Friday, October 10, 2008

Malam tadi di ibu pejabat




Ini adalah kasut seragam di tempat kerja saya. Kasut ini diberi percuma, tapi yg cilakanya dia tak bagi kapur kasut sekali. Dlm setahun, cuma boleh minta sepasang. Saya dah pakai kasut ni 2 tahun. Malas nak tukar. Saya kan mamalia yg minimalis. bukan ulat gonggok. tak perlu banyak² kasut. cuba tengok bahagian atas kasut tu. Dia dah koyak. macam cool kan?

Jgn tanya kenapa saya conteng kasut saya mcm tu. Ni teknik taknak bagi org curik kasut dekat surau. Saya sayang kasut ni. Dia ada bau yg tersendiri. Kalau time basah ada bau tochu cap bilal.

Kalau kering, well, dia bau macam tochu kering.

Tapi hayat Puaka tak lama. Satu hari, saya telah ditegur oleh senior di tempat kerja. Katanya, kasut ini sudah terlampau teruk. Dia rasa sedih. Sikit lagi dia nak panggil krew Bersamamu. Akibat dah tak tahan dgn leteran beliau, saya akur. Saya telah mengambil sepasang kasut baru.

Selamat tinggal Puaka. Selamat tinggal encik tochu!!

Telah banyak yg telah kita lalui bersama. Telah banyak lopak yg kita ooops terpijak.

Mayat² lipas, ramai yg bergelimpangan di tapak kakimu. Pergi mu tidak berganti...


Sekarang. Lo and behold!!






Kasut Puaka 2. Putih berseri, bau pun wangi. Cuma dia ni pemalu sikit. kalau dia jadi org, mesti hobi dia mengumpul setem.


Bagi mengingati Allayarham Puaka, saya menamakan solder iron saya sebagai puaka.
Siapa curik, malam nanti dia ngigau. Haha...

56 comments:

Jack a.k.a adDam said...

Weiii
Kat plug pon enko letak name puake skali ke??
Soket puake? Cibayok!

yoshz said...

cilaka laju ko komen.
aku baru tekan publish

Jack a.k.a adDam said...

Eih, solder puake kot..
Eih, ntah!
Menci... saje letak gamba kecik²
Takleh nak nampak clear contengan di atas plug tersebut...

Kikuri said...

Kau seorang yg sensitive. Nama kasut pun PUAKA! Nama yg klasik!

P/S
Aku rasa ko kene buat pertandingan 'sapa komen cepat'. Baru tragis!

alif-mikail said...

sungguh angker ..seram seram..

(siap naik bulu² roma)

ha haha..

aok telah menceriakan hari koi pada hari ini.. esok koi tukor template baru lagi.. hahahaa

yanhashim said...

kes tak de kerja!
haha.
awww yeeahhh
kasut cewl!
puaka yoshz.

biskutrajin said...

adoyai...bau tochu kasut ko..hahahah...

mrblind said...

kalo aku bagi nama baru kasut ko nak x..Cilanat Bin Puaka..baru best..

atune® said...

puaka tebing putih??
bau kedai ler puaka 2 ko...

this.is.not.me said...

pasni akan ade cite "kasut puaka"
sape bau nescaya akan diserang sawan
X]

Qaseh.Darwisy said...

hahhaaa....em..kesian arwah..perginya x kembali..

Aku rasa kaki ko ni saiz 12 la..da macam kasut ikan paus..besar gabak..x sesuai dinamakan kasut..

farah sr said...

beza gile kaler kasut lama ngan kasut baru..

err..
bila stat pakai kasut baru?

missjaye said...

haha..comel!

Princess Fiona said...

Weh... giler beza kasut lama ng kasut baru!!!

Memang patut masuk Bersamamu okeh...

*ada ala2 geli ng kasut lama.. hahah*

Facet said...

kasut puaka.cis.

ada masuk compilation panggilan pulau puaka ke?

kau memang macam nabil.haha.

Izzah Malik said...

habis,puaka tu letak mana?
kesian diaa.mesti terasa sebab ada puaka baru.

Hanim said...

Kesian Encik Puaka. Dah dapat puaka baru terus kau lupakan puaka lama yer Yoshz. Ishk ishk ishk

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..


aku teringatkan satu blog yang kekadang aku layan juga membacanya. ingat dh salah blog td..
ko memang hmpkth..

weeya said...

gila comel nama kasut.
saya link blog anda eh.
best pulak baca entry2 anda.
tq.

o-y-e-t-t said...

memang puaka punye entri...heheheh..puaka puaki

miezi said...

kasut itu kelihatannya spt kat Sony je..Adakah tepat telahanku ini?

fARHaNALiCiOus said...

kasut lama lagi mengoda.
kasut baru tampak mcm kasut sekola.


*nk kasi nama kat pensil saya ugak.da selalu hilang.

