Monday, November 17, 2008

Kebebasan yg membelenggu

Halu. Saya bosan. Takde mood nak tulis. Lagipun bz mcm labah-labah. Sori belum balas komen lagi.

Bohong. sebenarnya saya takut dgn makcik ni.

http://piahzadora.blogspot.com/

Awas. Kak piah ni laser. kena mata boleh buta. mimi yg bgtau pasal kak piah ni. akibat dirinya yg terlibat dgn aktiviti kecoh2 dekat blog cikgu senaman yoga. (takmo bagi url. psl url dia salah grammar)

OK. mcm ni lah. apa yg kak piah atau mana² blogger/commentor (ke commentator?) tulis adalah hak individu masing2. hak individu takleh kacau.lantakla org nak bogel kat jalan pun. itu hak individu. biarlah org ramai sakit mata pandang. takpe, kalau tak suka tgk orang bogel, dia orang boleh jalan/bawak kereta tutup mata. senang kan? yg penting hak asasi manusia terjaga.

Freedom of speech. Hape kejadah benda ni? dahla cakap omputih. Sekali dengar mcm best. Maksudnya org ramai boleh mengeluarkan pendapat masing2. Orang terima ke tak, belakang cerita. Kita berkumpul ramai² dekat padang bola pastu jerit,

"Bapak kau anjing!" kata Ahmad Rostam sambil menegakkan kolar t-shirt polonya

"Mak kau lesbian. Engkau..engkau bayi tabung uji!" kata Wong

"chupp!" Hishamuddin cium keris.

Pastu apa?? betul ke bapak Wong anjing? calling me a dog doesn't make u any less pig. dah puas kutuk sana, kutuk sini. Semua orang pun balik. Pastu ramai² stuck dekat trafik jam. Semua pun losers.

The thing abt freedom of speech is, u can whack people till kingdom come. Sensitivities are meant for pussies. Go ahead. Tell the whole world what u think. Like im doing right now.Its ur sacred right. Kalau kamu Yoda lagi bagus.

Kejap. Take a deep breath. Think. Think again.

Eh, tunggu kejap. Kalau kita boleh kutuk orang, maksudnya org pun boleh suka2 hati kutuk kita kan? Kalau semua org boleh keluarkan pendapat masing2, kita kena dengar jugak kan pendapat org tak kira betapa bodohnya pendapat tu?

Tu la pasal. Jgn ghairah sangat nak freedom of speech/media ni. Kelemahan idea ini adalah freedom of speech hanya berfaedah kepada org2 yg bijak dan berilmu sahaja. Dia cakap something, org dispute, dia balas balik dgn hujah2 yg bernas. Dia nampak hebat. Nampak aje lah.

Mcm kapitalisme. Kenapa sistem ini jahat? pasal org kaya makin kaya yg miskin makin miskin. sepatutnya yg kaya kena bantu yg miskin. Baru ideal. semua org happy. Sama jugak dgn freedom of speech/media ni. Org pandai makin pandai, org bodoh makin bodoh. Patutnya org pandai kenalah tolong org bodoh. Saya sebagai org yg bukan tergolong dlm kategori cendekiawan atau cerdik pandai mmg menentang idea ni.

Lebih baik takde blog, takde ape2 alternatif. Baca buku teks dgn suratkhabar Utusan ajer.terima tanpa banyak soal. Hook,line and sinker. Bila org tanya, "apsal kau baca ni ajer? gila tak terbukak minda.." Well, forgive me if i don't read good materials. But at least i do read...

