Thursday, September 4, 2008

Mak, angah nak puasa!

PENGALAMAN hari pertama saya berpuasa: saya tak puasa.Bukan pasal tak tahan tapi akibat salah pedoman. Masa tu 1988, saya darjah 1 Melor. Ya, saya dah tua. Bagus matematik kamu!

Saya tanya Puan Jenab,"Mak, angah nak puasa!" "Takyah la puasa lagi. Tunggu la sampai dah darjah 3. Masa tu dah boleh pakai seluar panjang pergi sekolah" Saya tak puas hati. Terus duduk atas lantai, kaki sepak2 segala benda. Ini tanda protes saya yg tahap2 paling kiut.

Esok pagi sahur. Punyala berat nak gerak dari bilik ke dapur, saya rasa mcm nak naik basikal. Walaupun jaraknya tak sampai 20m, tapi kalau mengesot guna dagu rasa mcm penat nak mati. Mcm mana la cacing hidup selama ni?

Bila sahur, perangai tetap sama. Makan nasik mesti taruk kicap. Kalau tak, taknak makan. Lepas sahur tidur balik. Lepas tu bangun balik pergi sekolah. Bila dah mandi, rambut dah sikat, pakai bedak semua, Puan Jenab bagi bekas tupperware dgn air panas sejuk (masa kecik tak reti sebut suam). "Eh, apa ni? Angah puasa la!" "Ala, bawak ajela kalau tak larat nanti boleh buka"
kata Puan Jenab yg memandang rendah pada keupayaan saya utk berpuasa.

Masa rehat. Semua budak kena keluar bilik darjah.Kalau tak penolong ketua darjah ambik nama.Budak tak puasa makan. Budak yg puasa menganga je tengok. Saya duduk di bangku kantin sambil hayun2 kaki. "Kau tak makan ker?"tanya budak tu sambil menyuap benjo yg mak dia buat pagi tadi.

"aku puasa" jawab saya yakin

"Alah, mak aku cakap budak kecik boleh puasa sekerat hari" kata 'budak itu'

"Ya ker?" saya tanya

"Ya lah. Sebab tu mak kau bagi bekal" cilaka itu memberi jawapan bernas.

"oh. kalau camtu...." jawab saya dgn mulut penuh dgn roti taruk susu cap junjong yg tersedia dlm bekal. Tak menyempat nak 'Allahumma bariklana...' Sempat lagi nyonyot aiskrim Malaysia sebatang...

Balik sekolah. Tanya Puan Jenab. Sah tak puasa sekerat hari? Dan jawapan Puan Jenab membuat saya terduduk atas lantai dan memprotes sekali lagi. Kali ni lebih ngada-ngada..
Haha.Cilaka punya 'budak itu'.

41 comments:

Faizal Riduan said...

Tuan Yosyz,

Ya, roti berintikan susu cap junjung meningatkan saya pada masa lalu. Paling bagus dapat makan roti bersama mentega yang ditaburkan gula di aatsnya.

Untung budak-budak sekarang makan roti dengan jem, dengan mentega kacang, dengan kaya, dengan keju dan banyak lagi perasa tamabhaan.

Qaseh.Darwisy said...

peh, x leh nk imagine aku jalan guna dagu..kalahkan ju-on.. hahhahaaa....tu la kehebatan cacing kalo ko nk tau..hahahhaaa...

el anak jan said...

i nak tengok tahap protes u yg paling kiut tuh. next time jumpa, sila demo utk saya ok.

PERLU KE nak kaitkan bende2 yg keji ngan cacing? mereka makhluk Tuhan yg tak bersalah mmkkaayyy....i happen to like them very much.

"air panas sejuk" --> gila lama tak sebut!! miss phrase nih.

i leh bayangkan kechumilan u: pagi2 mandi, sikat rambut, pakai bedak....alah lah lah chumilnya...pastuh suma puan jenab buatkan plak tuh...

adakah cilaka tuh bernama idrul nafis?? macam iyer je...kuhik kuhik....(u darjah 1 dah pandai sebut cilaka? ish ish ish apa nak jadik nih?)

suya said...

keh keh keh sungguh mengada skali gambaran yg diberikan tentang budak itu.rase nak sepak heheheh...
enihooo....sape kate budak dajah satu taun 88 tua?huhu

182 said...

aku dari kecik sampai sekarang puasa setengah hari..

mahata said...

akak bimbo>>
yoshz kecik2 sikat rambut tepi.
hidung tetap besar.

Kikuri-hime said...

Been there done that! I start pose dajah 2... balik sekolah bantai air ribena! Masa sahur kembang kempes idung... hmph!

akak bimbo said...

abg bimbo>>

i have known of yosh's "fashion" lack-thereof since azali. he has the audacity to show me all his pictures since he was a lil yosh up to biggie yosh now.

i second ur statement. he does have a rather peculiar style of sweeping the parting of the hair SUMWHERE (be it middle or side parting) and the confoundingly large nose. hermmmm....

would u care to join me in this oh-so-wondering stage? i got something to give u too lah abg bimbo. sumthing special. hehe. gimme a call.

