Tuesday, December 16, 2008

Kebakaran yg hening

MASA dulu-dulu, masa tu saya budak kecik lagi. Saya tengah duduk rumah. Dengar lagu Scorpions.

"Follow the most far, and down to gogegok..." tak tau lirik. main hantam je. masa kecik saya tak pandai omputih.

Tiba-tiba, saya terdengar suara orang jerit. "Rumah terbakar, cepat! cepat sikit!" Hah, rumah terbakar? Tanpa berlengah masa, saya pun berlari keluar. Kalau lambat, habisla tak dapat tengok kereta bomba dgn orang padamkan api. (ini keadaan psikologi kanak² darjah lima)

Di luar suasana hening. Kelihatan Idul Nafis sedang melompat getah sambil menyanyi,

"Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
anak kambing patah kaki...."

Manakala, Yanizatulshima dan NorKhaizura memusing-musing tali getah dgn begitu pantas.

"Hoi, Idrul. Lompat cepat sikit. rumah dah terbakar ni!!"

Gaya lompatan Idrul sangatlah hodoh. Ibunya menyesal melahirkannya.


p/s: topik diskusi kali ini. apa permainan budak sekolah zaman sekarang?

48 comments:

.farah. said...

haha.adeh.teringat siot masa kecik2 dulu.menan tu la slalu gua maen .ahh masa silam.dah lama berlalu.

yoshz said...

pengomen yg laju. tahniah!
zero poin!!

tasikmerah said...

budak la ni main PS2 la aku rasa. ha ha.


.

sultan said...

budak2 skrg byk berlatih nyanyi n menari sbb nk msk tom-tom bak...

l.i.f.e said...

budak2 sebuk tengok katun dari pagi bawak ke malam.

hajime said...

ah!
setuju ngan abe sultan!

suya said...

loser gile idrul nafis!

aku tgk anak sedare aku main ps.tahpape...tak mencabar lansong.

MIK'YAL said...

main PS , main keta kontrol,downlod game ..gla cyber bdk2 zmn lanie!!

suhanazainal said...

PS3/PSP/PS2 sampai tak tidur sampai pagi pastu mata lebam. tapi umur baru darjah-darjah.

Pengejar Masa said...

main PS3, PSP atau XBOX 360. aku main Nintendo Wii

o-y-e-t-t said...

budak skang tak dpt main game arked yg 20 sen..sebab tu bebudak skang nih berwajah skema jeee..tak ganas langsung

KARKADEWA said...

ini dinamekan teknologi...
sume salah kilang sony la kluar permainan2 mcm 2...
cube derang wat permainan getah versi virtual...
budk2 skang men la bende tu...

Ummu Solehah Muhammad said...

waaah, sungguh rindu dgn lagu rumah terbakar panggil bomba..

Hidemichimomotani said...

Susah giler soklan assignment Yoshz kali ni...abis cuti sekolah ni kene recee time rehat bebudak main apa...
Tapi dah tau...tidak lain tidak bukan mesti main sms...
Dah siap report mesti nak tampal gambar 3R pasal printer xde kaler. kemudian biding kat kedai Joo Hua.

o-y-e-t-t,
sekarang arked dah open space kat jusco...kira dah x berdosa kalau main...cuma token je mahal!

antusabun said...

Budak-budak nak marah pun tak guna. Akal tak baper nak panjang lagi. Reti nak berseronok je

Sasha Sharifuddin said...

hehe..bebudak zaman sekarang mane nak main game2 berunsurkan fizikal.habis kuat main wii @ guitar hero.

tak adventurous!

o-y-e-t-t said...

Hidemichimomotani = langsung tak thrill kan main arked yg kat jusco tu..mahal plak tu..takde polis ambush plak tu..yg paling thrill adalah bile polis rush kedai game...memang terbaik

darkk25 said...

anda terkena..

PANGGILAN HANGIT dari IDRULNAPIS!!!

darkk25 said...

anda terkena..

PANGGILAN HANGIT dari IDRULNAPIS!!!

Cicadasx said...

