Thursday, September 18, 2008

Kopi Jenab

PETANG KHAMIS. Ada cerita Somersault Berpusing. Saya dan Idrul Nafis tak pergi sekolah agama petang. Layan tengok cerita bola tampar tu dekat rumah saya. Habis cerita tu, kitorang main tutup oren.

Dia tengah leading. Markah dia dah 228. Saya tak puas hati. Ah, ada idea baik. Ikut peraturan kalau orang tu tak ingat markah, markah dia akan jadi kosong. Kalau main ibu, mati ibu mati semua..

"Chop, markah kau dah berapa?" tanya saya. Haha. Budak ni dah syok jalan lama mesti dah tak ingat markah. Mata die terkebil2. "210 kut..."dia jawab.

"Kut tak kira! kau kena cakap tepat2. Kalau salah kosong balik"

"Ermmm...okla. 210"

"hahaha...kau salah. Markah kau 228 bukan 210!"

"Aku tau. Lagi 18 aku dah simpan bank"

Cheh..tak puas hati betul. Mana ada peraturan mcm ni. Abg sedara saya yg dah sekolah tingkatan pun takda cakap camtu. Baru nak mulakan sessi debat dgn dia, Puan Jenab dah panggil dari dapur. "Angah, bawak kawan makan kat dapur ni"

Dekat dapur, kami makan ubi kayu rebus dengan cecah kelapa parut tabur gula. Kena pulak dengan kopi O panas Puan Jenab. Terus tak jadi gaduh. Kami berdua diam sambil layan kopi.
Dlm hati saya fikir, kenapa la mangkuk ni asyik tak puas hati ngan saya ajer. Apa la dosa saya. Dengan org lain dia macam ni tak? Ke dia mmg tak suka saya?

"Aku suka kau la!" tiba2 dia bersuara.

Terkejut badak saya. Dia tau ker apa yg saya fikir? Biar betul ni....

"Apasal kau cakap camtu? Tiba2 jer ni...." saya sudah sikit cuak. Suka yg mcm mana pulak ni?

Tak sangka dia mempunyai kuasa ghaib untuk membaca fikiran orang. Takkan dia tau selama ni kat mana saya simpan kaset 4U2C saya. Ntah2 dia tau saya syok kat budak 6 Anggerik tu. Kecoh nanti, mampus hari2 lalu depan rumah dia nanti saya blushing.

"Kopi ni. Cair sikit. Aku suka yg kau...tapi takpe la"

Oh...mcm tu.

Kat situ jugak saya blushing.

29 comments:

man_helang said...

ha ha ha...sape idrul napis tu sebona eh???

Iz said...

ngahaha.. cite Moero Attack yeah?

Sommersault Berpusing!!

hajime said...

yeah!
moero attack la yos...
lepas tu ngk gaban ngan satria baja hitam skali...

rahimin idris said...

heroin moro attack tu nama dia yin. gila punya smash berpusing. aku nyaris percaya!
woi, kau tak pakai rantai cd macam 4u2c ke dulu? kahkahkah

Kikuri-sen said...

Kenangan tu! Masa tu aku form 2 rasanye. Pergh! Dak pompuan kat kelas sumer nak maen volley ball. Pastu sumer nak jd yin. Nyampah!

k.e.r.i. said...

tak penah dengar pun name citer tu...

aRe You? said...

hahahaha...
ingat kan idrul nafis gay!

suya said...

nape kamu risau idrul nafis tak ske awak?hekehek..ko suke die ehhh.....(time ko jwb ni mesti ko blush..miahhahha)

Ojie said...

yoshz? 4u2c?
muahahaha..BSB ko layan jugak ke yoshz?

Qaseh.Darwisy said...

hahhaaa...x leh blah langsung..tanda tanya btl sape sebenarnya idrul nafis ni..budak skolah mana ni?

ye lah..tiap ptg tunggu tv..banyak citer best time tu..

Princess Fiona said...

hahahahah... ble tak aku pun turut rasa berdebar bila idrul nafis ckp "aku suka kau"...

