Thursday, October 16, 2008

Dark metamorphosis

Komen Princess fiona dekat entri 'Surat untuk YB':

"Alang2 mintak fund kat dato' tu, ble tk mintak lebey2? pastu ko da kaya, ble dpt pangkat dato' plak.. pastu nnt aku tulis surat yg sama mintak duit dari dato' yoshz.. hehehp.s: klau nk cpat dpt title, pegi je mnari golek2 dpan a famosa tu.... hahaha"

Komen dialicious pulak:

"Cuba cuba la u tulis sejarah MELAKA dlm blog u..snap sikit pic2 tmpt bersejarah kat MELAKA..makan asam pedas MELAKA,beli gula MELAKA tulis dlm blog..untung2 dpt jadi Dato'!heheh..(smbl2 i komen ni pun tgh cuba2 nasib tau!) "


Well...tolong sikittt gurlssss.. saya bukan setakat bergolek, saya dah berlakon, lawan pedang, main kejar-kejar dan minum air oren dah dekat depan A Famosa tu. Takde apa pun. Takde nya Ali Rostam nak bagi pingat ke aper..Ajak open house pun tidak. Hawau..


Tak caya? tgk ni gambar2 masa saya shooting filem. Cerita ini tentang kekejaman tentera jepun untuk menakluk Melaka pada ketika itu. Ketika itu melaka dibawah jajahan portugis. Sultan portugis [lakonan Hadi Caprio] bermati-matian mempertahankan A Famosa dari ditakluk tentera berkuda jepun. Suka hati director je nak ubah sejarah. Haha.


SCENE 1 : Take 1





Duli yang maha mulia sultan Cristiano ronaldo shah:

"Hah, mati kau Toshiba-san tak guna! aku tikam kau dengan pedang berjenama Sony. Padan muka.Hahaha. Orang jepun mmg tak boleh percaya. Lagi² yg pakai spek. Hahaha"

Jen. Toshiba-san: "Aiiyaaakkk. tiu nia senngggg"


Director: CUT!! Apsal jepun cakap cina? kau ingat kau Chow sing chi?


(skipped a few pictures and scenes)


Puff!! [berasap....]


Toshiba-san: kage bushin no jutsu!!




SCENE 5: take 2





Toshiba-san: Hehehe! berkat ilmu ninja yg aku pelajari dulu, aku pulak tiba² ada belakang kau. Sebelum kau mati, ada apa² permintaan terakhir?


Sultan ronaldo: Bagi aku call Aishah dulu...


Toshiba-san: OK. jangan gayut lama sangat.nanti aku meluat muntah darah.


Sultan ronaldo seorang yg amat licik dan penuh tipu muslihat. Sama seperti Alfonso D'alburqueque dan Lopez d Squeira, mereka kata mereka datang semata² untuk mengembangkan ajaran Jesus Nazareth dan menjalankan perniagaan rempah. Bukan nak conquer. (yeah rite...)


Tanpa pengetahuan Jen. Toshiba, Aishah adalah seorang receptionist bagi kumpulan pengganas yg kejam dan suka tengok darah, Abu Nawaf yg berpangkalan di Kathiya Busu, Bangladesh.


Truutt...trutt (bunyi telepon zaman dulu)
Klik.


Sultan ronaldo: Hola. Buenos dias. Aishah bzzt bzzt...(distorted voice)




SCENE 6: take 11

Aishah: Hola don ronaldo! Si, si...comprende. ixnay on the hombre!

Sultan ronaldo sempat meminta bantuan kumpulan Abu Nawaf. Abu Nawaf bersetuju menolong Sultan dgn syarat diadakan rumah hantu, taman buaya dan pasar di sepanjang jonker street, melaka.

Scene 7: take 2


Toshiba-san: Aik? kejap je gayut? takde lovey dovey, muah-muah pun?

Sultan ronaldo: Err..dia takde mood. [terbayang wajah aisyah... T_T ]

Toshiba-san: owh, boleh tahan gak moody dia tu ye?

Sultan ronaldo: Biasalah org perempuan...adalah tu yg tak kena. kau ada awek?

Toshiba-san: Ada sekali dulu. Ex aku dulu mcm tu jugak bla bla bla....

Perbincangan berlarutan lebih dari setengah jam. Bila bab mengutuk perempuan, ya, laki boleh menunjukkan bakat bergosip dengan baik. Sultan ronaldo mengambil kesempatan untuk melengah²kan masa. Tiba-tiba....

POWWW!! POWWW!! Eeee...POWW!! [bunyi meriam]

SCENE 9: take 1




Barisan pelakon dari kiri: Pelakon A, Pelakon B, Pelakon C, Pelakon D, Yoshz. Atas: abg tukang pegang mikrofon. Steady la brader....

"Vamos ninas vamos!!"

