Sunday, December 14, 2008

Saya budak kelas komputer

Hari tu sekolah petang. Tapi saya datang awal. Pasal ada kelas komputer. Masa lalu kat bilik darjah, saya nampak Idrul Nafis. Selamba saya pandang depan buat-buat tak nampak dia.

"Hey!....hey!"

Ah, buat bodoh je. Jangan layan malaun ni.

"HEYYYYYYYYY!!!" jerit dia dengan nada yg keras sambil baling pemadam papan hitam. Habis berhabuk seluar saya. Barbie dollll....

"Ha, kau nak hape ah??" marah saya sambil cekak pinggang.

"Hey...hey nasik goreng. hey bubur kacang....."

[buat gaya seorang makcik membuka tingkap. ingat kiut la tu]


p/s: agak-agaknya, apa lawak bodoh budak sekolah zaman sekarang ah?

36 comments:

budak_shinchan said...

Idrul Nafis ngan Pakcik Yoshz.. mana satu paling kiut ek?? Erkk kat kelas komputer ada duster ek.. pesal x baling pakai keybord ker.. mouse ker..

yoshz said...

satu pun tak kiut. kain lap tingkap lagi kiut. ada duster. masa tu pen marker belum dicipta lagi.

macha_sezs said...

hahaha..
da lama aku tak dengar lawak sial ni..
lawak ko memang taun awal 90-an punye.

darkk25 said...

duster ah, nostalgia.

mase saya form 3 lagi ade bende tu. masuk f4 semuanya berubah dengan cepat..

@tune® said...

kalau kene lawak nih mmg rase nk tampar jer org yg panggil..tp xde bukti die panggil kite lak..

budak skang...ermm maybe..

die:nk pinjam PSP aku x?

kawan die: nak...

die: xbley..(mcm iklan U-mobile)

kecik said...

ahah.stuju2.iklan u mobile ar budak2 ni gune skang..

suara mamak : tak boley..
suara jantan hancho : nape?

dem..

aQila Aini said...

haha! lawak lawak!
teringat sekolah~
wahahahahha~

suya said...

lan lan botak lan makan taik katak.
erkk apekah??
ape kene mengene

Danielle_Corleone said...

kamu ni kira pakar IT la ek?

Encik Bibir said...

kitorang selalu kene pow ngn senior ayat paling femes digunakn bila dorang pow kitorang ckp xde duit ialah

"bak singgit, kalau aku cek ada aku amek sume"

Kikuri said...

Dah lama tak dengar citer Yoshz ngan Idrul Nafis...

Duster? waaa.. this is way nostalgic, man! Dah dekat 6 taun gak aku tak pegang kapur!

hajime said...

cd?
cd oraza!
aku tau tu antara lawak bodo aku yg plg ko x suke...

Pengejar Masa said...

memori siot kena baling duster. pastu aku sumbat duster dalam mulut budak tu. terus dia trauma dan diisytihar gila

S.YanaZ said...

Lu satu kelas sama Idrul Nafis ekk...
Tp dia nmpk sunggus bodo.
Lg sekali gua tanya;
Lu satu kelas dgn Idrul Nafis ekk???

*Salam, Yoshz San,
Long taim no see*

k.e.r.i. said...

haha.

apsal ko tak sambung nyanyian dia.

haha.

yanhashim said...

kali ketiga saya tanya
siapa gerangan idrul nafis.
kawan imiginasi eh?
rindu zaman sekolah dulu
zaman papan hitam
kapur ada warna warni
kadang-kadang saya curi kapur satu kotak bawa balik rumah
sebab nak lukis garisan ting-ting petang nanti.
tak pun boleh main cekgu-cekgu ngan kawan-kawan lepas balik sekolah agama.

tasikmerah said...

kalau gua, dah gua bedakkan dia dgn serbuk kapur papan hitam... ha ha.


.

CoOkiE MoNSter said...

sakit perut akkk...lawak. Ala..kalu die wat g ko nyanyi jer same2, ajak org len nyanyi skali. muahahahaha!

