Saturday, December 6, 2008

Masa berhenti, langit pun bersedih

DULU, masa saya buat degree dulu, saya kena buat Final Year Project. Cheh, mcm la org lain tak buat. Jadi, saya ingin berjumpa dgn supervisor saya iaitu Prof. Lachman Tarachand untuk mendapat pandangan beliau mengenai presentation slide saya. Prof Lachman Tarachand adalah seekor lecturer yg bengis, kedekut markah dan sangat Rajinikan.

"habisla kau amik ngan dia. Kau mmg 'tara can' punya nak skor" kata senior saya yg langsung tak membantu.

Jadi, pada suatu hari saya pun dengan penuh bersemangat waja terus berusaha, pergi menemui beliau di biliknya. Kebiasaannya, para pelajar membawa laptop untuk menunjukkan hasil kerja masing-masing. Ya, kami pelajar IPTS semua anak orang kaya. Tapi saya lain. Saya tak suka menyusahkan daddy saya. Saya mahu berdikari dan belajar membeli laptop sendiri.

Dengan penuh yakin, saya pun menemui beliau dgn hanya membawa sebiji Pen drive. Ah, cucuk je kat laptop dia. Senang. Takyah nak bawak laptop.

"Sir, could u check my presentation slide, sir?" kata saya sambil menghulurkan pen drive saya.Pergh. cakap omputih.

"What? i don't know how to use that thing! next time, use a diskette" cilakak. Buta IT punya punya professor. Langsung tak sejajar dgn hasrat kerajaan dlm membangunkan infrastruktur berteraskan ICT.

"It's OK sir. I'll show u how" kata saya dgn nada mahasiswa berketrampilan unggul. Harap² suara pun kira markah. Saya pun cucuk pen drive saya ke dlm laptop beliau.

"First, u go to 'My Computer' and see whether ur laptop can detect it or not" ujar saya dgn menerapkan nilai² akak kerja hotel.

"Where is your computer? i dont see your computer!!" pekik beliau dgn penuh rasa 'aku-professor-engkau-budak-apa-tahu?'

Saya hanya diam membisu. Tak tau nak cakap apa.

Tiada suara. Tiada kicauan burung. Masa ibarat terhenti. Langit pun bersedih.

Rasa mcm nak langgar je dia dgn helikopter.

28 comments:

yanhashim said...

aduh
apakah!
argh!
aku rasa nak..
nak..
bakar
bakar
ikan.
dia dari mana?
zaman batu ke?

Monkey D Luffy said...

nak senang jd susah lak

orensangkuit said...

hahahhahaha padan muke sape soh pilih lecturer tu....kan dah bodo piang juge pakai disket..

**langgar ngan perot panda sudahh

darkk25 said...

bersabar je la yosh,
bersabar seperti umpun-umpun, walau diketuk, walau dikerat, wajah tetap ayu.

this.is.not.me said...

ahaha~
dasar Rajinikan..xD

ps:utk incik darkk,err..umpun2 tuh hape?saye bdk baru belajar.. >.<

yoshz said...

yanhashim,
ntahle zaman apa. yg pasti dia tak belajar sains dan matematik dlm bahasa inggeris.

monkey,
betul tu. tak berdaya saing langsung.

oren,
aku tak pilih dia. tapi tajuk projek aku bawah dia.

darkk25,
umpun2 tu makhluk ape? dia gigit kita tak?

thisisnotme,
tu la psl. patut aku tembak je dia. tgk dia elak peluru ke tak.

l.i.f.e said...

hahahaha...*gelak guling2 cakap padan muka*
u should said, "first u go to the My Computer ICON"
lain kali cakap biar teghanggggg :))

macha_sezs said...

wahahaha...
first u should go to my computer..
where your computer??
wahaha...amek ko...dia memang panda..

DarabDua said...

lu amik laptop dia tuh. hempuk atas kepala.
pastuh lu tenyeh pulak kt muka.
haha~

@tune® said...

cane ler die leh jd lecturer...
blaja mane dulu?

aQila Aini said...

lawak ouh lawak!!!!!!!!

kalau aku pun rasa nak bagi penyepak je kat muka dia..

p/s : lain kali cakap betul2..

muahahahahahhaahaha~

tasikmerah said...

suara pun markah ni yang tak boleh blah ni... ha ha.