*akibat baca dgn penuh emosi*

biskutrajin said...

bleh x aku gelak tanpe sgn silu?hahahahhahahahahahahah

Jack a.k.a adDam said...

Ah! Aku pon ingat part Sommersault Berpusing jek... gile sume org
hapal lg tajuk cite tuh..
Cite yg aku paling layan kecik2 dulu Cili Padi ngan Hati Waja... Song Pek ke ape name si jahat tuh..

l.i.f.e said...

whoaaa moero attack!!!

yoshz, kamu cerita macam ni buat saya lagi heart pada idrul nafis. mana dia eh? mahu starlite dahi dia banyak2 kali. orang dah kasi makan minuk tu byk pulak komplen dia

ye ke 4u2c je? kru tak? a to z tak? tipu je tu kannnn?

missjaye said...

ko rase2 kan masa die pusing2 tu ade bunyi tk?adekah ianya bunyi macm pichuuuu..pichuuu... atau shiuuuu..shiuuuu?tlg bagi saranan.

shahril mohammad said...

aku pun ingat samar-samar kat citer bola tampar tu. nak carik balik mmg tak jumpa lah.

huooahhh. ubi rebus. cecah kelapa campur gula dengan kopi o. confirm lepas puasa ni aku nak cari.

aku_yanhashim said...

sengal la en yos ni.
saya dah seronok baca.
manalah tau idrul napis ni psikik.
aduh.
org lain baca case
aku baca blog
sengal la.

kuih said...

hahaha ko minat 4u2c masa tu? tak leh bla - kitaorg layan KRU hahahahah

o-y-e-t-t said...

moreo attack tu ngan oshin mane lagik best?wahhh...die hard fan 4u2c nmpk

Facet said...

Weh moero attack still broadcasted year 1993 ke??

http://facetsoul.blogspot.com/2008/08/cerita-dulu-dulu-1.html

Nah promote sikit. hehe

poyotito's said...

HAHAHA
menggelabah tak tentu pasal apahal woi???

woi jack!!betul la tu som pek nama dia.layan gila babi dowh cite tuh.

Dzulkarnain Mohamad said...

haha..betul la, game tudung oren tu kalau lupa lepas tu kena chop boleh kosong balik..

moreo attack..dulu2..balik prep petang je semua terkejar ke bilik tv nak tengok yin buat sommersault..haha..

farah sr said...

moero attack!!
masa aku darjah 4 nih citer nih..
ada jual cd citer tu tak?
tetiba teruja nak main volleyball.

yoshz said...

man helang,
haha. boleh rujuk entri yg lepas lepas utk mengenali beliau.Eh eh, aku baru perasan yg muka kau ada sikit mcm burung helang...

iz,
yeah. menganga tengok kesan khas yg murah itu...

hajime,
ya. bila muqaddam start, keluar rumah atau buat buat nak siap pergi mandi.

rahimin,
yin ke cun nama dia? aku takdela minat sangat 4u2c tu. cuma suke lagu aidilfitri tu je.aku lagi minat vanilla ice masa tu.haha.

kikuri,
Form 2? wau...aku still sekolah kebangsaan lagi masa tu. Yin? takde saper ke nak jadi kawan dia tu? or maybe anjing yin?

keri,
moero attack nama sebenar nya citer tu. haha. rugi kalau tak pernah tengok..

are you,
tu dulu. skang tak tahu la. tapi yg pasti dia mmg tak hensem.

suya,
saya tak risau die suke ke tak. tapi apsal asyik saya jadi mangsa...
oh no. saya lgsung tak suka dia.
kwn ngan dia pasal die ada kaler luna 24 batang.

ojie,
ala suka sikit2 je. nope tak suke BSB.
aku dulu suka NKOTB. Step by step...oooh baby~

qaseh,
dia budak sekolah aku. tapi menghantui mana2 budak sekolah.
sekarang dia menghantui kamu semua.jadi awas.gerak langkahmu woho.
mmg banyak citer best.ada jugak smurf.heatcliff.ngan rumah kedai.

