Friday, January 9, 2009

Babai

**kehadiran saya membawa bahagia kepada mereka semua..
Semalam adalah hari terakhir saya di Soni. Saya sudah 3 tahun di sini. Walaupun sudah 3 tahun, saya masih susah nak biasakan diri. Kadang², saya salah beratur ketika membeli nasi goreng di kantin. Punch-in salah shift atau lupa punch terus. Well, most of the time buat2 lupa. Nak² kalau sampai je kat clock machine tu dah pukul 9.01. Ada juga beberapa insiden di mana saya balik dengan berkasut kilang. Cilaka lupa nak tukar. Ya, kasut puaka itulah!
Sepjg 3 tahun ini saya telah belajar erti ketabahan, keazaman dan persahabatan. Cuma sampai sekarang saya masih tak tahu mizusumashi tu apa maksud.

Sama seperti org lain, hari pertama saya di sini saya sesat. Pasal semuanya nampak sama je. Dinding, mesin air. Pintu, fire extinguisher. Signboard ke peta langsung takde.Ke mana² saya pusing pun saya cuma nampak dinding. Saya malu bila operator tu semua pandang² saya. Saya terus jalan cepat² dan akhirnya, jumpa dinding balik.

Ada pelbagai perkara yg berlaku sepanjang saya di sana. Tapi ada lebih banyak perkara yg tak berlaku. contohnya, saya tidak pernah memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah di dinner syarikat. Dan saya amat jarang terlibat dgn aktiviti senaman pagi setiap hari. Ya, syarikat Jepun ada senaman pagi2. Ini baik untuk mengekalkan stamina ketika forward² emel dan bermain facebook.



**akibat etika kerja saya yg non-konformis, saya nyaris dipancung Jepun

Biasalah, apa² kerja pun ada turun naik. Saya pernah berada di atas....


**atas pentas. Masa jadi juruacara makan-makan syarikat.
Dan di bawah. Jatuh terjelupok atas pasir..


**eksiden ngeri ketika lawatan sambil belajar ke Pulau Pangkor. 2 ekor anak ketam maut serta-merta.
**punch card terakhir
Walaupun berat hati, saya terpaksa meninggalkan syarikat akibat sebab² peribadi. Saya suka kompeni ini pasal saya boleh simpan rambut panjang sesuka hati mak bapak saya dan juga boleh cuti dulu pastu baru apply. Tetapi, oleh kerana kantin meletakkan harga keropok lekor yg tidak munasabah, saya terpaksa protes. Apa hal pulak 4 bijik seringgit? kapitalis....

**Seperti mana Wong, mereka semua tidak rela melepaskan saya pergi....


But for now, they can all kiss my ass good-bye! So loooong suckers.......


Acah je...saya pasti merindui kamu semua.

(mcm kat semua org saya cakap benda ni sebenarnya..)

XOXO. U know u lef me...

53 comments:

o-y-e-t-t said...

uishhh....hang nk pi mana ngan rambut panjang2 nih???

budak kejer kilang said...

sob2....
farewell my fren

paiseh said...

gile sadis nye entry...
gua yg tak terlibat langsung ni pun dah auto-taching ni...

adin said...

gaya diatas pentas seperti seorang penghibur yang berpengalaman...!!!



acah je..! mesti kau takot2 mase tu kan..

Hanim said...

Gud luck walau kat mana pon kao berada. Lepas ni kao nak kerja kat kilang apa pulak? hehehe

rahimin idris said...

panjang tu je boleh simpan rambut? kau join tabligh lagi panjang boleh simpan...

Axiao said...

o..cepatnyer dah blog nie...ahahahah

bteul2 pakai "kiss my ass goodbye"

akakakakakka!!!!!!!!!!!!!!!1

KARKADEWA said...

dpt keje gomen hape..??

Kikuri said...

All the besh! Ko nak jadik ape pas ni? Ke, ko buat MLM sebagai kerjaya tetap...

P/S-
Bukanke wong tu da mati? Bole idup balik plak...

ABANG AN-DY said...

"Tetapi, oleh kerana kantin meletakkan harga keropok lekor yg tidak munasabah, saya terpaksa protes. Apa hal pulak 4 bijik seringgit? kapitalis...." - sumpah! Mmg kapitalis! Memang patut lu blah...

Pengejar Masa said...

cis. kat tempat aku pun kopok lekor dah 4 seringgit. apakah patut aku jua berhenti dan meniaga minyak lintah???

darkk25 said...

lak..tu je? atas dasar ape tukar? sony sedang buang pekerja. anda bagaimana?

ami schaheera said...

sob sob sob :(((((

bye yoshhhhhhh!!!

tasikmerah said...

dah dapat kerja baru la nih.... :)


.

