Tuesday, September 16, 2008

Snippets

OLEH sebab saya memang dah takde idea nak tulis blog, dan kamu pula suka desak desuk saya untuk update. Haa...amik kamu! Satu entri yg sangat random.

1. Shahril, cerita pasal petrosains pun best jugak. Mcm ni ceritanya. Ada seorang budak tu. Nama dia Shaxxxx Mohaxxx. Dia suka curi laptop. Haha. Perlukah saya teruskan? Kamu suka glamour bukan?

2. Dzul, kali terakhir saya terkincit adalah masa Form Five. Ya, ianya embarassing. Tapi, ia boleh buat entri ini tambah menarik. Dan, kombinasi air milo godak susu tepung dengan mihun goreng dekat dewan makan bukanlah bagus sangat untuk dijadikan sarapan. Org lain sibuk berdiri dlm perhimpunan, kenapa saya terkebil2 dlm tandas? Masa tu takdela pulak pari2 tandas nak muncul...

3. Saya tidak suka makan durian atau ape2 produk yg berkaitan. Juga apa2 makanan yg diletakkan berhampiran durian saya tidak akan makan. kalau kamu mahu panggil saya 'mat salleh' saya relakan sahaja.

4. Saya tidak ambil pot pasal bolasepak. Kalau EPL tu adela tengok2 highlights. Itupun pasal Jojo, housemate saya ada bukak pagi2. Ada jugak beberapa org tanya2 saya,

"Eh, betul ker kau tak minat bola?"

"Tak, lelaki berpeluh pakai seluar pendek langsung tak mengghairahkan aku. Lainla kalau Lindsay Lohan yg main"

Ada jugak awek2 yg nak ngorat saya suke buka cerita pasal bola. Tapi mmg potongla kan...

"Serius, i tak pernah jumpa lelaki yg tak minat bola"

"Oh really? Nabi Muhammad dulu sokong team maner? Mekah United? Yathrib Devils?"

Dan-dan, terus dia balik rumah pakai telekung dan tahiyat akhir dgn air mata berdedai2.

5. Mimi panggil saya Iron Man. Pasal saya selalu kena gosok baju dia.

6. Saya pernah berkawan dgn org bunian masa saya kecik. Perhubungan kami dihalang tok bomoh. Saya pasrah..mcm babi hari tu. Haha...

7. Baru-baru ni banyak org bersumpah. Kalau tipu, nanti hidup dia dilaknat. Tapi kalau org tu mmg dah hidup dia dilaknat dari kecik, dia nak takut apa?

8. Saya tak kesah sangat perempuan pakai tudung ke tak. Cuma yg saya tak faham, mereka yg bertudung tapi dgn baju short sleeve, seluar ketat apa semua. Itu dah 2 kesalahan, salah dari segi agama satu. Yg kedua, salah dari segi fesyen. Ia nampak weird dan tak sesuai utk acara rasmi. Tak tahulah. Saya mmg dari dulu free hair...

9. Siput babi, kalau kita bubuh garam. Dia mengecut sahaja atau terus mati? Mmgla saya selalu buat camtu. Tapi, takdela saya pernah cek nadi dia. Pernafasan mulut ke mulut ape tah lagi.

10.Patutla chedet pun selalu buat ruangan snippets, rupa2nya hang pun takdak idea??
Kah kah..........

p/s: sila bagi saya idea. saya tatau nak tulis aper..

34 comments:

tropicoloco said...

Awak free hair??

So pakai short sleeve ngan sluar ketat juga?? hahahaha..

rahimin idris said...

woi, aku pun tak minat bolasepak la..
betul. euro hari tu tertengok final tinggal 15 minit je lagi sebab bangun nak terkencing.
apa yg peliknya orang lelaki tak minat bola?

eh, tapi dzul minat soccer. dan dia tau aku tak minat soccer. lantaklah arsenal ke mu ke hapa.

tapi aku suka jersi bola. haha

sultan said...

apasal plak bomoh tu nk pisahkan ko ngan org bunian tu. sbb ko berharta pastu org bunian tu miskin hina ke...

aku_yanhashim said...

snippets anda lagi best dari TMM. haha. ;P

Princess Fiona said...

