Tuesday, November 4, 2008

Oh kakiku yg licin



Inilah malapetaka yg menimpa kaki saya baru-baru ini. Kaki saya kena gigit kutu. Hasil pemerhatian saya mendapati beberapa ekor kutu sedang melompat-lompat dengan gembira di rumah saya.
Saya dengan penuh dendam telah menyembur mereka dengan sheltok dan merosakkan kebahagiaan mereka. Dalam pada itu, beberapa ekor kutu yg cilaka sempat melompat dan menyerang kaki Steven Seagal saya.
Akibatnya, kaki saya berasa gatal dan aktiviti menggaruk dengan kuku yg panjang menyebabkan tompok2 merah merebak dgn cepat. sepantas gosip artis tersebar.Saya cuba untuk sapu colgate dekat kaki dengan harapan kuman2 akan mati pedas. Malangnya, sistem perlindungan kalsium dan florida di dalam colgate menyebabkan gigi mereka bertambah kuat. Seperti gigi t-rex. grrr...
Malam itu, saya mendapati sehelai karpet yg sudah lama tergulung menjadi tempat pembiakan kutu terbabit. Dengan penuh rasa emo, saya bertindak untuk membakar karpet itu pada mlm itu juga. "Mak, aku nak gi bakar karpet ni. mak sayang angah ke sayang karpet?" saya memberi kata dua kepada puan Jenab.
Dengan gaya org jahat membakar kereta ex-gf, saya pun menyalakan api. Api naik dgn marak dan membuatkan saya rasa bahagia. Saya pun membuat tarian hoogah-hoogah disekeliling api tersebut untuk meraikan kemenangan mutlak saya.
Esoknya, saya pergi mencari nombor talipon org sembur2 lipas tu. Saya harap mereka akan dapat membasmi makhluk yg merosakkan kaki jelita saya sehabis-habisnya. Tahukah kamu apakah yg perkara paling malang jika kaki diserang kutu?
Rasa gatal yg melampau? bukan
Rasa rendah diri ketika memakai seluar pendek? bukan
Ditinggalkan kekasih kerana malu laki berkaki hodoh? tak mungkin
Ia adalah apabila bahagian tapak kaki anda juga gatal. Bila nak garu aje pasti rasa geli dan tergelak keseorangan. babi punya kutu babi....


54 comments:

Kikuri said...

Wow! Cantiknyeeeee.... Cam polka dot. Kaler pink gituu!

P/S-
Ooooohhh...seksinyee kaki!

Encik Bibir said...

abis lah, pasni kau jd kutuman .

lg rmai ar peminat kau

Qaseh.Darwisy said...

hahhaa...babi punya kutu babi..ade kea..wei,kesian Pn.Jenab kapet dia..mesti dia syg lg kapet dia dari ko tu..eii..agak2 berair x tpt gatal tu.ko sapu ubat gatal yg nama dia Econazine kalau x silap aku.berkesan tu untuk gatal2 yg degil keras kepala besi.mesti leh jangkit ni.kuarantin!

yanhashim said...

pergh.
kutu dan yoshz.
kenapa bakar karpet je
bakar lah kaki tu sekali.
:P

Dzulkarnain Mohamad said...

ya betul..
kau mesti musnahkan puncanya dulu..

jd bagaimana pula nasib kucing2 tu?

weeya said...

oh.kutu-kutu tu confuse.
mereka ingat bulu kakimu itu rambut di kepalamu.
macam sama lah banyaknya.haha.

yoshz said...

kikuri,
seksi mender..mcm mubarak majid je.

en bibir,
ya. kerja kutuman adalah bermain kutu bersama akak2 kerani opis.

qaseh,
dem yu. mestila dia sayang anak. takde air. aku taruk Hydrocortisone. tak berapa mujarab. guna bedak Agnesia baru nampak kesan positif.

yanhashim,
Hahahaha. lawak.jgn woh. bau bulu kaki terbakar memang mcm pokem. nak try?

dzul,
sudah diperiksa. bukan kucing yg pembawa. kesian Rasputin, menjadi bahan tohmah aku.

weeya,
weh. rambut saya lurus dan bersinar. mana sama dgn bulu kaki?

HAHAHA. lawak la korang. menceriakan petang stress aku.

Miko Yamaguchi said...

nyum2...seksi2..i loike!!!

