Tuesday, November 25, 2008

Usaha tangga kecemasan

Halu. apa khabar? rindu saya tak? ahaha.

Saya dah lama tak menulis. (padahal baru seminggu) Tak tau apa nak tulis. Lagipun tengah busy nak mati. Takut tak sempat ngucap jer. Ini pun saya tak pergi lunch tulis blog.

Tapi saya takde idea nak tulis.

Oleh yg demikian, saya talipon kawan saya Jusoh yg berada di Bachok, kelantan.

yoshz: Hello, boleh cakap dgn Jusoh?

Jusoh: Waalaikumsalam. Gapo dio, yoh?

[jika sekolah saya di kelantan, yoh adalah nama glemer saya. bapak tak sedap]

yoshz: Begini. Kamu boleh bagi idea untuk aku tulis blog?

Jusoh: Mu punye blog, panda-panda mu la!

yoshz: Tapi kawe buduh. Dok panda....

klikk! letak talipon.

Cilakaa....bukan nak bagi idea. Apa punya kawan daa...

Panda-panda saya pulak.

Oleh kerana bengang, saya pun image search kat google.

Panda yg pandai berlakon:
















a) "mama, tengokla Boboi menyamar jadi patung panda. sebijik kan?"




b) "jangan bergerak! Nanti lebam bijik mata kau. Owh. Mmg pun"










c) "Ibu, bolehkah saya sertai majlis tari-menari itu?" kata Pandarella sambil mengelap lantai kepada ibu tirinya. Riak muka diubah bagi mendapat reaksi owwh kesian dari para penonton.



d) "Ah ma, saya sayang Ah ma mcm saya sayangkan kayu ini!" kata Fei mau sambil goyang2 bahu.
p/s: maaf caption saya bersepah lagi. cilanat punya belog sepot.

54 comments:

Izzah Abd Malik said...

nahaha,comel!
panda betul ke doll?

Miko Yamaguchi said...

gambar no 2 tu comel gila. sesuai la caption tu. hahahhah.

darkk25 said...

yosh, caption anda bersepah lagi. *sahaje ulang tambah die lagi marah*

Encik Bibir said...

ish caption bersepah . apa nama panda ni? panda betu panda nih. saing mu ar nih

Rajuna said...

nate gapo ni yoh? panda panda ni..

this.is.not.me said...

kem salam kt pandarella..
suh beliau cuci lantai umah saye sekali..org gaji pergi bercuti.. >.<

Hanim said...

Erkkk...kalau aku bela pandarella tu wat aku nyer maid ok tak?

o-y-e-t-t said...

nasib baik panda..kalu pandir???

Kikuri said...

OMG!!! Those are the cutest ever! Yg last tu mmg cam muka fei mau! yg second tu, expression tak bole blah!!!!!

shahril mohammad said...

"ah ma tak sayangkan saya lagi kah?" tanya fei mau bermulut comot sambil menggerakkan bahunya.

*aku ada gambar panda buat yoga. haha. comel. mau?*

Che Sue said...

mu ghoyak dok panda, ni mu panda-panda ni hok mano date' idea ni?
kawe suspek mu tipu ni..

(peh aku bilingual giler siut.hahahah!)

eija maskulin said...

hahaha aku suka perkara yg menceriakan hari² bz ku ini... salah satunya baca belog sepot k'kwn...

baguih yoh!

yanhashim said...

comel!
sangat comel!
nak bela satu kat rumah boleh.

Qaseh.Darwisy said...

Gak bakpo pulok..supo glenya jah panda tu..

Eh,ujung2 taun gini mmg btl2 bizi kan?aku pun risau gak takut mati x sempat mengucap..

macha_sezs said...

salam..nak join jugak la...

pas ni wat pasal cipan plak buleh?

@tune® said...

yoh??
erm..gile x glamer..
sile cari name yg glame di Kelantan sane ye..

suya said...

kahkahkahkah..kelaka oke!(aku bkn nak suck up ko tp siyes lawak)

Pengejar Masa said...

yoh, yoh... ko mmg macam panda

cik belacan melaka said...

aku pon rasa kelakar nk mampus.aku sangat kagum dengan cara ko memanipulasi otak ko.