Klau gitu, aku ni patut dipanggil IRON LADY la ek, pasl slalu kena gosokkan baju my hubby.

Now I feel so SASA!! hahahahha

Qaseh.Darwisy said...

aku suka yg point no.7 tu..erm...

denanz said...

yoshz,
awekz bunian tu kat mana skang ni?

Jack a.k.a adDam said...

Free Hair;
Paling aku sakit mate kalau
perempuan tuh pakai short sleeves
dengan seluar PJ
Baik layan free hair, mane
tau satu haru nanti kite
mampu membimbing mereka ke jalan
yang diredhai.. dapat gak bekap
pahala nanti..

Bola;
Aku tak sokong mane2 team pun.
Layan gak kadang2, tapi kalau lepak
kat warung mamak, aku takde la
emo macam budak2 lain yang
over excited bile team faveret
dorang score.

Idea? Cerita sikit kenapa manusia patut berkapel. Sejak akhir2 zaman
nih banyak kawan wanita aku
tanye;
"Kenape ko tak kapel yek?"
"Kenape ko taknak kapel yek?"

Menci!

Dzulkarnain Mohamad said...

haha..kau pn dh pandai snippets2..
kau nak malu ape..
skolah STAR semua budak2 lelaki..
sepatutnya tu satu kebanggaan bg kau.

rahimin,
soccer? huh, masa world cup..euro..tiba2 ramai pulak yg minat. lepas tu lagi baik layan polis sentri want to jaga.

kenapa semua org mau berebut satu bola? sepatutnya kena bahagi sama rata..kemana hilangnya demokrasi?
demmit(guna istilah budak2 skang..mi, aku tak nampak lg kau guna ni dlm enri kau..hahaha)

atune® said...
This comment has been removed by the author.
atune® said...

adakah mat saleh sahaja yg xmkn durian?skang mat saleh la yg makan durian manakala mat bangla and mat indon xmakan durian...so...perumpaan itew harus ditukar...ngeeeeee...

padelkopak said...

hahaha....xde idea konon!!!tu berlambak ko tulis tuh!!!ko bley cerita lebih detail tuh....lebih2 lg pasal siput babi yg kena garam....hehe....

Rajuna said...

saya tak minat bola sepak
apa barang sebiji bola gasak ramai2? macam gangbang!

skateboarding is awesome dude!!!

Iz said...

wahaha.. aku pun buat entry camni kalau dah malas.. atau idea telampau byk tapi malas nak buat byk2 entry.. nak tulis panjang2 apatah lagi..

CT Cutielady said...

hahahahaa.... you make my day!!

suya said...

bile sipot babi kene gram die akan membuih dan meresap ke dalam bumi.aku rase.die akan rase pedih tak?
ye,dan kenape dihalang percintaan kamu ngan bunian itu?

Princess Fiona said...

Yoshz, harap maaf. Tp aku telah dgn bestnya mengiklankan add blog ni kpd dkt 10 org kawan opis aku. "Korang sila la baca blog nih, lawak giler!" Akibatnya, arini satu opis dh mcm org gila tersengih sorang2 dpan pc, sambil badan gegar2 tahan gelak.

Terima kasih kerana menceriakan ati kami... hehe..

~MiZ LeO~ said...

hi there! dah lama dah saya nak tulis comment kat page u nih. comment apa yek!? saya nak comment yg semenjak saya diperkenalkan dgn blog awak ni,saya rasa awak dah byk menolong hari2 saya yg penuh tension n stress.to me, u have the gift of writing that could entertain n at da same time giving full of hidden msgs.
pendek kata, "i liikkeee ur blog"!
pjg kata, "???"!
(",)

l.i.f.e said...

yoshz,
pandai buat snippets pulak eh...but urs is much better than itu tun i think
u never ceased to amaze me lah yoshz...jarang orang cakap Madinah tu Yathrib...terima kasih kerana membawa unsur2 agama pada hari ini.
sekarang, aku ada musykil kenapa kamu kena iron baju untuk mimi? mimi boleh buli kamu eh? *mimi, ajar pls :D*
free hair? hishhh...tak terbayang kecumilan kamu jika kamu TIDAK free hair
all in all, gud one!

farah sr said...

u free hair?
rebonding ka blow2 one?

farah sr said...

no 9
aku nak try...

