Tuesday, October 21, 2008

Poskad dari kekasih

**gaya yg mampu menggoncang iman u...
Dear Mimi,

Terimalah poskad ini buat menemani u yg jauh di perantauan. Gambar ni kitorang tangkap ketika rombongan main masak² ke Bagan Lalang. Kitorang masak guna api betul.....tak caya tanya Ipah.
Yg baju kuning tu nama dia Lim. Dia jadi ayah. Pada pertengahan cerita, Ayah Lim tiba² bertukar menjadi Dr. Octopus. Yang jadi tangan dia itulah Ipah. Nampak tak muka dia sikit²?
A'ah...yang muka macam tempat letak sudu garpu tu...
Yg jadi mak tu Lokman. Sebijik kan dia jadi perempuan? Mereka berdua adalah pasangan yg mengerjakan perusahaan menternak tapak sulaiman sebagai mata pencarian. Kadang kala mereka juga turun ke laut untuk menjala SpongeBob.
Seperti biasa i yg memiliki wajah Eurasian ini dipilih untuk memegang watak Mr. Johnson, anjing kesayangan pasangan itu. Pada suatu hari, Mr. Johnson telah terlepas dari pemerhatian Puan Lim lalu merayau² disekitar pantai. Mr. Johnson telah pergi main jauh-jauh hingga tersesat jalan. Puan Lim mula menyedari kehilangan Mr. Johson apabila hari dah nak Maghrib tapi dia tak balik² lagi..
Mr. Johnson yg berasa sangat lapar. Dia yg tersesat jalan, terpaksa memakan bola plastik dan selipar putus yg banyak terdapat di pantai² di Malaysia. Akibatnya, dia diserang cirit-birit berdarah. (sebab tu la gambar jadi camtu)
Apabila Ayah Lim pulang dari kota, ayah Lim belikan kereta ayah Lim dan Puan Lim bersama-sama mencari Mr. Johnson. Akhirnya, Mr. Johnson dijumpai di bawah timbunan pasir. Rupa2nya, Mr. Johnson bermain tanam² badan, tetapi budak² itu terus meninggalkan Mr. Johnson apabila mak panggil balik. Mereka bertiga sangat gembira dan terus mengambil gambar kenangan...
Okla syg. Jaga diri baik². Jgn lupa basuh kaki sebelum tidur. Muahsss...
Glosari yoshz:
barbecue: main masak² versi dewasa


32 comments:

Qaseh.Darwisy said...

hahahaaa...adeh...apesal la ko ni mental sgt ha?

Agak2 apa perasaan mimi pas baca surat ni..mau teruskan atau putus disini saja..?

Hanim said...

Aku rasa mimi mesti mimpi ngeri baca poskad kau ni. hahahahah

kecik said...

aku x rase mimi akan mintak putus
tapi mesti dia curang,
ah mintak mahap lah mimi!

ade lebih ramai lagi di luar sane.sabar ok?

p/s:yoshz, meleleh air liur kecik tgk anda posing.pergkh

yoshz said...

qaseh,
haha. mesti dia suka punya...

hanim,
takde maknanya. mimpi kahwin adalah..

kecik,
batu api! benci!

suya said...

sian mimi.
aku rase die dah ade boifen lain la..boifen baru die tak main jd anjeng.die jadi bapak keje pejabat.ade type writer.

@tune® said...

erm...camne bisnes penternakan tapak sulaiman??harap sakses...tolong hantar di area Klang sbb kami kehabisan stok..banjir memusnahkan sumber hidupan laut nih..

*si penternak anjing laut*

Dzulkarnain Mohamad said...

perairan kita mmg byk sampah sarap..

ikan paus pun dah ramai mati..

l.i.f.e said...

hahahaha...kalau aku jadi mimpi, tak tidur malam gelak guling2. macam2 lah kamu ni yoshz!

kenapa ternak tapak sulaiman. suka kat eliana penyanyi diriku tapak sulaiman tu eh?

mimi said...

abang,

mimi suka dengan poskad yang abang hantar ini. walaupun abang dah cerita abang nak tulis tentang poskad nih sebelum tidur semlm. hehe. nanti mimi gi melbourne esok, mimi hantar poskad dari melbourne pulak ye.

untuk pengetahuan cik Qaseh, hanim, kecik dan suya, mimi takkan rasa ngeri, curang atau ingin putuskan hubungan dengan en mohd yoshz. percayalah, lebih mental dan pelik en yosh nih, makin mimi sayang padanya. so usah jadi batu api yah! terima kasih life karena memahami. yah betul mimi emangnya gelak guling-guling tika baca entry di sini. ;)

abang, mimi sedang menunggu airport transfer. flight mimi 5 jam lagi. tak sabar rasanya mimi nak jejak di KLIA untuk ketemu abang. lagi 13 jam lagi sayang. sabar ye!!

muahs,
mimi

akuyanhashim said...

en yoshz!
ha-ha
kalau en alif mikail tahu yang
kamu curi plot/ sinopsis dia
mau dia saman kamu.
ha-ha

missjaye said...

bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh ku bawa ke sekolah.

pon pon pon pon pon pon pon,
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh ku bawa ke rumah nenek.

gila nostalgic lagu ni!

o-y-e-t-t said...

Kadang kala mereka juga turun ke laut untuk menjala SpongeBob.

yg kaler kuning tu patutnye jadik spongebob

Encik Bibir said...

watak Mr.Johnson bkn sepatutnye mati kebuluran ke?

Princess Fiona said...

