Wednesday, October 15, 2008

Surat utk YB

Kehadapan Dato',

Nama saya Hassanul. seorang engineer yg patah semangat, anak kepada puan jenab dan uncle zek. Bekas perokok sekolah dan calon suami contoh Maal Hijarah.

Dato' mungkin tidak mengenali saya. Saya pun bukan kenal sangat dato'. Tapi Dato' sangat popular dan saya perchaya org popular mesti banyak duit.

Duit yg saya ada sekarang cukup utk bayar duit muka rumah sahaja. Jika saya beli rumah, saya tak dapat kahwin. Jika saya kahwin, saya tak dapat beli rumah. Ini betul² dilema. Mana nak buat dulu? Beli rumah ke beli isteri?


Jika saya beli rumah dulu, nanti Mimi saya bising dah kahwin takde rumah. Jika beli rumah dulu, nanti puan Jenab bising, dah ada rumah tapi kahwin tak lagi. faham tak situasi saya?


Lain la mcm Dato', Dato' kaya.Popular. Hensem. Macho. Boleh mintak tolong sikit tak?


Begini Dato'. Jika saya ingin menambah duit simpanan saya, saya perlu mencari kerja baru. Sekarang semuanya perlu kabel. Jadi saya harap sangat Dato' tolong jolok resume saya dekat mana2 kompeni yg ada bagi sekurang2nya bonus 6 bulan gaji, skim persaraan juta2 dan juga mesin kopi Espresso yg mcm dekat Ikea tu. Barulah datang idea nak tulis blog memajukan syarikat dan sekaligus memacu ekonomi negara ke arah yg lebih mapan.


Takpun, saya tubuhkan satu kompeni. Kemudian Dato' tolong bagi tender keretapi, kapal selam dan jet pejuang kepada saya. Sori. Projek² buat longkang saya tak main. Kita harus think big. Barulah namanya bumiputera glokal. Saya janji saya takkan sub projek2 terbabit. Sumpah dato' sumpahhhh!!

Bila saya dah kaya, saya akan menghapuskan kemiskinan di Malaysia. Owhh..jap. Tu mungkin susah sikit kut. Ok lah. start di ampang dulu. Hmmm...saya mula dengan famili saya dulu. Oh, tidak! Ini bukan nepotisme... Sebelum memajukan masyarakat, kita harus memajukan famili dulu. Individu membentuk keluarga, keluarga membentuk komuniti dan komuniti membentuk masyarakat. Ini tema Masyarakat Penyayang tahun bila entah saya lupa. Dato' jgn salah faham..

Sebelum saya mengundurkan diri, saya harap dato' mempertimbangkan rayuan kudus saya ini. Saya berjanji saya akan beri sokongan penuh pada Dato'. Walaupon saya tak tahu Dato' org parti mana, apa agenda, saya main sokong ajer.

Terima kaseh.

.........................
(Hassanul Hadi bin Zakaria)



Ok. sekarang saya nak hantar surat ni. siapa tahu alamat Shah Rukhan?
Setem 30 sen cukup tak sampai India? kalau pakai jilat nanti dia tanggal tak?

p/s: apa daa bagi kat shah rukhan? bodoh la sultan melaka ni....

64 comments:

shahril mohammad said...

mana melaka pakai sultan?

sultan said...

woi2... dato' shah rukhan tu mane reti bc bahasa melayu ni...

ntah2 title dato yg dia dpt tu pun dia x tau ape guna dia. haha...

thafiexq said...

salam kenal.. meh ni alamat dia.

shah rukh khan bin maruku khan,
rumah shah rukh khan ,
india.