Main game konsol, internet, tu je lah.

Bosan sungguh. Setuju dengan Oyett, sebab tu diorg skema.

gorges yg maskulin said...

aku musykil, naper ko jer yg asek terkena dgn si mamat idrul ninh...

p/s: next year aku ada bikin program game budak² zmn dulu, ko bole join kategori open. tq.

Che Sue said...

hahhaaha..

"anak kamben patah kaki
anak kamben pandai menari"

dah patah kaki, pandai lak menari?

macha_sezs said...

ah. terlambat mebomen pula.
tanak ar bagi jawapan untuk topik ko..
lala~~

Princess Liyana said...

Huhu mereka main sgala jenis psp.ahaks.er,dl suke main lecut selipar.

Encik Bibir said...

bdak2 zaman skng dh pndai main internet. chatting , blogging

@tune® said...

erm..mungkinkah...permainan batu seremban didalam alam maya??

sik bg homework kt kitorg je...ko pikir la gak!!

chucky said...

ko patut join sekali,
kire buat double ngan idrul

Dzulkarnain Mohamad said...

budak skang main game laa..game pulak yg boleh main dlm rumah shj..

gile apa nak main nyorok2 kat belakang rumah..kena sorok dgn abang kucing sapa nak jawab?..
pas2 masuk harian metro..kanak2 hilang ketika bermain sorok2

Anonymous said...

so mamat tu saje je nak bagi awak bengang.layan je..dia kat mana yek sekarang?:)mamapower

sarloamd said...

sekarang ni budak-budak terjebak dengan shuffle, itupun kalau boleh diletakkan dalam kategori permainan. haha

liyana said...

bdk skang byk main sms..sek rendah pon dh gune hs..xkire yg dok luar or dlm bndr, dh mampu ade hs..pntg sgt ke?? huhu..dulu2 beratur nk gune public phone lg best..

corneamelayu said...

jawapannya...budak skang suka main - main...

best betul jadi bomba..bleh lumba kat jalan raya, langgar trfic light merah...

kenapa org ckap langgar trafic light merah ek?...kesian traffic light merah, asyik kena langgar je...bomba x suka kat dia kot..

alif-mikail said...

rumah terbakar.. kita lari.. masuk gua atas bukit..

bukit runtuh kita mati.. erk?

Hidemichimomotani said...

O-y-y-e-t,
Kira untung la dah puas main polis dtg ambush. Aku penah on the way nak pergi je bapak aku dah ambush siap nak terajang tepi jalan! Seb baik aku belajar mengelak gaya Blanka!

rahimin idris said...

budak sekarang main lagi benda ni. buat panggilan palsu 994. kretif betul.

rahimin idris said...

Farah,
Masa ni kalau nak main boleh juga. Untung2 boleh gi olimpik!

Yoshz,
Dia takde kerja. Tu asyik mengomen laju je.

Tasikmerah,
Ah, kalau miskin mana mampu beli PS2!

Sultan,
Main tombak? Nak mampus ke?

Life,
Tak sedar semayang bang ke?

Hajime,
Hah, ko setuju je taunya!

Suya,
Idrul nafis tu sejenis skru yang dah habis tracknya.

Mikyal,
Tu la. Tak mencabar langsung. Hantar ke palestin baru taw!

Suhainazainal,
Mata lebam tu kena penampar dengan bapak!

Pengejarmasa,
Nintendo tu judo ke? Hihihi

Oyett,
Ah, itu lagi kodi. Hahaha

Karkadewa,
Teknologi punya salah? Mari bunuh teknologi! Haha

Ummu,
Rindu? Nanti yoshz buat album. Hahaha

Momotani,
Nak taip nama ko lagi susah!

Antusabun,
Tah la. Nak terajang diorang reti plak report polis!

Shasha,
Ye la. Padang bola pun dah kurang. Tak kan nak main kat parking!

Oyett,
Main polis sentry la. Ko jadi jaga! Haha

Dark,
Pada muka yoshz. eh, ni apa komen 2x ni? Hahaha

Cicasdex,
Haah. Skema. Macam skim cepat kaya.

