Monday, October 6, 2008

Review: KAMI the movie

"Hidup ini mmg palat, tapi esok pun palat jugak. Baik mati jer la..."
[dan akhir cerita, org jahat ngan org baik pun mati. padan muka kena spoiler!]

KAMI adalah satu filem tentang 5 orang anak remaja, Abu, Ali, Lin, Sofie dan Adii. Tipikal betul kan nama mereka? apsal tak taruk nama Hanapiah jer?? Hasebullah ke? idrus ker?
Sebenarnya saya cuma pernah tengok sekali jer cerita episod dia kat TV. jadi tak tau sangat background cerita ni. Yg pasti, mereka semua suka tgk gigs, walaupon minah 2 ekor Adii ngan si Sofie ni mcm tak boleh masuk jer ngan crowd. poser betul..
Cerita dia mcm ni, si Abu ni tipu. Dia lari dari sekolah budak² jahat tapi dia cakap dekat kawan² dia, dia grad awal. Lin pula ada hutang dgn org jual dadah. Ali, mamat jambu anak Mustapa Kamal konon hero sangat nak masuk campur. Entah mcm maner, after a chain of events dan beberapa kebetulan yg disengajakan, si mamat jual dadah dapat menjejaki Ali.
Secara kebetulan, Abu yg masa tu dah baru nak kawan balik ngan Ali (Ali merajuk ngan Abu di pertengahan cerita) pergi ke parking lot untuk tengok² kan si Ali pasal dia ambik masa lama sangat nak letak gitar kat kereta. Rupa²nya, si Ali ni baru habis bertumbuk dgn mamat jual dadah ni. Baru je si Abu nak tolong back-up, si mamat jual dadah ni boleh tergelincir pulak jatuh terpeleot kat lantai. Kah kah kah...si Abu gelak kat dia.
Mamat jual dadah ni tak puas hati, dia bangun terus meluru ke arah Abu. Darah memercik!!
Owhhhh Emmmm Geee....(OMG!)
Abu kena tikam. Dia mati dlm perjalanan ke hospital. Habis dah?? Belum lagi. Cerita Melayu tak lengkap tanpa mati eksiden. Biarlah mati kena panah kilat, kena tembak atau mati kena tikam. Elemen mati kena langgar motor atau kereta wajib ada.
Oh, satu adegan sempat diletakkan di akhirul cerita. Mamat jual dadah sedang melarikan diri dari musuhnya. Dia menuju ke jalan besar...Kebetulan, Ali sedang memandu kereta Volvo kepunyaan Mustapa Kamal. Eeehhhhhh...kecepur...pon pon pon!!
Mamat jual dadah berlanggar dgn motokar Ali. Tamat cerita dgn cliche. Yup hidup ni mmg palat. Tapi esok pun sama ajer. Percayalah!
Kesimpulannya, cerita ni agak bagus dalam usaha mengetengahkan idea dan bakat baru. Cuma boleh kurangkan unsur-unsur kebetulan. Olahan cerita bolah diluaskan lagi. Takdelah pusing² kat diorang jugak. Tapi, dah tajuk pun 'Kami', cerita pasal diorang ajelah!
Seriously, pergi tengok! Jgn lupa bawak tisu lebih...
Nota kaki:
1. weh sasha, minah adii tu sebijik mcm kau la!! hahaha!
2. review lama² ada kat frenster saya. sila tengok.
3. rindu plak nak tengok cerita Kami yg Sudirman main tu.

51 comments:

alif-mikail said...

hmmm hmm.. sejak bile pulak yoshz pandai review movie ni..

confius confius.. (garuk garuk kepala..)

yoshz said...

dah lama dah. kat frenster aku ada banyak lagi...

www.friendster.com/yoshz

hajime said...

ape kate ko wat citer kamu...
tentu komen bagus2 sume...

atune® said...

kebetulan kan ke jenis² cite melayu yg typical...

Hanim said...

Aku dah bosan tengok citer melayu kat panggung. Masa aku tengok citer Jgn Pandang Belakang kat panggung dulu, sepanjang-panjang citer aku bantai gelak. Kalau la aku tgh tengok citer kat panggung kat India, soheh aku kena bunuh dah.