princess fiona,
haha. berdebar kann...mau pecah vena pulmonari time tu.

biskutrajin,
sila gelak tanpa segan silu. bila gelak jgn lupa tutup mulut.
nanti setan masuk dia cucuk2 perut kamu dgn garpu dia.


jack,
Somersault berpusing adalah pembohongan paling kiut dlm sejarah manusia.
Haha. Cili padi tu mmg si Hajime berlakon kan. mmg syok ah..
Tapi hati waja aku tak tau citer aper.sila tulis entri psl cerita tu.

life,
saya dah suruh Pak Lah taruk dia dlm ISA. mengancam keselamatan awam betul.
KRU 1st ngan 2nd album. A to z dengar sikit2.
saya gila Vanilla Ice ngan Roxette time tu woh...

missjaye,
Ade. Tapi tak ingat details. Ade bunyik2 mcm psikedelik n disco ball kut.
Mmg satu kesan khas yg sangat murah.Very the jepun one...


shahril,
seperti yg dibincangkan di YM semalam...
Bila ko kepak ubi masa panas, dia punya wap naik berkepul2 le udara.
Aroma cucuk hidung dan meresap ke dinding2 perut.
Tunjuk depan tahanan Guantanamao mesti die pecahkan rahsia Al-Qaeda.


engkau_yanhashim,
Haha. Baca case? ngko majistret ker?
Alah..kira blog ni kan case untuk Akta Hasutan.
Ko cakap la tgh studi evidence.Mana tau ada unsur malafide atau subjudice.

kuih,
lama tak nampak? haha
KRU layan gak. Tapi paling suka Vanilla Ice.
Lirik ice ice baby tu aku hapal n tulis kat buku latihan Petak Besar.


oyett,
wahaha. Oshin tu nenek aku tengok sambil dodoikan aku la.
Untuk org2 tua yg kurang daya imaginasi mmg sesuai.
Tak die hard sangat la. Masa tu lebih ke arah nak jadi Ajai Exist.

facet,
1993? saya rasa tak. Aku tau aku ada sikit silap ngan timeline.
Dalam ilmu filem ia dipanggil 'anachronism'.
Cheh..nak promo. Bak singgit.ermm..93 paling top masa tu Ultraman ace.
Dia ada panggil abang dia....haa...

poyotito,
mau tak menggelabah. dahla masa tu dia pakai seluar Ninja Turtle yg pendek.
Amende som pek ni?

dzul,
betul. tapi kalau dah masa bank takpe. Moreo attack..prep ptg?
Ko dah tua ye dzul? Nama dia cun ke yin?
Aha..mmg comel la kalau budak laki nak jadi yin.kalau aku sanggup jadi arwah ayah dia.

farah sr,
aku rasa aku pun darjah 4.ada. ko gi kotaraya kat kedai S&m tu.
Boleh tawar. Jom buat tournament antara blogger wanita.
Biar org laki jadi pemerhati bebas..

rahimin idris said...

eh, nama dia cun la. yin tu kawan dia yg kena kanser tu! kira saingan dia la masa tu hahaha

padelkopak said...

alah bikin suspen je la lu nih!!!ingat die mmg hebat cam superhero,,,,

yoshz said...

rahimin,
haha. aku langsung apa pun tak ingat. yg power 'ugly' tu saper?

padelkopak,
cheh. mamat ni satu bangsa yg hina.
jgn harap nak jadi hero, nak mintak bantuan susu sekolah pun tak layak.

Hanim said...

Maero Attack! dulu giler nyer sangkut ngan citer ni, sampai ikat rambut pon nak ikat rambut gaya Chun tu. (Nama heroin tu Chun, bukan Yin). Pastu beg sukan pon nak yg sama cam Chun. Hahahhaha

yoshz said...

Aku dulu tiba2 belajar guling atas tilam masa pendidikan jasmani.konon nak nelajar somersault la tu.