Ojie said...

aku panggil air panas mati..
ko punya daya tulisan yang buat aku rasa bersalah kalau tak gelak..

l.i.f.e said...

ila sahur, perangai tetap sama. Makan nasik mesti taruk kicap. Kalau tak, taknak makan. Lepas sahur tidur balik. Lepas tu bangun balik pergi sekolah. Bila dah mandi, rambut dah sikat, pakai bedak semua, Puan Jenab bagi bekas tupperware dgn air panas sejuk

ahhh statement kat atas tu memang dibuat oleh semua ibu yang penyayang ok!

hishhh..apesal benci sangat pada cacing ni? tau tak Tuhan marah kalau kita benci2 makhluk ni. tau tak?

KARKADEWA said...

haha...
btol tu suya...
budak2 jenis mcm ni patut diajar dgn rotan je...
babab karang...
haha...

zubeid said...

sume bdk pose setgh hari... mana thn beb cm ko la...ihik
hari kedua pose angah bawak bekal lagi x?

Facet said...

Haihh..roti+susu pekat.
Sungguh klasik.Malam ni sure aku buat.

Iz said...

hahaha.. nampaknye tak dirgahayu la 'budak itu'. Aku 1st time puasa, terbukak puasa kul 630 ok.. konon2 main ngan kawan2 supaya lupe la kelaparan tu.. balik umah je terus teguk air, hoh. buat penat je berlapar sepanjang hari, cis

sultan said...

hah... pose stgh ari x sah ke. bior betol. apasal aku x tau ni. cisss...

generasi said...

sultan mane ade erti puasa setengah ari...
setengah hari maknanya org kurang upaya hahahha

kuih said...

fulaweiii roti inti sus cap jungjung tuhhh, pastu ada lapis majerin plakk pergh ada gula gak mcm kata faizal kat atas sekali tuh...perghh cayalah yoshz. ini wa nak buat satu kat umah buka kang nih! yahuu!

kuih said...

pastu roti tu cicah plak milo panas ....perghhhhh

Dzulkarnain Mohamad said...

PENGALAMAN hari pertama saya berpuasa: saya tak puasa.Bukan pasal tak tahan tapi akibat salah pedoman..
*****
tapi bagus la kau..sbb ada inisiatif nak puasa dari kecik..
puasa mmg kena latih dari kecik..

masa tu kau dapat puasa penuh tak selain hari pertama nih?

Redzwan Abdullah said...

Pegh... Darjah satu da start da separuh hari? Tarawikh camne? Separuh gak ker? Atau maen mercun kat belakang surau?

yoshz said...

faizal,
kadang2 saya bila ada duit sikit beli choki2 atau nutella taruk dekat roti. bila miskin saya ambik milo letak kat roti.

qaseh,
itu adalah skill ninja paling malas. sesuai dilakukan ketika protes taknak pergi sekolah pasal ada BCG.

el,
mana bley suka2 tunjuk protes ni mmkay? bila terdesak je boleh. yucks!! tapi kelenturan badan mereka amat mengagumkan.hey, mana ada mak yg buat semua tu. i buat sendiri, i kan good boy...

suya,
kire dah tua kay...kawan2 sama batch ramai dah kawin. Tapi saya...
uhuk..huk..

182,
okla tu. rahimin tu ntah puasa ke tidak. dgn pajeri unta lagi..

mahata,
ah. macam ko dulu tak sikat tepi.aku ada gambar. nak aku publish? hmph? hmph?[gigi arnab]

kikuri,
air glukos tu nama die aper ya? glukolin ke aper? sedap gak air tu.

akak bimbo,
hey..what r u2 up 2? jahat...
nak puji i puji la terang2 kat sini.

ojie,
daya tulisan ke gaya tulisan? ala..ada kawan aku baca blog ni takde perasaan je aku tengok. lawak senario die gelak pulak. hina betul aku rasa..

life,
ustaz aku cakap, tuhan menjadikan semua makhlukNya dlm keadaan terbaik, plg sempurna. Tapi, cacing hodoh, tak berguna. Jadi sah2 la ia bukan makhluk tuhan. Mungkin hasil eksperimen dr mahata.

karkadewa,
hey...budak tu maksudnye siapa? bukan aku budak cilaka itu...

zubeid,
ya. bawak.lepas tu angah lgsung tak puasa.dah darjah 2 baru puasa

facet,
buat sambil tgk pimai pimai tang tu. Urgh...lazat.

iz,
630 kat sabah dah buka. ko patut bagi alasan itu kat mak engkau.

sultan,
Puasa setengah hari sah sekiranya anda separuh muslim.hadis palsu ibnu yoshz.

generasi,
org kurang upaya pun mampu puasa penuh. puasa stgh hari adalah seperti huraian hadis di-atas.

kuih,
err..lagi best ko buang kerak roti tu dulu. abis roti, kerak cecah milo.amacam?
"allahumma lakasumtu..."

dzul,
aku start puasa darjah 2. darjah satu lgsung tak puasa. psl ada ustazah mana ntah cakap kalau tak puasa penuh takleh raya. alang2 kantoi, kantoikan je semua. .

redzwan,
darjah dua baru start puasa betul2. terawih mmg tak dapat ah...yup main mercun thunderclap blakang masjid. dia meletup kat atas...

