Sunday, February 22, 2009

encik bas

HARI tu saya kat KL. Nak balik asrama. Jadi saya pun pergi la ke Puduraya nak beli tiket bas balik ipoh. Kawan saya dua orang (Zak ngan Toye agaknyala. bukanla diaorang ni signifikan sangat sampai abg yosh kena ingat berbelas tahun) janji nak jumpa saya dekat puduraya.

Masa tu takde henpon.Setakat kena tunggu org 20 menet tu mcm takde apa la. Takdenya lambat 5 minit pun dah sibuk nak tepon tanya kat mana.

Jadi, saya pun tercangak la mcm orang bodoh tunggu diorang kat puduraya tu. Ntah berapa minit tah tunggu. Masa tu pun saya takde henset nak tengok jam. Tunggu punya tunggu mereka pun muncul. Saya tengok mereka datang takde pun bawak plastik kentaki. Kesimpulannya, harapan saya utk dipujuk dgn ayam kentaki dan air gas musnah.

Kemudian, kami pun membeli tiket sebanyak 3 keping. Bas pukul 1.30. Sekarang, baru pukul 12.30. Ada masa lagi ni. Nak buat apa ni?? Hasil rundingan damai di antara 3 pihak bertelagah, kami bersetuju untuk lepak kotaraya jap main game.

Oleh kerana saya amat terer main game, mereka terpaksa menunggu saya utk main sampai bos. Tanpa disedari, jam kedai game telah menunjukkan pukul 1.35. Kami pun cemas la apa lagi. Takut kena tinggal bas. Terus kami berlari mcm cilaka menuju ke puduraya. Bas transnasional ketika itu amatla punctual.mcm gampang. tak tunggu orang.

Dlm keadaan kelam kabut itu, Zak nyaris dilanggar motokar. Sipi lagi nak kena. Kecewa betul. Bila sampai di platform yg ditentukan oleh akak tiket, kami melihat bas masih ada lagi. Fuhh...tak sangka bas setia menunggu kami bertiga yg dah putus nafas ni.

Sebaik saja kami mendapat tempat duduk, bas pun bergerak. Masa dlm bas, kawan saya berdua telah mengacau2 awek 2 org yg duduk berdekatan kami. Abg yosh masa tu budak baik, duduk baca buku diam2 je tak kacau orang. Berdasarkan hasil pemerhatian mereka, awek2 tu nak balik asrama jugak. tapi tah kat negeri mana ntah tapi bukan kat perak. kat melaka kut.

Kah kah kah! Mereka berdua menggelakkan awek2 tersebut dengan tanpa belas kasihan dan kasih sayang sesama binatang. Saya geram dgn tingkah laku mereka yg biadap itu. tak respek pompuan langsung. Tgk macam saya, gelakkan mereka dlm hati ajer..

Muka awek2 tu cuak nak mampus. Saya rasa air mata mereka sikit lagi nak menitis. mana tak gabra, kalau sampai ipoh nanti diorang nak patah balik ke selatan kan ke jauh. Kalau lambat pintu asrama nanti tutup dan pengawas ambik nama.

Tidak lama lepas tu, bas berenti isi minyak. Saya pun mengesyorkan supaya awek2 itu mintak kat abg driver tu turun situ dan amik teksi ke, bas ke balik puduraya beli tiket lain. Mereka akur dan terus berjumpa abg driver utk mengadu masalah mereka.

Mcm ni la org pompuan. Leceh. Suka menimbulkan masalah. Selalu tak pikir panjang. dahla sikit2 mesti nak masuk Guardian cari apa ntah. Eh, apa kaitan. saya terus mengomel dlm hati.

Tiba2 terdengar suara abg driver tu bertempik pada pompuan dua ekor tu,

"Memangla bas ni pergi Melaka. Bas Ipoh dah bertolak dulu pukul 1.30. Platform sama. Dah. Gi balik tempat duduk"

Saya,Zak dan Toye pun berpandangan sesama sendiri sebelum turun dari bas.Masing2 menggelabah.


+++++++++++++++++++++++++

"Muka awek2 tu cuak nak mampus. Saya rasa air mata mereka sikit lagi nak menitis"


Sekarang tukar perkataan 'awek' di atas dgn 'budak'. Gambarkan betapa pasrahnya kami terpaksa balik ke Puduraya dan bazir sembilan ringgit lima posen beli tiket baru.


Dahla terpaksa jadi 'makhluk tuhan yg naik teksi'.


Pasal tak tau bas ke puduraya kena tunggu celah mana.

47 comments:

the elf said...

wakakakakakaka..padan lah muka.sape soh kacau anak orang..

HazirahMahadzir said...

