Wednesday, November 12, 2008

Sepi hati ini 2

Seorang lelaki sedang duduk berdukacita di hadapan cermin.

Pasrah. Sedih. Duka lara.

Di luar, hujan turun lebat mencurah-curah. Seboleh-bolehnya, dia ingin ke luar. Berlutut di dalam hujan dgn kedua belah tangan di udara sambil berteriak "mengapa! mengapa?"

Tapi itu tak mungkin dilakukannya. Kalau kepala kena hujan nanti boleh demam.

Air mata mengalir di pipi gagah lelaki itu. Walaupun ketul dekat perut dia sebijik mcm roti KFC, itu tidak bermakna dia tidak boleh mengalirkan air mata.

Lelaki itu meneruskan pekerjaannya. Sekali ok, dua pedih. Tiga dah tak boleh blah. Sakit sangat. Mcm kamu bawak motor laju2, langgar tunggul pastu terbang mcm superman. Jatuh dgn dagu kamu tersagat atas tar. Ok, takla sakit mcm tu skali.Lebih2 plak..

"dah la tu. Lepas ni i dah tak suruh u cabut bulu hidung lagi. tak sanggup i tengok u terseksa mcm tu sekali" kata Mimi memujuk lelaki terbabit.

"Kalau satu i tak kesah. Tapi jgnla tarik sampai 3 helai sekali. Hidung i rasa mcm kena panah petir" ujar lelaki itu dgn hati yg pasrah.

Hari itu, sistem perhidungan saya kembali tajam seperti anjing detektif.

15 comments:

ladynina said...

hahahahhaaa... cabut bulu hidung..

alif-mikail said...

rasa macam nak panah dengan petir je!

mrblind said...

gila cuak gua baca..hampeh lu yoshz..ada yang kena sambar petir ni karang..

Dzulkarnain Mohamad said...

betul seperti apa yang pernah kau kata..
hahaha

Encik Bibir said...

haha, skng pon aku tgh nangis, tp sbb baca blog ko gelak2 smpai berair mata

Qaseh.Darwisy said...

gila..suspen! dem!

mimi said...

sayang. PERLU KE nak tulis pasal episod cabut bulu hidung tuh? ahaks. sorry sorry. lain kali mimi akan letak spotlight IKEA di lobang hidung abang, then mimi akan cabut elok2, satu persatu. tidak lagi 2-3 sekaligus.

heleh, abang cabut sendiri pun sakit juga akhirnya kan? jangan nak salahkan mimi pulak. ;) mimi hanya menjalankan tanggungjawab sebagai "bakal istri" yg baik. hehe.

yoshz said...

ladynina,
sakit tau! welcome to my humble abode.

alif,
kau dewa petir ke? mimi aku dewa pelangi tau..

mrblind,
jgn dowh. member aku cakap kena panah petir lagi sakit dari jatuh motor.

dzul,
hehe. diam2 sudah..

en bibir,
shuh shuh. jgn nangis. nanti keling botol ambik dia...

qaseh,
dramatik kan? kalah alamanda. eh, ada ke drama nama tu?

mimi,
eh eh. dia yg suruh kita tulis..huhu. spotlight ikea? haha.spotlight ikea tak dapat menyuluhi hidung saya yg berskala juggernaut ni.pakai la lampu stadium shah alam.mmg la cabut sendiri pun sakit. tapi, bulu yg muda2 tu takyah la tarik. mereka belum puas hidup. u mmg bakal istri yg baik. dun worry.hehe.

o-y-e-t-t said...

aku pun berazam nk ada ketul roti KFC kt perut

yanhashim said...

gila lah mimi.
haha
buat lah selalu

rindu cekgu syanaz. :(

Iz said...

hahaha kenapa nak cabut bulu idung? ade bulu idung yg terkeluar ke?

Fiziy said...

bulu hidung itu seksi. HAHA

lepas ni buat mcm Mike Jackson, pakai mask kat hidung mcm time jerebu. confirm org tak nampak bulu hidung.

ilazz said...

cehh!! hampeh tul la. igt pekena ler mamat tu..

Che Sue said...

brengset mcm mana aku terlepas blog ni??gunting2 sudah laa nk cabut wat pe..ingat hardcore sngt ke?cuba cabut bulu pubic la peh ni..

poyotito's said...

3 helai sekali?
pehhhh

boleh berair mata tu