Sunday, March 1, 2009

kebersihan dan britney

[cerita di bawah hanyalah rekaan semata2. takde kena mengena dgn abg yosh pun. dgn britney tak tau la]

Keupayaan suatu bangsa atau tamadun bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian mereka dari segi material semata2. Malah ia mencakupi dari segenap aspek termasyuk bahasa,budaya dan spirituil. (mengapa spiritual harus diterjemah sbg spirituil dlm BM? hodoh sangat bunyinya. guna 'kerohaniaan' tak boleh?)

Sesuatu bangsa yg bertamadun haruslah terdiri dari bangsa yg mementingkan kebersihan. Jika suatu bangsa itu pengotor, mereka akan dipandang hina dan jijik. Ia juga melambangkan betapa rendahnya tahap mentaliti mereka. jelas sekali, keadaan tandas awam di negara kita tidak langsung melambangkan suatu bangsa yg Wawasan 2020. dahla kena cas pulak tu. Kita bayar tu untuk apa?

Untuk dijadikan cerita, suatu hari saya sedang menuju ke suatu tempat. Saya berada dlm keadaan ceria hari itu. saya tidak tahu kenapa, baru2 ini, jika saya rasa ceria mesti lagu Britney, womanizer tu akan automatik terngiang-ngiang dlm kepala otak saya. Tolonglah sesaper keluarkan lagu tu dari otak saya. Saya rasa saya telah disihir oleh irama super-catchy itu. so far, saya masih mampu menahan diri dari membeli kaset beliau. esok lusa mana la tau.

Ok berbalik ke topik asal.

Dlm perjalanan ke tempat itu, keceriaan saya tiba-tiba dirosakkan oleh rasa sakit perut. rasa mcm ada teletubbies melompat2 riang dlm perut saya. saya pun tanpa berlengah masa, terus menuju ke tandas awam berdekatan. saya harus buang lekas2 kerana saya ada hal penting.

Nasib saya baik kerana terdapat suatu kubikel yg kosong. Rupa-rupanya karma mempermainkan saya. Walaupun kubikel itu kosong, tetapi mangkuk itu sudah berpenghuni. Suatu hasil buangan manusia cilaka yg tak reti flush tersadai elokkkk aje.mengikut siasatan forensik saya, ia masih lagi baru berdasarkan warna ,bau dan suhu. tak rasa.

Saya menyumpah-nyumpah malaun yg tidak bertanggungjawab itu. apala yg susah sangat nak flush ni? takde kesedaran langsung! ingat bapak dia punya tandas? ni tandas awam. bapak kau awam ke? suka suka hati jer. mentaliti rendah! tuih! oleh kerana saya budak baik, saya tolong flush. Brrrrr.......Kan senang ajer....

Setelah menyelesaikan hajat dan bertawaduk, eh beristinjak, saya pun flush. Settle. Bukan susah. Eh, tapi air keluar sikit aje. Langsung tak menjejaskan 'hasil seni' saya tadi. saya cuba untuk pam lagi skali. Saya tarik tali pam.

kung kang kung kang....tak boleh. air dia nak isi tangki lambat sangat. Padahal saya dah lambat ni. Saya tak rela hasil seni saya menjadi tontonan org ramai. nanti saya yg dipandang hina. org ingat saya mat rempit atau bohsia yg takde kesedaran sivik. apa saya nak buat ni? dlm cuak daku berpikir..

Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat idea. Iaitu..melarikan diri. Anggap saja ini balasan karma terhadap org lain. Hahaha. bukan org tau pun itu saya punye. hahaha

Bila saya keluar aje dari tandas, mamat bangla tu dah standby dgn mop. saya terus blah cepat2. tak mahu nanti dia tahu bahan bukti tu saya yg punya. Saya buat muka tak bersalah. Kontrol cool, jalan laju2. haha. Tiba-tiba, mamat tu berteriak,

"Hey you...you....!"