"Abg yosh masa tu budak baik, duduk baca buku diam2 je tak kacau orang."

macam nak menangis baca statement berani mati kau ni Yoshz!

haihhh~

Anonymous said...

hahahaha..akak tengah imaginasi rupa yosh yang masa budak baik tu...for sure skema.,,,buat lagi, anak dara orang...kan dah kena:)mamapower

bokbon said...

sumpah lu memang kelakar yoshz

ab geldofg said...

dah lama aku tk ke puduraya.....tringat masa budak2 dulu

Che Sue said...

wahahhaha...
errr...adalah tak baik gelakkan org..sb gua pun riso tersilap bas..eh? aku penah gak kena gini! nk balik ipoh dr manjung, tup2 sampai pudu! babi kena tido kat pudu sampai kaunter tiket bukak!

o-y-e-t-t said...

kamulah makhluk tuhan yg naik teksi

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..aku dah agak..tu la sapa suh main game sampai bos..

amirahsyuhada said...

ye,ye,ye padan muka!! Aku mewakili semua kaum perempuan dibumi ini bersorak keriangan, siap buat lompat bintang lagi!!

hedgebeewhy said...

aku dulupun jaguh main game athelitic kat kota raya...main sampai tangan krem!

peminat said...

saye ada hadiah utk awak. jap tau. surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

macha_sezs said...

"Abg yosh masa tu budak baik, duduk baca buku diam2 je tak kacau orang."

agak2 la nak tipu pon~~
duse wehh~~

lalala~~

Rajuna said...

yosh..yosh.
ini lah yang dinamakan kebinatangan melampaui alam sekitar dan manusia.

Pan said...

hahaha....
budak pompuan tu konfem gelakkan ko ngan mmbe2 ko smpai pecah perut...
tu la...
gelakkan org sangat...
haha...

cujen said...

hahahaha...gelakkan dia beramai-ramai

Qaseh.Darwisy said...

Hahahahha...padan..

Smp ipoh jgn lupa turun kat Medan Kid..ceh,sesak!

valsa nine said...

mmg xtahan.. korang mmg konfiden gaban ek? kalo aku cr ponpuan2 tu, aku terus buat bajet kat korang.. sambil jerit dr tempat encik bas tu.. budak 3 kat blkg tu yg salah naik bas, mmg diorg tak tahu malu!

hahahahahahaaha
gelak guling guling hampir pecah kerongkong~

@t00neY r00neY® said...

adekah zak itu zakri namenye?
budak N.9?

neway...moral of the story ape?

@t00neY r00neY® said...

adekah moralnye..pikir dulu sebelom naik bas?
atau buli budak pompuan tuk tya destinasi bas?

hehehe

sultan said...

haha... ape ni. kat dunia lg dah dapat balasan...

paiseh said...

sia2 lu jadi budak baik. hahahaha..!!

Encik Bibir said...

padahaal ko mmg berniat nk ke melaka pon kan...kampung ko kan

eija maskulin said...

ermmm waspada mereka yg muka baik neh, mereka selalunya lebih nakal dari kita yg muka brutal nih....

..::jane doe::.. said...

hahaha..!
kau memang yoshz ah!

Pengejar Masa said...

sia-sia je aweks tu kena tempik ngan drebar bas. pas kena bazir duit ko tak tempik kat kawan2 ko tu?

dialicious said...

patutnyer kontrol la macho..tahan je kejap turun kat melaka ckp nak gi melawat Afamosa.pastu br patah blk KL..bukan jauh sgt..janji coverline..hehehe

suhanazainal said...

wahaha dah berpeluh2 nak balik puduraya tu alangkah bagusnye kalo ade guardian yg boleh ko singgah. boleh buat beli air ke. haus kan.

l.i.f.e said...

haihhh...kalau aku lah, aku gelakkan kamu orang semua kuat2 kat situ jugak!
biar padan muka!
hahaha

tasikmerah said...

kalau org baik. kawan dgn org tak baik. saham dosa mmg kongsi sama2. ha ha.


.

Hidemichimomotani said...

"Tgk macam saya, gelakkan mereka dlm hati ajer.."

Yoshz dan kutu tak belajar dari pengalaman Pendekar Bujang Lapok;

Cikgu: Pak Abu tu ketawa terlalu byk sgt. Cepat skrg pak abu pulak!

Pak Abu: yang mana?

Cikgu: yang ini.

Pak Abu: ohh ini sy kenal sy tau ni...huruf ini...bukan huruf M!?

Cikgu: Tu lah jgn suka selalu ketawakan org. Yang ini bukan huruf M (bas Ipoh), yang ini huruf Ha(Bas Melaka)!

Kakakakakakakaka!

kecik said...

sejak ko jadi matchmaker si valsa, ko terus bahasakan diri abang yoshz.

adakah abang yoshz merasa sedih atas ape yang berlaku?

eija maskulin said...

owh ya ko tanya psl konsert kan, konsert gaza kat opis aku ...... bebudak indie yg perform.. mai laa... kalo dgn aku free laa.. kalo walk in kena byr.. hahahaha ;p

Redzwan Abdullah said...

Serius aku lame tak bace blog ko...

Blog ko tetap mantap seperti dulu dan tak pernah gagal menyebabkan aku mencapub di tengah kedai mamak dengan gelakkan yang luar biasa...

cik tukang baca said...

patutnya abang driver tu bertempik balik kat korang bertiga sebab pandai2 buat andaian sendiri.. hahaha..

aranhellstorm said...

adusss..kejang perut gua tahan gelakkk.....(anak aku sedang tido dgn nyenyaknye...)

