Sunday, January 18, 2009

Snippet-snippet sepi

1.Halo. sudah lama saya tidak membelog. saya busy. kerja saya memerlukan saya bergerak pantas seperti ambulans. Jadi gomenasai, saya minta maaf kepada peminat belog. Kepada siapa yg tak minat, hahaha padan muka. Korang takde modal kutuk saya atau Mimi. Hahaha...

2. Ijat, kenapa kalau saya cerita pasal Israel saya dikira updated? Cerita tu dah lama. Lagi buat saya outdated adalah. Dari tahun 1945, 46 ntah. Kalau kamu bukak paper tahun 1980,90, ke 2000, ceritanya sama. Cuma jumlah angka kematian adalah berbeza.

3. Lagu bodoh

'Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta....'

Bapak kau mmg bodoh. Kau budak kecik mana la reti bawak kereta. membazir betul.
Entah siapa la cipta lagu ni.

4. Cikgu yg marah

Rasa marah membuatkan individu mengucapkan kata-kata yg tidak rasional. Kdg2 gagal ditafsir oleh masyarakat. ini terjadi kepada beberapa org bekas cikgu saya:

"Kalau ikutkan hati saya, saya tembak kamu. Kemudian, campak kamu di tepi sungai. Biar kamu mati......dimakan.......katak puru" -cikgu Gufri alpiah sambil ketar2 bibir.

Ala, kalau dah kena tembak apalah sangat kena gigit katak puru. tak takut pun. bisik hati kecil saya.

"kalau saya nampak kamu keluar malam, saya langgar kamu dgn kereta. Kemudian saya reverse dan langgar kamu sekali lagi. Kemudian, saya keluar dan ludah kepala bapak kamu"
-cikgu ringo

Bapak saya kat KL. apa hal tiba² dia ada kat ipoh? dia nak makan ss ali popiah ker? takkan cikgu nak beli tiket bas datang KL semata-mata nak ludah je?

bersambung.....

5. anak mat nor

Minggu lepas, Mimi telah terjumpa blog anak Mat Nor.

"Hey, sori la. Blog dia lagi best dari blog u. Kelakar gila" katanya

Saya hanya tersenyum. Diam. Mata pandang meja.

Beberapa saat kemudian,

"alaa...bapak dia kartunis. Boleh laa.." kata saya sambil berlinangan air mata. Saya berlari ke kaunter mamak untuk mengambil tisu.

Lebih kurang 2 hari jugakla saya pasrah. Tapi, pikir2 balik, apadahal. Blog saya ada chatbox, dia takde. Hahaa...

6. Sekian

Sekian sahaja buat kali ni. Saya ada hal. Bila ada masa nanti saya update.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehla kita bergusti sumo...

49 comments:

@t00neY r00neY® said...

tapi lagu bapaku pulang...ko pon nyayi dgn semngat mase skolah rendah dulu kan?
siap pusing² stereng??
kn?
kn?

Miko Yamaguchi said...

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehla kita bergusti sumo...

ni jawapnya (walaupun encek yoshz x jual pun)

kalau bole bergusti sumo,
marilah kita bersumur di ladang.

sekian.

Dzulkarnain Mohamad said...

perlu ke ada sambungan utk cerita cikgu yang marah?..aku cukup anti dengan cerita tak habis..sambung cepat!!

darkk25 said...

aku pun..anti sgt cerita bersambung..

kasi sambung weih

valsa nine said...

yang tak tahan, nape sampai nanges dalam pasrah? haha

lawal tol!

ade chatbox tu satu kelebihan ke?
whahaha

seb baik blog aku ade!
p/s: cuma blog aku tu tak best jer.. haha *sigh*

JatBee said...

haa mcm ni lah ada entri baruu..kipidup!btw, aku ijat :D

kecik said...

yoshz, ko pny snippets sal cikgu tu aku xphm.
btol2 ko ngah xde idea la ni eh?

p/s : mimi, slalu ke yoshz nangeh?

ABANG AN-DY said...

Bergusti sumo la ngan cikgu tu nengok... sape Rikishi sape Andre the Giant.

* Katak puru Naruto besar woo... lu jgn main gila.

paiseh said...

lu skolah kat mana n i weh.. cikgu pun dah ayat2 jahat... budak2nya gua syak baik siket dari rejim.. kut. hahahhaaaa...!!

Che Sue said...

katak puru buley gigit ke?ada gigi ke?aku dulu tak dan wat anatomi bedah katak..dah kena campak masuk vokay..slamat katak2 tu dr aku!

KARKADEWA said...

ntah..
ape brg..
blog ko de chatbox kan..?

kay said...

okla bapa dia beli beli kereta..bapa aku bawa katalog je balik..lagi satu,katak puru gigit tu..tak leh blah sungguh..tak pernah lak aku tau..katak pisang gigit tak?

farah sr said...

best pe lagu bapaku pulang dari kota tu.

lagu tu masa aku skolah darjah satu tahun 1987. cikgu ajar. best.

sebelahkiri said...

