Friday, December 19, 2008

Saya budak sekolah asrama

SAYA sekolah tingkatan sekolah asrama. Sekolah budak pandai. Sekolah sains. Ada bedah katak.

Saya ada cerek letrik. Gunanya untuk masak megi atau buat milo. Kadang-kadang saya masak cicak atau anak kelkatu. inilah padahnya kalau lepas masak, diorang tak reti nak tutup cerek.

Biasanya, saya letak cerek tepi katil je. Pasal mmg kat situ ada tempat cucuk plug. Lagipun, senang nak capai dari katil. Baru rasa mcm anak orang kaya.

Bangun pagi, saya biasa rasa haus. Kalau dah tidur nganga mulut, mmg cepat air liur kita tersejat. Lagi-lagi kalau tidur bawah kipas angin. Sudah menjadi rutin harian, bangun pagi je saya mesti minum air dulu. pasal haus.

Suatu pagi, saya bangun tidur. Rupa-rupanya dah lambat. Pasal hazim dah siap pakai baju sekolah. Kalau dia dah siap pakai tie, lagi kritikal. Saya cemas. dalam kepala saya berfikir, tak mungkin lambat. Tah tah dia tidur pakai baju sekolah je.

Saya tengok jam dah 7.10. Mmg lambat. Kejap lagi mesti moto Cikgu Mat Nor lalu depan blok. Tanpa sempat menggeliat, saya pun bangun dari katil. Cerek dah ada kat atas meja. Oh, air lebih masak malam tadi ada lagi. Saya pun apalagas, capai dan terus togok direct dari cerek. Ah, budak junior je yg minum dlm cawan..

Tess...pipi saya macam nak pecah. Ketebalan bibir bertambah 5mm padu

"Woi!! Cilaka mana yg masak air pagi tadi tak sound akuuu?" saya libas² towel dekat segala benda.

Panas gila lidah. Rasa nak jilat peti ais.

Tapi, bunyi moto Cikgu Mat Nor sudah kedengaran. Maknanya ajal saya dah nak dekat sampai.

38 comments:

Dzulkarnain Mohamad said...

ah, sempatkah aku jd org pertama komen?, taip dah laju macam cencurut..

Pengejar Masa said...

cis, aku jadi org kedua. hampeh tul

bokbon said...

haha..gua boleh bayang yang itu, memang sadis!

aQila Aini said...

hakhakhakhakhak~~~~~~~~~

haihhhh... penat gelak! tak baik tau buat cerita lawak nak mampus. penat badan!

hahhaha!

darkk25 said...

ah, kem salam kat hazim

this.is.not.me said...

oh..bunyi motor cikgu tersebut semestinye menjadi igauan ngeri bagi anda..

sultan said...

apalagas... cepat2 la taruk milo n susu dlm mulut. nnt sejok plak air tu. haha...

o-y-e-t-t said...

cis...aku lagi laa..org ke 8...

Anonymous said...

aku org ke-9.. cess

hajime said...

eh?
7.10?
awal lagi tu...
smpat lagi gi dining hall...
makan nasi goreng tiada rasa...
ah!
waalaikumussalam darkk25

ilazz said...

buat lagi leh x? nak gak aku tgk camner ler rupa ko masa tu. hehe..

yoshz said...

dzul,
apesal aku rasa mcm dah tak nak kawan kau dah dzul?

pengejar masa,
mcm la no 1 dapat makan nasik ayam

bokbon,
ko belum tengok hazim basuh baju lagi. sadis dan sukar dipercayai.harus tutup mata.

aqila,
apa guna pergi gym? kah kah

darkk25,
takmo. bukan dapat pahala pun kem salam kat dia.

this is not me,
tak sangat. hazim berdengkur lebih mengerikan.

sultan,
wahah! tu kan skil mister bean..

oyett,
peduli la no berapa pun kan?

anonymous,
bagusla. kira top 10 jugak.

hajime,
7.10 baru bangun. mana sempat. lainla kalau tak mandi...hehe

ilazz,
boleh. sila stdby peti sejuk.

ierma said...

bibir ada tebai tak...ala2 cam nabil ke...haha

kuih said...

ahakhakahkahkahakhaa

mmg siol la. sib baik bukan kuah megi ek? kalo tak.... dah la panas, pedas plak tu!

tasikmerah said...

rosak halkum oi.... ha ha.

Monkey D Luffy said...

lidah ko ok ker tak? atau hilang deria rasa dah?

Anonymous said...

hahahaha....adus...tak larat nak gelak ni, asyik ketawa, sengih...kesian betul la..moral of the story, bangun cepat ke, atau jangan berangan macam anak orang kaya ke?....:)mamapower

hidemichimomotani said...