Princess Liyana said...

HA tula padan muka..gelakkan org lg..hhuhuhu..kan dah kna kt diri sendiri..;P

Sila punctual lepas ni..huhu

Fiziy said...

pergh gelabah sakan gak kau ni dolu dolu. hehe

Anonymous said...

hehe..

p/s: ada benda yang Tuhan bayar cash kat atas dunia ni kan..

NK

Radius.F said...

hahahahaha..
aku rasa ko la yg paling galak kacau budak pompuan tuh..

akuyangdukjauhh.. said...

aku kan, suke aa bace blog abg yoshz nie.. terasa dekattt di hati. ehe ;D

yoshz said...

the elf,
mana ada aku kacau. cuit pun idok. badi malang mereka yg menimpaku. aduhai

hazirah,
blog ini pun turut serta menangis kau tau? ahaha

mamapower,
mana der skema. lgpun rupa saya tak mencerminkan tingkah laku murni saya

bokbon,
sumpah aku tak faham apa kaitan kau ngan cendawan? ahaha

ab,
dulu puduraya banyak mat pau. skang dah takde pasal aku dah belasah diorang.
sumer skang dah insaf jadi peminta sedekah

che sue,
wahaha. takkan ko tak sedar dia dah masuk hiway?
laki kau tau citer ni tak? ahahaha.kau mmg puan malang.

oyett,
auww auww auwww. ah ah

dzul,
nak buat camne. dah mmg terer sejak razali lagi.

amirahsyuhada,
apa salah aku?

hedgebeewhy,
pastinya kau pernah mendengar nama ku disanjungi disitu. ada kan?

peminat,
hadiah kalau bukan keta BMW atau swimming pool jgn harap aku nak terima. ahaha

macha sezs,
hak elah. tanya la budak sekolah aku kalau tak caya.

rajuna,
sebinatang aku, masih ada falsafah seni dlm urat nadiku. oh alam~

pan,
manala aku tau derang gelak ke idak. aku terlalu pasrah utk ambil peduli.

cujen,
ayuh semua!

qaseh,
skang dah takde medan kid. tak tau la dah jadi medan man ke. psl dah besar

valsa,
lantas aku jerit, kitorang pun ada maruah tahu tak?

@tooney
hak ah. cheh popular jugak malaun tu rupenye. mana kenal?

sultan,
logikla. takkan nak salah naik bas kat neraka. ada ke bas situ?

paiseh,
rekod baikku lebur di kala bas menyampaikan karma nya.

en bibir,
haik.mana tau ni? haha. aku gi tmn buaya jer

eija,
sebab tu ex bf kau sumer muka pecah rumah? hahahah

jane doe,
haha. lawak apa ni. kalau bukan yoshz binatang apakah aku?

pengejar masa,
nak tau cerita sebenar? kitorang gelak jer kat insiden ari tu.

dialicious,
masalahnya kak diah oi, saya ni nak ke hippo bukan kl.
banyak belanjanye nanti.huhu

suhanazainal,
tu la. patut boleh cari losyen pelembap. pasal dah jalan tgh panas tu mmg membuatkan kulit kering.

life,
jgn la gelak teruk sangat. kitorang ni masih ada mak bapak tau. lgpun kitorang usik sikiiit je.hihi

tasikmerah,
dan saham dosa pun melonjak naik di pasaran neraka.

hidemichi,
sebelum gelak kena belajar isimnya dahulu. ooooo.....

eija,
indie taknak la. aku suke yg artis2 mainstream pakai seksi.nyanyi lagu ntah pape.

redzwan,
ya ke? haha. rasa dah merosot adelah. anyhoo, ajakla mcha tu komen sekali.

cik tukang baca,
abg driver tu seriau tgk muka garang kami bertiga. nak2 muka saya ada muka org kuat2 semayang.

aranhellstorm,
kejang perut pergila hospital perut. cilaka aku kalau jawab komen camni mmg tak reti.haha

princess liyana,
manala tau kena punctual. dlm bas tu takdela pulak ada punch card.

fiziy,
aku rilek aje. member aku yg gelabah mcm labah labah

NK,
ia. hanya manusia yg bayar kdt kad. insaf 5 minit.

radius f,
aku rasa kau SILAPPPP!! muahahah

akuygdukjauhh,
ah ni mesti kupusami yg duduk btg berjuntai ni. halo!

orensangkuit said...

wa budget mesti seksi kena naik teksi...hahaha
tu arrr tak tgk bas bebetol..

superrIFHAN said...

wakenabebb!
HAHA :D

yoshz said...

oren,
org skema je tgk destinasi bas. kitorang pengganas yg yakin.

ifhan,
aku dah agak. artis2 mcm kami ni mmg selalu kena bahan..

midd said...

hu3 org pompuan slalu beringt maaaa

torres said...

korang slp bas ke?
padan muko korang

nuyuljana said...

hahahahahahaha!!!

terbaek!

:))