Saturday, November 29, 2008

Api syurga meragut handbag

Kejadian ragut banyak menghantui masyarakat setempat. Ini berpunca daripada kos sara hidup yg tinggi dan kegagalan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Jangan salahkan dadah. Penagih dadah tidak akan menjenayah sekiranya harga dadah sangat murah. Mari kita salahkan para kapitalis yg menguasai pasaran dadah negara.

Saya pernah mengalami kejadian ragut. Bukan saya yg diragut. Orang lain. Saya tidak mungkin diragut. Muka skema mcm saya hanya meminta² untuk kena pau.

Pada suatu hari, saya baru habis kelas. Saya pun berjalan kaki menuju ke LRT. Selain buku Pengalatan & Pengukuran (Instrumentation & Calibration versi Melayu) keluaran UTM dan pencil box, saya juga membawa payung Avon. Manala tau hari hujan.

Tapi mmg cilaka, tiap kali bawak payung mesti hari tu tak hujan. Kalau terlupa bawak, time tu la pulak hujan. Jadi, saya pun berjalan dalam panas terik mentari. Takpe, cahaya matahari mengandungi Vitamin D yg baik untuk kulit dan boleh mengelakkan penyakit riket. Kata saya bagi menyedapkan hati.

Dlm perjalanan, saya melalui kawasan rumah org kaya yg sunyi. Tak banyak org atau kenderaan yg lalu lalang. Sesuai untuk mereka yg nak belajar memandu. Selain kurang bahaya, kebarangkalian untuk kena gelak kalau mati enjin juga adalah minimum. Sebelum tiba di satu simpang, saya terdengar suara perempuan menjerit, "Babi. Setan gondol. Jantan tak guna!"

Kemudian, sebuah motosikal RXZ muncul dgn tiba-tiba. Setelah preng preng dengan kuat beberapa kali, pemandu motosikal terbabit terus memecut bersama² seutas beg jinjing yg org perempuan selalu pakai tu. Eh, kenapa mamat tu bawak beg pompuan? Nak jumpa awek dia ke?

??!!

Owh..peragut rupanya. Yg pompuan menjerit tadi kena ragut. Bukan couple tengah gaduh. Hari tu otak saya mmg agak slow. Mungkin dlm botol air saya banyak semut. Saya pun apalagas, cuba mengejar motorsikal tersebut dgn sedaya upaya. Sebelah tangan saya masih memegang payung. Kalau dapat, saya sendal payung saya dekat rim moto dia. Bagi dia tergebak, terus masuk dlm surau. kemudian, biar budak² surau tu tabligh dia.

Tapi itu semua angan². Saya hanya sempat berlari beberapa tapak. Lepas tu moto tu dah jauh. Saya hanya memandang sepi. Cubaan untuk membuktikan kelakian saya hari itu gagal. Takpela, kalau saya dapat kejar pun nanti polis takde kerja. Lagipun, awek yg kena ragut tu tak cun pun.

Mcm biasa, ayat nak sedapkan hati.

Saya bertanya pada minah tu, "awak ok tak?" Dia hanya mencebik. Cheh sombong. Okla. Saya tau tu mmg soalan bodoh. Saya pun meninggalkan dia sambil bersiul-siul lagu Limp Bizkit.

Hari itu, tiba-tiba saya rasa mcm nak belajar Taekwondo dan membaiki mutu larian saya.

Rolling...rolling...rolling.

36 comments:

Monkey D Luffy said...

hahaha... harap ko berjaya jd USAIN BOLT MALAYSIA

yoshz said...

laju siak ko komen. aku belum habis edit lagi. ada typo.

Izzah Abd Malik said...

xpe2..usaha tangga kelajuan=)

Pengejar Masa said...

wahahaha! angan-angan tahap gaban!

darkk25 said...

antara pengomen yang terawal..
lalala

sultan said...

kalo ikut logik hanye rajanikant je yg bole kejor moto rxz tu. haha...