Cikgu mat nor yg masak air tu, dia buat perangkap pakat dgn hazim.

suya said...

amacam ade rase mcm anak org kaya tak?minum air gelegak..

macha_sezs said...

haha..
sedap bukan?

"padan muka abg sinier tu"
kata junior anda

Che Sue said...

innalillahh....
"ada sapo2 nk talkin kan budak ni?"

redza said...

Cikgu Mat Nor? Sopan gilee Hasanul Hadi!

budak_shinchan said...

pakcik yoshz.. apa rasanya ek.. isk isk mcm cite longkong lak.. kena curah air panehh... so la ni deria rasa pakcik ok ker?? ker tetiba sampai ada deria rasa ke 6!

@t00neY r00neY® said...

share la ngan cikgu..kasik minum skali

kecik said...

aku leh bayang bibir ko tebal mcm oprah. weehuu! misti idrul nafis jeles kan hassanul.

Miko Yamaguchi said...

sedap x minum air panas fresh2 encek yoshz? kekekek.

raiHashim@ yanhashim said...

kenapa en hazim tak bangunkan anda sekali? kawan lupa kan kulit ke?

n a r d indie winkie said...

kelakar.. hehe.. tapi ada pengajaran.:-]

Kikuri said...

Yoshz...
Kau telah membuat pahala! Aku ilang tensen baca entry ni! Mekasih!!!

BTW,
Org kaya ada cerek kat tepi katil ke?

liyana said...

nasib baik air panas tu x ditambah dgn perise cicak..huhu.. 1 lg alat pntg tgal di asrama, rice cooker.bleh goreng ikan...

orensangkuit said...

bangun tido terus menum air makna anda tak gosok gigi kan??
heksss

l.i.f.e said...

owhhh...masa aku skolah asrama tak boleh bawak kettle. hanya heater yg berlingkar2 tu allowed.
hehehe....padan muka...ada efek yg kekal samapai sekarang tak?

KARKADEWA said...

nsb bek x pakej ade cicak dan kelkatu dlm tu...

Encik Bibir said...

patut lah tgk gmbar kau skng cm ada bekas lecuh jer. hehe

yoshz said...

ierma,
tebal. sama tebal dgn cadar toto

kuih,
megi takpe kut. psl ada taruk telur

tasikmerah,
tak sampai halkum lagi.sempat sembur dekat cadar hazim

monkey,
2-3 hari lidah rasa cerek je

mamapower,
heh mana boleh. kalau saya berenti berangan kaya, maksudnya dunia dah kiamat.

hidemichi,
aku tak rasa cikgu tu sebijak itu

suya,
takde cornflakes ngan buah anggur. tak cukup kaya la

macha,
junior tak nampak. dorm asing2. junior duduk dorm yg buruk2

che sue,
ha, jgn lupa panggil org masjid sekali

mohd redza yusoff,
mmg sopan mcm isyam. weh aku dah vote kau 10 kali. apa kau nak bagi?

shinchan,
ada 7 deria rasa. tambah rasa malu dan rasa cam pokem

@tooney,
cikgu tu suka minum air oren je.

kecik,
dia mmg selalu jeles ngan aku.ntah ape tah

miko,
sedap. rasa mcm jus pelempang

raihashim,
saya tak rela disentuh olehnya. kalau saya kejut dia pon pakai hanger je

kikuri,
taukey kilang cerek mesti ada. pasti!

liyana,
kami tidak pernah ada rice cooker. kalau nak masak nasik kitorang guna seterika
kalau takde jugak, masak guna tv kat bilik rehat

orensangkuit,
minum air masak je perlu ke gosok gigi? ini mmg petua untuk bunuh kuman gusi

life,
heater tu buat blackout aje. tak ada cop sirim.takde efek yg kekal. hanya hati yg disakiti..

karkadewa,
ntah tak cek. ntah2 ada.

encik bibir,
oh itu masa jilat dapur gas dulu. nak rasa bekas goreng hotdog.

mimi said...

Haha. Dalam banyak2 cerita, nih tak berapa kelakar sangat kot. Ceritera2 mlm tadi masa hangout ngan en mahata lagi kelakar lah sayang. Write a story on En Ahmad Jais pls. Confirm bukan sekadar ilang stress, terus ilang jaw terus sbb kelakar nak mampuss.. Haha.

Lef u,
Mimi

biskutrajin said...

aku ingt cicak td

nuyuljana said...

hahahaha...

dasat sungguh anda meneguk aku panas.

*tepuk tangan*