Saturday, January 3, 2009

Bercakap dgn abg streamyx

HARI Rabu dgn Khamis lepas rumah saya takde internet. Entah apesal. Semuanya OK. Modem OK, lampu ADSL juga menyala dengan cerah.

Sebagai seorang lulusan letrek dan berpengalaman merepair benda², saya yakin dapat mengatasi masalah ini. Saya cuba cek modem dgn internet setting, OK. Cuba ping modem juga tiada masalah. Modem tu jawab balik. Saya tak mahu mengalah dan tak ingin call streamyx.

Saya bingung. Buntu. tak tau nak buat ape. saya cuba cara merepair orang dulu-dulu. Iaitu menepuk² monitor mana tau elok balik. Sah-sah la takde kaitan langsung..

Akhirnya saya mengalah. Saya talipon streamyx. Setelah menekan² beberapa kali baru la talian saya disambungkan kepada bantuan teknikal. Kata-nya-laahh..

"Klik!!' bunyi mcm orang akan talipon

"Hello boleh cakap dgn streamyx...?"

"Dapatkan pakej internet teee....emmmm bla bla"

Cilaka. kena tipu dengan mesin menjawab telepon. Saya berasa malu dengan telefon.Tak mesra pelanggan langsung. Nanti saya laporkan pada Sami Vellu. Beberapa belas minit kemudian baru ada orang jawab..

Abg streamyx tu suruh saya cek lampu ADSL la, cuba cek spiltter la..ala, benda² basic yg takyah diajar pun. Saya pun malas nak layan, tanya dia terus. Cuba cek port saya ok tak? dia kata OK. dia cakap betul dah 2 hari saya takde online, siap nak bagitau bila last login, bila register semua.

Hek eleh la dia ni.....perlu ke?

"Dua hari lepas encik Hadi ada tukar password kan?"

"Hoi. mana ada!!" kata saya sambil menghempas gagang telefon.

Jangan harap la saya nak mengaku dgn abg streamyx tu yg saya mmg lupa saya dah tukar password. Ego kena jaga. Lagipun saya kan lulusan letrek dan berpengalaman merepair benda-benda...

Kepada menteri berkaitan internet, lain kali suruh streamyx tolong tukarkan password dekat modem sekali. Semoga tiada lagi kejadian blushing depan talipon.

53 comments:

darkk25 said...

haha..pe hal la lu.
panda-panda mu la yoh.

stu_comot said...

hahaha..gile malu seyyy..wpun ckp kt fon je, org xnmpk..ttp malu sgt3..

ABANG AN-DY said...

"Jangan harap la saya nak mengaku dgn abg streamyx tu yg saya mmg lupa saya dah tukar password. Ego kena jaga." - machoism rupanya lu.Hakhakhak!!!Lepas ni kalo x boleh on9 gak,cuba check fuse letrik plak.Mana la tau,ada cicak beromen ke kat dlm tu.

Miko Yamaguchi said...

err, adakah kamu pasti kamu tidak nyanyuk? kerana lupa adalah salah satu simptomnya. hahahah.

cik yanhashim said...

kes anda sama ngan kes saya
cuma saya tak dapat pakai selama sebulan.
bangek betul.

macha_sezs said...

hahaha
dah lama tak gelak lepas baca entry anda.
semuga menjadi pengajaran kepada yang hidup ataupon sudah mati~~

orensangkuit said...

hikhikhik padan muke incik panda
kuikuikui

*i.am.me.for.myself* said...

menci telepon wat aduan stimik..
macam2 alasan bodoh dia bg..

paiseh said...

betul2... ego kena jaga weh.. saje la jadi jantan xdak ego.. kan..? kan..?? gua baru je tambah air bateri yamaha ego gua semalam.. bertenaga kenbali..

Anonymous said...

memang lelaki ego sungguh.Kalau lupa nak sambung kabel ke,plug kat suis tu, agak2 hempas telefon tu kat abg streamyx..?Bodoh sombong tul la...:)mamapower

KARKADEWA said...

btol2...
ego kene jage...
tapi malu la ngan abg streamyx weyh....!!

the elf said...

hahaha, yosh dah tua..

wiwita said...

wakakakaka.. giler malu...

masuk muka dlm lemari ler..

ahahhaa..

kecik said...

aku tlg gtau abg streamyx tu nanti. hoi.
malu la..

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

streamyx memang x boleh harap. anda mangsa yang ke berape puluh ribu entah

cujen said...

hahahahaha.

k.e.r.i. said...

sengal la mung ni.

haha!

Anonymous said...

Cilakak! Tersembur kopi keluar dr mulut aku baca entry ni.
Kelakar siot!

@t00neY r00neY® said...

sape yg tukarkan password tuh...mesti bukan anda!!konfem bukan anda...

Dzulkarnain Mohamad said...

anak lelaki pantang mengalah

*mengalah = mengaku salah

sarloamd said...

hahaha.
mesti sampai mati dia ingat username ko. silap-silap perbualan tu direkodkan dan kemudian dimainkan semula kat pekerja-pekerja baru masa training.

hahaha sekali lagi.

ilazz said...

Ko ni apa la. Kan dh buat dosa kering jek. Abg streamyx tu x bersalah tauu.

Encik Bibir said...

anak lelaki kene ego! ko berak tak flush pon mesti ko x nganku kn

sebelahkiri said...

haha...
syok nampak tulis byk entry time cuti panjang nih..huhu

Yeahh en bibir Anak lelaki mesti kene ego...
mcm Shin chan yg menyalahkan ibubapanya yg selalu sesat kat shopping complex...haha

CiKKERR said...

kalau ko nak tau yoshz.. aku la abang stemik tuh... wakakkaa...