yoshz said...

tropicoloco,
i pakai sleeveless jer.panas lah! Kdg2, i pakai sleeveless keluar, org dah pandang2 sambil menciut2. Benci!

rahimin,
aku tau. dari komen ko kat blog syanaz aku bley teka. haha.entah. kdg2 bila aku kat luar aku rasa cam aku je yg tak minat. bukanla tak minat sukan tu, tapi bau kapitalisme dan hedonisme sangat kuat. haha. setuju tak?

sultan,
pasal aku bukan keturunan syed saripah agaknyer. antara dua derajat.

yan_hashim,
haha.melampau tul.takkan kut..

fiona,
jgn rasa mcm rafidah aziz dah ler. Iron lady, aku pun tak pernah pikir.

qaseh,
Yup. Tu pun feveret point aku. Totally pointless kan?

denanz,
rasanya kat Sg kelang. Dgr mcm kelakar, tapi betul. Nanti aku cerita. N bukan dia seorang kat situ.

jack,
bagi aku kita kena balik pada motif asal etika berpakaian. wic is memelihara kehormatan. kalau rambut semua tutup, tapi dada menonong, saper nak tengok rambut lagi? Kenapa tak kapel? pasal ko tak hensem.haha. OK. Thx. aku consider idea kau.

dzul,
err...masa tu aku form 5 kan? malu la ngan junior.kah kah.Eh jap, kincit tu berak ke kencing?

atune,
ok. panggil aku wak.aku takkan marah.

padel,
ko nak ke cerita siput babi tu? haha. cerita kerang mengawan nak tak?

rajuna,
betul. tapi aku rasa mamamt skateboard yg selalu gangbang.ape fungsi seluar longgar?

iz,
ler ya ker? kalau aku tau aku dah buat semalam. aku mmg takde idea. kalau ada idea aku prefer buat byk2entri.

ct,
ya. happy u. ur comments made my day..;)

suya,
kdg2 siput itu aku bubuh garam bila dia atas simen. mcm maner die nak meresap ke dalam bumi? percintaan kami dihalang kerana perbezaan derajat. bapak dia said mak die seripah.

yoshz said...

Fiona,
no. thank you! haha. jgn sampai bangunan pejabat ikut sekali gegar2udah ler.Btw, patut cuba Hamid Gurkha punye blog kut..lagi dahsyat.

miz leo,
haha. thank you. siapa yg kenalkan? Btw, wat hidden msgs?
wat? wat? lol.

life,
haha. sorang lagi cakap snippets ni lagi best dari chedet. oh tidak la kan..yathrib kan nama lama madinah? teknik mimi suruh gosok baju adalah cakap baju yg dah gosok semua seksi2, kecuali yg tak gosok lagi. So nak taknak terpaksa gosok kalau tak nanti kite jeles..

farah,
tak buat apa2. rambut imemang natural lurus camni. [flip rambut]Takkan tak pernah buat no 9 kut...
Hehe..

weh korang...apa idea???

man_helang said...

cam haram jek entri ko nih...mati2 aku ingat salah blog td...blog org tua tu aku dah tak lawat...ha ha ha

Dzulkarnain Mohamad said...

cit.dengan junior pn nak malu..hahaha..
bersantun sungguh kau nih..huhu..
kau jgn buat2 tanya la pasal maksud kincit tu kat aku..jelek aku mendengarnye..kincit tu berak secara tak sengaja dan berbau busuk..demmit!!..haha..sedap pulak guna demit2..haha

Qing said...

em mungkin kau boleh tulis tentang ni:
kenapa blog kau patut tercalon sebagai blog kelakar berbahasa melayu?

generasi said...

emm xde idea tapi entri sangat2 menarik

Kikuri-hime said...

Yoshz,
Dalam kau ketandusan idea punbole buat org gelak! Dari planet mane kau ni??!!!!!

Anonymous said...

rindunye...finally dah update.
Macam-macam boleh cita la,
1.apsal dressing aweks sekarang dah macam buah tembikai kat pasar malam.Melambak kasi orang tengok
2.Sahur ke tak, kalau tak sahur boleh tahan ke puasa.
3.Raya kat mana tahun ni.
4.Bolasepak...common sangat
5.Pari-pari tandas camana, jumpe lagi tak?
6.mimi suka buat apa?Cantik tak mimi?