Danielle_Corleone said...

aku igt nak pegi bukan teater sabtu ni. igt nak call ari ni. ko nak pegi bila?

sarloamd said...

ada lagi ke orang buat lawak camni? kalau ada buat depan, nescaya tapak tangan berkuasa qigong melekat di dada.

.farah. said...

haha mcm gampang lawak budak tu.bentes je kaki dia bang.

antusabun said...

nape tak lempang je dia? biasa sangat tu. Ada plak siap baling pemamdam papan hitam. guaru kasar tu

hafiz said...

hahaha tak pasal jadik bubur kacang hahaha

suhanazainal said...

belum lawak lipton lagi. abis semua org diliptonkan....

chucky said...

tetibe teringin nk makan nasik guring

Anonymous said...

apasal yek si idrus nafis suka sangat usik cik yoshz....dia ada hati kot...gulpp...dia lelaki kan.:)mamapower

gorges yg maskulin said...

hahahahaharun tul....

tp yg best zmn kita skola dulu² mmg best la... tidak syak lagi !!!

Izzah Abd Malik said...

kurang asam budak tu. nasib baik nama sedap

yoshz said...

macha,
mmg. itu zaman gemilang mr os.

darkk25,
bulu ayam ingat lagi tak?

@tune,kecik,
hahaha. aku pernah kena lawak tu masa kenduri kahwin.
pantera...

aqila,
sekolah kau pun sama? lawak bodoh mmg wabak.

suya,
man tut man ya, man kentut bawah tayar.

danielle,
aku paling pakar kat sekolah aku. lagi pakar dari zulpakar.
weh, sabtu ni aku tak pasti lagi. nanti aku telepon kamu.

encik bibir,
aku jawab,"weh mak aku tak bagi..."

kikuri,
best ke dia tu? tah pape tah.
6 tahun je? aku rasa mcm dah berbelas tahun dah.

hajime,
ya. betul. pasal diulang2 banyak kali.

pengejar masa,
tu bukan citer chow sing chi ke? haha.fight back to school..

s.yanaz,
woho! long taim nosi. aku ingat kau dah lupa password blog dah.
haha. aku satu kelas ngan dia. kau harus baca entri yg lama2.

keri,
aku lupa lirik. aku cuma ingat lagu Axion.mari mari tuan..

yanhashim,
aku selalu ambik jugak. bagi ayam makan. nak tengok ayam berak kapur camna. kawan betul la.

cookie monster,
takleh.aku kalau takde mikrofon suara tak sedap.

sarloamd,
dah takde. semua org buat lawak camni dah pupus kena sepak.

farah,
takleh. dia pakai shin guard.sakit woo...

antusabun,
guaru eh? sudah guaru cendana pula..haha.

hafiz,
betul kan bubur kacang lagu dia? ke apa?

suhanazainal,
yg cuit idung tu ke? tu yg paling tak boleh blah.haha.

chucky,
bungkus ke bawak balik?

mamapower,
ya dia laki-laki. tapi apesal aku dipanggil cik?

eija,
bukan mana2 org pun cakap sekolah dia best? geng dia paling kool dan lawak sekali? haha

izzah,
ptui! sedap hape nama camtu. mcm nama nelayan dulu2 je.

Radius.F said...

ko patut terajang je tingkap tuh

UnaChenta said...

Lawak 90an..

cikgu2 sekolah pun ikut sama sertakan lawak ini dlm PnP dorg..

"Siapa yang Malu?"

lepas tu ramai2 jawab..

"Mereka dan keluarga mereka.."

lepas tu cikgu dgn anak murid ketawa sama2 siap hentak2 meja..

o-y-e-t-t said...

ahhh setannn...komen aku ilang...sebagai budak kelas komputer, ko tolong carik balik ape yg aku komen tadik...mekasihhhh

Monkey D Luffy said...

memang zaman kanak2... adoiii

liyana said...
This comment has been removed by the author.
liyana said...

lawak bdk skang..

daku: "oit..watpe tu?"

adik ku yg dok main PS2: "aku tgh minum sirap ngan Ramli Sarip la.."

ciss..pandai2 je die senadakan idola ku ngan sirap

cacah said...

hahahahah bengong!