sambung ni maknanye takde idea. jgn tiru.nanti kita ckp mak...

ojie,
ala bukan jauh dia ambik air. dekat bilik air tu jugak.cukupkan aje terus 30hari tak sahur.

sultan,
taknak aku. kang ader yg tak bley basuh, terpaksa la aku menjadi pari2 tandas.

suya said...

bulan pose ade ke pari2 tandas?munkin die akan reply or komen raye pertama.pari2 ngan setan tak same tp die dok lam tandas so kene ikat skalik.

poyotitorres said...

semoga lu berjaya menjejaki beliau

enche towel hijau dr kolej 4 said...

Enche Yoshz,

saya ler mamat towel hijau tompok2 oh, itu bkn tahi lalat...

err...faham2 le.Saya pon kat luar tuh nk carik airrr.Tetiba enche panggil saya.

apa ganjarannye enche...? Mak saya nakkan sangat ganjaran tuh. Saya bgtau mak, sama nilai dgn pemegang pingat emas Olimpik.

l.i.f.e said...

giler ah entry bersiri yang busuk! :))

kuih said...

itu mmg pari2 tandas

aku yakin, pasal aku pun penah kena

huhuhuhu

Facet said...

I doubt, si pari-pari hijau itu mesti bukan yang komen di atas. Aku yakin yang real punya pari-pari itu kawan ko sendiri.cuba ingat-ingat mungkin ko pernah pinjam tuala tersebut.

yoshz said...

suya,
pari2 baik. dia ada kepak dgn tongkat sakti berbintang 5.takkan kena ikat sekali kut..

poyotitores,
kalau tak jumpe lagi bagus. jimat duit nak belanja teh o ais.

enche towel hijau,
tipu. encik towel hijau tu tgh mandi.bukan tgh carik air.haha.

life,
sampai hati ko. bagi sambungan lagi karang...

kuih,
angkara nescafe jugak ker?

facet,
takla. kwn aku takde yg semulia encik towel hijau tu.mereka semua jahat2 belaka.

Marjerin said...

:)

mahata said...

aku lost seperti seorang yang menonton siri lost.

Rajuna said...

apekah dia seorang hajime?

generasi said...

emm tuala ade taik lalat ke..
emm hairan aku... hairan

man_helang said...

bro lain kali ko sapu jek kat baju ...ha ha ha...gle evil, kalau aku mati kejang la dlm tandas tu...

yoshz said...

marjerin,
;)

mahata,
"Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu Mahata ini. Berikanlah dia petunjuk dan hidayah.Sesungguhnya dia didalam kesesatan yg nyata. Aminn~"

rajuna,
tak mungkin. hajime mandi kesat pakai cadar.bukan towel. Haha

generasi,
taik lalat pada towel adalah kerana lembap tak sidai kat matahari. ia adalah simptom biasa bagi penghuni asrama lelaki.

man helang,
terpikir jugak. tapi habislah tshirt Nike aku nanti.Hampir lemas jugaklah aku kat dlm tu dgn bau metana aku sendiri.

greenergrass said...

saya lah hijau tuuu hahahah

Qaseh.Darwisy said...

nti aku print entri ko ni patu aku mintak sape2 tlg tampal kat toilet tu..sng skit..aku tlg ko eh..bulan puasa kena buat baik sesama insan d bumi ambia ni..aku tlg ni...yashz, aku tolong ni..

el.ster said...

comment paling kelakar:

rahimin idris said --> hahaha dzul komen masa kau tengah balas komen! hahaha

muakakakakakkakk...tergelak besar i baca nih. ada gak org monitor sapa yg tulis komen masa en yosh tengah balas komen. hai takda keje ke di bulan posa nih en rahimin?

X said...

aku rase si tuala ijau tu adalah....

pari-pari tandas yang miskin. sebab die pakai tuala ijau yang dah buruk dan bertahi lalat lagi kat tuala die.

PS: kalau yoshz nak balas jasa pari2 jenis macam ini, saya cadangkan beli tuala baru untuk die. pasti die suka. saya pasti...

yoshz said...

Greenergrass,
Eh ye tak ye jugak. Tapi, ko buat apa dekat asraki (asrama laki)?
Oh...hamsap ya.

qaseh,
bumi anbiya' tu kat palestin/israel/timur jordan la.
Apa kau nak buat kat sana? Toilet tu kat UM. takde nabi yg ada kat sana. Kalau ada dah tentu tak boleh nak ceramah pasal ada AUKU.
Anyway mekasih la ye nakk...

el,
en rahimin ni mmg malas. kerja dia tgk org jawab komen lepas tu kutuk org kat blog dia. tak sopan langsung..

x,
haha. betul jugak tu. Gud idea! nanti aku bagi towel. aku rase kau patut tulis blog psl tandas dan pari2 yg menghuninya.

aku_yanhashim said...
This comment has been removed by the author.
aku_yanhashim said...

underline?

ctrl + U

yoshz said...

Ler mcm tu ker?

ok. nanti test. thx