Monkey D Luffy said...

bulu ko napa sikit sangat?

eija maskulin said...

eleh setakat kutu xper.. aku nih pepijat gegetmasa kat tioman.. smpai skang tinggalkan kesan hodoh... dh mcm² cara aku buat.. x dan jgk... last² aku t'paksa tempek foundation jika tidak pakai bj lengan pjg....

ilazz said...

mak aiii aku igt kaki bigfoot mana td. hehehe

abisla ko kena samak kaki2 ko yoshz

am_am_am said...

er..letak mopiko. Best je. Tak gatal da kot lepas tu.

Macam kena, gigitan cinta. Heh.

Jangan lupa samak kaki.

Redzwan Abdullah said...

hoh
dah lame aku tak gelak...
kali ini aku nak gelak puas2...
hahahahahahahahahhahhahahhahahahahahhahahahaha...
5 bintang untuk entri anda...

Che Sue said...

eee geli!
najiss..
najiss...
dah samak lom?

kecik said...

ini bulu kaki ke pe ni???
ya rabbana.

shahril mohammad said...

dah macam symptom hiv dah ni. haha.
tapi serius, tapak kaki kalau gatal mmg tak boleh belah rasanya.

Rajuna said...

you,
pergilah Yun-Nam hair care ye?

missy suzi said...

isk!!kaki u seksi!!nak2 de polkadot plak..maken seksi!!auwwwwwwwww!!
ahhahahahahahahahahahhahaha~

s e h a said...

ni kaki ke rimba ?
ngaha

o-y-e-t-t said...

tarian hoogah hoogahh tu kena ade uniform dier kan kalu nk joget??

Princess Liyana said...

alaahai..pergila dapatkan nasihat pakar..cr cream ke?hmm..kasihan

Anonymous said...

ala..siannye kena kutu, dah letak ubat?,jangan lupa tau (kononnye simpati la...hahahah):)mamapower

ms.eafatihah said...

ahahahaaa,,,ade ke hegeh2 gelak time garu tapak kaki.ntah paper...bahan la.haha!

farah sr said...

kaki jelita seh!
seksi bila bertompok-tompok merah..
wahh!!

l.i.f.e said...

kutu tu semua geram sebab dia sesat dalam hutan kaki kamu tu. tu pasal dia gigit lagi :))
ah'ah betul, patut bakar pada source nya. mana tau lepas bakar kut dapat bulu kaki rebonding plak. hehehe

Princess Fiona said...

Knape aku tgk gamba2 kaki tu mcm tak seswai je dengan pemilik kenderaan. Betul ke kaki ko tu yoshz??

Sila sikat bagi kemas sket ye... tu yg kutu geram tu, ko tak jaga!

MIK'YAL said...

huahuahua..entri ini spt entri sblum2 ini mmg menghiburkan hati ibu mengandung yg memerlukan keriangan !!

mrblind said...

gua agak ni mesti kasut puaka lu punya hal..kah kah kah..

kojah said...

tktnya...npe smpi cmtuh skali??kuman la tue kn...

Rahimin Idris said...

kaki ko ke tu? ingat berus sabut tadi.

tasikmerah said...

gua syak ni dah ramai anak dara yang dah tergoda dgn bulu kaki lu ni bro... ha ha.

betul ke kutu yg gigit tu... apa besor2 sgt kesan dia haih~



.

CT Cutielady said...

byknya bulu kaki... wakakakaaa..

k.e.r.i. said...

aku rasa kutu2 tu sesat la encik yoshz.

sebab diaorang ingatkan kat badan kucing.

huhu

sultan said...

hah... kutu babi. batal air sembayang saya...

kad0k. said...

nanti kaki ada bekas duit 5 sen kah?..:p

Fiziy said...

jarang2 aku dgr kutu attack bulu kaki org. bulu lain di area yg lebih lebat tu biase la tu.

tp kau mmg handal la. karpet tu buat tarian hooga hooga panggil jiran same. kasi kutu lain tu seram nak attack diorg. HAHA

this.is.not.me said...

incik yoshz!!
skrin saye rosak kerana tersembur nasik goreng ikan masin melihatkan kaki anda yg SANGAT 'seksi' itewww~!
>.<

d7 said...

ahahahah..
gile babi punyer kutu babi pun tak giler cam tuh!!

alif-mikail said...

hahaha.. ni memang kasut puaka punya hal.. ahahha..

err.. karpet puaka..

koi syak .. aok tak label itu kutu sebagai puaka kot? ahahhaa

kuih said...

perghhhh

gile la wei ini mcm oun ada! wa igt kena gigit semut api je jd camni...KUTU pun!!!

perghhhh gile sadis

yoshz said...

miko,
weh jgn. kang mimi aku marah kang...