Iz said...

wah.. siap ade tulis "memercik darah". tak payah tgk dah cite tu pasni, sbb dah lengkap dah review kau. heheh

kecik said...

alhamdulillah
pasni boleh blagak ngan member
"hoit aku da tgk cite kami"
lalu menceritakan dari mule sampai abes.

bes x?
muhaha

aku_yanhashim said...

membazir duit tgk cerita ni.
indah khabar dari rupa
walau pun aku mmg peminat kami siri TV, tapi bila sampai layar perak, hampeh. sgt hampeh.

Pengejar Masa said...

hampeh lu. aku baru nak plan tgk citer ni dah kena spoiler x bertamadun ko tu. hahaha! tunggu je la kuar VCD. :P

o-y-e-t-t said...

cube hang buat review pasal citer kuselan

Facet said...

Wah.Cepat ko tgk baru nampak komen kat akak life tu. hahah.

Owhhhh Emmmmm Geeeeee.

sayesukeraye said...

ish.. kami yang sudirman tue sedih gile. xleh tgk. nnt depress beberapa hari.

sayesukeraye said...

ish.. kami yang sudirman tue sedih gile. xleh tgk. nnt depress beberapa hari.

sayesukeraye said...

ish.. kami yang sudirman tue sedih gile. xleh tgk. nnt depress beberapa hari.

Redzwan Abdullah said...

Huh?
Yoshz mula menjadi seorang penganalisis filem?
Ajaib betul...

suya said...

mcm menareks.rase mau tingok.kdg2 aku suke gak tgk bdk2 yg muke busuk rambut masai.nmpk cam kiut je.enihoo...semoga filem2 mayu mengurangkan kecliche an jln cite nyeh...sbb lam derama pon boleh tingok maaa

Jack a.k.a adDam said...

Oh... cite KAMI...
Tak minat ler nak tengok...
Kat TV pon tak pernah rase nak tengok
Macam alternate version of High School Musical jek...

Satu escapism bagi remaja yang jiwenye memberontak... (kononnye)

padelkopak said...

best sgt ke citer die??aku x penah tgk pon...rugi x???hehe

orensangkuit said...

kalau g tgk kompem leh nanges ke???
kompem?? seyes??
bawak tisu sebab byk air liur gelak ke atau byk air mata nak kuar??
sila jawab..hikhikh

farah sr said...

citer Kami Sudirman..
lagi best..
apa nama kawan dia tu?
Tooko kan?

rahimin idris said...

kat tv pun aku tengok tak abis cerita kami tu. biasa sangat. apa yg lainnya? sekadar ceritakan kehidupan budak2 biasa. konon rebel sangat la tu.
cerita melayu memang banyak guna ending 'deus ex machina'. nak ambil jalan mudah. cerita 'kami' tu mmg palat sebenarnya. zombie kg pisang n kala malam bulan mengambang jauh lebih bagus.

kami sudirman tu memang best. itulah cerita budak indie yang sebenarnya. lari dari temerloh tu. baru rebel. hahaha

poyotito's said...

gua sokong rahimin!
cerita kami yang sudirman tu lagi tip top pasal yang tu je gua tengok.
kami yang baru ni satu siri pun gua tak layan,apatah lagi nak tengok filem dia.

baik beli rokok lagi berfaedah kot.

SASHA SHARIFUDDIN said...

apesal cam aku?

eh aku ke yang kau maksudkan?

*sebenarnya mmg aku..saje tanak ngaku superstar! :P

yoshz said...

hajime,
cerita aku bosan doh..tapi part kena tampar boleh buat org nangis. hmmm....

atune,
Kebetulan kalau dah lebih dari dua dlm satu filem aku dah tak berapa suka.dah tak real.kamon, berapa kali kamu boleh terserempak dengan ex-tunang atau anak kandung yg lama terpisah dlm masa seminggu?

hanim,
Aku tak tengok Jgn pandang belakang. Tapi hanapiah pun cakap dia gelak gila² dlm wayang pasal nampak hantu tu guna tali terbang.