Tu aa aku betul2 x setuju dgn lagu tu...apa la bapak dia belikan kereta..beli la playstation 3 ke..basikal ke..x pon paling kurang belikan aa makanan ringan..isk2

.farah. said...

haha kelaka la entri ni.cekgu en yoshz ckp mcm tu ke? iskh..cekgu pun mcm bebudak kan.

mrblind said...

gua nak letak 2 chatbox..baru best dari blog lu..hahaah

Monkey D Luffy said...

hahaha... ada ker awek ko terpikat kat anak mat nor tu? hehehe.

tarabaz78 said...

huh...

kepala bapak bodohnya lagu..
tapi ngko pun nyanyi dulu... hahaha

lagik satu lagu bodoh..
"dimana dia anak kambing saya"
"anak kambing saya ada..."

Huh cam celaka... sekali member baek.. dia samakan ngan kambing...

suya said...

sile sambung cite bapaku pulang.timekasih

tasikmerah said...

katak puru tu goreng pun sodap!

hahahahaha....


:p

Kikuri said...

Cikgu kau semuanya hati kering! Cheh!!! Nasib baik hati aku basah...

NoName said...

hahahaha...cikgu kau boleh jadi penulis buku hikayat merong mahawangsa.hiperbola sungguh.anyway..ade lagi lagu bodo.contoh..air pasang malam surut pukul 5,nyonya bangun pagi siram pokok bunga.kalau umah die xde pokok bunga?

x logic langsung :P

aRe You? said...

cikgu STAR memang macam tu ke?hehehe

blog u lagi best.sebab ade mimi.kalau u break ngan mimi,sure dah x best

sarloamd said...

lagu kereta tu bukan kereta betullah encik yoshz.
kan kereta mainan tu.

ah-ho...ah-ho...ah-ho..

Encik Rasis said...

cikgu gufri pernah marah sambil maki hamun mcm tu ke? tak tau plak aku...

macha_sezs said...

apejadah kene ade sambung2 plak?
cite besiri ke?
cube tiru spa Q sezen dua??

Hidemichimomotani said...

Dari jauh bunyi berderu-deru...
Ku sangka angin yang bertiup kencang,
Rupanya air yang berterjun tinggi,
berlompat-lompat dengan tak berhenti...

Lepas dpt kereta tu dia ajak pergi tgk air terjun pulak!

fadli halim said...

version aku dgr lain...

ringgo tak kata 'ludah kepala bapak kamu'...

dia kata "langgar kamu, kendian reverse, pastu langgar lagi, kendian reverse..." <--lebih kurang gini la (menunjukkan betapa brutalnya dia....)

Encik Bibir said...

blog si ank mat nor tu ada org buat baju ker? xde kn so ko lagi best. haha

Facet said...

Hai Hai Apa Khabar :-H (ikon ym)

Eh eh! Ingat chatbox la.. sori :-H (lambai lagi)

p/s:timing sunggoh aku baca entri kau pepagi nih.kembang bulu beb.

Encik Rasis said...

betul tu encik fadli... saya sokong... tapi kalau tak silap aku, ringo nak langgar dengan steamroller... hohoho...

suhanazainal said...

kereta kecil warna merah,
......,
marilah adik mari naik (camane nak naik kete kecil???)

walaupun lagu tu bodoh, aku pun enjoy lagu tu mase darjah 1 dulu.

orensangkuit said...

keje gomen ke bang skrg..nampak bz sgt
hahaha
padan muke kan

lagu bapak ku pulang tu besh jugak ape..

alif-mikail said...

ah! snippet manjang!

(pssst : padahal koi tak reti buat snippet ni hahahaa)

eija maskulin said...

tulis lagi mcm nih.. at least aku terhibur.

kadok said...

"papaku pulang dari kota..papaku belikan kereta..kereta KECIL warna merah..bole kubawa kesekolah..pon pon pon pon pon pon pon pon pon."...hahahaha...aku rasa ko salah paham tentang lagu tu..."kereta kecil" tu hint dia..its a toys...ke aku yg silap lirik?...:p

Pan said...

kereta kecil warna merah...
bole ku bawa ke sekolah...
haha...
mmg bodo lagu ni...
dak skola mne bole bwk kete...

mimi said...

abg,

sorry mimi tak mean nak buat abg berlinangan air mata hari tuh bila mimi cakap mimi suka baca blog anak mat nor. i just like her writing, her language lingo and the way she arranges her sentences to become climactic and funny.

blog abg masih sentiasa blog pujaan mimi. spt jua abg...;)

nnt mimi gi US, abg kene update blog abg selalu yah. i'm gonna miss your jokes! huhu.

Anonymous said...

Finally ur back!!!!...miss ur writing...bla...bla...bla...(pujian la konon)...keep up a good work:)mamapower

mugiwara said...

hohoi~

cerita bersambung tu seminggu skali keh 2 hari seminggu?

k.e.r.i. said...

encik yoshz, boleh tak aku panggil ko bodoh + gila?

atau senang, bola?

hahaha..