Saya sambung dlm hati, "you you are..womanizer, womanizer...."

Saya pun sudah kembali ceria dan terus berjalan tanpa mempedulikan pandangan masyarakat. Kesimpulannya, apabila ternampak sesuatu yg tidak diingini di tandas awam, janganla kita menuduh orang sembarangan. Mungkin mereka mempunyai kisah sedih yg ingin dikongsi bersama. seperti saya.

p/s: sumpah ni cerita bohong.

37 comments:

darkk25 said...

kamu bohong!!

macha_sezs said...

ceh.lambat plak

hahahaha...
ngaku je cerita ini benar~~~~

Che Sue said...

hahhahah sib baik kita tidak berkongsi jamban!

the elf said...

tipuuuuuuuuuuuuuuuuu.sumpah tipu. siap tau detail bagai kan. Yosh tipu....itu taik kamu yang punya!!

kay said...

teletubbies melompat2?aku ingatkan ada kura2 ngan rama2 je selama ni..teletubbies pun ada..

shahril mohammad said...

hush.
pengotor!
haram jadah kau.

*rejam dengan najis kuda*

HazirahMahadzir said...

oh incik yoshz!
tercemar sudah identiti kamu sebagai blogger yg prihatin!
T__T

mimi said...

sayang,

how many times i must tell you? lepas berak, mesti kene flush! dahlah taik u mmg busuk-melampau-10-hari-muntah-pun-still-bau-melekat punya type. haha. (it's ok, i still love u despite that haha).

i baru dapat online kat SD nih. terus i bukak blog u. mesti u berak kat midvalley nih kan? hehehe...u buat apa kat midvalley hari sabtu eh? eheks...;) thanks, i got the email from the shop. the "gift" u bought for me is soooo lovely...thanks sayang...

missing u,
mimi

k.e.r.i. said...

hari tu macam ada badak berenang dalam perut.

kali ni teletubbies pulak.

membela ke apa ko ni encik yoshz

paiseh said...

jgn lupa terima kasih kpd bangladesian yg tak lekang dek panas tulung tenggelamkan submarine2 org mcm lu.. dan yg sebelum lu.

Encik Bibir said...

kalau hasil seni kau cam da vincci xpe

cik mulat! said...

waaaaaaaaa!pentipu..

Dzulkarnain Mohamad said...

habat laa..

eija maskulin said...

kihkihkih...... itu laaa ko ske menuduh org lain t'buru²... hahaha btw, britney dah best blk laaa.... ( nanyi lagu toxic utk ko.. hahaha )

*ateeka amer* said...

hah!

wa da agak!

haha~

Monkey D Luffy said...

memang ko

suya said...

ini cite betul kan?aku cam nmpk ko kua dr toilet jalan laju2

mrblind said...

ceh..tinggal tahi x mengaku..

kojah said...

bohong??pecaye gak la...hahaha

Hidemichimomotani said...

nasib baik tak baca tgh makan!

suhaili said...

geli la saya en.yoshz. sib baik baca bukan time makan saya. bersamalah kita menjaga kebersihan tandas awam untuk kesejahteraan bersama :p

kecik said...

womanizer??

kalau britney tau lagu dia jadi latar belakang entry ko yang xsenonoh ni,mesti dia wat kputusan bersara.

ilazz said...

wehhh.. pengotoqnyer ko ni yosh. eeeeeee.. goli den.

stu_comot said...

eeeuuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Don Karldon said...

aku juga pernah mengalami keadaan anda.sungguh tragis...

tak heran la kat klcc ada toilet charge rm2.00..


hahahhaa...



p/s:apa barang beli kaset britney,donlod sudah!!!

valsa nine said...

abang yoshz,

kenapa BM kamu macam pelik dalam entry ini?

termasyuk? = termasuk daaa
cas? = caj laa

cite bohong? haha tell me about it~
:p

padelkopak said...

ye ke bohong?ke lu takut nak mengaku...