iz,
seeing is believing.haha. try tengok dulu, suka tak suka belakang kira. lgpun ada salah fakta sikit. Mamamt dadah kena langgar motor dulu, baru kereta ali sampai.

kecik,
boleh saja. jgn lupa bawak gitar dan darah ayam sbg prop tambahan.

kau_yanhashim,
kau dah tengok? aku tak tengok siri jadi tak boleh banding. anyway, aku hormat pandangan kamu.

pengejar masa,
kamon...jgn marah. kau tau tak? cerita yg bagus walaupun dah tau spoiler still best kalau tengok. aku still tengok naruto walaupon dah tau dah ending dia...haha.

oyett,
cerita apa tu? mcm nama pakcik tolong2 org kawin jer..

facet,
aku dah tengok hari jumaat lalu kat cineleisure. baru nak tulis.

sayasukeraya,
pinjam cd boleh? aku dah rindu nak tengok.huhu..

redzwan abdullah,
sudah lama maa...review lama-lama ada kat frenster.hehe. itu je la yg aku mampu. analisis sukan aku tak reti.

suya,
ada cliche. tapi ok la tengok si mamat Ali tu agak comel jugaks. haha.

jack,
aku tatau plak. haha kantoi lu layan hi skool musical..haha. yup, rebel. apa channel lagi budak2 muda nak voice out??

padelkopak,
ntahla. bagi aku takdela rugi. enjoyable jugak.tapi ikut citarasa masing2....

orensangkuit,
dua2 sekali la. Sedih part org baik mati lawak pasal si Abu tu sempat buat lawak sebelum mati.

farah sr,
Sudirman = Tookoo,
kawan dia = din.
Banyak semut masuk botol air dia ni.haha

rahimin,
Deus ex machina patut diharamkan dlm semua bentuk art. Haha. well, org Greek kuno dulu dah haramkan. Zombi? Bulan mengambang? aku suka jugak Mamat Khalid tapi bagi aku dia susah nak keep the momentum sampai habis movie. Mcm cerita Rock ngan Zombi, dah separuh cerita aku dah start tertanya 'bila nak abis ni?'. kau faham kan? cheh, sempat berbangga dgn Allayarham? tapi bagi aku dia mmg genius entertainer besides p ramlee.

poyotito,
aku tengok cerita tu baru aku tau bumi tu bulat. pastu terus nak kerja cuci kereta. haha.

sasha,
yes kamu. cara dia speaking, is very the sasha one u knoww...haha.

To all,
Saya respek pandangan kamu semua!!
Thanks!!

rahimin idris said...

mamat khalid tak bercerita secara direct. banyak simbol dan dialog dia digunakan hingga ke tahap maksima serta berlapis-lapis. sinis pula tu. beliau antara pembikin filem yang perlu diperhatikan. walaupun orang cakap dia merapu, tapi sebenarnya tak merapu. filem dia lebih rebel. cth zombi kg pisang tu. dlm ZKP semua orang termasuk yg tua muda, ahli surau ke mat rock ke, laki perempuan, penjaga keselamatan, politik tak politik, sampai ke isu subsidi dan mat rempit pun ada jadi zombie. mayat hidup memang banyak dalam masyarakat. semua kena serang dan bius otaknya.
baca filem tak sama macam tonton filem. kalau filem mamat khalid tu novel, dia mungkin masuk golongan novel shanon ahmad kot!

Jack a.k.a adDam said...

Bile sebut pasal Mamat Khalid nih..
Aku rase, problem die satu jek..
Die tatau nak end kan cite die cemane
Selalu aku tengok ending die hampeh..

Cth;
Man Laksa dah bes, tapi alih² mimpi? Baru dok layan HSBC buat kecoh atas pentas...
Cite nih pon cam dragging sangat..

Selalunye die memang hancus kalo bab² ending...

Hidden message (ke subliminal message?) memang bagus, tapi kalo orang yg buat tuh terpakse esplen sendiri mesej yg die letak,
Dah jadi tak bagus...
Maksudnye orang tak dapat tangkap mesej die..
Maksudnye die gagal nak bagi kat orang hint yang sepatutnye...

