Saturday, September 27, 2008

Memberus gigi dinaso

Eh dah start ya? oh ok...

[Muka berpaling ke arah kamera]

Apa khabar anak-anak?

Dalam entri lepas saya ada mention tentang kerja di Dinotrek. Betul la tu. Tak percaya tanya Shahril. Tapi jgn tanya dia ke mana perginya komputer Apple atau nak belanja dia makan beefstick. Nanti dia tak suka.

Begini ceritanya.....

[gambar semakin kabur dan warna menjadi hitam putih]

Waktu itu orang takde la ramai sangat. Jam di dinding henset menunjukkan pukul 12 tengahari.
Itu bermakna, sudah sampai untuk.............. 'Masa Makan T-Rex!'

OK. Saya harus get ready skarang.

Tugas pertama: memakai kostum yg penuh dengan gambar² binatang purba dgn warna² yg ceria. (rujuk gambar Nik Hishamuddin)

Tugas kedua: menyiapkan props seperti daging tiruan yg dibuat secara cincai dan juga berus gigi berskala gergasi.

Tugas ketiga: mengajak pelawat2 datang berkumpul berhampiran patung robotik Encik T-Rex.

Kebetulan, hari tu ada rombongan budak2 sekolah datang melawat. Jadi, ini kerja senang. Saya hanya perlu beritahu cikgu mereka yg kami ada acara special sempena lawatan mereka. Cuma apa yg cikgu perlu buat hanyalah menyuruh mereka berkumpul dekat sini sini, pukul sekian sekian.

Cikgu itu pula tanpa menyedari, merelakan dirinya dimanipulasikan. Kah kah mana ada special nya? Tak kira la siapa datang, mmg tu kitorang kena buat....kah kah. Budak sekolah sama ajer dgn cikgu sekolah. Dua²nya naif, lurus dan murni suci mcm minyak rambut Zaitun.
Kah kah kah...

Bila mereka sudah berkumpul, saya akan memulakan sessi berkenalan dahulu. Ini skrip untuk warming up dan mengurangkan rasa ngilu atau segan dihadapan public.

Abg jaga dinaso ie yoshz:

"Hai adik adik selamat datang. Err..adik-adik ni dari sekolah mana??"

Dengan penuh semangat mereka pun berteriak beramai-ramai:



"SEKOLAH KEBANGSAAN!!!"


[berani la adik tanya abang kat mana tandas lepas ni, siap lah abg jawab dekat Malaysia]

24 comments:

Facet said...

Kena sebijik. Padan Muka.Haha

l.i.f.e said...

muahahahahaha...padan muka!

patutlah pernah cakap sekolah kebangsaan tu kamu mcm tak suka eh =))

adik2 sungguh bijak!

kecik said...

muahaha!
saya pon budak sekolah kebangsaan!

p/s: mesti chegu dia yang naive suci murni tu da ckp, "murid2 kalo abg yeos tanye jgn ckp name skola,chegu takot dia cari chegu nak ngorat."

apekah?

*geleng2 sambil tendang menendang org sebelah*

Pengejar Masa said...

waahahaha! gila siot. budak2 tu mmg patut kena gigit ngan T-Rex robotik.

aku_yanhashim said...

abang!
cerita lari tajuk
huh..
ni nak tipu la ni..
ingat nak cerita pasal dinaso tu termakan tgn abang ke.. telinga abang ke. tulang belakang abang ke.. hampeh.

suya said...

mane kedai dinotrek nih?

hahah budak2 itu mmg bijak2 semenyeh...hahah

Hanim said...

Hahahhaha Yoshz,

Tu la, saper suruh ko mempermainkan bebudak yang naive suci murni itu. Hukum karma namanya tu. Hahahahah

atune® said...

tu ler...xbaik ko tipu dgn special ko tuh...tuh yg derang specel kan ko blk..

sultan said...

ape lg...

makan budakkkk...!!!

o-y-e-t-t said...

kah kah kah...kena sedas....ade tak budak2 tu tny soalan yg jawapannye dibagi secara sakarstik??

valsa nine said...

haha. sekolah kebangsaan!! haha.

geli hati sungguh. tu la. badget budak skrg naive sangat ke.. budak2 tu saje nk test power abg dinosour. makan budakk ke x.

haha. =D

Don Balon said...

