Friday, April 24, 2009

Melepaskan kereta yg tersepit

Pernah kah anda ingin menolong seseorang, tetapi akhirnya anda juga yg nampak bodoh macam lembu susu?

Saya pernah! [tumbuk nyamuk seperti iklan racun serangga]

Mengkala malam yg sepi itu, saya melalui Lebuhraya bertingkat untuk pergi dating di jalan Ampang. Apabila tiba di tol, saya memilih untuk menggunakan touch n go bagi perjalanan yg lancar, mesra dan mudah.

Kat depan saya, ada sebiji kereta kaler biru entah apa jenis saya memang tak tau. tapi saya mmg pasti itu kereta. Kereta tu berhenti untuk menge'titt' kadnya. Saya nampak tangan keluar dari tingkap kereta nak 'titt' dekat reader tu. Tapi gagal, pasal tangan dia pendek.Dahla pendek, berenti jauh pulak tu. Sedar la diri sikit.

Rupa2nya kereta itu dipandu oleh seorang amoi. Dia keluar untuk menge'titt' kadnya dekat2. Tapi masih lagi gagal. Mungkin kredit dia dah habis. dengan penuh rasa malu dan tawaduk amoi itu memberi isyarat kepada saya untuk berundur supaya dia dapat mengeluarkan kereta dan membayar secara manual.

Tetapi saya kesian kat dia. Lagipun, kereta belakang saya dah beratur panjang. Menyusahkan orang pulak nanti. Saya memang macam ni. Sangat considerate pada hati dan perasaan ramai orang. Terutamanya dekat orang miskin.

Saya bagi kad Touch 'N Go saya pada dia. " u use my card first and return it back to me once u pass the palang" Dia senyum dan cakap ok. Saya mmg tak kisah. Saya suka tolong orang walaupun saya anak orang kaya. Kredit dlm kad saya pun banyak lagi. Ayahanda saya baru top-upkan dari North Carolina.

Lepas dia lepas palang itu, amoi tu pun pulangkan balik kad saya. beriya-iya betul dia cakap thank you kat saya. Setakat Rm1.50 apalah sangat. Dengan penuh humble, saya tersenyum dan buat muka Dafi ajer.

Sekarang giliran saya pulak nak guna kad. Titt!! Haha. Palang tu sikit pun terbukak. Saya masih lagi bertenang.

Kali kedua, Titt!! Haa cilaka punya sistem. Langsung tak boleh pakai. Ini semua Sami Velu punya pasal. Saya tekan butang untuk mendapatkan bantuan dari abang tol. Dan suara cilaka abang tol yg saya dengar dari interkom tu takkan saya lupa sampai mati.

"Bang, mana boleh guna kad dua kali! takkan tak tau?"

"mana saya tau. selalunya driver saya yg buat" tempik saya sambil betulkan rambut. Blonde moment sekejap.

Plaza tol malam itu menyaksikan seorang lelaki sasa keluar dari kereta dan memohon simpati kereta2 lain yg beratur panjang untuk gostan dan memberi laluan kepadanya untuk ke laluan tunai.

Lepas je bayar tunai, saya nampak amoi itu kat tepi jalan, melambai2 tangan sebagai tanda terima kasih. Saya hanya pandang depan. Muka Dafi saya kini menjadi muka lan si.





46 comments:

yoshz said...

aku first!

k.h.a.d.i.j.a.h said...

aku second!eyh?
haha.
kenapa lah encik yoshz ni tak tahu basic rule guna kad touch n go tu?
oh lupa.
before this driver yg 'titt' kan kad tu kan?
gila!sure jalan jam habis lah time tu

Pije. said...

owh.
yoshz yang mulia.
hahha

:: lurv_cheese_cake said...

Hah...nape sampai camni..isk3..ternganga jap baca...

HazirahMahadzir said...
This comment has been removed by the author.
HazirahMahadzir said...

rasa nak menangis keterharuan tatkala membaca kisah pengorbanan kau Yoshz!

ahaha

Redz da Tsar said...

pegh..

kesian...

Hajat nak buat baik,

akhirnya apa yang dapat?

haha

Takpe, yang penting biat baik

Tijah said...

omg!

best blog kau nih!

@tune® said...

ko je lar first..
giler obses!!!

weh..
sib baik aku xbuat camtuh
baru nk berbakti kepada masyarakat

Rajuna said...

gila dah abang toshz nih
komen sendiri 1st plak tu

binatang!
haha

bb7ady said...

hiks.

kalo bukan amoi, adekah kamu akan baik hati juga?

tapi mmg kesian dan kelakar. sempat lg tu nak blonde moment skejap. miahahhahahaha;)

kecik said...

yoshz, eh silap. toshz, bak kate encik rajuna.


aku menangis keterharuan membaca kisah kau ni
ada tokoh jadi suami mithali.
untung mimi

KuCAi said...

