Monday, February 2, 2009

Filler - Hazim

HARI ni Hari Wilayah. Saya kerja selangor. Tapi, selamba saya buat² tak tau pastu tak datang keja. Jadi selepas menghantar Mimi ke airport, saya pun lepak rumah duduk depan PC. Macam langsung tak bersalah.

Ada sorang minah. Dia buzz saya kat YM. Oleh kerana dia meminati Hazim, saya terpaksa melindungi identiti beliau. Nanti org kata dia takde taste.

Macam...perggghhhhhhhh. Hazim ada peminaaatttttt. wohoo..

Nasib baik tadi matahari terbenam ke barat mcm biasa. Kalau tak, mau saya ingat esok hari kiamat.

Berikut adalah perbualan di YM yang saya terpaksa edit. Pasal saya dah lupa ayat2 sebenar.
Lebih kurang camni la:

(minah tu): kira kau satu skola ngan hazim la ye?

YoshzFilth (nama tamo kalah): Ha'ah. Tapi aku pandai sikit. Mana kau kenal dia?

(minah tu): dari WEB je. tak pernah jumpa betul².

YoshzFilth: ler..tak pernah blind date ke?

(minah tu): Tak. tapi pernah tengok gambar basketball dia. kau ada dlm gambar tu?

YoshzFilth: takde. aku tak main sports. Dulu aku main mak-mak ajer. Bagus gak kau tak pernah jumpa dia.

(minah tu): Apsal?

YoshzFilth: Dia tu scary kayy...

(minah tu): Dia besar mcm giant kan?

YoshzFilth: Ohhh...tu mcm lima tahun dulu.

(minah tu): Skarang?

YoshzFilth: Sekarang dah macam Tesco.

********

kepada hazim,

SELAMAT HARI WILAYAH.
Maaf Zahir Batin.

49 comments:

cik belacan melaka said...

ko mmg "budak yang jahat".lol

Kikuri said...

Waaa... macam TESCO?! Kuang asamnye kau!

Anonymous said...

hazim cam kungfu panda la....tul hajim....hahahahah....alhamdulillah, moga cepat dapat jodoh.Hazim baik, hazim comel....patutla sekarang dah tak breakfast, tak lunch..diet sebab ada peminat..:)mamapower

sultan said...

aku yg dok johor ni pun selamber je ofis tutup sempena hari wilayah. satu ofis muka x malu...

o-y-e-t-t said...

ahahaha....andre the giant pun pun kalah itu besar

suya said...

kesian hazim.huhu

darkk25 said...

kih2..ko memang jahat..

wiwita said...

giler sengal!!! ekekekkek

the elf said...

yosh,

describe main 'mak-mak' musykil lah.

Hidemichimomotani said...

(minah tu): ok la mcm Tesco, pasal saya ada Clubcard!

macha_sezs said...

wahaha..ko kembali menjadi penceria aku...

sian jime. hahaha

Monkey D Luffy said...

apsal tak tolong member ni? hehehe

Qaseh.Darwisy said...

agak kejam bunyinya..

k.e.r.i. said...

hazim pulak jadi mangsa ko kali ni.

mahata said...

ah, down nye aku; seperti kene down sindrom. hazim pon ade peminat. fak. taraf aku bawah hazim.

ah, hinanya.

*bunuh diri*

eija maskulin said...

kihkihkih ko ni mmg x bole blaaa... ske bahan kawan²... hahahaha...

kay said...

uiks..main mak-mak tu camna?main masak2 bagi anak2 ke?tak pernah dengar lak..

farah sr said...

tak bleh blah!

hajime said...

erk!
adeh!
(jatuh ke blakang)
but...
well...
nak wat camane...
kalau dah mempunyai karisma yg tinggi...
(smbil sign autograf peminat2)

orensangkuit said...

lepas ni leh jadi jj plak
jj pun ade clubcard jugak
hahaha
pempuan yang minah hajime tu mesti angker jugak

mrblind said...

masa main mak-mak tu..sapa yang jadi bapak-bapak..

HazirahMahadzir said...

kpd incik hazim,
terimalah incik yoshz seadanye..
ahaha~

pi/es:incik yoshz ni agak kejam rupanye..ahaha~

Qi_Cinoi.Lavigne said...

wow.

paiseh said...

apesal lu tak ckp mcm OU ke.. midvaley ke.. trus..?

alif-mikail said...

hahahahahahaha..

siapa minah tu.. pass kat koi..

l.i.f.e said...

hahaha..giler kejam!

tapi tak sebut tesco mana kan? tesco ada yg kecik ada yg besar gak kan

Encik Rasis said...

giant? tesco?

apsal ko tak cakap carrefour je?

kem said...

AHAHAHAHA

tesco wak lu..
adei..LOL

Pengejar Masa said...

main mak-mak? apa kejadahnya...

Hazim mesti bangga dapat kawan mcm kau

Che Sue said...

sila blind date segera encik hazim..

p/s-camner men mak2 ni? men kawen2 tau aa..

@t00neY r00neY® said...

huish..tesco israel munye..

adekah??

amirahsyuhada said...

kau memang lawaklah beb,sungguh tak aku duga jawapan kau itu!!! Buat aku gelak guling2.

ayobkelubi said...

hahahaha.

sakit perut aku gelak..hahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

haha..lawak tesco..ni kalau persatuan pemboikot dengar boleh mencetuskankan tunjuk perasaan..

tasikmerah said...

hahahaha... tak terkomen aku. ha ha.


.

sinaganaga said...

muerekekekekekekkeeee....

Encik Bibir said...

nasib tak ikano

Pan said...

pergh...
cm tesco...
mmg champ mamat 2...
haha...