Miko Yamaguchi said...

haha. klu ko buat surat begini untuk bapak aku sure ko kena pelukuk langit ketujuh punya. muahahhaha.

p/s: nasib baik aku bukan mimi. kesian dia. muahahhahahah

zee kawan mimi said...

hahaha... macam haram! siap kena marah kat opis sebab gelak kuat sangat!

p/s: kesiam kat mimi yosh. demam2 pun kena kerja

Redzwan Abdullah said...

hallamak...
Sket punye banyak da ko perli Datok...
haha...
ko sultan mesti lg kaya...
Khalil yaakob org pahsng, jd yg dipertua melaka... bg datok kat india... ape daa...
sultan senyap je ke?

Encik Bibir said...

Address
Shah Rukh Khan
7th Floor,
Amrit Apts.,
15th Carter Road,
Bandra, Mumbai 400 050

setem rm50 , cmpur cukai laut rm120

encik nak pakai DHL atau ABX?

yoshz said...

shahril,
jawab: sultaannn...ayipp..

weh laju gila ko komen. kalah jack addam.

sultan,
Dia tau kut. masa konsert itu hari dia cakap 'terima kaseh malaysia'. ok wat.

thafiexq,
salam. terima kaseh. sila datang raya rumah saya.

Rumah Uncle Zek,
Pagar kaler kelabu,
ada bela pokok kaktus,
malaysia.


miko,
bapak kau datuk ker? nak mintak projek boleh? apsal kesian plak? mimi bahagia apa ngan aku. err..rasanya. hehe

zee,
haha. lain kali baca dlm silent mode. dia demam eh? kesian dia kerja keras nak sara hidup i.

redzwan,
err...jap. aku konfius ni. sultan mana maksud kau? sultan yg komen ni ker? ke sultan betul? mana melaka pakai sultaaannn...

encik bibir,
mahal gila babun. alamat betul ke tu? haha..jom gi umah dia open house.

Fiziy said...

apakate anda send je email. atau pun bermesra melalui facebook.

yoshz said...

Mana facebook dia? aku nak add..

BAINI KHAIRI said...

alamat datuk shah rukh khan

YB Datuk Shah Rukh Khan,
Mumbai, India Selatan
India

lepas nie tak nak ke diorang bagi Datuk Will Smith, Tan Sri Elvis Prestley dan Datin Paduka Britney Spears?

padelkopak said...

x pasal-pasal gua tau nama penuh lu!!!

dialicious said...

Cuba cuba la u tulis sejarah MELAKA dlm blog u..snap sikit pic2 tmpt bersejarah kat MELAKA..makan asam pedas MELAKA,beli gula MELAKA tulis dlm blog..untung2 dpt jadi Dato'!heheh..(smbl2 i komen ni pun tgh cuba2 nasib tau!)

kecik said...

tersedak!
hengatkan tok dato mane!
skali si hidung sotong tu!!
cess!!

btw inche hassanul,dapat pojek juta2,jangan ade skendel ngan mane2 wanita mongolia.

nanti mimi mara.

razor said...

tersengih sorang2 aku bc entry lu ni beb...hihi


salam kenal dari gua...

punya la banyak dato', sharukan jugak yang ko nak ampu...

aku dgr ramai lagi pelakun bollywud yg kenen2 nak berlakon kat m'sia. bang bang boom pun jadi la ek...hihi

o-y-e-t-t said...

mintak laa kontrak kt datuk shah rukh khan utk supply org joget2 utk filem hindustan...sekali dier joget ratus2 org jgk yg kena pakai..dah rupe bapak ayam la plak...

yoshz said...

baini,
Dato' Seri Haji Metallika. aku sokong.

padelkopak,
dah tau nama penuh. sila la hantar poskad.

dialicious,
heyy..puan jenab org melakau mmmkayyy...
cerita dia naik kereta lembu dkt londang dah 17 kali ulang.

kecik,
hidung sotong? ya ke? goreng kicap sedap ni.
huh? takkan. aku lelaki tabah.

razor,
hai mustilah. dato' baru mesti tgh semangat nolong org. dia takkan tolak nye...

oyett,
bagus idea tu. nanti aku tanya persatuan boria UM.