S.YanaZ said...

YoshZ San,
"Terus duduk atas lantai, kaki sepak2 segala benda"

Kalo gua dah panggggggggg!!! 645X.
Bagi mkn CACING, nak???

Huh!Dasar murid darjah 1 Melor.

amoi chantek said...

hahaha... kelakar glew ko neh!

greenergrass said...

oikkkk apala puasa gitu gayanya/... gapo la mu nihhhh

greenergrass said...

oikkkk apala puasa gitu gayanya/... gapo la mu nihhhh

poyotito's said...

puasa suku hari pun ada wei.
lu jangan tak tau pulak

hajime said...

ah!
rambut sikat tepi!
teringat gambo ayu ko posing time form 1...
ke form 2 ek?
xmo publish gambo tu kat sini ke ek?

nur nabil said...

haahaaa
lawak gile
tp mmg la
wujud je pose setengah hari
suku pon ade kot
;p

yoshz said...

Syanaz,
Eleh, mcm kau berani pegang cacing. Well, tanda protes itu sangat berkesan tau. Apa kata kita protes harga minyak mcm tu nanti?

Amoi chantek,
Kelakar ker? Tak la. Aku serius ni.
Kau tahu tak blog Harun Salim Bachik?

greener grass,
manalah aku tahu puasa tu camner. ape yg org cakap aku ikut aje. Aku naif, lurus mcm pembaris masa tu.

poyotito,
"Barangsiapa yg puasa nya suku, nescaya dia adalah golongan yg bertuhankan Kolonel Sanders"
[armageddon 7:11]

hajime,
publish? nak mati? hahaha. demit la. jgn bagitau org.hilang jati diri aku setahun nanti.

nur nabil,
Stgh hari? suku hari? perlu ke aku nak ulang hadis² palsu diatas? Ape kata kita puasa 2% hari? Lu pikirla sendiri...haha.

faizal,182,zubeid,redzwan,amoi, nabil,
thx 4 dropping by. salam kenal. ape khabar makcik? lain kali dtg bawak² le goreng pisang ye...hehe.

nur nabil said...

hahaha
mne entry tu
nak bce
byk sgt archives nih
-.-

mahata said...

akak bimbo>>
hoo? something to give me? don't tell me it's this month's issue of galaxie? lol

yos>>
um...jgn pls. mesti angle tu tak best.

and aku takde wat eksperimen ngan cacing mmkay?

alif-mikail said...

yosh..
bukan aok ke yang ajor koi kat kantin tu.. ha.. haa.. jgn nak bedooh..

faizal riduan .. letak gambo pasport nak carik jodoh ke? LOL

akak bimbo said...

demit abg bimbo, mana u tau? u sudaa beli kaa itu galaxie? ahaks..DONT! i already bought u one. we were gawking happily at our pictures last nite. hehe.

amoi chantek said...

tak tau plak aku dengan blog Harun Salim Bachik

aRe You? said...

budak tu?
sape2?
meh2 sini kasik tau...

eyh...i cam x baligh lagi..
leh ah u kasik duit raya kat i kan?

kikiEy said...

haahha....


teringt waktu aku kecil2 dulu:]

kikiEy said...

haahha....


teringt waktu aku kecil2 dulu:]

yoshz said...

nur nabil,
Bukan entri,tapi komen aku terhadap komen sultan dan poyotitos. Bukan ke kita mmg puasa setengah hari? Puasa sehari bersamaan puasa 24 jam la kan? Tak ke mati.

mahata,
Ah sori. Kau bereksperimen dgn cop, sukun dan hajime. Apa verdict?

alif mikail,
koi mana kenau aok masa keciak-keciak dulu nooo...
woi, mana aku tau cakap pahang!

akak bimbo,
haha. mahata and his most 'immaculate' look. XD

amoi chantek,
tolong carik pls. and kalau dia takde blog sila telepon dia suruh tulis blog. haha. mesti lawak.

are you,
betul tak baligh lagi? alah...baru nak belanja tgk wayang 18SG.Budak tu kan nama dia kan....alah dia tak bagi cakap pulak.

kikiey,
uiks? kamu pun protes mcm tu jugak.hehe.

aku_yanhashim said...

hahaha
kenapa bila bulan puasa
semua blogger letak entri yang kelakar.
kalau batal puasa saya mcm mana?
penat ketawa
mesti haus
bila haus
minum air.
tak ke batal puasa tu.
=/

yoshz said...

Haha. Bacalah waktu mlm. Takpun bersahur dgn blog. ;)

BuLan said...

ade ade saje :)