Tolonglah. Kalau pandai tulis blog, pastu bila org tak setuju, selamba cakap, "ini blog aku. sukati aku nak tulis apa. kau tak suka jgn baca". Tak ke bodoh camtu? ada ke Raja Petra atau mana2 prominent writers buat camtu? Kalau Raja Petra buat camtu mesti Pak Lah cakap, "He's too dumb to be a threat to BN/government. Jap. Ntah² dia saja buat² bodoh. Ataupun kita yg bodoh tak faham taktik dia sebenarnya? Ah, tangkap je la masuk ISA. Justify later"

Mmglah ni blog kamu. Tapi kalau kamu taknak org yg tak suka blog kamu baca blog kamu, kenapa publicised in the 1st place? buatla private blog. biar org yg dah suka kamu aje dapat baca. Kalau org komen tak best, jawabla. kalau tak reti jawab ignore. tak salah ignore. cuma takde chance tunjuk bagus. tu ajer.

Dah dah. Saya nak buat kerja. Sori entri tak best. Takde idea lagi. Tata.

Sadaka yosh nirrajimm......

49 comments:

yanhashim said...

benar-2
saya malas nak komen.
tapi saya sokong lah semua.
ehe ;)

yoshz said...

aku cakap entri ni tak best pun kau sokong? chiss...

weh mana blog kau?

suya said...

erkk nape mara2 ni?mane stoberi?

Kikuri said...

Aik??? Marah nampak? Aku da cakap, pergi cameroon jgn cameron. I think the air doesn't really agree wt u...

Fiziy said...

ah well, freedom of speech tu kalau dah di mixed up dengan adab2 dan tingkah laku yg sopan memang tak akan ada orang berbogel sana sini..HAHA

@tune® said...

lu marah ke?
bukan nasihat??

yoshz said...

suya,kikuri,@tune,
aku tak marah. cameron was fine. juz nak sampaikan msg ajer. n nak tukar stail sekali sekala. asyik2 buat entri membodohkan diri je.bosan gak. nak gak voice out.hehe. sorri kalau rasa uncomfortable. feedback dialu2kan.

fiziy,
adab sopan n tingkahlaku bukan satu benda yg kekal.berubah2. mana tau esok² bogel adalah perkara biasa. tak mustahil.tapi harap2 masa tu aku dah mati. dah masuk syurga.

far_east said...

Sadaka yosh nirrajimm......???
benarlah kata2 yosh yg direjam?..

agaga sometime manusia ini pelik... buat bodo jek....

tpkn link yg ko beri tuh.. adakah dier itu penganalisis blog? kenapa semua entry dier mengutuk blog org len... erkk erkk..

where's the freedom to write

Rajuna said...

aku rasa kecemburuan hati dan kebosanan dengan life style sendiri menyebabkan sesetengah individu melihat satu gaya hidup yang bertentangan dengan prinsipnya adalah satu bentuk kepundekan. Aku peduli apa orang lain nak tulis selagi periuk nasi budak rumah aku tak berderai, tong gas memasak rumah aku tak bertukar jadi NGV, ajak minum arak dan hisap rokok, aku peduli apa. Kalau berani cuba lah. Aku tampar dia depan-depan.

lagi satu.

ni nak tanya, kau dah letak komen belum?haha

yoshz said...

ya. dia pengkritik blog. kira mama juwie dlm dunia blog.

freedom to write juga bermaksud freedom to write abt what other ppl write. sama mcm kamu komen. only with different style.

salam kenal

yoshz said...

cilaka kau rajuna. komen masa aku tgh komen!

well, engkau berjiwa sosialis. aku tak marah. org miskin mmg banyak yg sosialis. aku pun tak peduli apa org tulis, tapi attitude org dlm menggunakan kebebasan yg ada ni aku suka persoalkan.

komen apa? aku bukan mengata blog kak piah. aku mengata blog yg dia katakan.