Tentera Abu Nawaf tiba dengan meriam yg sangat zalim. Jen. Toshiba dan tentera berkuda melarikan diri dan terus menetap di Bandar Baru Bangi dan Shah alam. Tamat.

Poster Filem saya:

Pengarah: Yoshmin Ahmad

Pelakon: Hadi Caprio, Dezmond Seagal, dan lain2.

Poster: Martol Pushead

Nantikan kemunculannya di youtube berhampiran

43 comments:

o-y-e-t-t said...

aku hanya paham gamba kota a famosa aje...heheheh

@tune® said...

lasat...tp kan...pengambaran tuh cume ade krew pemegang mic jer ke?

sungguh dedikasi die...

SebelahKiri said...

gile memang dasyat..boleh mengarang cetia dgn cepat sekali..sehingakan aku yg disebelah kiri ko nih pon x berapa nak perasan..hahah

Qaseh.Darwisy said...

hahahaa...gila punya citer...emsem pulak bangla2 tu..skema tapi muka ganas!

missy suzi said...

1 best word describes,"GILER!!!"
hahahaahahahhahahahaha~

*sengal xleh bla.. toshiba-san??

kecik said...

nape xde credit tok abg cameraman?
knape?
knapeeeee??

ini tidak adil!!

miezi said...

oh..Sony ada kuar produk terbaru; pedang? baru aku tau,,
taniah director yoshmin!!

tasikmerah said...

hahahhah... lu mempromosikan a famosa. ye... ye... layak utk dapat dato'.



ha ha.

farah sr said...

brader tukang pegang mikrofon tu steady la..
caya la!

missjaye said...

jgn lupe mintak keja ngan rasid sibir.pondok antu 3.hihihi

this.is.not.me said...

bro..nk sign~~~
xoxoxoxoxo

suya said...

alaaa...so drama melayu ko ni takde nanges2 ke?takde aksi derhake ngan ibubape raye baru nak balik..atau dah kene petir dan hangus baru nak tobat?tak cliche arr....hihi.
lagi satu aku nak tanye...abu nawaf gang tuh...femes betul kan...ko ade pape ke ngan derang?

Dzulkarnain Mohamad said...

tp poster kau tu mmg cantik..

kuih said...

KAHKHAKAHKAHKAHKAHKAHKAH

ini mmg lawak giler nak mampos

A+++!

orensangkuit said...

gile nyer imaginasi dia..

Kikuri said...

YA RABBI!!! *Nganga sambil drool sbb cam tak caya ade org sanggup posing camtu depan a famosa di khalayak ramai*

alif-mikail said...

aduu la.. update pun .. baru koi boleh gelak hahahahahha..

l.i.f.e said...

hahahaha...hampeh!

ni kira tak dapat bayaran lah ni kan? ko yang bayar pengarah instead. kan?

p/s mintak otograp buleh ka?

Anonymous said...

hahahaha...cayalah, buat gelak petang-petang ni.Filem low budget, filem indie, cam tu la.anyway thumbs up.:)mamapower

yoshz said...

oyett,
sila baiki bahasa portugis anda. haha.

atune,
owh. brader tu cuma ganti pelakon extra kitorang yg kena baham kat taman buaya.

sebelahkiri,
mmg laju. hasilnya pon entah aper.

qaseh,
hemsem mender.muka mcm pintu masuk taman buaya jer..

suzi,
agaknya kalau org jepun buat parodi cerita melayu diorang ada panggil proton san tak? takpun tongkat ali san?

kecik,
en. keef tak suka menerima kredit. Eh?

miezi,
ya. seperti biasa ianya sangat mahal.

tasikmerah,
itupun kalau ali rostam ada baca. haha.

farah sr,
syyyy. diam! org tgh shooting ni. nanti suara kau masuk filem.
[brader tu sound]

missjaye,
rashid...saperr?

this.is.not.me,
boleh. tunjuk keratan tiket wayang dulu...

suya,
takde cliche. abu nawaf tu dulu cikgu sukan sekolah aku.

dzul,
mmg lah. kita pakai kaler buncho tau...

kuih,
ya ker? cikgu dah rait? mekasih...

orensangkuit,
imaginasi aku mmg gila babeng. tapi aku sopan.

kikuri,
nah.. u havent seen the worst. :)

alif mikail,
apa? ingat aku badul? huhu

life,
otograp? bole. tapi mintak tolong beratur dulu ye kak? jgn main potong je boleh?

mamapower,
tengok dgn bajet kecik saya dah boleh buat filem berkualiti. baru 20 juta je habis.ini tak, persatuan seniman tak habis2 komplen. Buat gelak petang2? kak, ni bukan episod rumah kedai.

cicit alfonso d albuqerque said...

U're the man, man! I'll tell my father to give you a Nenek title (which is equivalent to Datukship in Malaysia) on his 100th birthday.

padelkopak said...