Gorges,
Sebab yoshz dia lurus2 bendul gitu! Hahaha

Che sue,
Kambing ajaib tu!

Macha,
Tak nak sudah!

Princes liyana,
Psp tu apa? Periksa sendiri payudara ke? Maaf la. Tak pernah dengan mainan psp.

Bibir,
Eleh, ko pun sama. Hahaha

Tune,
Nak main batu seremban pergi seremban 2 la!

Chucky,
Yoshz tak reti main. Dia mudah tertidur!

Dzul,
Sekarang banyak penculik. Dia culik2 jual. Lagi jahat dari hantu kopek!

Anonimos,
Yoshz tak bengang. Dia pura2 sawan masa tu. haha

Shamlord,
Shuffle tu penyakit urat. Tourette kea pa nama dia. Hahah

Liyana,
SMS? ah, henset bukan boleh sepak2 macam bola!

Corneamelayu,
Mana ada langgar. Lintas je wei.

Alif,
Gua musang mana runtuh. Lari sana la.

Momotani,
Teruk betul perangai!

Rahimin idris,
Aku ni tak ada kerja lain ke nak baca and jawab komen yoshz ni!

yoshz said...

Haha. mana kau ada masa nak buat semua ni? hari ni bday sultan jerantut ke? mekasih la ye. nanti aku take over komen2 kau selanjutnya.Hahaha!!

rahimin idris said...

aku harap pembaca2 blog ko tak marah. nanti ko tolong jawab komen kat blog aku plak la. jangan sampai aku kena ISA dah la yek?

hahaha

kojah said...

hahaha bdk2 skang main ps2 sajOrk

kecik said...

nama budakk tak boleh blah.yanizatul shima?haha.

idrul nafis da kawen lom yoshz?

Hidemichimomotani said...

Perghh, Yoshz dah ada Mr. Manager namanya Rahimin Idris.

Bro, dengan tanpa rasa bersalah langsung, aku menglink blog kau kerana semakin malas nak singgah melalui blog org.

Suka Bebel said...

ini rumah terbakar ke ati terbakar ni?hehe...

Anonymous said...

compared to zaman akak gan zaman sekarang, dulu banyak aktiviti fizikal, campur gan budak lelaki, main kahwin2, masak-masak, baling selipar, main basikal bmx...tapi sekarang, really tak boleh, dengan kes abang kucing la, budak hilang la...macam mana nak buat..sedih betul :(mamapower

rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba...
air pasang dalam surut pukul 5
nyonya bangun bagi siram pokok bunga....bla...bla....

Anonymous said...

haha..
i remember yani..and u
tapi x ingat yg mana satu idrul nafis..dah cuba recalled namun masih buntu.

NK

yoshz said...

rahimin,
aku dah jawab dah...ko siap la nanti SB semua masuk jerantut.

kojah,
mmg. tu psl semua pakai spek tebal.

kecik,
ada ke pompuan nak makhluk mcm tu?

hidemichi,
wokey, aku link kau juga

suka bebel,
rasa cam nak bakar rumah dia betul2 pun ader gak la. boleh la aku tengok org padamkan api lagi.

mamapower,
tu bukan lagu lain ker? ke sengaja nak buat medley?

NK,
weh. contact aku pls..aku nak carik bebudak sekolah lama2..
haha. aku denan ini meminta kebenaran menggunakan nama kau sebagai watak dlm fiksyen aku. boleh?

Anonymous said...

dah guna baru ask for permission..kes terbalik nih ;) ada royalti x agak2? huhu..sungguh mata duitan perempuan ini.

anyway, how to contact ko? apa email add?

NK

yoshz said...

budakyangjahat@yahoo.com

add kat YM. ko duduk mana sekarang?

Anonymous said...

"duduk atas kerusi" -ada mcm jawapan budak ukm tu tak?..huhu

esok arr aku add kat YM..nak balik. pick up anak sekolah.
aku dok kat kesumalakes. attach dgn upm..tak bole lari lagi!!

NK