Pengejar Masa said...

Mimi curang dgn kau!

Pherry Clucker said...

yosh. isap okok jom.

Bunga Binti Nordin said...

muakakak..
sumo?
siot la lu

yoshz said...

@tooney,
eh camne ko tau psl pusing2 stereng tu? malu aku..

miko,
siakap,senohong,gelama,ikan duri,
semuanya terdapat di Aquaria.
datangla beramai2..

dzul,
perlu. psl aku takde idea lagi. tunggu ya..

darkk25,
kejap la. belum sampai idea lagi.

valsa nine,
chatbox penting bagi mengekalkan jumlah pelawat walaupun takde entri.

jatbee,
ko ijat lain. tapi sama2 tak hensem.

kecik,
itu antara kata2 hikmat cikgu aku tinggalkan. sebagai pedoman menghadapi krisis ekonomi

abang andy,
**kuchiyose no jutsu!** alamak keluar berudu pulak

paiseh,
cikgu dia jahat bebenor.suka makan nasi ayam kat bilik guru sambil rait buku.
kdg2 ada buku latihan ada bau ayam

che sue,
katak ada gigi. ketika mereka berudu mereka menggunakan gigi susu.
dah besar baru ada geraham bongsu

karkadewa,
ya. chatbox aku lagi seronok dari @15. korang patut bayar 50 sen

kay,
katak pisang gigit budak nakal kencing malam je. budak baik dia tak kacau

farah sr,
lagu tu best. tapi lirik dia mengandungi unsur materialistik ala john hafis

sebelahkiri,
ko sebelah kiri saper skang? kesian ko dapat bapak kedekut.

farah,
di sekolah kami, budak yg selalu mengajar cikgu.
cikgu hanya mengajar bila budak gi kantoi cikgu melepak kat bilik guru

mrblind,
baik ko letak telepon awam je kat blog. dapat duit

monkey,
anak mat nor tu pompuan ler....

tarabaz,
nyanyi je la. kalau tak kena berdiri luar kelas junjung krusi

suya,
nak sambung mender? bapak dia mati last2..

taskmerah,
lagi sedap goreng cili. cecah sos lingam. peh..

kikuri,
owh...tunggu sambungan lagi.tengok kering tak kering la hati mereka.

noname,
owh. aku dulu nyanyi air pasar malam....

are you,
macam tu la cikgu sekolah poyo tu. malah lebih dahsyat...

sarloamd,
bakaa...kereta mainan mana boleh ajak kawan naik. lagipun mana ada keta mainan bunyi pon-pon-pon.
dia bunyik wiuw wiuw wiuw. mcm kung pow

rasis,
ahaa...ko takde masa tu. sumer hi council kena panggil. hosmen...hosmen katanya

macha,
ni citer Kill Bill maa...aku intro dulu watak2.pastu cincang sumer dgn pedang

hidemichi,
ok. lepas ni lagu 10 budak india.

fadli,
mmg camtu. tapi si mamat yg tokok tambah mcm cilaka.ko jgnla bocor rahsia

encik bibir,
aish. terharu aku. tapi bapak dia.....

facet,
hoi kamu! dah lama tak komen. hi asl.

suhanazainal,
ala budak darjah satu sumer bodoh...nak nak kelas belakang belakang

oirensangkuit,
kalau aku keja gomen, dah tentu la tak bz kan. sempat main kompite sampai makan karipap lagi.

alif,
snippets la senang! bagi minda-minda yg aktif dan berseni. haha

eija,
chis. ingat aku pusat hiburan keluarga taman maluri? hehe

kadok,
marila adik mari naik...
sah sah bapak dia beli kereta betul.

pan,
ho'oh.budak sekola melintas pun tak reti. main redah jer...

mimi,
tak perlu minta maaf. hati ini telah dilukai. echeh..
takdela. i admit; she's good.so is john hafiz.
mana ada nangis daa...saje nak tipu readers. diorang ni mmg suka ditipu.
thx 4 ur support. i promise i'll write. luv u.

mamapower,
tulis mcm ni punya cincai pun mama suka?
haha. rasa macam picasso plak. main taram je cat. org beli juta2.

mugiwara,
aku tak pasti. bergantung pada stesyen televisyen.

keri,
ok jugak. aku nak panggil ko ping pong. psl aku rasa kau cina.

pengejar masa,
benci! tekup muka dgn bantal..

pherry,
kat mana? belakang? kantin? haha...aku miss kopi mesin tu.

bunga,
aku takleh imagine gusti sumo di ladang. bapak gatal nye badan kena rumput.

yoshz said...

peh lenguh.

mcm baru lepas beranak.

Encik Rasis said...

er, lepas beranak tu macam mana?

sinaganaga said...

mmmmm, mcm mana boleh timbul nama 'mimi' ni? mmmmmm....

kotak-katik said...

edisi menangis lari2 amik tisu tu....

aku tgelak.