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..kesian smpai lebam2 mata..

mrblind said...

tak pasal pasal keluar cerita pasal panda..hahhaha

dialicious said...

molek sunggu gambo hok leh skali tu yoh.saya namakan panda tu fasha panda..hehe

hajime said...

panda demo...
kawe panah ni...
panah mampuh!

sultan said...

pdai betol panda tu blakon. aku kat skolah dl blakon jd tiang lampu je...

zubeid said...

CUTE GLER PANDA NI..
DIA YG MAIN KUNGFU PANDA TU KOT..ERK

secret admirer yoshz said...

yoshzman --> mai hero. (sambil tersipu-sipu malu).

TeruTeruBozu said...

seminggu yg tak ceria tanpa entri dari yoshz..

macha_sezs said...

mapuh la mu yoh nak replai komen2 ni...hahaha

misZc3ik4pisc3s said...

so cute.. hehe... setidak2nya dpt gak idea dr 'panda2' tu kan..

lps ni letak gmbr tapir lak.. whahaha

artsoul said...

oi,mana engkau dpt panda tu...bak skit kat aku!

Anonymous said...

alaa....comelnyerr....cama rasa nak bela je sekor kat rumah, lagipun panda-panda ni makan sayur, murah tuu....:)mamapower

orensangkuit said...

kim salam kat kawan incik yer
kata acik oren nak ngorat sebab dia bg nama yang burokkkkkk kat incik...

Danielle_Corleone said...

Post ni berjaya menenangkan hati gua yang sekian lama dah lupa cara untuk bertenang!

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

yoh, si pandarella tu tau lap lantai je ke?

KARKADEWA said...

yoh lagi cute dari panda kan..??
yoh2...
ish2...

izzyzatt said...

aneh post panda ni...

izzyzatt said...

aneh post panda ni...

kad0k. said...

sungguh fotogenik panda itu..hahahaha

chucky said...

hahaha
kakaka
hihihi
kukuku
lawok sunggoh

yoshz said...

izzah,
panda betul doll....

miko,
macam ahmad nisfu dlm pendekar bujang lapok.

darkk25,
siapa marahh??!!
[bang! tepuk meja]

encik bibir,
fasha panda. bak kate ur sis. ahaha

rajuna,
nate panda la! panda sokmo.

thisisnotme,
tak boleh. hari ni dia annual leave. antar anak masuk taska.

hanim,
visa dia belum renew lagi. lagipun dia demand maternity leave.

oyett,
pandir-pandirla aku jawab nanti.

kikuri,
kiut gila. rasa cam nak pijak jer.

shahril,
ish. bukan haram dah ker? panda murtad ni..

che sue,
kawe dok panda! kawe takdok idea. ni semua jusoh punya pasai. eh base ape aku cakap ni?

eija,
cubalah baca belog Khir Toyo. tengok terhibur tak? haha

yanhashim,
nak bela? boleh. tapi jgn lupa Raya haji nanti bunuh buat korban.

qaseh,
aku tak paham. haha. ala..kalau dah jahat tu masuk neraka jugak. tak kira la ngucap ke tak..haha.

macha,
cipe' dok chomey...laboh-laboh bulih?

atune,
nik hishamuddin glemer tak? nama kelantan yg paling glemer setau aku adalah awe'.

suya,
aku tau kau tak suck up. psl kalau suck up pon ko dapat aper?? haha. anyway, aku tak berniat buat kelakar. cuma aku ingin sampaikan mesej sayangi alam kepada para pembaca. [poyo mcm artis]

pengejar masa,
eee...tolong. badan i mana ada gebu2 macam iteww...

cik belacan melaka,
manipulasi otak? ntah. aku rasa cam aku takde otak jer..

dzul,
dari kecik mmg camtu? mungkin roh dia kena belasah masa kat azali lagi.

mr blind,
ntahnye. usaha tangga kecemasan!

dialicious,
hahahah. fasha panda.tak tau plak kalau suara dia doraemon jugak.kah kah.

hajime,
kena panah meme' la mapuh. mu ingak mu legolah? panah panah..