Hidemichimomotani said...

Harap-harap ko bukan mangsa VSS..
Tak pun mmg dpt VSS berjuta,tu yg agak bongkak tu!

All the best buddy.

Monkey D Luffy said...

teruskan pengembaraan mu bro

macha_sezs said...

haha..banyak gile pelakon tambahan ko gune kan dlm entry ni..bape juta ko baya diorang?

kecik said...

yoshz, ko jadi guard kat uia ni la. mesti aku gumbira.

xoxo.gossip girl

hardy said...

ade ker perasaan sedih bile meninggalkan sony? Sial jek... siap amik gambar kat punch card lagi... hahahaha

suya said...

mesti ko nanges kan..huhu

FarhanaLicious said...

selamat pergi dari soni. hoho~

dialicious said...

Rasanya Wong tu mcm tgh tlg bukakan pintu untuk kluar jer..heheh

sultan said...

apalagas... jangan lupa tulis "yoshz was here" kat dinding...

this.is.not.me said...

incik yoshz!
adekah tindakan anda ini disebabkan ada pertelingkahan antara anda dgn chekgu disiplin soni gara2 rambut anda??

misteri sungguh!

xD

ps:sila tinggalkan tanda 'tempat puaka' di workstation anda..ahaha~

Anonymous said...

ko gi mane pasni? alo...

Che Sue said...

ahh..aku terkasima..

'ingat senang ke nk gentel2 kopok lekor tuu..'

=makcik esah,pekerja kilang kopok lekor

orensangkuit said...

oh dah berenti
okeh
babai..
myb takde sape sedeh tapi bertambah suka..

corneamelayu said...

mungkin ke kau dpt keje yang membolehkan kau berambut lagi panjang dan mempunyai penmegang jawatan tertinggi di seluruh dunia..iaitu jawatan penganggur. Lagipun jawatan tu jawatan terhormat...apa ada hal...

biskutrajin said...

lah..pesal ko x simpan rmbut smpi pinggang teross?hehehe

k.e.r.i. said...

wah, dapat keje baru lagi masyuk la ni..

aKu..DiA...kAmU said...

Pokcik kayo..pokcik kayo..yea..yea..

@t00neY r00neY® said...

apesal derang mcm suke lu blah beb?
senyum jer derang?

or senyum lam tangisan?

Belle said...

**kehadiran saya membawa bahagia kepada mereka semua..

rasanya keberhentian anda membawa kebahagiaan buat mereka laaa
hahaha

Rajuna said...

saye ingin memastikan adekah syarikat ande sedang membuang orang?

missy suzi said...

bro nk g mane bro??
cari doraemon ker??
sadis na ayt..
hahahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

semoga lebih bergaya di tempat baru

mrblind said...

lu dapat keje baru ke bai..

CiKKERR said...

yoshz!! ko dah ade keje baru lom?! kalau takde meh aku offer ko keje kat tempat aku...ndak?! jadik bibik aku... bleh tolong update hakunye facebook sekalik sambil basuh kain baju... amacam? bernas cam padi tak idea haku??...

sarloamd said...

entry paling bangsat.
banyak gambar tak boleh blah.
boleh aku sepak kau tak yoshz?
hahaha.

eh, ada potensi untuk kembali volunteering ke ni?

mimi said...

sayang,

i hope the new job brings u joy and happiness u RARELY enjoy in sony. haha. altho i do agree your friends in sony are hilarious and fun! thanks ted for organising the farewell dinner and inviting me oso ;)

best best abg dapat keje dekat ngan mimi. tetiap petang kita minum kat pelits yah. yippee...

luvs,
mimi yg sentiasa support you

Encik Bibir said...

muka wong cam happy je tgk abg rmbut panjang tu kuar. dia tak tahan layan ko tiap2 hari kot

ko nk gi toshiba plak ker?

Pherry Clucker said...

Sekali baca title macam 'Babi' bukan 'Babai'. Ape-ape hal pun, ketiadaan kau amat dirasai.

aRe You? said...

hahahhaa..entry yg kononnye kene sedih.tp i tergelak je baca.eh dulu i slalu jgk ponteng senaman pagi.pastu suara org yg bg instruction tu klaka

suhanazainal said...

babai yoshz. sure aku akan merindui kekecohan ko di opis ini. eh bile mase ko same opis ngan aku?

ilazz said...

best pe benti keja. dulu aku tukar keja smpai 7 kali. suka bila g interview :P

eija maskulin said...

congrats upon ur new job! yg bkn new job laaa bagi diri ko tp tmpt keje baru laaa... aku masih menunggu utk pindah tmpt keje tp semakin lama aku menunggu, makin best syiok plak.... tp apa² pun... gomen di hatiku....

all the best bro !!!