Redzwan Abdullah said...

hoho..
memang setan punye nama...
Kasut pon dapat gak kat pejabat?
keje ape bro?
macam nurse punye kasut jer...

suya said...

aku rase puaka 1 kalau die org mesti yg salu kene buli sbb busuk dan hingus salu melelehh.
puaka 2 pon same cume die rajhen skek g mandi.

l.i.f.e said...

hahaha segala benda kasik nama. apesal takde pangkat haji ke hajah plak eh

*mcm nak tanya soklan yg agak sensitip la, tapi segan plak*

hhmmppfftt

Pengejar Masa said...

Kau memang puaka! hahahaha

rahimin idris said...

kasut kau macam kasut jururawat desa@bidan kampung!

Anonymous said...

apsal lak nama puaka, kesian dia...tapi best la dapat kasut free..kalau akak,sukenyee...bestnye...(clap..clap...): mamapower

Ojie said...

kasut baru nih ko dpt ngn kapur kasut skali x?

yoshz said...

jack,
solder puaka lah. asal ko bagi perhatian kat benda2 kecik mcm tu?
fokus boleh? fokus?

kikuri,
nama puaka tu sensitif ker? haha.
sah sah la si jack tu menang. dia mmg stalker sejati aku.

alif mikail,
seram ker? ni baru iklan dia...
Puaka 3 nanti boleh terbang

yanhashim,
Puaka hashim! oops. puaka yan!!
haha.

biskutrajin,
kadang2 bau strawberi. kalau terpijak shinggam perasa strawberi.

mrblind,
Puaka2 bukan anak puaka. dan puaka adalah seorang perempuan.
Sepatutnya puaka2 bin Abdullah. Ayah dia sape ntah.

atune,
bau kilang la! mana ada beli kedai. Kat sini takde BATA.

thisisnotyou,
More likely diserang resdung kut...haha
tak pasal2 kena bawak berubat kat Australia.

qaseh,
hahaha.gila lawak kalau ikan paus pakai kasut.
...

eh, ikan paus takde kaki kan?

farah sr,
kasut baru dlm 5-6 bulan lepas. belum ada bau lagi.

missjaye,
comel? u kena tgk kalau dia blushing dulu..haha

princess fiona,
Ciss..ini penghinaan terhadap Presiden parti Kasut Organization.

facet,
wujud ke compilation tu? nak jugak aku masukkan.
nabil tu tiru aku. aku suka vampire, dia pun nak jugak. Menci namo kawan!
kita nak kawan ngan Zizan ajer...

izzah malik n hanim,
Puaka aku simpan dlm kotak, di sudut hatiku. haha. ada simpan.stdby nak baling anjing
atau jurujual penapis air.

dzulkarnain,
Hahaha. ko mmg pickup. tapi aku punya takde gambar mimi tutup mulut.

weeya,
Comel ke nama tu? Lainlah kalau saya bagi nama Tompok ker, rahimin ker..
ok thx. blog kamu tak best. saya taknak link

[chop.masa aku cakap ni aku tulis ta.ya.pa.wau kat tangan.hehe]

oyett,
puaka puaki ku beri nama.....
haha. seram mcm haram kan....

miezi,
Syyyyy...[Psstt...soni banyak. kau tau mana satu?]

farhanlicious,
kasut lama barula hippies kan?? hahaha.
sila bagi pensil kamu nama Usop Kedai.

redzwan,
Haha. Takdela. Kdg2 bila kitorang bosan kat opis kitorang main doktor-doktor.
Kdg2 aku jadi nurse, kdg2 aku jadi akak tukang panggil nama.

suya,
Puaka 1 ganas dowh. mcm undertaker. mesti jadi bouncer disko perut buncit.

life,
Sultan melaka nak bagi dia title Datuk. tapi dia suruh pass kat shah rukhan.
Muhibah betul peribadi dia. soalan apa? aku tak kesah...

pengejar masa,
kau puaki! eh puakanita, eh puakawati ke?

rahimin,
Haha. Takdela. Kdg2 bila kitorang bosan kat opis kitorang main doktor-doktor.
Kdg2 aku jadi nurse, kdg2 aku jadi akak tukang panggil nama.

mamapower,
akak. kasut ni bukan best pon. ni konspirasi jepun untuk membangkrapkan Al-Ikhsan.
Percayalah. Ada member saya fwd fwd emel cakap camtu.

ojie,
tak dapat. Dia suruh beli sendiri kat kedai koperasi PIBG.

Radius.F said...

eh, mcm blog...

sinikal ko ni..
hahaha..