cikgu yang naive tu punya plan la tu..kirkir

k.e.r.i. said...

haha...
sengal2 ubi la budak2 sekolah kebangsaan tu..

shahril mohammad said...

tu nasib la dapat pelajar sekolah kebangsaan. kalau sekolah jenis kebangsaan lagi parah. terpinga-pinga.

sayesukeraye said...

abg yoshz, takde ke cite psl main mercun ke? buat kueh raye ke? tak feel raye la blog nie... story mory la skettt :D

padelkopak said...

ooo kutuk cikgu eh??nah amik kau....dush...dush....!!haha...

alif-mikail said...

ye mari membelasah yoshz.. (sambil tag-team dgn chekgu chekgu dan padelkopak)

ikut skala ritcher kureng sikit pagi ni..hahaha.. tetap menceriakan hari koi koi koi koi = ikan..

aRe You? said...

hahahahaha padan muka..loyar buruk ah dak2 zaman skang

Qaseh.Darwisy said...

bro, pesal terima qaseh..lu jgn..

adeh..mmg padan..baru aku bleh rasa keseraman blog ni dsbbkn kewujudan dinaso tu..

ah,seramnye..

generasi said...

selamat hari raya maaf dari hati ke hati bro

biskutrajin said...

sengal jugek dorg tuh...tekene ko ye..

akma.syazwani said...

MIAHAHAHA!
sedih daku mmbace..sobs~

yoshz said...

facet,
takpe. kita dah cakap mak kita. bluekkk...

life,
saya perasan yg saya popularkan term 'sekolah kebangsaan' tu. Bukan psl kisah ni. jika kamu rasa kamu plagiat saya, sila belanja saya makan Coney dog.

kecik,
cikgu tu laki kut. siap misai bagai..

pengejar masalah,
T-rex tu ingat dia vegetarian. mmg leceh. takpe, nik hishamuddin ader.

yanhashim,
tajuk cerita abg mmg sentiasa lari. Ini adalah trademark abg sejak sekolah tingkatan lagi.macam cool kan?

suya,
tingkat 4 KLCC. Err..akak naik lif, belok kanan.
(patut ke saya cakap dekat malaysia?)

hanim,
bukan hukum karma. Hukumnya, izhar khalqi. Nyata terang dan jelas. Tanpa dengung.

atune,
Haha. Budak sekolah mmg tak berapa cerdik. Lawak mereka tersangatlah Wahid senario.

sultan,
masa kerja tak boleh makan. lagipun budak2 tu busuk. Datang dahla pakai baju rumah sukan.

oyett,
Ada. Namakan 3 lapisan bumi?
1)lapisan pertama
2)lapisan kedua
3)lapisan ketiga

valsa nine,
abg dinaso sangat bijak. dia pandai buat2 bodoh agar kanak2 terhibur.serius, aku buat2 bodoh ajer tu.

don balon,
cikgu tu tersangatlah kurang kreativiti. dengan membuat plan yg mcm itu apa persepsi masyarakat terhadap sistem pembelajaran sekolah terbabit?

keri,
mereka memang otak sengal2 belaka.patut disapu dengan Tiger Balm.

shahril,
Hahaha.Lagi celaka kalau diorang jawab "sekolah" ajer. Mmg nak kena tiger uppercut.

sayasukeraya,
Ada. Saya bakar mercun naga kat lubang cacing. Menggelupur celaka2 tu! Hahahahaha!!

padelkopak dan alif mikail,
Cikgu kerja setengah hari. lagi setengah hari, mereka kena tahan kutuk. baru adil. Hahaha.
Ini braper skala richter??

are you,
Blekkk...tak sakit pon. Bleekkk..

qaseh,
seram kan? belum lu tengok t-rex tu kenyit mata nak makan lu lagi..serius seram. ada masa pergi la sana.

generasi,
lu mmg hampeh. tak guna. budak tak tahu malu!! argh!!!

selamat hari raya. maaf zahir batin. ;) 0-0 yer??

biskutrajin,
sengal melampau. rasa nak catit nama bagi kat guru Penyelia petang.

akma,
sedih kan? semua cerita hero mati sedih.titanic,braveheart,gladiator, prebet lapok. well, aku mati kutu.

Aini, Aqila said...

hahahahaha!! best best best!!da jumpa lagi satu blog yang best! waallaahhh~~!!!