Dem... patut aku tulis entry pasal mende nih...

yoshz said...

rahimin,
jgn risau. aku tau membaca simbol dan makna dalam filem. Mesej adalah salah satu 'point' ajer dlm filem. Filem itu satu cabang seni dan seni menakrifkan makna yg maha luas. Dlm erti kata lain, it is unfair to say that satu filem tak best psl kurang mesej. Bagi aku mesej mmg penting, tapi keupayaan satu filem utk buat kita terpacak sampai habis cerita perlu diambilkira. Ambik contoh Lang Buana, gila penuh mesej. Tapi, scene perang, ending, ketelitian (background,props,ambience) agak mengecewakan. Kalau nak mesej semata-mata, baik orang tengok Al-Jazeera. Apa² pun aku paling suka Tim burton. haha..

jack,
Setuju dgn Man Laksa. Mmg ending cerita dia agak kureng.
Bila masa plak Mamat Khalid ni kena explain?
Wehh..aku ada DVD boxset Sweeney Todd. Sila rasa jeles haha. Eh, ke aku dah cakap ngan ko?

Tim burton yg disanjungi selalu!!

Facet said...

Aku sangat suka komen rahimin, sangat genius. bole tak aku request buat review filem. aku serius.

kami sudirman mmg rebel gila haih. kami, even aku blm tgk aku suka only pelakon dia yg fresh..nmpk ada perkembangan baru dlm pemilihan pelakon2 dlm industri filem kita, dan kedua aku suka linda jasmay buat zine tu. aku x nafikan mmg dlm drama kami ada kelainan dr drama2 lainnya tapi aku xnmpk kenapa ia dibuat filem.

membebel.

rahimin idris said...

jack, ye. subliminal mesej. kalau lagu 'masking backward'. tapi film mmng tak perlukan mesej pun. sbb filem bukan khutbah yang ada ciri didaktif kan. tapi benda2 ni jadi secara bawah sedar juga.

tapi sebagai muslim, kita kena berbalik kepada niat sesuatu hasil seni itu di kerjakan semula. sebabnya ia perlu ada tujuan dan tidak menjadi sia-sia. memang susah. mengapa kita perlu buat sesuatu yang sia-sia sedang Allah mencipta sesuatu bukanlah dengan tujuan sia-sia? zaman perang dulu kartun pun jadi alat propanganda. diorang buat dalam satu pakej. kadang2 ada racun untuk rosakkan fikiran kita sekali.

kita punya banyak pilihan dan citarasa pun berbeza. realisme, absurdisme, romantisme, existensialime dan macam-macam isme lagi. terpulanglah samada nak pilih atau suka aliran apa sekalipun.

perbezaan pendapat adalah biasa. tak jadi hal sebab kita sebagai penonton adalah pengguna/penikmat filem tu. berhak memberi pendapat.

facet, aku tak ada ilmu film la. hahaha. aku cuma komen sebagai penonton. banyak juga filem melayu aku suka dan rasa bagus. tapi mungkin pada individu lain tak bagus pula. itu biasa la kan.

biskutrajin said...

bebaloi eh g tengok kt movie?ye ar...sudirman jd TUKU kan...

yoshz said...

facet n rahimin,
Genius apa kebendenya? Haha. aku yg penat tulis, sikit pun kau tak sanjung. aku suka rahimin pasal dia sosialis. Haha. weh, saham2 utama kat seluruh dunia dah jatuh semalam. Tembok kapitalisme semakin runtoh.

Demm la kau min, cara kau tulis macam aku biasa baca. Mesti kau banyak baca dewan masyarakat kan?

Ermm...maksud 'mesej' tak semestinya pengkarya ingin menyuntik apa2 ideanya ke otak kita ie 'subliminal msg'. Boleh jadi ianya berupa pertanyaan penulis seperti, "kenapa org tak buat begini?, tak salah kan?". Tak ada hasil seni yg sia-sia. Semua hasil/idea adalah dari Tuhan. Kita cuma tolong 'realize' kan sahaja. Dan kita bertanggungjawab terhadap hasil kita. Ini termasuk blog-blog kita semua.

biskutrajin,
bagi aku berbaloi ajer. aku terlampau kaya setakat RM10 bagi aku tadahal. Hahaha.

shahril mohammad said...

kami yg sudirman berlakon tu faveret aku tu.