Radius.F said...

agak2 skrg ni org2 kat negara india tu panggil beliau dato' ke?

Anonymous said...

hahahaha..tunjuk protes nampak, cara baik punyer.:)mamapower

miezi said...

kan? semua pun nak kabel? tu ar gamaknya aku nagnggor la ni. how i wish soon to be datuk tu paham bm.

this.is.not.me said...

bro..saye nak hntr kt tan sri amitabh bachan boley pkai ke surat neh?
xoxoxoxo

d7 said...

loeri..
melaka mane ade sultan..
ni yg di pertua daa..
ntah dato sengal mane pi suggest shah rukh khan ntah..
mmg sengal & memalukan org mlk je!!

apepun sbb srk x pandai bace / cakap bhs melayu..
maka aku offerkan diri aku jadi translator dia..
agak2 bape dato srk nak bagi ye?
lol

missjaye said...

ape nk kesah.datuk michelle yeoh dapat honorary dari france gov.ade die nyumbang apa2 yg bermutu kepada kerajaan perancis????ngaaakkkk..melainkan berkasihan dengan lelaki perancis itewwww..makanya cuba ko siasat si SRK ni mesti ada company share or berkasihan dengan mana2 datin di melaka.

norrel said...

Harap2 Dato' Shah Rukh Khan dapat memberikan sumbangan kepada tanah air yang dicintai ini khususnya dalam menambahkan bilangan pekerja asing dari India, Bangladesh dan Pakistan..Ko xmo coba nasib jadi pelakon Bollywood ker Baiya Yosh??Mesti Mimi bertambah suka & chenta akan dikau..

valsa nine said...

best kan kalo si datuk tu paham maksud tersurat dan tersirat surat ni?

:D

bagus yoshz, satu pendekatan yang hebat dan ku pk berkesan.. whahaha

l.i.f.e said...

ya rabbi...nak mampos aku tergolek ketawa...nasib baca malam2 kat rumah...kalau di pejabat harus kena tahan bunyi gelak sampai bahu gegar2. lepas tu kena tegur ngan boss lagi. hehehe

Jack a.k.a adDam said...

Dem yeww...
Aku komen laju² enko komen...
Komen lambat² enko komen gak...
Aku tak komen tanak komen pulak...
Berom...
Eih tanak cakap lah, nanti mendatangkan fitnah pade aku plak...

Hafiz Mowk said...

ak y lame duk mlake ni pon x dpt dato'.die sng2 jek dapat.sebagai warga mlake yg mempunyai jati diri yang tinggi,ak berasa sungguh kuciwa..isk3

suya said...

hakhak bodoh gile sultan make tuh!hishhh merepekkk....

surat ko mmg bes...sgt menunjukkan ciri2 melayu kuat bodek...hihi

Don Balon said...

Yosh..
gua staff DHL..
ada 15%..
ada braney?

Don Balon said...

15% diskaun daaaa..hehe

hajime said...

weh!
komen aku ilang?
dem...
aku 1st komen tu...
isk...

Kikuri said...

Yoshz, kalau kau dpt contact dato srk, tolongla foward name aku skali! Tolonglah! Aku pon nak kaya. Aku nak bukak sekolah sendiri. Pas2 aku nak beli ppd jb. So dat diorg x yah nak nyusahkan idup aku dan rakan2. Pweeez...

farah sr said...

hahaha...
gilak klakar..
setem 30sen mana cukup beb..
sia-sia je ko antar
da tentu posmen pulang balik
silap2 kena denda..

firda said...

Haha..
kat office i semua orang dari India.
mesti jiran tetangga shah rukhan..
27/10 ni ada sorang nak balik, nak suh i pass bleh gak!
haha..

alif-mikail said...

alamak! koi orang yang ke-36..

kenapa? apekah? (sila nyanyi ikut lagu XPDC.. tak tau takpe)

macamana koi tak up to date ni..

weh! patutnye aok kuarkan entry ni semalam.. boleh la bebudak amik paper PMR semalam kasi tiru..

mau guling² cekgu yang menanda kertas jawapan.. boleh dapat A +++

yoshz..
tak bleh blah la... dkt Ym selalu bz.. fire kang!