Dzulkarnain Mohamad said...

bagaimana pula dengan kehendak pemilik blog yg kadang2 menyekat sedikit kebebasan berdiskusi. diulang..sedikit kebebasan..seperti contoh berikut;

Sebarang komen dialu2kan.
Komen2 yg mengandungi unsur2 lucah, perkauman dan ceramah agama yg membosankan tidak dibenarkan.

o-y-e-t-t said...

aku nk tgk org bogel...pastikan yg bogel itu adalah wanita yg CANTIK, MANTAP, SOLID SERTA MENGGIURKAN...selain dr itu aku tanak tgk...tak leh nk turn on...dan pastikan ianya adalah wanita tulen

Monkey D Luffy said...

relax

kojah said...

haha adeih..mcm2...jgn mrh2 dowh...kang darah tinggi...hukhukhuk

Randall said...

You can review blogs. Its fine. But the thing about kak piah, is that she (or "he"?, who knows huh?)nags without substance. I mean, she literally browses thru blogs and looks for little things that she doesn't like and condemn all to her heart's content about it.
And readers (who are mostly malays)seem to find her jiberish writings to be amuseing.

Well, can't blame the readers: They are Malays. They seek peace and nirvana thru other ppl's misfortunes...

I hate her writings. Nonsense.
Nak review,. review betul2. Jgn kutuk2 macam diri bagus.

Karma: what goes round comes around.

Encik Bibir said...

apa marah2 ni, sumpah terasa. aku sensitif taw

Che Sue said...

haa lantakk yoshz dah marah..
laannntak lan botak, lan makan t*ik katak..kekekeke...

mrblind said...

entri yang penuh dengan makian dan cercaan..hahaha..

Princess Fiona said...

Ermm... mmg tak best la entry ni. Tak rasa terhibur pun..

hmmm....

Qaseh.Darwisy said...

Yoshz gila..tapi kalau da marah lagi la nampak lebih gila..

Smuanya politik dunia..

Memerhati lagi bagus dari bercakap..lagi banyak cakap, lagi nampak kebodohannya..Bukan kata kamu,tapi pada mereka diluar sana..

sultan said...

aku tgh kaji belog dia ni...

yoshz said...

dzul,
haha. aku berhak tutup komen terus kalau aku nak.tapi aku takde hak nak larang org komen aku kat blog dia sendiri.alah, banyak je org langgar amaran tu.ada ke aku delete?

oyett,
masalahnya nude activists selalunya buruuukkk...

luffy,
puff....sembur asap rokok. ok

kojah,
jgn risau. darah aku takkan naik tinggi. dia gayat.

randall,
the point that i need to stress here is i have nothing against kak piah.except the fact that she's not revealing herself. yes, ppl get excited over someone else's
misfortunes. this doesn't only apply to Malays but to all and sundry. kalau eksiden kat pandan indah alamatnya sampai Carrefour wangsa maju la jam.

It is her right to condemn anyone. The same way you just did to her.

Hehe. Thx for visiting my blog.

en bibir,
aku lagi sensitif!! aku nangis tau tgk Armageddon.

che sue,
lantak tak tahu. che sue makan anak berudu..

mrblind,
sekarang kamu tahu kenapa ini blog budak jahat. wah haha haha..

princess fiona,
cis. suka hiburan jer. sorry, tapi hati ini telah dilukai... T__T'

qaseh,
Smart people know what to say, wise people know when to say it.

Fool people, think they are those wise people.

sultan,
sila kaji. jgn keji.

yanhashim said...

ade je blog. meh datang blog saya meh. ada buat kenduri hari ini. kenduri doa selamat. meh la. ajaklah cikgu maimon. jiran sebelah rumah. sapa-2 lah. ajak ramai-2

rahimin idris said...

bak kata rajuna, blog adalah medium untuk komunikasi dan berkongsi pendapat. lantaklah.

eh, ko tak nak buat ke blog macam tu. guna nama Yishz pulak.

yoshz said...

yanhashim,
oh ok ok. air basuh tangan jgn lupa taruk kat tengah. takdela menggagau carik sinki nanti yer...

rahimin,
rajuna cakap je camtu. tapi tak habis2 dgn kritikan dia terhadap MLM. nasib baik MLM takde blog, kalau tak mampus dia kena kutuk. Haha.jgn marah bang juna!