Rajuna said...

bajek blek metel la. ada 'kotor' kat nama tuh.

yang assahar,
rajuna.

mimi said...

hey sinaganaga,

apa punya jenis gelak tuh daaa? muereekkekekkekk...huargh huargh huargh...

makacih karena sudi singgah di blog budakyangjahat nih. mimi sangat terharu atas keprihatinan uncle L@% terhadap perhubungan kami. hihi.

anak sedara yg segan sbb uncle dah kantoi blog bf,
mimi

yoshz said...

cik belacan melaka,
mmg dah tersurat dlm surat beranak.haha

kikuri,
sesungguhnya sayalah org yg berpesan2 pada kebenaran


mamapower,
mama, hazim ni dah diet psl bfast nan lunch dkt opis dia takde makanan yg kegemarannya.
dia cukup suka benda2 segera dan berminyak ni.

sultan,
kat johor kan ada WPI. kire wilayah la tu..

oyett,
dia besar mcm zoo negara u tauu..

suya,
buang masa je kesian kat mamat takde perasaan tu.

darkk25,
aku jahat hanya pada benda2 yg menjengkelkan sahaja. hua hua

wiwita,
hazim mmg sengal camtu

the elf,
sorang jadi mak, sorang jadi anak. skrip dia sama ajer.
tunggu ayah balik kerja. radas dan bahan: lesung batu dan anak patung.

hidemichi,
haha. dapat ke mata ganjaran jika berdating bersama hazim?

macha,
buang masa je kesian. baik kesian kat siput babi yg kena pijak.

monkey,
kami mempunyai prinsip setiakawan yg berbeza dgn norma masyarakat.
lambat laun kau faham. ekeh keh..

qaseh,
a'uzubillah himina yosh nirrajim.sila baca sebelum tidur ye.

keri,
skarang aku dah jadi mangsa dia pulak. mcm pokemm..

mahata,
dulu masa noh dating ngan awek ipoh, toye terus nak minum klorox.
sila sertai beliau.down sindrom? abalmmm!!!

eija,
kawan2 aku mmg dah jadi radas ujikaji spastik aku.
jgn persoalkan.haha

kay,
main mak-mak memerlukan kotak utk buat rumah acah-acah

farah sr,
apa patut aku jawab ni? hohos..

hajime,
karisma ke benda. org2 ganjil seperti kamu mmg menarik perhatian perempuan utk bersimpati.

oren,
angker hape nya. nama dia pun ala2 mainstream dah.

mr blind,
bapak nya adalah lokman azrul bin azamudin. yakni bantal aku no 1.

hazirah,
oh jgn risau. aku adalah permata di hati kawan2 ku.

cinoi,
wow kann? ihiks

paiseh,
mula2 nak cakap mcm sinyu. tapi dia tu kaya la plak.

alif,
minah tu ada antara komen2 ni. sila cari kalau terer mcm mcguyver

life,
tesco sungai buloh la kut. spesifik sangat kang ada tesco yg terasa hati.

rasis,
carrefour lagi besar ke? takde keja aku nak amik ukur lilit pasaraya tersebut.

kem,
wak lu gell...

pengejar masa,
sangat bangga. kat bilik dia ada poster aku tulis blog

che sue,
kalau boleh bawak abg atau kwn laki badan besar2 sikit sebelum blind date.
mana la tau jadi apa2 kan..

@tooney,
blogspot ni pun yahudi punya. apa da hal.

amirahsyuhada,
jawapan aku mmg khas untuk ujian lisan sekolah tinggi IQ. org sekolah biasa2 takkan boleh pikir.

ayobkelubi,
sakit perut minumla vitagen. kultur2 itu dapat menyihatkan usus.

dzul,
persatuan pemboikot tu mmg suka tunjuk perasaan.
tak kira la apa agenda pun.

tasikmerah,
jgn simpati pada dia. dia insan yg tak layak menerima simpati.

sinaganaga,
eh eh uncle! apa la gelak macam naga yg putus asa ni.

encik bibir,
ikano tu ikan paling besar.lawak idiot

pan,
dah toksah kawan dia!

rajuna,
blek metal awal2 dulu. skarang dah lebih pada jinbara.
yang vociferation eternity,
yoshz filth wa'al luciferus

mimi,
Uncle L@# ni bukan main belasah rendang itu hari. haha. selamber i sebar fitnah terhadap uncle mitali ni. ooopss bakal uncle. hehe

Rajuna said...

peh.
abang lu jaie johanas menggannaz di muar minggu depan!

KARKADEWA said...

ye..
tesco mmg byk pilihan...

sarloamd said...

hahaha.
lagi 5 tahun macam walmart ke ape ntah?
hahaha

kecik said...

misti hajime tengah duduk tahiyat akhir sambil nangis sebab ko kutuk dia yoshz.

Bunga Binti Nordin said...

siot punya kwan..
tak support kawan dol...

S.YanaZ said...

Nk beli ikan kat Tesco kena selepas subuh...

Iskh.iskh.

artsoul said...

bile engko nak kawin?

yoshz said...

rajuna,
muar. tak dapek tu. jauh bebenor.
(amacam/ ada slang muor dok?)

karkadewa,
tapi dgn dia mmg kau takde pilihan lain. melainkan melarikan diri.

sarloamd,
mcm besar wangsa maju kut.

kecik,
duduk je la. bacaan tahiyat tu dia hapal ke tidak aku mmg sangsi

bunga,
kawan mcm dia mmg tak payah support. miskin hina nanti jadinya.

s.yanaz,
tesco bukak kul berapa? aku mana tau benda2 ni..


artsoul,
awal tahun depan. insya-allah. tawaduk nye aku alahai..