'ixnay on the hombre!'apa maksudnya tuh?

yg gua tahu....itu tajuk album ke-2 offspring klu x silap...jawab yoshz!

Anonymous said...

at least betterla than sinetron mengarut tu.rumah kedai, adooo lama punye cita tu, tapi tak leh lawan la gan cita sejarah melaka awak ni.Budget low,Hero Handsome,props murah,scene yg boleh meningkatkan pelancongan Melaka.Memang layak sungguhla, kita propose kat YM Tun Melaka, bagi kat Dato'Yoshz....:)mamapower

ayamloveduck said...

hehehe...best piece ever!

hajime said...

u steal man soul!
n make them ur slave!

The Spiral Eyes said...

hebat berlakon,terkedu hamba melihatnya...kalau tak kisah hope you can be one of my follower

Danielle_Corleone said...

satu lagi rekonstruksi sosial sejarah melaka. hahahahaha. :-p

Aini, Aqila said...

*gelak.guling-guling*






tak tahan... haha!

yoshz said...

cicit alfonso,
thx. but no.i'd rather be dead than to accept anything from a foxy cunning trickster like ur great grandfather! ahaha..

padelkopak,
eh bukan smash ke 2nd album? ixnay tu yg ada lagu pretty fly kan? aku tatau pun apa maksud, main tibai jer.haha...

mamapower,
tak moh jadi datok. nak sir atau archduke.mmg low bajet. RM20 juta jer..

ayamloveduck,
ya ker? one the most cincai i think..hehe.thx.

hajime,
die monster! u dont belong in this world.

thespiraleyes,
boleh dapat oskar tak? haha.
thx. i follow many blogs. ok, i'll check ur blog first aaa..

danielle,
history is written by the victors.
kamu pasti tahu bukan?

aini,
mak aini: dah, jgn guling2 kat pasir tu nak oiii...nanti masuk cacing.

Miko Yamaguchi said...

filem indie terbaek. box opis ni!!

Redzwan Abdullah said...

Huhu...
Pegh... Sultan Ronaldo...
Smoga dapat anugerah...

mrblind said...

scene 6:take 11..mcm celake dia punya dressing..hahaha

zool said...

Kelako dok ada,..
Ko ingat senang nak dapat Datuk ke???
Kalau banyak duit bolehlah..
AKu ni kena maki je dapatlah...

yanhashim said...

pergi ke melaka tak beritahu saya
hampehnya..
saya boleh bagi akmu semua tiket free naik cruise sungai melaka okei

applepie said...

yosh..yosh..u really make my day...hahhahaha..

Izzah Malik said...

ngaaaaaa

*nganga selama baca ini entry*

Princess Fiona said...

Huhuhu....

Rupa2nya mmg betul2 ko pnah blakon situ eh?? Tapi aku agak kurang paham la story nye...

Sebelahkiri said...

okeyyy...harinih mungkin x ada entry baru sebab en yosh tidak datang kerja..hahahha

yoshz said...

miko,
terima kasih kepada yusop haslam; yg memberi inspirasi supaya tidak membuat filem seperti beliau.

redzwan,
ehem...DYMM Sultan Ronaldo okkayy.
DYMM!! kena tulah kang..

mr. blind,
ha'ah. tu semua baju dari kedai dobi yg takde orang claim lebih 3 bulan tu.Diorang beli masa clearance.

zool,
senang jer dapat datuk. gi kahwin ngan datuk k!

yanhasim,
haha. ni bila tahun punya rombongan ke melaka ntah. dah tak ingat. ok nanti aku roger ko kalau aku pergi lagi.

applepie,
thankiu. sila bagi RM100.

izzah malik,
tak paham la tu. pergi belajar bahasa portugis! hehe.

princess fiona,
sultan ronaldo managed to cheat death by making a phone call to an effeminate bangla. end of stori..

sebelahkiri,
hoi aku datangla. jap gi eh...

dialicious said...

bestnye dpt tgk film free kat sini.dahla xde sound..senang kaverline dr bos.Sepatutnye Prof Razak dah lame patot wat camni.Siri kedua u kene charge le..nak bayar royalties kat org2 terlibat lagi..hehehe

CT Cutielady said...

waaakakakakaaaa..... <<<---tht's the only words I can say..

budakyggemuk said...

Director yosh,
Ko kener bayar royalti kat aku nih..gambar aku tersentil jgk (walaupon sbgai watak tambahan).

p.s: Paling gemuk dlm gambar tuh aku la (promote2!). Ches, glamer plak abg microphone kiter tuh..

yoshz said...

dialicios,
owh the rise of jeneral toshiba. nantikan...

ct,
tu jer? cuba cakap aaayyyaammmm?


budakyggemuk,
aku dah banjer cendol apa ari tu?
cepat suruh abg mikrofon tengok!!
haha