eh Yishz tu bukan nama anak l.i.f.e ker?

k.e.r.i. said...

apa hal la encik yoshz ni baru balik dari cameron terus maki hamun caci maki.

ni mesti mengalami sindrom sejuk melampau di sana.

rahimin idris said...

aku dah baca. O, jadi kau lemah semangat la nak nulis? ah, orang macam ko mana tahu lemah semangat.

erm, kebanyakan blog yang kena tu blog yg tak macam blog ko dengan aku atau dzul pun. ada potensi ke kita nak kena? kalau marjerin ada lagi maybe kena. hahaha

rahimin idris said...

tapi kebanyakan yang kena anonimos. aku mungkin kampungan sikit, ko urban. kita memang berbeza tapi ada juga titik persamaan. kat blog ni tak pasal2 kita dapat bertukar pendapat. itu kan bagus. aku dengan stail aku, ko dengan stail ko, juna pula dengan gaya tersendiri beliau. ah, biar la lantak.

tapi apa yg rajuna cakap kat atas tu memang ada betul juga. hahaha

ilazz said...

apsal siyes nau entri ko nih..mana gambo ko petik stoberi?

UnaChenta said...

salam encik yoshz...napa mcm sedih jak ni.Teda pun aku nampak macik piah kutuk ko?..ada ka?...
Tapi seriuslah..bikin takut ini makcik piah.. bukan lagi mama juwie dlm seni..tapi mcm Janice dickinson dlm ANTM yg duluu2 tu..

yoshz said...

keri,
mana ada sejuk melampau kat sana? lantai jamban lagi sejuk kut.

rahimin,
takla. aku tak lemah semangat. aku lagi suka kut kalau dia komen.haha.
aku juz nak bagitau je kat korang psl dia.

ada potensi.ada juga blog mcm kita yg kena komen. tapi komen yg baik. haha. marjerin? mungkin tak kena psl apa dia tulis mcm tak real. (takde gambar, identiti sebenar etc..)

tak faham. apa beza kampungan ke urban? aku urban ker? clubbing pun tak pernah.mmg ada titik persamaan, template kita sama maa..haha.

betul. aku pun suka dengan pertukaran pendapat. kalau aku caj pendapat aku mau dah kaya raya mcm sinyu.

ilazz,
kamera aku rosak pasal gambar petik stoberi aku terlampau huduh. huhu.

unachenta,
salam. tak sedih la. cuba melepaskan perasaan terbuku. mmg la dia takde kutuk aku. aku pun tak kutuk dia.kutukan aku bersifat general.

dialicious said...

blog about ppl's blogs??eeee...takotnyerrr!

mimi said...

abang,

abang sabar ye bang. cian mimi tengok abang stress 2-3 hari nih. thank you for picking the good side. thank you for being sound. thank you for being on my side. lagilah mimi nak kawin ngan abang. haha.

dah dah lepas nih kembal menulis cerita2 lucu. kita dua2 jgn emo2 dah. bo layan je mangkuk2 yg tiada otak nih. just like u said,"she is downright stupid". haha. that was the best sentence to sum up the whole situation. thanks sayang. u make everyday worthwhile. ;) lap u!

Anonymous said...

Serious akak dah baca....minah ni rebellion ke apa?...takut, seram masa baca,anyway saya bukan feminisme, But I prefer to read urs.But about voice out, just say it, itu penting.I;m done it, this week, langsung di katakan emo, pulak. It is wrong kalau kita berterus terang.:)mamapower

shahril mohammad said...

pada pendapat saya yang drop out college ini (bukan drop out, saja exaggerate),

-freedom of speech tu boleh dipakai kalau individu itu betul-betul faham maksudnya. bebas bersuara dan MESTILAH bebas mendengar. baru balance, betul? dan untuk mengamalkan freedom of speech, kena lah berlandaskan ilmu dan akal.