Pengejar Masa said...

hahahaha! kantoi!

yoshz said...

darkk25,
ler tak abih2 lagi dgn panda?

stu_comot,
talipon tu gelak kat kita..

abang an_dy,
dah cek. mmg ada cicak tgh doggie baik...

miko,
maklumla..aku kan dah tua. uhuk uhuk.
[minum kopi pekat sambil urut peha]

yanhashim,
tahape hape kan stremiks tu?
lain kali bgtau la kita dah tukar pw.

macha sezs,
cis. cerita yg membodohkan diri sendiri itu yg kau suker kan?

oren,
sapa panda? sapa?

i am me,
paling bodoh: "tak cukup port"
bengong betul

paiseh,
mesti bertambah-tambah ego motor kau.

mamapower,
saya ego dgn kapitalis² je. dgn org lain saya ok

karkadewa,
takpe. bukan ade webcam

the elf,
mmg. dah masuk liga pakcik2 dah ni

wiwita,
masuk dlm jamban pastu flush

kecik,
gi la bgtau. nama dia rahimin

hafidz,
nak menunggu tu sikit punye lama. mcm pokem

cujen,
ha-ha

keri
dem la yu!

anonymous,
hahaha. padan muka. mesti monitor bau kopi

@tooney,
ntah sape ntah. mesti hensem budak tu

dzul,
dah mmg tak salah. nak ngaku apenya..hehe

sarloamd,
woi janganla cakap camtu. cuak aku ni.

ilazz,
ala abg streamyx je.mesti dia suka kalau dia baca ni

en bibir,
mmg tak pernah flush pun. eh silap, tak pernah tak tak flush!

sebelahkiri,
"kakak, ayah saya hilang" haha. ni mmg lawak dia yg paling aku suka

cikkerr,
kau ada misai tak?

pengejar masa,
syyyy...

budak_shinchan said...

shin dok terbayangkan kalo kalo abg streamyx tu adalah idrul nafis.. mmg semacam ayat2 dia.. woaaa.. miss him! *tetiba

budak_shinchan said...

pakcik yoshz.. baper eko bapak semut emak semut.. anak cucu cicit semut dah pakcik telan sampai lupa lupa ni ngee.. seko 40 ari taw! m(^o^)m

ladynina said...

hahahaa... bila baca entry kamu ni, tak tahu nak ckp apa dah. mcm nk pukul pun ada. hahaa !

FarhanaLicious said...

satu cubaan cover line yang sungguh berani!

Fiziy said...

HAHA byk makan semut ni.

abuirfan said...

Thehehehe... kelakar..

antusabun said...

Punya la lu ego. Kalau gua abag streamyx tu boleh jadi pertumpahan makian tu..haha

suhanazainal said...

sami velu pun tak lupe dia tuka paswed tau.

Hidemichimomotani said...

selain hentak monitor tu cuba hentak kepala pulak lain kali...mungkin bleh solve masalah nyanyuk ko tu!

eija maskulin said...

hahahaha sian abg streamyx, rakan sekerja aku..... sib baik TM byr lbey utk melayan pertanyaan ^ perangai² pelik para user streamyx....

tasikmerah said...

tanda2 nk dapat kencing manis nih... ha ha.

junjung la ego tinggi2 min.... he he.


.

tasikmerah said...

isk... ini blog dak yoshz. ingat blog rahimin. gua dh tersilap da.... ha ha.


.

padelkopak said...

sori bai!gua bab2 setting internet ni mmg slow sket...

chucky said...

org x salah mmg suke hempas telepon,x pon hempas komputer

yoshz said...

shinChan,
ntah. mungkin makan banyak kuih sarang semut raya lepas
tak pun tertelan kelkatu

ladynina,
jgn pukul aku pls. abg aku taewondo

farhanalicious,
sungguh dramatik kan? mcm drama tamil

fiziy,
dem.

abuirfan,
welkam!

antusabun,
mana boleh. semua perbualan kan dirakam.
nanti tak pasal2 ada kat youtube.

suhanazainal,
tapi dia lupa yg dia bukan menteri lagi.

hidemichi,
dah selalu buat. sampai retak dinding rumah aku.

eija,
chih. macam tu punye tapape servis dia bayar lebih?
baik naikkan gaji sami velu.

tasikmerah,
blog aku kau samakan dgn blog dia yg tak best tu? cis! hentak mouse.

padelkopak,
ala mcm abg stremix tu terer sangat jer.
setakat baca manual semua org boleh bang!

chucky,
yah. hentak meja paling nikmat..

mrblind said...

ego lu tinggi sangat bai..makan diri nanti..hahaha

aRe You? said...

wuarghahahahahaa...u never failed to make me laugh!!!

idup hadi raja lawak :P

yoshz said...

ego aku mmg tinggi. mcm sergei bubka. apa yg makan diri nye? egoku adlah daya penarik.

weh ayu, raja lawak musim 3 tak best arr...sengal melampau

Donut said...

lucu..lucu...panda mung buat lucu.

vee said...

Aku cuba imagine pekerja streamyx tengah bantai gelak lepas ko letak phone.

haha. Memang ahhh

kumbangkecil said...
This comment has been removed by the author.
kumbangkecil said...

hahahahahahahaha. tak boleh blah seh. dan panda panda kaw lucu gila. :D

kumbangkecil said...

hahahahahahahaha. tak boleh blah seh. dan panda panda kaw lucu gila. :D

rose emely said...

hehehehe...
lelaki mmg ego. sendiri punye salah...tetap baekkkkkkkkk punyer cover!!!

aRaBeLLa said...

siottt je..huhu ..sian kat bebudak nieh..dah le banyak dak baru..

nuyuljana said...

ehehe.

bengang gilewwww!!!!!

:))