Saturday, November 1, 2008

Bercakap dengan blanka

DULU-DULU, masa tu saya sekolah kebangsaan. Waktu belajar ugama, ustazah ada cakap pasal syurga dan neraka. Saya tak ambik pot. Saya terus baca buku Gila-gila yg diletakkan di bawah meja. Bila agaknya Tiga Dara Pingitan ni nak kawin...huhu.

"Siapa yg buat baik nanti masuk syurga. Orang jahat masuk neraka.." kata ustazah entah-apa-nama-tak-ingat.

Huh? semua mcm tu ker? orang putih pun sama? Rambo mesti masuk syurga pasal dia baik. Kat neraka mesti ada robot jahat dlm cerita robocop tu. huh ngeri. sambung baca Gila-Gila.

"Dekat syurga ada sungai yg airnya susu, pokok2 dgn buahnya yg manis serta makanan yg sedap2 yg tidak terdapat di dunia. Di neraka hanya ada api menjulang"

Ah. Peduli apa. Bukan saya suka makan buah dan susu pun. Vitamin C bentuk binatang dekat klinik tu lagi sedap. Yg ustazah ni cakap mcm dia pernah masuk syurga jer..

"Di syurga nanti kita boleh mintak apa sahaja. Malah, sebelum terlintas di fikiran kamu, benda tu dah ada depan mata. Bidadari cantik pun ada...."

Apa sahaja? biar betul. Tiba2 saya tersentak, bibit keinsafan mula terbit. Saya nak jadi budak baik. Taknak ponteng sekolah agama lagi. Taknak lawan pengawas. Nak ikut cakap mak. Kalau saya masuk syurga, saya nak main cukup-cukup. Belasah pagi petang sampai 'dia' dah tak boleh bangun lagi..siap kau! siap!

Ketika itu di dalam kepala otak berjambul saya cuma ada ini..



ストリートファイター Sutorīto Faitā!!! Sugoi!!




Siap kau M.Bison! Siap..siap!! Saya nak main puas2. Hadou....kennnnnn!!

p/s: Haha. Kesian Dhalsim dah tak boleh bersenam yoga lepas ni. Dhalsim-gee, nehi yoga after dis heh, rusak akidah heh, haram heh, pyar zindegi bolo bolo....

36 comments:

rahimin idris said...

woi, game yang jacky chan tu tak main ke? hahaha

dialicious said...

cessss...itu je angan2nye?hehe

yanhashim said...

duh!
yoga kena haram?
aduh!
haih
betul ke? bila kuat kuasa?
hari nih eh?

l.i.f.e said...

hahahaha...nak masuk syurga sebab nak menang main game je? bijak bijak

tasikmerah said...

esok kalau dah jumpa bidadari... lu tak hengat dah kat game tu semua...





:)

Qaseh.Darwisy said...

Apesal org lelaki ni kalau bab main game sggup berabis eh??

o-y-e-t-t said...

agak2 kalu dhalsim masuk neraka, dier bole kuar tak??tgn dier smpi tak nk kuar kan badan dier??dier kan ade tangan panjang?

alif-mikail said...

Lawak2.. ahahha.. koi boleh gelak ajelah..

yoshz said...

rahimin,
ada main. tapi belum sempat terer polis dah serbu kedai tu.

dialicious,
yer. masa tu aku tulus suci murni lagi.

yanhashim,
fatwa belum keluar lagi. the fact diorang consider nak haramkan je dah buat aku nyampah. lepas ni apa plak haram? aku?

life,
haha. yes. kat syurga main takyah bayar.

tasikmerah,
haha. masa aku kecik mana aku pikir benda2 tu semua. kepala otak aku game sahaja.dan basikal.

qaseh,
sila tanya perempuan, kasut dan mekap. itulah jawapannya.

oyett,
hahaha. baik ko cakap dia sedut je api neraka tu. dia kan ada yoga fire?

alif,
gelak jer? takkan takde komen kat yoga atau game kut? hehe.

hajime said...

ah!
tak best lawan street fighter ngan ko...
ko tunggu nak wat shoryuken jer...
keji!

Fiziy said...

best part bile kau ckp ustazah kau tu mcm penah masuk syurga je.

tp betul jugak, ramai dok ckp mcm2 ada, mcm dorg penah masuk.

yg penting, ikhlas. kalau ikhlas, confirm2 dpt pahala, masuk syurga. tak payah nak fantasize syurga tu mcm mane. mcm ceramah agama!haha

yoshz said...

ah peduli apa. janji aku reti buat shoryuken. bukan ada macam mamat tu.

betul. kalau kita tau apa kita buat tu baik dan kita rasa betul, peduli apa dgn syurga neraka? kat dunia ni banyak je orang atheis, tak bertuhan, sembah pokok yg membuat kebajikan. malah lebih dari yg kunun2nya percaya tuhan ni.

Kikuri said...

Benci aa main ni.. Kalu lawan ngan adik aku asyik kalahhh je. Yelaa.. dia terer combo. Aku main taram je...

P/S-
Kalu main, konfem select Chun Li!

ilazz said...

aku x reti men game2 ps nihh. anak aku je yg terer. men polis entri ke galah panjang ke mmg x dek sapa leh celen. :P

wehh aku minat woo citer 3 dara pingitan tu

miezi said...

haha..
semoga ke syurga kita semua.
Amin :)

mrblind said...

nama ustazah pun lu x ingat..ada niat nak bau syurga ke..hehhe..