Adus tak larat nak tulis..macam-macam boleh buat.:)mamapower

shahril mohammad said...

hahaha.
kalau ade nama team arab yathrib angels pun ok kan. hahaha.

ko pernah try kalau kita letak gula kat siput tu, ape jadi? teori aku, dia boleh kena gingivitis. pasal dia kan banyak gigi.

Jack a.k.a adDam said...

Pehlis la...
Muke aku yg bertauladan nih
tak ensem? Pfff!
Point aku senanye nak cakap
dak2 popwan tuh 'memancing'
aku supaye aku kapel ngan dorang.

Tuh pasal la, aku cube nak carik point;
"Kenape mesti kapel?"
Kawan jek tabley? Kapel leceh dowh...

yoshz said...

man helang,
kebetulan org tua tu buat snippets gak semalam haha. Cun la timing aku!

dzul,
hoi. mestila malu. abg senior gagah ni dlm keadaan terhina. Ego beb ego...

qing,
haha. ade ker kategori tu? well, sebenarnya blog ni aku nak buat blog gothik awal2 dulu. sebab tu namanye mmg seram sikit.Tapi tah jadi camni plak.

generasi,
itula ideanya. Licik tak aku?

kikuri,
wah terus pakai tudung. insaf ke baca entri ni? hahaha.joking ;)
Men are from Mars, Yoshz is from god knows where..

mamapower,
Buah tembikai? haha. tapi mcm lagi byk buah oren jer.Bosan.
Kalau tak sahur cepat sikit penat.
Raya selalu balik umah atok kat seremban. Tapi balik hari.
Pari2 tandas tak jumpe lagi. so far, takde prob kat tandas.
Mimi suka tgk cerita masak2.hehe.

shahril,
Lagi best team Arafah Tigers. Angels mcm lemah plak.hehe.Aku rasa tak, walaupun siput babi mempunyai lebih 2 ribu btg gigi, tetapi mereka gemar memakan daun2 sugi. Ini dapat mengelakkan jangkitan kuman dan radang gusi.Tapi apapun aku cuba.

jack,
Haha. Bergantung la kat individu. Kalau ko sanggup gamble kahwin ngan org yg ko tak berapa kenal, go ahead. tapi bagi aku at least kena kenal beberapa bulan ok kut. Ya. Kapel mmg leceh.Nak merajuk2 pulak...malaih.Hahha.

elina the jani said...

si rahimin ngan si dzul dah buat blog nih cam blog derang plak...balas2 comment cam yosh balas comment org lain satu2...ahaks...lawak siut korang nih...

i just found out today that u wrote an entry. this has been a LONG AWAITED comic relief. thanks. we at b!@#$%^&*~p (nama company i) salute you!

macam tau2 je sapa pompuan yg pandang slack kat u sbb u tak tengok bola. u jgn pedulik kan mereka nih. u main bola lagi terror dr pompuan2 tuh pun. tak kecoh pun!

sapa pompuan yg pakai tudung tapi pakai tshirt and suar ketat2 tuh pun i tau sapa!! hahaha...takpa, kita continue this "conversation" later masa buka mmkkkaaayyy...

idea - parody blog abg bimbo. i sokong 100%. ;) dan juga blog abg john hafis. if u nak, i submit request u tuh kat dia. dia kalau pompuan dia layan sket kot. ahaks.

yoshz said...

elina,
rahimin ngan dzul ni mmg lawak. kecik2 banyak tgk cerita Mr. Os ngan baca Gila-gila.

Long awaited? Mcm kat Bxxxxxxxp tu takde kerja jer...ahaks. But ntah2 u sorang je lipas kudong kat situ.Terima kasih tlg promo my blog, puan lipas kudong!

Sesapa la minah yg pandang slack kat i.I dun care. Bukan i tak minat, bagi i ianya satu form of entertainment shj.Sama mcm wrestling,movies,reality tv.Period.

Haha. Ramai kay yg mcm tu...kita jugak sama2 free hair dari dulu lagi.

Parodi? mmg menarik. tapi takut org marah. takpe, start dgn blog rahimin dulu.
Ooops..mmg dah tertiru template dia. mcm sama kan?