"T.O.O.K.O.O... tookoo"

"hahahahaha"

"apasal kau gelak?"

"banyak bulat-bulat"

yoshz said...

HAHAHAHAHAHAHAH!!

Kau ingatt??

rahimin idris said...

ada satu buku tulisan mansor putih. pembikin filem memang banyak menyampah kat dia la. tapi apa yg dia kritik memang betul pula. aku suka betul buku tu. warna putih. tak ingat tajuk dia.

kritikan filem memang selalu aku baca. ku seman, faisal tehrani, a wahab hamzah, siti jasmina ibrahim, sm zakir, jimadie shah dll la lagi.

tapi ada juga aku baca buku2 yang terangkan maksud2 aliran tu semua. ada, buku2 dbp. aku tak la faham sangat. sikit-sikit tau juga. kalau tak dah lama aku tulis kat paper n majalah tu! hahaha

kecik said...
This comment has been removed by the author.
kecik said...

gile r inche rahimin tu review filem.nganga sejap saye bace.

huhu.mamat khalid n faisal tehrani ade blog kan?

yoshz said...

rahimin,
apa mansur putih tu tulis? meh la pos laju buku tu kat aku. Aku pernah baca satu buku tajuknya 'Understanding Movies' gambar gladiator kat depan. citer omputih ko suker yg camner?

kecik,
woi...kembang la dia nanti! haha!!

Dzulkarnain Mohamad said...

hah..cerita kami..
dia punya episod satu pun aku tak tengok..tp pesal org kata best pulak?. ada mcm cerita jemi anok pok ke?..

cerita ni kalau tak ada lawan2 macam the matrix mmg la tak best.

Facet said...

rilek ar yoshz ko kalo wat review serius sikit mesti kaw-kaw.

hail rahimin.haha

Izzah Malik said...

kami kami,
cliche

kecik said...

eh inche yoshz,tumpang tanye
err mcm mane nak wat underline2 tuh?
try wat ctrl + u xpat pon.ntah hape2 yang kuar

yoshz said...

dzul,
jemi anak pok tu cerita gapo? ada lawan-lawan, tapi terbang terbang takdak..

facet,
serius dgn aku mmg tak sinonim langsung.
(amacam serius tak?)

izzah,
perasan tak, kalau kita komen cerita tu cliche, sebenarnya komen kita yg cliche? hahaha!

kecik,
dekat komen ke dekat entri? kalau takleh guna html tag.

Rajuna said...

tak kira
aku nak tengok jugak!!!

Kikuri said...

So, it comes to this.... Nice reviews, though

yoshz said...

rajuna,
bawak mimi kau tengok!! cepat!

kikuri,
thx. comes to this? what is 'this'?

aRe You? said...

ala...pesal bg tau ending!!!
br ingat nak g tgk jap lg :(

yoshz said...

ala ending tu aku ta ya pa wau jer..ahaks. pergi la tengok.

this.is.not.me said...

bro..
cite neh best lor..
tp still ade cliche drama melayu
ape2 pun,lagu2 die layan..
::thumbs.up
xD

LoveyAshLiecious said...

mcm2 kritikan dan komen utk filem kami ni.
harus tgk nih.


p/s: tapi ade kwn ckap cite ni sedih bole sentap?
iyer ke?

yoshz said...

this is not you,
betul. certain lagu aku bley layan. dan aku bukan kaki layan lagu lokal mind u. nanti aku download soundtrack dia. Thx.

lovey,
sentap mmg sentap. aku yg macho mcm Cristiano Ronaldo ni boleh berkaca mata.

Gadis di Tepi Tingkap said...

Rasanya, kempen promosi dan siri TV yang panjang belum cukup menarik penonton untuk ke panggung.
Sebagai pengguna yang cuba berjimat-cermat, saya juga melalui fasa yang sama. Iaitu; tidak terpanggil.

Mujur ada teman belanja tiket and as it goes "seeing is believing", this movie deserves a chance.

Lepas nonton, terus cari soundtrack di kedai2 musik, tapi belum berjumpa lagi (Abu dah curi kot).