Dzulkarnain Mohamad said...

a'ah..mana gamba mimi tutup mulut?..tak dpt tengok muka tengok mata pn jadi la..aku suka komen2 mimi..

lagi satu,gamba dashboard kete ke..
tapi aku mmg tak tahan betul sbb gamba kasut kau tu buruk. tak payahla tangkap gamba kasut,tak masuk langsung..

kan dah blog kau jadi kelakar macam blog stephen chow..kahkahkah..

yoshz said...

radius.f,
blog saper? blog saper? hehe..

dzul,
hehe. takut dia segan la pulak..
weh..takdela buruk mana kasut ni.
masih ada keputihan disebalik kehitaman. uh? stephen chow ada blog? mana url?

aRe You? said...

hahaha sian..eniwey..i ade kasut camtu gak..lawa lg..tp size 5.nak pinjam???

Miko Yamaguchi said...

apakata ko lelong kasut puaka versi 1 tu dalam ebay ka lelong.com ka, mesti high bid punya...wakakkakak...comel pulak letak kasut puaka...huahuahua

kecik said...

saye nak taruk nama kasut saye hamsap 2.cun x?
sempena mengingati hamsap 1 yang kembali ke pusat pelupusan sampah. ok x inche yeosz?
nanti kite kawenkan hamsap ngan puaka ok.
muahaha

artsoul said...

ha,baru la nmpk rupa kasut...

yoshz said...

are you,
kasut u pakai tali ke pakai yg kreok kreok tu?

miko,
baik aku lelong kat sini ajer...
ting! mentol bercahaya atas kepala hotak aku berjambul.

kecik,
oi puaka tu pompuan la. inghat dia lesbian ke? eh hamsap laki kan?

artsoul,
huh? kecik hati puaka.pergi pujuk dia nanti..

kecik said...

puaka pompuan??
apekah?

hamsap lelaki.
tapi syg,saye x bekerja di kilang sony
cuma ayhanda di kilang panasonic.

kire ok la.
boleh kite biras.

weeya said...

cis.anda kata blog saya tak best.takpe.tak kisah.
blog anda best pun dah cukup dah.kannn.

Princess Liyana said...

suka tgk kasut yg dah berkapur;)hik...

euww..takotla nk curi..mengigau nanti

stu_comot said...

gile berbeza kaler dua kasut tuh..hishh!!

valsa nine said...

nnt amik la gamba kasut2/adik beradik puaka yg laen..

kte compare mane lebeh SERAM..

hahaha

Rajuna said...

ha ha ha
ko suka puaka2 ni
banyak terpengaruh dengan kaset2 nebiula production tahun 1998 ni

Danielle_Corleone said...

Puaka ni dalam kamus otak gua ia adalah perkataan mencarut. hehehehe! :-p

shahril mohammad said...

takde kasut free lebih ke?

padelkopak said...

mak ai!!!kasut pon ade nama ke??

ko mmg tuan kasut yg budiman...

yoshz said...

kecik,
bisan la. bukan biras. apa litah ente kuntut?

weeya,
best ker? tak seram pun blog ni.thx ;)
[aku dah link laaa...haha]

princess liyana,
berani la curik. mlm2 nanti hantu kasut datang gigit.

stu,
Puaka 2 pakai kapur kasut yg beli dekat kedai PIBG.

valsa nine,
tunggu Puaka 3. dia suka makan perempuan. Ha takut...

rajuna,
Haha. 1998 aku masa tu dengar kaset Venom part 2. ada Hayagriva.

danielle,
nasib baik otak lu bukan nama ismail.haha.

shahril,
takde. brader storan tu kerek. ko pun nak main doktor2?

padelkopak,
ya. mmg budiman. aku juga mengambil berat ttg akhlak dia. malam2 aku hantar dia mengaji.

Iz said...

kalau dulu2, takmo bagi orang cutik pemadam, tulis alif-lam-lam-ha..

kat skolah ko dulu ade tak budak tulis kat pemadam dia camtu? hihi

Farid Abu Talib said...

ini kasut esd ni. kah kah kah kene pakai utk elakkan kerosakan bahan elektrik. ilmu ini saya belajar ketika menjadi penemuduga sebuah syarikat yang berpengkalan di amerika. kini saya sudah indaf dan tidak lagi menjadi ejen amerika. kahkahkah. kasut esd ini juga telah saya tinggalkan.

yoshz said...

iz,
ade. aku la yg tulis tu. bila hilang jugak aku tulis mim ha mim dal.

farid,
ya kasut esd. kasut paling tak bergaya sekali dkt dunia.

akma.syazwani said...

HAHAHHAHAHHA!
lu mmg gila..haha

eija maskulin said...

ermmmm kasut pun bole....
weih dpt ke kad raya aku?
;p

tasikmerah said...

hahhahaha... aku suka la kasut puaka tu... :)

Anonymous said...

saya gelak lagi...hahaha

yoshz said...

akma,
lu lagi gila pasal baca blog ni. hahaha...

eija,
tak dapat la. aku rasa peti surat aku dah makan kad raya kau..

tasikmerah,
nak beli? saya jual 12 ringgit.

ntahsapa,
jgn gelak. nanti muka jadi macam A. Gelak