-dan bila nak bercakap, nak menulis, nak mengata tu. biarlah berdasarkan fakta, ada attachment, ada rujukan. kan kan kan?

-apa barang anonymous? baling batu sembunyi tangan? kata freedom of speech, kenapa perlu takut?

pendek kata. bodoh lah.

Hanim said...

Well, I always think there's a reason why our forefathers limit the application of freedom of speech in the Federal Constitution and I tend to agree with them. Freedom freedom jugak, tapi mestilah kena exercise dengan berhemah.

yoshz said...

dialicious,
takyah takut. bukan dia boleh gigit pun.

mimi,
as long as u do the right thing, u'll have my support all the way.
thick and thin, come hell or high water.ok, jom kawin lari Pembetulan: "those ppl are downright stupid". kutukan i bersifat umum. lap yu tu.

mama power,
betul tu kak. kalau kita diam. org ingat kita bodoh,takde guts.kalau voice out org ingat kita emo pulak. nak nak kalau kita cakap english.thx 4 ur support.

shahril,
betul tu. that's my whole point. mesti ada fakta, or at least explanation from his/her point of view. dan boleh terima pendapat berbeza. setakat cakap, "sukati aku la nak tulis apa!" Fei Mau pun boleh...

hanim
federal constitution? u mean Akta Cetakan? hermm..one of the reasons adalah kita inherit British
punya law. di mana british ketika itu cuba nak curb pengaruh komunisme.sorry, im not really into this law thingy.as a matter of fact, im not talking about the concept/law. Im talking abt the ppl who have not the slightest idea abt it.yup, this idea is a double edge sword. terpulang kepada kewarasan individu.

Saya happy psl dapat a few quality comments dari kamu semua.(akhirnya!)Walaupun, berbeza pendapat. Jadi entri ni berjaya walaupun tak best. Thanks.

l.i.f.e said...

iyer yoshz! yish (minus the Z) adalah my 2nd son. short form drpd Danish

hishhh...kamu paham ke apa si piah tu repek. aku haram tak paham apa. malas aku nak mencari sapa makhluk yg dia katakan tu semua

tasikmerah said...

jap. jap. aku nak p blog piah jap.

twinkle_star said...

yyuuh..
best la entry nih..;p

ami schaheera said...

menakutkan :[

kecik said...

yoshz.strawberi mane?

shahril mohammad said...

"fei mau pun boleh" kata fei mau dalam pelat cinanya, sambil mengangkat-angkat bahu.

yoshz said...

life,
nanti 3rd son bagi nama firdaos. boleh panggil yosh. jgn panggil pipiyapong udah ler.aku paham 1-2 entry jer. yg lain tak psl tak folo.

tasikmerah,
dah pergi belum? so?

twinkle_star,
thx. nanti aku buat entry camni lagi. haha.

ami,
tak. kantin B lagi menakutkan.

kecik,
stoberi dah bagi mimi! haha

shahril,
"mak dah tak sayang saya ke? oho oho" goncang2 bahu..

l.i.f.e said...

yoshz, nama firdaus tu mmg dah ada in their names pun. meh nak kasi tau. abg is mohamad FIRDAUS daniel hakimi. adik is mohamad FIRDAUS danish hazimi. kalau kamu nak tiru letak kat nama anak sesapa pun buleh. hehe
tq for the suggestion though

Amin Ahmad said...

betul punya marah orang tu ya

- memetik kata2 dari seniman bujang lapok

orensangkuit said...

1st time baca entry incik yang seyes
tapi perlukah fompuan itu membuat komen dasyat seperti ituh????
abess laa lepas ni smua takut ngan kak kiah ituh kang abis blog kena booooooooo sama dia..
matilaaa

**acik oren tetiba susah ati**

kuikuikui

.farah. said...

saya ade baca juge blog tu.dahsyat dahsyat semuanya.haihh..