sultan,
aku dulu jadi peti ais. watak yg mencabar. lebih² lagi babak waktu defrost.kena bunyik hummmm....

zubeid,
takla. panda yg ni tak reti masak mi.

secret admirer,
hero mender takut cacing. ;)

teruterubozu,
ya betul. masa sekolah dulu sayalah AJK keceriaan kelas.

macha,
tadahal. saya tabah mcm labah-labah.

miscjskgfjsf,
tapir huduh...cara dia berlakon over..mcm Kak Ogy

artsoul,
tak boleh! mak kita tak bagi!

mamapower,
hey excuse me...sayur harusla yg segar dari cameron highlands yer..
setakat kangkung lunyai dia buat lap kaki jer. demanding binatang ni..

orensangkuit,
Jusoh? taknak kirim salam kat bapak dia? nama dia lagi burok kayy..

danielle,
tak nak cuba yoga?

donutmanis,
takla. dia juga boleh blender cili kering.

karkadewa,
kawe dok chomeyy. huduh, pendek. paka spek.

izzyzatt,
lagi aneh komen ni. ahaks.

kadok,
mmg la. ni kan Next Top Panda.

chucky,
huh. gelak pun ada 4 jenis?
betekehaha!!

macha_sezs said...

haha..anda memang ketabahan...tenang mereply 30++..
ah!mahukan cipan jugak!
cipan!cipan!cipan!
labah2 tak kacak la yoshh

orensangkuit said...

bapak dia tak nak laa kim salam
kim salam pada Jusoh yang berjari cantik, ade perot sajo..

antusabun said...

ni panda betul atau panda palsu?

Radius.F said...

panda mu buak ceghito panda ni yoh.

l.i.f.e said...

komen untuk mimi!
mimi, yoshz memang macam panda ke? dia pernah tak buat aksi2 mcm panda yang dia tepek sini? u buat apa ye kalau yoshz buat aksi2 begini?
tq in advance mimi

yoshz said...

macha,
pembetulan. 40 sahaja. ah bukannya korang tahu aku reply sambil bercucuran air mata.

oren,
jusoh berjari cantik mender..jari mcm sotong goreng tepung jer.

antusabun,
ni panda sintetik. kat belakang dia ada kunci yg kena pusing² tu.

radius f,
meme kawe panda.

life,
mimi takde weekend ni. dia ada lawan futsal.

bunga binti nordin said...

huh!
panda - panda mu..

adoyaiii...
menggoda lak panda tuh beta nengok~

panda mu pilih panda hok molek2 deyh...

hahahahha! ampon...
:)

.farah. said...

haha comel panda tu.mcm en yoshz.

farhanaLicious said...

gamba last paling comel. tercomel.

mimi said...

kepada life,

ah terima kasih sebab u mmg suka tujukan komen utk i. i lef u! ;)

yoshz nih mmg ada macam panda sket. dia suka buat aksi2 cam gambar2 panda yg dia tepek kat sini, esp:
1) panda yg pandai berlakon - bila baru lepas minum neskape
2) panda yg "hands-up" - bila dia nak kene tampar ngan i
3) panda yg pandarella - bila dia kene gosok baju keje i
4) panda yg peluk tiang - bila dia mood manja

i tak mampu nak buat apa2 bila yoshz buat aksi2 cam gini. sapa boleh tahan gelak tengok aksi ngan muka dia yg innocent tuh? haha. kesimpulannya, dia sangat comel spt panda2 tersebut. thanks life. sila ajukan soalan2 begini lagi ye.

yoshz said...

ler i mmg hyper lepas dapat kaffein. nak buat camner? ok la jadi panda. daripada geanie in a bottle...sanggup u tgk?

yoshz said...

owh lupa lak nak jawab komen org lain:

bunga,
entah. aku tengok gambar panda ni mcm sedap je dipanggang

.farah.,
aku tak comel. bulu idung aku mcm syaitan.

farhanalicious,
tu panda mongoloit tu.

zieda said...

huiyo...gile banyak komen..
sy pembaca blog anda juga..tp da lama xbc..sgt lwk y ni..memg gelakabes..wahahah

Zatyness said...

awwwwwww :D

now i get your other meaning of 'panda', hehe