Yoshz, awat la lawak sgt aku tgk gambar ko tu..

ala2 org tgh neran nk buang air besar pun ada.. yg kerass punya.. hahaha

alif-mikail said...

yanhashim
koi syak ada orang sudah curik koi punya idea laa.. ahahaa

yoshz (err betul ke eja?)
tak bleh blah..

mimi? ceh! mimi konon.. ahhaa

mrblind said...

kenapa la budak-budak x tanam terus mr johnson..hahahaha..

Pengejar Masa said...

mr johnson x keras ke masa kena tanam tu

rahimin idris said...

woi, ni poskad apa tulis panjang2 ni. poskad ke fax?

indenial said...

hahaha aku tak caye a yoshz dah ada gf. n 'mimi' yg komen tue pon aku tak caya. aku rase 'mimi' tu pon yoshz gak. kan? kan? ;p

sebelahkiri said...

ehem2..en yosh dengar cerita MC harinih...nampak mcm sihat je pg td...huhahaha

padelkopak said...

pn lim tau maghrib ker??

sultan said...

haha... lentik betol. aku pun nk wat cam ni gak la nnt...

kuih said...

tula pasal, poskad ke fax ni? aku igt surat cinta dlm kertas A4 ke pastu ada bedak2 takleh bla...

Che Sue said...

ni bukan poskad dah ni..dah mcm teleks je ko karang..baik buat novel je tewos kasi mimi..

orensangkuit said...

merepek repek...hahahaha

Rajuna said...

peh yos
posse maut!
lentik!!!!!!!

tasikmerah said...

mimi, sila mintak cerai...






he he he.......

yoshz said...

suya,
haha. tu kan macam ayah nobita?

@tune,
baiklah. kami akan hantar melalui kapal selam.

dzul,
itulah mesej tersirat aku.
tu belum kira ikan yg mati dilanggar jet ski.

life,
nama tapak sulaiman itu sangat comel...
kuda laut pun sama.

mimi,
thk u pancake. u tiau diorang cukup²!
[nyorok belakang u]

yanhashim,
aku tak pernah baca pun cerpen dia..
kamu cakap baru aku tahu.

missjaye,
ok. sekarang lagu ais kacang pula...
1,2,3....

oyett,
mmg patut jadi spongebob. tapi kitorang lupa bawak kemeja ngan tie.

en. bibir,
tak. dia kenyang makan bola.

princess fiona,
bagan lalang tu toilet kotor, bau mcm neraka!
tahan ajela...haha

alif,
cheh kamu yg tiru idea aku!

mrblind,
oi jangan. nanti munkar nankir sempat masuk.

pengejar masa,
keras, panjang dan tegang. mcm pembaris besi.

rahimin idris,
ni tulis arab daa. tulis pjg bacanya pendek..

indenial,
gila apa antar poskad kat diri sendiri? haha..

sebelahkiri,
kat rumah aku sihat. kat opis aku selalu kena 'flu'
yelah tu.

padelkopak,
dia tau. drama cina selalu habis maghrib.

sultan,
haha. sila buat dan share gambar di blog.

kuih,
ni poskad bersaiz pintu bilik air.

che sue,
muntah darah kau baca novel aku nanti...

orensangkuit,
hey...ini seni tau!

rajuna,
ala2 ziana zain gitu..

tasikmerah,
too late.rumah tok kadi dah tutup...

this.is.not.me said...

mimi..sile terima Yoshz dgn seadanye..beliau amat mencintai kamu..sekian.
XD

farah sr said...

errr...
poskad bleh tulis panjang-panjang ke?

mimi said...

kpd en alif, ye nama gelaran saya adalah mimi. kenapa anda jealous ke dengan nama gelaran saya tersebut? sila nyatakan dengan jelas kenapa tujuan encik mengajuk nama saya tuh?terima kasih.

kpd en/cik indenial, anda sememangnya in denial. jika anda tak percaya kewujudan mimi, silalah ke facebook en yoshz filth. ada ditulis di situ bahawasanya dia in relationship bersama saya. anda boleh juga view page saya jika anda mahu, tetapi awas! anda mungkin tidak dapat view page saya sebab awak bukabn kawan saya.terima kasih.

kpd en sebelah kiri, ye pada hari tersebut en yosh kekononnya MC, tapi sebenarnya dia menjemput dan menghantar saya ke KLIA. sesungguhnya, en yosh adalah sehat pada hari tersebut. hehe.

kpd che sue, saya tak sanggup jika en yosh menulis novel utk saya. entah ke mana2 pula perginya imaginasi en yosh yg sangat berkembang biak nih. sorry ye.lagipun, baru poskad dan sms anda semua mungkin muntah darah berulang kali (abang curik ayat mimi lah..muntah darah tuh trademark ayat i mmkkkaaayy)

kpd tasik merah, saya tidak akan meminta cerai drpd en yosh. sorry. saya sangat mencintai empunya diri tersebut.

kpd this.is.not.me, terima kasih. saya akan mengambil nasihat anda. anda seorang sahaja yg betul2 memahami perchentaan kami. thanks. we appreciate it.

abang,
mimi nak explore melbourne mlm nih. tshirt rock-ganaz-tikam-dada-pancut-darah yg bagaimana yg abang nak? mimi ada usha 1 kedai metal on the way to my hotel from the airport this morning. nanti mimi belikan ye sayang. tidur awal mlm nih, sorry mimi call pagi sangat pagi tadi. excited sangat jumpa wallaby and dingo semlm. ahaks. lerf u.

mimi yang sebenar

Anonymous said...

aikk
takan nak kena bgtau mimi hang yang mane kot..
takan mimi tak kenal b/fren dia kot


hahahaha


pinkgurl