Thursday, December 11, 2008

Hak enah. kena tag.

Biasanya saya tak layan orang tag saya. Buang masa. kerja bodoh. tapi since hari ni saya coti sultan selangor punya happy birthday, saya layankan ajer. Lagipun saya tak tau nak tulis ape dah. Ya, saya mmg hipokrit, lidah bercabang, palam dua matra. Mari layan tag rajuna selepas pesanan penaja.

[iklan apollo, syampu anti-kelemumur,ubat ketiak gadis gedik]

Dua orang bergaduh. "Umum, umum!" Ok.

1.Anda rasa anda hot?

Langsung tak. Ok, ok. Kadang-kadang tu ada rasa hot jugak. Terutama kalau rambut baru syampu, taruk gel, baju kemeja masuk dalam. Rasa-rasanya semua orang nak ajak saya pergi fun fair masa tu. tapi, ada satu kali tu yg saya begitu hot. Waktu tu saya tersalah pulas tombol paip air kat bilik air hotel. Pergh..melompat² saya dibuatnya. Tu belum lagi air panas kat neraka.

2. Upload gambar kegemaran anda.

3.Kenapa anda suka gambar ini?

Saya tak suka. Hodoh sangat dia ni. Kalau saya terjumpa dia mana², saya nak cucuk² dia dengan harpoon. Biar dia mati. Saya tak sanggup melihat dia hidup dlm kehodohan.

Fakta: ini adalah blobfish. Banyak mendiami di lautan Tasmania dan australia. Oleh kerana tinggal di lautan dlm maka bentuk badannya amat sesuai untuk menampung tekanan yg tinggi. Maka, secara automatiknya makhluk ini mampu menahan tekanan birokrasi di lembaga² daulah kerajaan Malaysia. Berpotensi menjadi boifren yg tabah.

4.Bila kali terakhir kamu makan pizza?

Dulu saya suka makan pizza. Cicah tabasco. Asal PTPTN masuk je makan pizza. Ada sesaper punya happy birthday je makan pizza. Bila saya dah kerja, saya makan kat kantin. Duit gaji bayar PTPTN. Karma.

5.Lagu terakhir yang kamu dengar?

Entah. Tapi saya tgh dengar lagu-lagu Alanis Morissette secara random. Bagi saya Jagged Little Pill adalah antara album terbaik di dunia. (not a fan of feminisme tho) Ala, perlu ke nak jadi cool n bagitau satu dunia kita dengar lagu cool? saya dah puas jadi cool masa sekolah dulu. Isap rokok, cool. Dengar metallica, tak pakai stokin pun cool. saya letak jawatan pengawas pun pasal nak bagi nampak cool.

Bodoh nak mampos kan?

6.Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?

Chat ngan Mimi. Dengar alanis. Bernafas. Berfikir, "kenapa pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup? baik takyah pintu terus. lagi senang"

7.Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?

Yosh. Yoh. Russell Crowe. Encik manisan. Fatimah Hatem Tai. entah...

8.Tag Lagi Lima Orang.

Mazidul akmal. basiron. zaiton sameon. lokman. rasputin. Ustaz silat. sesaper..

9.Siapa Orang Nombor Satu?

wartawan gemuk. nama dia kelakar.

10.Orang Nombor Tiga Ada Hubungan Dengan Sesiapa?

entahla. gosip 80-an saya tak follow.

11.Kata Sesuatu Berkenaan Orang Nombor Lima.

itulah nama kucing saya yg sangat annoying di rumah. siapa nak?

12.Bagaimana Pula Dengan Orang Nombor Empat?

tu kawan imaginasi hanapiah. belum sempat berjumpa lagi. Hanapiah cakap dia kuat. boleh karate pensel 2B sampai patah.

13.Siapakah Orang Nombor Dua?

Entah. tak kenal. kamu kenal?

25 comments:

Qaseh.Darwisy said...