.

UnaChenta said...

Budus sumbung punya Prof..

Betulkah buhung mu ni Yoshz???..

Hehehe jgn marah :)

d7 said...

kenapakah?!!
apakah!!
nak tanya sket dia tu prof subject ape weih..
curious gile tahap gaban ibni cipan aku nieh!!
ngaaaaaaaaaaaaaa

Kikuri said...

Hahahahaaaa....

Thanx for this entry! it certainly made my ever-gloomy day!!! Mekasih abe yoh!

chucky said...

YA ALLAH, amponkanlah manusia yang buta IT

Che Sue said...

hahahha..stil wujud ka komputer berdisket?

suya said...

ketuk je kepale leman tu ngan laptop die...name je profese.

epal said...

hello bapa panda heheheh ku gtetap juga mau panggil bapa panda hehehh.... uina jakun juga profeser tu...btul ka juga nostalgia mu ni hahahahahahahaha.......

Encik Bibir said...

lain kali kau ckp la "ur 'My Computer'".

pastu mesti dia ckp "since when my computer is ur computer ?"

sarloamd said...

*bunyi gagak*

ahooo ahooo

Anonymous said...

hahahahahaha....padan muka, dah tahu nak skor mark, apsal tak ambik hati dia...beli kan laptop sekali,My computer sekali.akak dulu, ambik hati lecturer dulu...bla..bla...barulah dapat skor...amin:)mamapower

yoshz said...

life,
Ah i dont think he knows what 'icon' means..
btw, should 'have' said la!
cepat buat pembetulan 10 kali..

macha,
panda mender. tapir gemuk adalah..

darabdua,
hahaha. kena tenyeh ker? habisla mekap dia!

@tune,
kolej swasta yg tak ternama. ntah2 tak pernah dengar kut.

aqila,
mmg nak sepak pon. tapi tunggu habis grad dulu la.haha

tasikmerah,
pitching tu penting! pitching! penching! oops penting!

unachenta,
ni cerita betul. kalau tak caya google kan sahaja nama lecturer tu..aku pernah hantar ni kat readers digest. hantar je la. tak kuar pun.

d7,
dia ajar Power and Electrical machine.aku tak suka subjek ni.
pasal dia kurang ajar. oopss kurang mengajar.

kikuri,
the earth is destined to be made forlorn - H.M Dwight
(bohong je mana wujud poet nama tu)

chucky,
'barangsiapa yg buta IT, maka nerakalah tempat mereka'
-hadis palsu riwayat yosh al-mari

che sue,
cis kau! kompiter aku ada disket lagi la!!
cakap siang panda-panda...

suya,
matila sapa nak rait kertas projek aku...

epal,
ni citer betul. bukan gosip URTV.apa panda-panda?

encik bibir,
what is this u talk? absurd really. nonsense. i no understand.
u talk like ministers...

sarloamd,
*bunyi biri-biri*
baa baa kaa...

mamapower,
keji! bodek lecturer! saya akur pada sistem. lecturer dan pelajar adalah subset kpd sistem.bukan terbalik.betul ni.

pergh. no wonder la saya tak skor pun.damek!

kecik said...

gile la. aku mcm dpt bygkan muke lect tu.
bdn cm panda,muke mcm rajnikanth. fuh

bokbon said...

haha..haha..ha..
malang betul nasib lu dapat lecturer gitu.

Zatyness said...

huhuhu. my dad tau la psal IT punya benda camni... lepasla kalu nak cakap psal pendrive, transfer files etc etc boleh buat sendiri. tapi cara dia and lecturer ni mcm lebih kurang je. reminds me of him. huhuhu

>_<

sedih gak.

tapi sabar je la. dah dia mcm tu, nak buat cemane. haha.

Dzulkarnain Mohamad said...

haha,
org2 lama mmg camni yoshz..
ada tu nk shut down komputer pn terus tutup suis. macam lampu.

EM AN said...

yang dia tau main solitaire jela kot, biasa ar tu.