@tune® said...

erm...entry yg informatif...
arakian..nape ko tya die ok ke x?
org dah kene ragut ok ke?mestila secara otomatik x ok...adehla ko ni ramah xbertempat la plak..

ms.eafatihah said...

kalo ikut logik hanye rajanikant je yg bole kejor moto rxz tu. haha...
memang bahan!haha!

yoshz said...

monkey,
aku nak jadi zaki sadri. lompat kijang tangkap penyamun. stylo tak?

yoshz,
tu pun ko nak komen ker?

izzah,
hahaha. jadi blog peribahasa plak nanti. kah kah.

pengejar masa,
angan² aku sangat wasatiah kay..

darkk25,
siapa cepat dapat pensil kaler.haha.

sultan,
kalau aku rajinikan aku suruh mamat tu tembak aku. kalau dia takde pistol, aku belikan dia pistol pastu suruh tembak aku. aku nak elak peluru.dah,itu ajer.

atune,
aku kan masyarakat penyayang. abih tu takkan aku nak mintak tips ujian pertengahan semester kut.

ms. eafatihah,
kang ada teka teki:
ikan apa yg pandai kejar motor?

Encik Bibir said...

tak payah blajar taekwando, cite fury die tgk cite ong bak byk kali jer dah gempak. pastu practice kat tiang blakang rumah. apedehal

yanhashim said...

ntah apa barang tekwando.
belajar lah ilmu hitam.
nampak peragut je terus pukau dia.
samada guna ilmu pukau dalam citer p.ramlee tuh. atau pukau angin. tapi kalau peragut tu bawak ikan betuk. sorrylah. tak dapat nak menolong.
pas dah pukau. santau pulak dia. biar dia muntah darah segala macam.
apadahal.

Radius.F said...

kalau perempuan tu cantik, kau kejar peragut tu dgn bersungguh sungguh tak?

Kikuri said...

"Kejadian ragut banyak menghantui masyarakat setempat. Ini berpunca daripada kos sara hidup yg tinggi dan kegagalan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik."

Oh, Yoh...
Aku terpanggil dengan membaca kenyataan tersebut!

Mcm manelah rupa Yoh ngan payung Avon? Mesti kaler pink!

this.is.not.me said...

uhh..payung avon?sangat bergaya!
haha~

l.i.f.e said...

haihhh
lain kali lempar je tukang ragut tu dengan payung avon. pasti bergaya!

yoshz said...

encik bibir,
masalahnya. aku bukan terencat mcm minah fury tu..

yanhashim,
perlukah saya bersusah payah begitu sekali utk minah yg saya tidak kenali?

radius,
herrm..tak kut. aku akan tanya dulu, "awak ok tak" sebelum kejar.

kikuri,
ya. peragut terbabit boleh membuat part time di hotel jika beliau mampu berbahasa inggeris.Haha. tengoklah entri bulan July.

this is not me,
macam Mary Poppin!

life,
mana boleh. tu payung mak aku! mengamuk dia nanti.

macha_sezs said...

antara yg menarik kali ini:-
1)saya juga membawa payung Avon
2)awek yg kena ragut tu tak cun pun.
3)Rolling...rolling...rolling.

aku mmg xde keje.

Che Sue said...
This comment has been removed by the author.
Che Sue said...

sorry..saja wat gimik! lalalala..
ko kena g nuntut ngan superhero flash weh utk tingkatkan mutu larian tu..takpun p je kena short karan mcm kaber hero kaber zero..

ladynina said...

hahaaa ! saya yg sopan ni pun tak pernah bwk payung ye... hmmm, org sopan je ke bwk payung?

sgt drama swasta entri ni. tp selalunya drama swasta penghujungnya mesti mangsa ragut mesti bercinta dgn penyelamat beg atau org nk hampir-hampir menyelamatkan beg. nasib baik kamu bukan tipikal. =D

o-y-e-t-t said...

bile laa ko nk jadik hero plak nih...ko try tulis pasal ko jadik hero plak nnt

Rajuna said...

limb bizkit sekarang dah main indie. dengar la kat xfresh. ok la bai

zull said...
This comment has been removed by the author.
KARKADEWA said...

tekwando dgn payung avon mmg kacip...
itu mak gua yg ckp..
btol ke..??

antusabun said...