Yoshz, kamu telah memakan daging lembu dalam kuantiti yang banyak dan telah menyebabkan kamu agak bengong skit..akhir kata,aku suka menatang dalam gambar tu..harap dia boleh jadi boipren aku.kim salam sama dia.babai.

Qaseh.Darwisy said...

Ah,gila huduh.x jadi..bleh menyebabkan mimpi ngeri di siang hari..

yoshz said...

tau takpe. dahla dia tu high maintenance.

Encik Bibir said...

wah!!!! gambar dan caption dh tak terabur . tahniah .

Pengejar Masa said...

encik yoshz dah pandai mcm panda

hajime said...

yoh!

suzan said...

hodohnye binatang tu

macha_sezs said...

hahaha..
tahniah kepada anda kerana memberi saya gelak di kala tekanan sedang tinggi
nampak sangat saya bukan ikan hodoh tu kan?

ladynina said...

buruk binatang tu... rasa nk bakar

tasikmerah said...

org tak kenal pun kamu tag?
licik tahap dewa nih...

ha ha.



:p~~

yanhashim said...

hahaha.
menging mengong la en yos
ta pe
ta pe
saya suka
saya asyik ketawa je nih

Che Sue said...

pizza perisa panda tarak ke?

artsoul said...

hmmmmm....

darkk25 said...

ah, anda pun layan gak tag ne ek?
ingat bolayan.

suya said...

binatang tu burok..

@tune® said...

ade pakcik basiron...keje kt sak lam..xknal ke?nnt aku suh die jawab tag

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

jiran belakang rumah saya nama dia cik basiron. mungkinkah dia orgnya?

gorges yg maskulin said...

ermmm ko coti besdey sultan selangor yerk?

aku tgh tunggu sultan kl nyer besdey.. bole coti lelama...

Monkey D Luffy said...

entah saper2 jer ko tag ek

yoshz said...

encik bibir,
terima kasih. saya mmg genius sustagen.

pengejar masa,
terima kasih. saya bijak mcm kanak2 colgate.

hajime,
noh!

suzan,
masak cili nak tak? mcm sedap je.

macha,
pasti kamu bukan ikan. tapi bab hodoh tu saya belum yakin.
nanti saya google kamu.

ladynina,
hahaha. kejam mcm en nizam.

tasikmerah,
dewa licik adalah gelaran saya di bukit indah ni.

yanhashim,
menging tu hape? aku keraguan yg munasabah ni.

che sue,
panda tak sedap. rasa mcm satay obor-obor je.

artsoul,
zzzzz....

darkk25,
mmg biasanya bolayan. adakah kamu nelayan?

suya,
mcm krang dlm siri ninja turtle.
"shredder..." dgn suara yg macam pokem.

@tune,
xkenal. ingatkan org shah alam nama semua stok shahrul faiz,khairul nizam jer..

donutmanis,
cik basiron? pengkid ke? apa la pengkid nama basiron? haha

eija,
baik tunggu cuti bersalin. lagi lama. haha

monkey,
aku tag engkau la. amacam?

Weh. korang masih lagi berada dlm mood panda lagi ke?

rahimin idris said...

woi, trip gi amsterden tu apa jadah?

yoshz said...

aku pun tatau. layankan ajer. mana tau boleh kaya. haha. mula2 aku malas nak layan. tapi dah ada iklan kat msia today. jadi mcm boleh dipercayai la kut.

.penguin. said...

nak kuceng tuh,
hihi,
;P

Anonymous said...

hahaha..ado...tolong la.dah tak tahan tersengih2 depan pc ni, member lalu lalang tercangak2, apa hal cik kak ni tersengih2 tengok pc..ada gambar panda pitt peluk batang buluh kot...ado...tq for release my tension today and really make my day:)mamapower

l.i.f.e said...

owhh saya kenal basiron tu. dia adalah ayah kepada rakan seasrama saya.