monkey,
masa menari hoogah hoogah tu ada terbakar sikit

eija,
err...ko pernah ke pakai baju kengan panjang? huhu

ilazz,
ngan blog ni sekali aku samak nanti.

amamam,
gigitan cinta kat kaki ek? bapak tak romantis nyer..

redzwan,
woh tak baik gelakkan orang sakit woh..nanti masuk api neraka

che sue,
takpe kutu babi ni kering.

kecik,
ni namanya maggi hangus yg tumpah ke kaki,bergulung2 kan..

shahril,
hoi aku mana berkongsi jarum suntikan..hahahah [garuk tapak kaki]

rajuna,
u sponsor la i bang juna...

missy suzi,
shadap you!

seha,
hutan simpan belum

oyett
tak. bawak lembing ngan perisai makhluk ghaib pun cukup.

princess liyana n mamapower,
sekarang sudah sembuh. terima kaseh bedak agnesia.

ms. eaftihah,
nak buat camner. kulit saya sensitif mcm bayi.

farah sr,
shadap you!

life,
hey..ini model kaki sunsilk tau..
lembut dan bersinar walaupun bertudung.

princess fiona,
sikat aku boleh patah kalau aku nak kemaskan. nanti aku pergi blow.

mik'yal,
juga boleh membuat ibu2 keguguran. u better watch out..

mrblind,
weh kasut puaka tu baik la. dia sangat memahami struktur kaki aku.

kojah,
entah. kutu tu mmg jahanam. mati nanti mesti masuk neraka.

rahimin,
berus sabut apa ada buku lali?

tasik merah,
mmg la kena gigit kutu mcm tu.
apa msj yg kamu cuba sampaikan ni?

ct cutielady,
biasala. mana2 mamalia mmg begini.

keri,
takde maknanya. mcm la kaki aku suka mengiau dan bermain bola benang.

sultan,
hehe. mazhab bujang lapok.

kadok,
ada. tapi takde gambar parlimen.

fiziy,
tarian hoogah-hoogah lebih afdal dilakukan secara sendirian.

this is not me,
padan muka. tu belum sapu losyen kaki lagi tu..

d7,
babi gila kutu babi tak sekutu babi gila.

alif mikail,
ah. semua kutu mmg dah puaka sejak azali lagi.dan mereka semuanya dilaknat oleh penghuni bumi.

kuih,
sadis kan? macam kaki gangster kan?

Radius.F said...

ko boleh ceburi bidang penternakan kutu babi lah..

farhanaLicious said...

sapu colgate buat pe. sapu ubat jerawat. kompem licin balik. hahah!

akugeli said...

ish! geli aku tengok!! dah rase gatal2 dah! kasi la warning dulu. tak 'u' tol.

atheera.akem said...

menawan. haha :)

sangat tak dapat bayangkan bila anda buat diri anda tergelak secara paksa (baca:garu tapak kaki sebab gatal)

yoshz said...

radius,
mmg.aku lah bakal usahawan bumiputera yg berdaya saing. cuma tunggu subsidi dari shapiee apedal.

farhanalicious,
ubat jerawat tak pedas.

akugeli,
tak 'u'? tak faham...
i camner?

athera,
itu sangat menyiksakan. berdedai2 air mata aku keluar.hahah

Am said...

ah!
tiba2 teringat krim bintat nyamuk, mopiko!
tak try pakai ke?

bunga binti nordin said...

pergh!
2 benda yg atrctv
bintik2 cumel pink itu
dan
bulu kaki lu..

hahahhahah...

:D

Iz said...

aku pun penah kena mcm ni.. tapi tatau la kutu ke hapa.. habis satu badan. byk kali jumpe doktor. last2 aku mintak injection baru lega. gatal dia mmg tahap maksimum punya.

yoshz said...

am,
mopiko bukan untuk kanak2 sahaja ker? mcm panadol sirap?

bunga,
gilo. bulu pintal2 pun seksi ker?

iz,
doktor ada bagi pil. makan mcm takde efek pun. aku pikir tu vitamin je kut.

biskutrajin said...

pesal kut attack kaki ko?pesal die x attak rambut ko kt pale 2 ha?

manusia terlantar said...

Eeeeuwww,, Love bite!!

kotak-katik said...

bapak ah kutu tu gigit ko.

ntah2 da pindah kat rambut kepala ke, ketiak ke.

horror. horror.

superrIFHAN said...

haha :DD gile funny ble aku bayanggkan satu2 pe yang kaw tuliss. esp, time kaw joget hoogah2 gn prasaan gatal kene ggt kutu. gle lawak.