Friday, February 13, 2009

Cikgu yg marah (chapter 2)

Ketika itu saya sedang sedap tidur. Tanpa gangguan nyamuk dan sunyi sepi tanpa bunyi cengkerik. Pasal masa tu waktu siang.

Saya masa tu tidur dekat kiub Blue. Kiub adalah sebuah bilik kecil yg diantara loker yg diatur dengan dinding jamban. Takde apa yg best pun. Bilik biasa je. kecik pulak tu. Tapi kalau nak harap budak sekolah saya nak panggil 'bilik' sebagai 'bilik' mmg jangan harapla. Mesti nak bagi nama lain jugak. tak nak sama ngan orang lain.

Kami sememangnya bangsa yg selalu percaya diri kami lebih mulia dari budak sekolah lain. Terutamanya MCKK. poyo kan?

Masa tu saya bertiga kut dalam kiub. Escape kelas baik punya. (tengok tu. mesti nak cakap escape kelas. cakap je ponteng kan senang?) Saya, Tenuk ngan Alib kalau tak salah. Tidur dlm kiub mmg best. Ada kipas angin. selalu kitorang bukak terus speed 5.

Tiba-tiba, tidur saya dikejutkan. saya baru mimpi Natalie Imbruglia. Masa tu lagu Torn tengah top.

"Yoshzzzz, John nak jumpa kau!!" kata seorang rakan saya sambil mengetuk pintu kiub. Ntah siapa tah saya tak ingat. Bachok agaknye..

"Tipu ah. Mana dia kenal aku?" kata saya sambil mengesat air liur suci di bantal Tenuk. Kalau Tenuk nampak ni mamposla saya...

"Betul ni. aku tak tipu. Mak aku cakap saper tipu dosa besar. Dia sebut nama kau" ujar Bachok dengan skemanya.

Tak mungkin John kenal saya. Padahal dia cikgu baru.

Entah2 diorang nak buat surprise birthday saya kut...

Hehehe. Saya cuba sedapkan hati. Masa tu saya masih lagi mamai gila babi.


bersambuing.....

14 comments:

DIK AN said...

Shit betul! Bersambung lagi!

* Ooopss! Ter-mencarut pulak!

yoshz said...

mana ada. kali ini bersambuing..

DIK AN said...

Hahahaa! Tak perasan salah typing.

Kikuri said...

Yek eleee... bencila saspen.. Apsal nak bersambuing pulak?! Ia membunuh saya!

yoshz said...

drama melayu mestila bersambung. barula makcik2 kerja gomen ada semangat balik opis petang2.
termasukla cikgu2. ooopsss...

Qaseh.Darwisy said...

alaa...citer x smpai stengah jam pun lagi..iklan pon x sempat keluar.dem!

HazirahMahadzir said...

pehh..glemer jugak nama Hassanul sampai cikgu baru pun kenal??
ahaha~

Kikuri said...

Jari kau takde insurans...

Johan said...

Ahahahhahaahahhahaa
Akhirnya Yoshz mengambil langkah berani untuk mendedahkan kisah suci ini...

Kpd kawan2 yg tension pasal kisah ini bersambung2, it's worth it. Inilah kisah yg akan mendedahkan mengapa Yoshz begitu membenci seluruh umat yg bernama Cikgu.

Peristiwa ini disaksikan oleh seluruh kelas 5S. Saya selaku ketua kelas hanya mampu mentertawakan Yoshz di dalam hati. Tapi ada jugak insan2 yg tak mampu lagi menyimpannya di dalam hati, dan kekehan2 mereka jelas didengari..

Monkey D Luffy said...

adoi... dah bersambung lak..

valsa nine said...

wah encik Johan, kamu membuatkan aku membayangkan aku turut sama mendekah-dekahkan ketawa aku kepada yoshz..

cepat yoshz. tak sabar ni..

kah kah kah..


kah kahhhhhh

Johan said...

Eh cik valsa nine, tak baik taw ketawakan org lain. Ni bukan citer kelakar ni, ni cerita sedih. Cuma yoshz je yg buat2 mcm kelakar supaya tak nampak kesian sgt.
HAHAHAHAHAHAHAHA

cik tukang baca said...

suspen betui nak tunggu ending.. hahah

orensangkuit said...

wahh boleh buat novel niiii