Lu kejar RXZ dengan kaki lu? Usain bolt pun fail...apa raaaa

.farah. said...

haha.mcm gitu saje.cehh.

yoshz said...

macha,
pengetahuan aku yg luas dlm ilmu kaji vitamin tak menarik ker?

che sue,
orewa hiro nakamura!yatta!
gimik ape nyer dah komen delete balik?

ladynina,
tu bukan ending lagi. ada sambung. berhenti untuk iklan apollo jap. sabar sabar...

oyett,
boring la jadi hero. skang zaman org sanjung watak jahat. mcm The Joker.

rajuna,
ada lagi ker? ingatkan fred durst dah mati. aku dah tak dengar radio la bai...

karkadewa,
payung avon kacip dgn jan jan jala itik jala ayam. itu nurul budak darjah besar sikit yg ckp.

antusabun,
dgn harapan ada keta kuar simpang terus langgar dia la. haha. standard citer melayu.

farah,
mcm tu je la. apa nak buat. masa tu aku tak terfikir yg satu hari nanti aku akan tulis blog. kalau aku tau mesti aku buat sesuatu yg sangan jantan dan badan berkotak.

macha_sezs said...

ah!
tidak terperasan...
aku tetap demand entry lelabah @ cipan mu..
*hentakhentak kaki*
mana?mana?!!

rahimin idris said...

kalau harga dadah murah siapa nak jual dadah? bukan semua orang nak hisap dadah. lagipun sini jarang ada woodstock fest.

Qaseh.Darwisy said...

Yoshz,kenapa ko komen ko nye komen yoshz??ko da gila eh??aku penah blaja taekwando..time grading aku x g..hahhaa...pakai je la tali putih smp mati..Payung??

Under my umbrella..
Ella..ella..eh..eh..eh..eh..

yoshz said...

macha,
ada seekor labah-labah yg bercinta dgn cipan. mereka mendapat anak yg bernama 'lapan'. sekian assalamualaikum.

rahimin,
takyah la murah sangat. tapi kalau regular customer tu bagila diskaun.

qaseh,
mamat yoshz tu poyo. aku tak suka dia.

macha_sezs said...

oh.ah.menarik.
demmit!!

Facet said...

Ko memang patut blaja tekwando. Sapa suruh suka buat lawak sgt.cis.cis.

"Kalau dapat, saya sendal payung saya dekat rim moto dia. Bagi dia tergebak, terus masuk dlm surau. kemudian, biar budak² surau tu tabligh dia"

ok aku dah abis oksigen.nk bagi ko flying kick sekali.argh.

yoshz said...

Kamu ni pun dah ada ciri2 nak kena tabligh ni. Haha..

mimi said...

abg, bila masa plak abg nak selamatkan minah yg nak kene ragut nih? mimi jadik goalkeeper, asyik kene rembat je, abg takda plak nak selamatkan mimi. apalah.

hmph! mimi marah! nasib baik abg tak mintak phone number dia, jikalau tidak, dah lama mimi flying kick abg nnt. hmph!

yoshz said...

Ala..masa i kat UTM dulu la. Kita tak couple lagi.mana ada selamatkan pon. mana la kaki kwasyiorkor i mampu mengejar moto..
taknak la mintak no phone dia. sah2la peragut tu dah amik sekali dgn handbag. kang sia2 i dating ngan mat rempit tu.haha.

Ya. Kaki kurus i ni juga gagal mempertahankan u dari kena rembat. i pasrah dan kecewa. i rela jadi karpet futsal aje lepas ni.