Sunday, December 7, 2008

Pembunuhan lembu

Bersempena dengan hari raya korban ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penganut blog ini yg beragama Islam.

Kepada yg bukan beragama Islam, silalah mendaftar untuk masuk Islam beramai-ramai bagi meraikan hari memakan daging dengan berleluasa. (apa barang jadi vegetarian?) Kalau takmoh jugak, mamposlah kamu masuk neraka! Hahaha!!

Maaf, saya agak extreme. Saya baru menonton filem Body of Lies lakonan DiCaprio dan Russell Crowe. Jadi,semangat terrorisme saya masih menebal. Insa....

Hari ini adalah hari pembunuhan lembu secara besar-besaran. Jadi, dlm kegirangan meraikan hari ini haruslah kita ingatkan diri kita supaya sentiasa bersyukur terhadap nikmat yg Tuhan kurniakan. Elakkanlah pembaziran. Ingatlah tak semua di antara kita bernasib baik. Mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tidak mungkin dapat meraikan hari ini sebaik kita.

Bawaklah kereta dengan cermat. Jgn lupa bagi signal. Angka korban di jalan raya tidak perlu ditambah.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf terhadap kalian. Sekiranya entri ini dan sebelumnya ada menyinggung mana-mana pihak. manalah tau, saya terkutuk, terpoyo, terperasan bagus, jawab komen mcm sial lagi.

Sesungguhnya saya bukan sempurna. Ada cacat cela. Terutama sekali di bahagian pemprosesan digital otak saya.

Sekian, yg baik datang dari Allah dan yg buruk itu dari Hanapiah.

Assalamualaikum.

35 comments:

kad0k. said...

selamat hari raya aidiladha bro..:)

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Eiduladha, Yoshz.Moga sebuah pengorbanan memberi seribu pengertian buat kita semua..:)mamapower

secreto admiro said...

sy maafkan panda. eh silap. sy maafkan anda.

artsoul said...

kebanyakan penganut blog mengalami masalah otak...:P

selamat hari raya aidilladha...

macha_sezs said...

haha..aku awal.
kenapa hanapiah yg kene?
selamat ari raya aidil adha
saya bukan penganut belog anda..haha

@tune® said...

Selamat raye gak...smoga anda tidak menjadi salah satu statistik jalanraye

Monkey D Luffy said...

ah jemput makan lembu... jangan malu2..

DarabDua said...

kampung gua ada orang pekena korban kuda weh!
jom serbu!

Che Sue said...

slamat beraya bersama pembunuh2 lembu malaysia...sini pembunuh kamben je yg byk..

darkk25 said...

diam-diam. aku tak buleh raya..

suya said...

kesian hanapiah.
samat raye juge.

kecik said...

slmt hari raya inche hassanul. sile jgn korbankan panda anda

orensangkuit said...

selamat ari raya korban
makan makan makan
bg perot pun mcm panda..

epal said...

slamat hari raya korban hhehehehe........

this.is.not.me said...

slmt ari raye incik yoshz!
xD
anda korban panda kah?
ahaha~

Encik Bibir said...

ooh, buruk hanapiah

apa yg dtg dari kau selain panda?

yanhashim said...

selamat hari raya aidiladha bro!
pembunuhan lembu?
pergh..kasar bunyi
tapi tak pe.
next year saya nak buat pembunuhan panda beramai-2.
woah. panda dah jadi trademark en yos la

Pengejar Masa said...

selamat raya. dont drink and kill cows

Kikuri said...

Weih?? Apasal tone blok kau this time lain macam je? Anyway, selamat hari raya gak...

gorges yg maskulin said...

ya, selamat hari raya jgk.

CoOkiE MoNSter said...

slamat ari raya gak ea..ak pon same. kot2 terlepas tulis ker. sbb ak xbcakap kek cni. neway..i like ur posts.

rahimin idris said...

selamat hari raya korban yoshz. kau ada beli rumah kat bukit antarabangsa ke?

chucky said...

jangan kesiankan lembu,nnt x leh makan lembu tu

antusabun said...

wuikss..ganas gilo

yoshz said...

Kepada semua,
thankiu. had a gud raya yestersday.

darabdua,
kuda banyak vitamin tak?

en bibir,
yg datang dari saya adalah sinar keinsafan,budi pekerti yg luhur dan semangat rukun tetangga.

kikuri,
AJK keceriaan blog ni dah letak jawatan. tu psl dah mandom.

rahimin,
aku ada 2-3 bijik banglo kat sana. semua dah musnah.takpela, esok aku beli baru.sebijik mcm rumah yusop haslam.

chucky,
hadis mana lak nii??

ilazz said...

ko tgk dicaprio best ler gak. aku nihh.. kena tengok antu fighter. Bosan nak mm***s

sarloamd said...

(apa barang jadi vegetarian?)

tu general ke target kat orang-orang tertentu? ha? ha?
forward blog ko kat ph dzr kang. haha

l.i.f.e said...

wadehek! penganut blog? adakah agama baru ciptaan pemunya blog panda? sembah panda ke?
semoga bukit indah dihindari bencana k

tasikmerah said...

tak baik lu fitnah Hanapiah tau.

ha ha.


.

Princess Liyana said...

SLMT ari rayerrr;)uhuhu

Dzulkarnain Mohamad said...

bukit antarabangsa,

dulu asal lalu area situ je org kata tunggu masa..asal lalu org kata tunggu masa..dah macam doa pulak

Dzulkarnain Mohamad said...

bukit antarabangsa,

dulu asal lalu area situ je org kata tunggu masa..asal lalu org kata tunggu masa..dah macam doa pulak

yoshz said...

ilazz,
camner la kau boleh terjebak tgk citer bodoh tu? kui kui..

sarloamd,
aku target kat sesaper yg berkenaan;pepatah vegetarian:
"sapa makan lembu dia yg rasa berdosa" kau terasa ke? padanla muka kan.haha

life,
haha. terpaksa tebang buluh kut nak buat offering kat dewa panda.
bukit indah selamat.alhamdulillah.

tasikmerah,
ala dia suka je kena pitnah. pahala free katanya.dia cakap cukup 2 tahun kena fitnah dia masuk syurga. itu katanya.

princess liyana,
selamat hari raya juga! kacau dodol tu ingatla org di kampung.

dzul,
tu la. doa engineer ni makbul.

orensangkuit said...

kenape yang buruk tu mesti dr hanapiah????

takut kena bakar said...

awak tu pun belum tentu tak masuk neraka..nama je islam tapi..