Tuesday, February 10, 2009

Cikgu yg marah (chapter 1)

Namanya Cikgu Ahmad Jais. Dia hidup dlm dunianya sendiri. Dunia yg penuh warna-warni dan penuh muzikal 70-an. Dengan kemeja lengan panjangnya, berseluar yankee bell-bottom entah berapa inci ntah. Kami menggelarnya Cikgu John.

Hari tu sangat panas. Tapi hatinya lagi panas mcm seterika. Pasal dia tengah mawraaahh....

Dia berjalan laju2, tapi masih mengekalkan gaya John Travoltanya. Tempat tujuannya adalah kelas 5S. Dia ada hutang yg perlu dilangsaikan..

Di sudut tangga, kelihatan Cikgu Mat Nor sedang mundar-mundir. Hape jadah la dia buat kat situ. tah dia nak pergi mana pun takde siapa yg tahu. Dia mmg selalu mcm tu..

Budak2 di kelas 5S masa tu cikgu tak masuk. Ada yg tidur, conteng2 meja dan buat bodoh. Hazim seperti biasa menyamar beruang berhibernasi. Sambil merembeskan air liur bagi mengawal suhu badan.

Mahata pula sedang mengira berapa menet lagi nak waktu lunch. Dalam kepalanya sedang membayangkan dirinya makan daging masak kicap. Of cuz dengan nasik tambah. itu wajib.

Tiba-tiba Cikgu John menerpa ke dalam kelas. Seisi kelas amat terkejut. Mimpi indah musim sejuk Hazim tamat begitu sahaja.

Cikgu John: Sekarang waktu siapa? Mana cikgu?

Kelas: Waktu cikgu la. Kenapa lambat?

Cikgu John: Oh ya ke? saya tahu la!!

Walaupun cikgu John amat malu, dia buat tak reti sahaja. Dgn sebelah tangan cekak pinggang, sebelah lagi pegang pintu. Baginya gaya amat penting dlm apa jua situasi.

Cikgu John: Hassanul mana? Mana diaaa?????

bersambung...

p/s: tiada binatang yg dicederakan dlm pembikinan filem ini. Kalau ada pun itu hanyalah Hazim.

30 comments:

wiwita said...

ok.. ni dah macam kisah benar aku je.. chett!!

kecik said...

ya rabbi.bersambung lagi. cepat abeskan yoshz!!!!!!!!!!!

Monkey D Luffy said...

hahaha... hasanul ketua kelas ker?

adin said...

"Hazim seperti biasa menyamar beruang berhibernasi".......cube tunjuk kn gaya tu yoshz..

Fiziy said...

to be continued..

selamat tak yah nak download mcm cite tv series.

alif-mikail said...

peh1 ni macam drama bersiri SUTUN kembali lagi je.. ahhahahaha..

aok ada skandal dgn cekgu Yoong la koi syak.. hahahaha

Hidemichimomotani said...

Hazim tu mangsa kerosakan sampingan (collateral damage)

Kikuri said...

Amboi. amboi, amboi... sedap kau mengata cekgu kau ek?

P/S
Sejak bila kau buat cerpen bersiri ni?

dialicious said...

Hassanul sedang main game di ipoh parade!

sultan said...

masa cikgu lambat masuk la bole cepat2 tiru buku budak2 pompuan kasik siap homework...

Encik Rasis said...

hahaha... seb baik aku tak pernah malu macam Cikgu Ahmad Jais...

rahimin idris said...

eleh, tak reti nak buat ending la ni main sambung2. ko matikan watak mat jais tu kan? di bunuh diri terjun bangunan sekolah..

HazirahMahadzir said...

"Hassanul menyamar jadi papan hitam,cikgu!!!"kata salah seorang pelajar dgn penuh keyakinan.

err..betulkan?xD

miezi said...

sila sambung dgn kadar segera. Eheh

BudAk hijAu said...

gaya mutu dan keunggulan!!

kim slm kt cikgu kamu.die sungguh memikat hati sy! :D

Princess Liyana said...

knapa dia cari Hassanul?ahaha

Anonymous said...

hazim lagi....apa dosa hazim kat awak ni...cuba cita sikit....kesian kungfu panda ni....
:)mamapower

KARKADEWA said...

hasanul terlupa hari ni ade sekolah...

Rajuna said...

asik2 citer cikgu,
bosan.



haha

Pan said...

hazim menyamar jd beruang...
ko pulak menyamar jd pe???
haha...

kay said...

aduh..bersambung lagi..

mahata said...

OMG true story!

@t00neY r00neY® said...

sgt puitis...
xtergambar oleh perkataan

Encik Bibir said...

hassanul telah mengorat bini nye yg sedang mengajar di kelas 5J

hajime said...

yea!
aku nye bab 1 sudah pos!

antusabun said...

Gua masa jadi cekgu pun ada jugak perangai macam cekgu jonhn tu... Budak takut..haha

Qaseh.Darwisy said...

Hasanul da buat hal...g cari Hadi tanya..mesti dia tau mana Hasanul..

yoshz said...

wiwita,
kita berdua adalah encik malang lalalala~

kecik.
maleh la plak nak sambung. tetiba aku rasa menyesal la pulak buat mcm ni

monkey,
takla. ketua kelas jojoe. sangat la tak berkualiti dia tu

adin,
gaya dia sangat hodoh bagi org2 biasa untuk tunjukkan

fiziy,
hehe. sapa kata. nanti aku nak post kat utube, korang nampak tulisan je la

alif mikail,
HAHAHAHA. sutun episod raya ni..

hidemichi,
dia umpama bahan ujikaji peperangan sahaja. bom sulfur tu mmg suka sangat meletup kat dia

kikuri,
nikmat mengutuk cikgu adalah no 1. rugi kita sama sekola dulu

dialicious,
aku main kat jubilee daa...
weh aku reply komen kat menara naluri ni. mana kau?

sultan,
sekolah aku ada perempuan ker?

rasis,
kau kan kaki mencari publisiti dulu2. keco lebey. haha

rahimin,
bangunan sekola aku tiga tengkat je. kalau jatuh pun setakat lenguh2 sendi jer.

hazirah,
hahaha. tak. aku menyamar jadi lantai bilik darjah

miezi,
aku rasa malas sambung. menyesal plak buat camni

budak hijau,
mmg dia sangat memikat ada misai. tapi dia selalu migrain. ntah apesal

princess liyana,
kerana dia meminati cara penulisan ku yg amat luar biasa

mamapower,
banyak dosa dia ni kak...tawaf kaabah 40hari pun tuhan susah nak ampunkan

karkadewa,
aku mcm buat2 lupa kut...haha

rajuna,
ah kau pun dah tak punk rock. menciks taw!

pan,
aku menyamar jadi pemadam papan hitam.

kay,
biasa la. citer melayu mmg cenggini.

mahata,
yah. be prepared.huhu~

@tooney,
aku pun tak faham komen ko ni. haha

encik bibir,
mana la ada kelas 5J. ingat aku sekolah STF kerr?

hajime,
asal ko tiru aku? alib codek pidah manan betul la..

antusabun,
jadi bagai9mana teknik cover malu kamu? sila tunjukkan.

qaseh,
baik tanya Yoshz ajer. tgh sedap tidur dia tu.

hajime said...
This comment has been removed by the author.
mimi said...

kepada sayang, mamat, hajime and jojo,

ending kepada cerita nih mmg sangat klakar!! hahahha sayang tolong lah buat sambungan cerita nih...mahata's musical version yg paling tak tahan!!

mimi yg sedang gelak guling2 kat osaka