@tune® said...

best ke jd kaye?
nape smua org nk jadi kaye?
nape xnk jd yg beriman juge?
(napak ring atas kepala den?)

Princess Fiona said...

Alang2 mintak fund kat dato' tu, ble tk mintak lebey2? pastu ko da kaya, ble dpt pangkat dato' plak.. pastu nnt aku tulis surat yg sama mintak duit dari dato' yoshz.. heheh

p.s: klau nk cpat dpt title, pegi je mnari golek2 dpan a famosa tu.... hahaha

akuyanhashim said...

kan dah cakap
nama Melaka juga yang malu
Maaf, dia bukan Sultan
hanya TYT yang bukan anak jati Melaka.
Lepas ni dorang pakat2 nak bagi title Dato kat Mr Bean pulak. hampesh.

tasikmerah said...

yoshz, dia bukan sultan. dia hanya tuan yang terutama. rakyat biasa . macam kita juga. pangkat je lebih sikit.

aku sangat malu menjadi rakyat melaka. ha ha.

rumah dia dekat belakang ofis aku ni je. 200 meter pun tak sampai. ada juga aku rasa nak baling c4. tapi bila mengenangkan balai polis sederet dgn ofis aku, terus kensel.


ha ha.




.





pada aku la kan. kalau nk bg pun dekat pengarah filem tu la. shahruk tu belakon je... bukan dia yg buat keputusan nk shooting kat mesia ke... kt indon ke... kt siam ke...

mrblind said...

ko antar je email kat SRK..x pon ko fax je..nak lagi cepat ko telegram kat opis dia..haha..

Iz said...

hehehe.. aku rasa sharukhan pun pelik apsal dia dpt title tu.

dato jalaludin hasan mesti jeles.. dia belakon betahun2 promot mesia, dah tua baru dpt dato.. tu pun aku rasa sebab sultan2 kesian, sbb kalau dia belakon asik nak pegang watak dato je, hahahaha

sebelahkiri said...

kenapa rajanikan x dpt jadi dato?..
kan dia adalah seorg ikan yg pandai belakon..haha

Ojie said...

yg aku pelik kat sini, nape chef wan diorang xbg datuk? dia lg dh terbang bwk nama malaysia sana sini..

emmm naseb baik aku anak jati selangor..bapak aku je org melaka..hehehe..

denanz said...

ceh ... lahabau!!

Anonymous said...

u mk me smile!tq

yoshz said...

radius,
tak. diorang panggil watoww...

mamapower,
subtle, mama. subtle.
menarik rambut, biarlah sampai hilang migrain.

miezi,
apalagas. ko hantar la surat pulak..haha

thisisnotyou,
boleh. sila tukar nama dan nama bapak.wehh...tlh hantarkan sekali? tada masa la mau pigi itu pos ofis.

d7,
silakan translate. kalau dapat kontrek juta2 aku banjer nasi ayam linda onn

missjaye,
Ntahnye. dunia dah menjadi semakin bodoh sekarang. mungkin pasal Khairy ada muka hindustan sikit.

norrel,
eh eh. ko dah ada blog..
mana boleh. aku tatau joget atas keretapi, gayat! guling2 kat bukit pun tak boleh, banyak tungau.

valsa nine,
haha. kalau dia faham perkataan 'ke hadapan' tu pun aku
dah kagum. ni kan lagi tersirat...
thx. kdg2 jadi sinikal sangat syok wooohh

life,
huk ee loh! habis sinikal dah aku buat entri ni..haha. glad u like it.

jack,
ko berom pun laju? org muda...haish.