Princess Liyana said...

huhu..mcm kisah benar je..ekeke ;P

orensangkuit said...

ahahhaha
citer najis tertinggal
adeiii busuk laa weiii

tasikmerah said...

semua org tak percaya. tak pe yoshz, aku percaya.


ha ha.



.

..::jane doe::.. said...

aku sanggup tunggu tangki air tu penuh balik..!

mahata said...

shit happens.

literally.

yoshz said...

darkk25,
maaaana. dgr tajuk pun dah tau bohong.

macha,
ko geletek aku sampai terkencing aku takkan ngaku

che sue,
pls.my mum cukup pantang kalau i kongsi jamban dgn org miskin mcm u. :)

the elf,
mmg la citer tu aku tipu. berapa kali mau ckp?

kay,
bukan itu saja malah voltron dan nitemare before christmas pun ada.

shahril,
ah kau kat tandas petrosains mcm aku tak tau..akak stagno dah citer semua.

hazirah,
kan ke aku sgt perihatin terhadap kebersehan? apa yg terjejas nya?

mimi,
i berak busuk kalau minum nescafe jer. hari2 lain bau i mcm axion.
tu psl u lap me.hehe. i lap u2. bukan kat midvalley. oopss..bukan kat memaner pun.
kan ni cerita bohong?
ahah...terus bukak blog i eh? hehe. thx.
glad that u suka my gift. untung kan jadi gf i?
habisla org lain muntah darah baca komen ni. haha
miss u too. soo much.

keri,
haha. kau tau perut aku ni mcm safari kan? boleh shooting filem jumaji.

paiseh,
mereka yg harus berterima kaseh kerana dapat menikmati hasil seni secara perchuma.
ini karya agung saya! bak kata shinchan

encik bibir,
dia lebih kpd hasil arca michaelangelo. u see my sculpture, n u taste God.

cik mulat,
aku penbetul la!

dzul,
aku tak suka kumpul setem [langsung tak menjawab]

eija,
aku mana suka britney. aku pro cristina aguilera.
weh, bila nak masuk duit insurans tu? kang lapse ko marah aku..

ateeka amer,
mesti pernah experience ni....hehe. ngaku cepat!

monkey,
sial la. nak kena mutton shot?

suya,
ko bangla tu ke?

mr blind,
mmg ni citer bohong. nak ngaku hapenya?

kojah,
siapa cakap bohong, nanti mlm hantu hong-hong gigit diaa...

hidemichi,
baca la time semayang. boleh terus batal.

suhaili,
betul tu. bersihkan tandas, jiwa selamat. weh ko suhaili sekolah ampang ke?

kecik,
haha. tu antara tektik aku la tu. idup paris hilton!

ilazz,
ala aku tipu2 je dlm blog. sebenar, aku gila bersih mcm harpix

stu_comot,
ha..hah! buat la gaya bimbo tu lagi!

don karldon,
haha. pengakuan berani. aku tak pernah alami pun. ni citer bohong.

valsa nine,
bm saya mmg kurang. maklum la muka saya kan macam org eropah...

padel,
berani kerana benar, takut kerana hantu kum-kum.

liyana,
hehe. boleh kuar tv3 kan citer ni

orensangkuit,
wangi la. sekali cium terasa haruman syurga

tasik merah,
harus percaya. ia adalah salah satu rukunegara.

jane doe,
tapi mesyuarat saya sangat penting bagi mutiara holdings. tak boleh lambat.
[ayat biasa drama tv]

mahata,
n just like everything else, it happens for a reason.

ko suka kan bagi komen mati camni?
there's simply no comeback for anything nasty that u say.

yoshz said...

demmit la. sumer org tak caya. even mimi pun tak caya.

biarla aku membawa diri ke mentakab untuk merawat hati yg luka..

HazirahMahadzir said...

wahhh..jauhnyeeeeeeee abe Yoh nk bwk diri..
ahaha

nuyuljana said...

hahahaha!!!

keji!

lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室