Pengejar Masa said...

wakakakaka! nak masuk syurga pasal tu jer. tabik spring sama lu!

artsoul said...

jgn ckp bohong,nnti masuk neraka:P

darkk25 said...

rosak akidah bace gila-gila mase ustazah tgh mengajar..hwahwaa.

darkk25 said...
This comment has been removed by the author.
kecik said...

ya rabbana!

tiga dara pingitan ko layan?

cukup2 ar mimi tuh!

yoshz said...

kikuri,
its ok. hajime tu pun asyik kena blasah ngan aku.hehe. chun li tu suka main pijak2 kepala.tak suka..

ilazz,
bukan game ps la. ni game betul. kena bayar 40 sen.budak kecik takleh main.

miezi,
amin amin ya rabbal alamin..
ha...apa lagi jemput2 la makan pisang tu.

mrblind,
takpe. ustazah tu bukan tukang jaga pintu syurga.

artsoul,
tak bohong! alip lam lam ha...

darkk25,
ala..ustazah tu ajar bukan masuk periksa pun..

kecik,
masa aku budak kecik dulu mana ada mimi. masa tu aku crush kat Sizuka jer.

Radius.F said...

ada lagi ke 3 dara pingitan dalam majalah gila2 tu?

best gila main game street fighter.
feveret sepanjang zaman.

kadok said...

a'ahh la.baru aku teringat dlm majalah gila2 tu ada cite pasal 3 dara pingitan..apa ending dia ekk? masuk syurga sbb nak hentam itu watak kartun ka?hahahha

Redzwan Abdullah said...

huh
takde menda lain dah ke nak pk mase tue?
Cube pk nak makan nasik ke,
Layan McD ke,
Tgk bola ke,

missjaye said...

ko truly defines the 80's kid.bravo yoshz-san.seme bende2 tu aku penah alami, buat, tapi aku tk ingt the details.

shahril mohammad said...

aku tak pandai main game street fighter ni. tapi aku suka tengok, bonus round. kena belasah kereta sampai hancur dalam masa yg diberi. rare tu.

Encik Bibir said...

nak masuk syurga eh? jumpe di sana!

budakyggemuk said...

ahaha...entry ni buat aku teringat time kecik2 dulu..ustazah ckp kat aku 'syurga bawah tapak kaki ibu'...pastu mlm tuh aku trus la tgk tapak kaki mak aku...malangnya takde aper2 pon, chess...ustazah penipu...ayuk,berdosa!

Princess Liyana said...

ish2..ingat dah btol3 insaf;p

Dzulkarnain Mohamad said...

adik aku ada install dlm engage..

kalau dia balik cuti mmg henset dia kena godam..sekarang dia dah tukar henset baru. dh x dpt aku nk pinjam..

orensangkuit said...

ceh adeke gitew nanti kat syurga nak mintak????
hahahah

merepek kerepek

eija maskulin said...

street fighter yg ada chun li kan... aku suka... t'bwk² smpai skang... nk pijak org jer...

mwahahahaha.. gelak evil ;p

yoshz said...

radius.f,
ntah. ada lagi ke majalah gila gila tu?

kadok,
woi! tak selera aku dengan watak esah.noi,awa tu...kah kah baik aku hantam profesor serba tahu..

redzwan,
ada jugak pasal bola. aku suka karel stromsik gol keeper selangor masa tu.

missjaye,
mmg salah satu tujuan tulis blog psl aku nak recollect semua benda2 nostalgic tu..ada idea bgtau la.hehe.

shahril,
aku suka bonus round yg sepak tong. kalau kena api nanti terbakar..sama macam kena yoga fire..

en bibir,
ermm.kalau aku singgah jap kat neraka, tunggu aku nyer...
eyy apa da t-shirt?


budakyggemuk,
haha kau sama bodoh mcm aku kecik2 dulu.dulu, ustazah aku cakap sapa tak semayang dia anak setan. aku balik tgk mak bapak aku takde plak tumbuh ekor ngan tanduk.dah besar baru tahu, sapa cakap org dia yg lebih.

princess liyana,
insaf adalah kata lawan bagi hassanul.

dzul,
hehe. yg aku maksudkan ni st. fighter lama. gila outdated la kalau adik ko install st fighter version ni. haha. btw, aku pun dah lama bersara dlm dunia game.

orensangkuit,
boleh apa? main takyah bayar..best kan?

eija,
ya yg ada chun li tu. kalau ko terer boleh buat kaki halikopter tu.

halu, takde saper nak komen psl yoga?

biskutrajin said...

wah...ustazah aku pon ckp gitu la...bile tringat 1 bnda..phooof!!!tros ade dpn mate..hehhe

pesal yoga rusak akidah?jam pale otak pkir neh

eija maskulin said...

yoga diharamkan?
pilates juga?
ko tak diharamkan jugak???
kihkihkihkih...

selama nih aku amalkan, xde plak aqidah aku terpesong. ( aku xde laa baca ayat² mantera semerah padi itu)doktor tulang juga sugest aku buat mende 2 tuh sumer supaya tulang aku sihat sejahtera setelah aku kemalangan tragik pada suatu ketika dahulu. manusia nih semakin berilmu semakin....

ermmmmm.....