.farah. said...

so pasni keje mane plak?

yoshz said...

oyett,
nak pergi tengok Awie la apalagi.

budak keja kilang,
farewell kilang....

paiseh,
sedih kan? mcm siri rumah kedai

adin,
buat lawak bodoh pastu gelak sendiri adalah kaedah terbaik menangangi rasa gemuruh.

hanim,
kilang membuat bodo

rahimin,
aku tak reti ikat serban. lagipun ikat serban takleh buat telinga bunny

axiao,
mmg cepat. dah 3 hari fikir entri ni

karkadewa,
ha'ah. jadi posmen....

kikuri,
wong tu ada 10 nyawa. pasal hari tu dia makan anak kucing

abang andy,
ntah. dah la sos taruk sekali

pengejar masa,
kau patut jadi dewa halilintah

darkk25,
atas dasar pendidikan negara

ami,
kau sob sob dgn keadaan kantin kan?

tasikmerah,
eh camna kau tau? genius betul!

hidemichi,
aku bukan mangsa VSS. aku mangsa keganasan jepun.

monkey,
baiklah. [angkat kayu yg disangkut kain baju..]

macha,
mereka melakukan nya dgn ikhlas. demi aku yg dikasehi.

kecik,
habisla semua pompuan tak cun aku tak bagi masuk

hardy,
lakonan je tu. mana tau ada harapan counter offer
haram takdela...

suya,
tak. tapi seluruh kilang meratapi aku

farhanalicious,
jangan...coba...kau..merayu lagi.
takkan ku ulangi bercinta dgn mu...
-ramlah ram (entah ye ke idak)

dialicious,
ha'ah la. sial director tak berkualiti buat filem ni

sultan,
aku tulis "sapa nak main call 017xxxx (no hanapiah)" dekat tandas.

thisisnotme,
mmg. bos aku gunting rambut aku masa perhimpunan.
malu aku awek HR tengok

anonymous,
aku pergi secret recipe. ada farewell party. wee hoo

che sue,
"eleh mcm le awok tak pandai gentel"
-laki mak esah

orensangkuit,
weh bendera soni dikibarkan separuh tau tak?

corneamelayu,
penganggur ada overtime tak? kalau ada ok jugak

biskutrajin,
i takut rambut i bercabang...menciks!

keri,
masyuk ke benda..aku buat keputusan ikut naluri songsang aku ni je

yoshz said...

rehat kejap.

tangan lenguh

yoshz said...

sambung balik...

aku dia kamu,
aku mmg kaya pun.seumur hidup aku dihabiskan dgn berlagak.

@tooney,
diorang senyum pasal ada org ambik gambar. kalau tak diorang semua dah bercucuran air mata.

belle,
tak mungkin. jgn dengar cakap wong.dia mmg dengki

rajuna,
silalah google. lihat betapa merudumnya ekonomi sykt dgn ketiadaan saya

missy suzi,
saya mencari plasgitron. ntah apa benda tu pun saya tak tahu

dzul,
saya bergaya di mana2. kacau dodol pun pakai tuxedo

mrblind,
mana lu tau bai? lu ngintip gua yer..

cikkerr,
gue ngak bisa jadi bibik. ngemop bikin tangan gue iritasi

sarloamd,
ni ke paling bangsat? aku rasa ada lagi bangsat kut.
nope. takde harapan volunteer selagi diorang tak buang semua budak baru

mimi,
thk u syg. dah 3 hari keja. so far im happy. thx 4 ur support.
yup..tgh tunggu nak jumpa u la ni...hehe

encik bibir,
muka wong tu mmg camtu. dia dah selalu bersedih sampai otot² pipinya gagal berfungsi lagi

pherry,
sesungguhnya kamu tergolong dlm org2 yg berpesan-pesan pada kebenaran.

are you,
Hahaha!! mmg mcm cilaka org yg bagi instructon tu. tah hape dia ckp aku pun tak tau.
aku main hayun je semua sendi

suhanazainal,
haha kantoi baca blog aku di opis. cakap bos...

ilazz,
haku menci hintebiu. kena pakai tie. dahla kulit tengkuk aku sensitif

eija,
eh, kau bila kerja baru ni? ko suruh la kerajaan bakar rekod PTPTN aku...
boleh tak?

farah,
keje mana? kejelitaan kut.





bapak penat.

alif-mikail said...

peh! mahu pigi jepun aaa...

Pan said...

si wong 2 de pe2 ke ngan lu???
lain mcm je...
haha...

Phoebus Athenos said...

aku suka gambau terkelempap kat pantai tuh...

nyeaahahahahah!!