hafiz,
melaka? oi lahabau!! haha!

suya,
heyy...surat bodek aku ada nilai2 seni.

don balon,
15% drpd berapa? lebih 10 ringgit aku tamau.
owh..aku ada idea. apa kata kita kongsi ramai2?

hajime,
komen ko kena blok. banyak sangat 'dem'. blogspot tak kasik.

kikuri,
ok. ko beli je terus dato alimuddin md dom tu.dulu dia pengetua sekolah aku. suka pakai baju askar hari rabu.aku benci tgk dia!

farah sr,
hek eleh. penerima lah yg kena denda. mamposlah dia dah kaya.
eh, pakai jilat boleh tak?

firda,
terima kasih aje la. saya tak kenal opis mate u.
saya percaya pos malaysia, saya percaya pahamin rajab!

alif,
xpdc? aku dedicate lagu bahalol utk sultan melaka!
mampos bebudak tu dapat F9 tiru karangan aku.
takde perenggan je dah potong 2 markah.
aku bz la dollll....

@tune,
takmoh. org beriman selalu miskin.
kecuali nabi sulaiman.
[by beriman i mean janggut pjg, nak bagitau sumorang dia alim]

fiona,
hey...excuse me. aku dah pernah berlakon depan a famosa taww....

kauyanhasim,
siapa TYT? aku serius tak tau?
mr bean? baik bagi kat naruto.

tasikmerah?
org melaka? lahabau menjalau atas pagau!
hehe. ntah aku mmg anti-feudal. bab² bagi title sebarang ni mmg aku menyampah. apsal datuk bersepah kat mana2? punyala byk org berjasa kat negara ni. apsal tak maju2 lagi?

mrblind,
aku nak hantar poskad. setem berapa sen kena ah?

iz,
alah..tu psl abg dia ketua polis...eh adik ke abg ah?
pastu bapak dia ajar muqaddam. haha kalau camtu dah tentu
harun salim bacik kena antar balik indon. psl dia selalu berlakon jadi PATI.

sebelahkiri,
tak boleh. nanti ada teka teki 'ikan apa dapat dato?'

ojie,
chef wan tak nak share resepi dgn isteri sultan melaka.betul ni. ada member fwd emel. weh abah kau org melaka? lahabau! taik kobau! kena kau!! haha. semua org melaka aku nak lahabau kann..

denanz,
lahabau u !

To all org melaka,
LAHABAU!LAHABAU! TAIK KOBAW!!
HAHAHA!!

kecik said...

taik kobaw tu bukan bahasa orang negeri ke?
org melaka ulau melingkau atas pagau.

bonci den!

biskutrajin said...

la...aku ingt nk kasi kt dato' jins shamsuddin td..hahah

das said...

lol. kalu lu nak anta kat Dato' Shake i bole tolong. aite.

mimi said...

sayang,

bukankah mimi akan depart to mumbai this sunday? abang pass je pada mimi. mimi free time conference nanti, mimi ask my driver to send me to shah rukh's place. shan't be a problem. but please check the address again.

thanks for writing this letter. really shows me your commitment to actually make a "kaki bodek" and a bumbling fool out of yourself. but you did all that for me. how sweet! love u even more.

zee, yes, i am going to be in the office til midnite at least today. and abang will accompany me thru ym. no worries. we both are in the midst of "sara hidup" each other.

to all others (sorry i cannot reply personally, i am too busy with work): thanks for your concerns. but no matter how "batu api" u guys are, i am still and always will be in love with yosh. regardless of how silly and quirky he is. regardless if he's a dato' or simply a "balachi". i bahagia ngan abang i. terima kasih.

btw, my dad is also from melaka. he said "one of the people involved in the decision to give the datukship to SRK is done by a man who used to be his clerk". that basically answers everything about the "intelligence" of the move. don't quote me.

Dzulkarnain Mohamad said...

surat ni mmg patut dihantar ke bahagian surat pembaca utusan malaysia..

suara hati ni..

Izzah Malik said...

cheit,kau lambat lah.aku da hantar dulu mintak die upgrade jalan kat jasin.
tapi die buat donno je?

kuih said...

hahahahaha oklah la tu....ala polis2 yg tahan kita selambe je kita panggil datuk amacam?

" ala tok, bole la, kurangkan....hehehehe"

twinkle_star said...

;p
salm knlaN..

hey...ini aku said...

hoh!sesat je kat blog orang ada je citer mangkuk shah rukh khan tuh! aduih!

orensangkuit said...

hikss bagus punya surat leh pinjam ni bagi kat datuk datuk yang lain...

yoshz said...

Mimi,

yes, i know dear. n im gonna send u to the airport. no, im not gonna pass this letter to u. u are going to get very busy there and im sure that u dont like to be bugged by these trivial matters. dont worry about the address. He's a household name there.Any mutu,sami or veloo (mrinal included) would be happy to deliver the letter right to his hand.Everyone there knows where his house is. So i believe.Like everyone here knows where yusof haslam's is.

Sycophant,self-seeking,servile flatterer,fawning parasite, kaki bodek. u n other ppl can call me names.its ok. i know its appaling to see ppl who lower themselves,
to get things that they crave. When a person is desperate, he or she will resort to any means.
Including the unthinkable ones. After all, ppl do crazy things in the name of love. Hai chehh..

sara hidup each other? i cover ur ass, u cover mine. haha. dont worry, i'll support u in any way that i can.

O, how sweet art thou. Those 'batu apis' won't move my heart an inch. Silly and quirky? damn u! haha
I will never become a dato', but won't stay a balachi forever either.

Thk u, syg. im happy with u too. owh, really? it doesnt matter who's behind the move.a clerk, a doctor, a lawyer, whateva. The idea is downright stupid. its an insult to our intelligence.Period.

Love u like crazy pig.

Che Sue said...

bercengkerama dlm komen lak mambang ni..
mcm gampang surat lu..hahaha terhibur gua...
for starter, apa kata anto kat dato2 seri kat mesia dulu...ada bran?
er kalo lu anak jantan aa..

(kasi api skit)

yoshz said...

kecik,
bukanlah. asal usul nama binatang tu kerbar.
sampai melaka dia jadi encik 'kerbau'.

biskutrajin,
pernah hantar. tapi dia kata esok masih ada.

das,
betul ker? tapi dia tak cukup kaya laa...

dzul,
taknak. aku nak ganti mama juwie.
psst...rahimin boleh tolong kan?

izzah,
mmg le. diorang mmg suke jln lopak2.
tak caya tgk cerita hindustan. asal bawak kereta je tangan mesti
huru-hara pgg stereng.

kuih,
haha. ada ke org panggil polis datuk lagi?
aku panggil incek ajer. tapi, bila dia dah blah aku panggil babi.

twinkle-star,
salam tangan kosong jer? hehe

hey, ni kau,
ha'ah.popular mengalahkan zaiton sameon.

orensangkuit,
boleh. kalau dapat kontrek sila bagi 20 persen

chesue,
aku anak jantan laaa!! tak caya tanya mimi. bila dia marah aku, dia mesti cakap, "jantan tak guna!"

Anonymous said...

u mk me smile

*pinkgurl*

poyotito's said...

idea bagi datuk kat sahrukhan tu memang bodo melantun-lantun!!
base bodo nak tunjuk bodo

haih babi lah..!!

zool said...

Pembetulan... Datuk bukan Dato'

Ntah bila ntah dia nak datang..

shafiq said...

ler..aku mati2 igt datuk mane td. datuk shah rukh khan. haha. ape dye peduli psl negara kite ni nk tulung kte. huhu. negara kte je yg duk banggakan dye sgt smpi nk bg datuk. xphm tul.