Haha..
katun sin chan lat skali tu best!
agagaga~

Darkk said...

sebab ko ada gmbar shinchan kat last.

aku panggil ko, masao.

"Masao Oo. Masao" Jerit ShinChan di depan Peti Sejuk.

macha_sezs said...

ni lah yang orang tua2 panggil

baik jangan sekali.jahat biar berpada.

kan?

dialicious said...

yeay..yoshz dah kembali kelakar!!menara atlan kembali menyinar2..huhuhu

k.e.r.i. said...

hahahahahaha.

*aku tak tahu nak komen apa. yang aku tahu aku dah tergolek dog skang*

1412 said...

aku bangga ada kawan macam kau. :8)

amirahsyuhada said...

takper ianya jadi pengajaran buat aku, nasib aku baca blog kau, kalau tak sumpah aku tak tahu takboleh 'tit' dua kali.Sabar, kau menjadi hero pada amoi tu, dia akan kenang sampai mati.

mamma mia! said...

best gile pngalaman nih!! dah tua2 leh citer kt ank cucu.. jgn lupe tau.. nnt x dpt cter kt ank cucu. hihi =D best2

Don Karldon said...

sebab tu bila aku nak buat amal kebajikan,aku akan fikir pro dan contra nyer...

hahahaha...

KARKADEWA said...

abis mana balsan baik di balas baik?
not fair!

azLinaaa z. said...

kahkahkahkahkahkah.

buat baik tp tak terbalas baik plak. takpe ah. asalkan niat kau ikhlas, tak perlu balasan kan.

aku gelak sampai menangis baca post ni. :p

Princess Liyana said...

hahahah..baeknya yoshz itu..huhuhuu

S.YanaZ said...

Rupanyer muka lu mirip DAFI...
Gua ingat mcm Christian Bale.
Cet! Gua tertipu selama nih.

AdiNang said...

mulia betol hati ko...hahahahahhaa... sungguh menginsafkan kejap ragedy ko ni :)

Danielle_Corleone said...

Gua tak penah pesan kat lu ke?

Dzulkarnain Mohamad said...

huh, sebab tu aku x suka guna kad..sejak dulu lg aku masuk lorong tunai..
hehe

paiseh said...

gua gelak macam syaitan bile bukak komeng tengok incik yoshz 1st.
camharemm..!!

cujen said...

hahaha....saya pun baru first time tau kad touch n go takleh touch dua kali...

suhanazainal said...

amoi tu cun tak?

Anonymous said...

TnG mmg xleh buat mcmtu.. kalau nak check in, kena check out dulu e.g.: mcm kat lrt, pas ko touch kad ko, pastu pass the card to ur fren so that he can used that card too, ni mmg xleh.. sbb ko kena check out dulu baru dia leh guna.. tu salah satu kelemahan TnG..

susudalambotol said...

muka dafi tak boleh blah ok. BAIK PUNYAAAAAA ;)

farah sr said...

susah jugak kalu ada TnG dan ada hati yg amat baik

Suka Bebel said...

bijak bijak...hehe
mesti cik amoi tu pakai seksi meksi kan?hehe

..::jane doe::.. said...

oho!u ka yg tlg ai aritu?name u yoshz aa?waa,manyak cantek itu nama oo,ada ong..tp siliyes ai ckp aa,muke u mmg..! meeemang tadak ong ma!hahaha..tengkiu aa u tlg ai aritu..
akher kata dari ai,maju la yoshz utk negara.ahaks;p

Fiziy said...

haha semoga akan menjadi panduan hidup aku nanti pabila sudah berkereta.. hehe

riderhenshin said...

kesian giler aku tgk ko cter mcm tu..takpe le jadikan sebagai pedoman pada semua org termasuk aku skali..

tasikmerah said...

muahahahaha.....! yoshz.... yoshz... tak terkomen aku haih~

ha ha.



.

alif-mikail said...

hahaha...

koi syak mimi pun gelak.. adeh!

Hidemichi said...

"Oh, Azroy. Mulia sungguh hatimu."

sila tukar nama Azroy kepada Yoshz

a.b geldofg said...

hahahahaha gelak aku baca

hahahahaha

tapi apa2 hati ko memang mulia

afsal_8281 said...

salam jejak...

jangan la buat mcm ni..
habes air mata aku keluar gelakkan n3 ko neh...
adesss

yoshz said...

krukk kraaaakkk....
stretch jari jemari ku~
43 komen,here we go!

yoshz,
poyo kan kau ni?

khadijah,
oh ya. driver tu mmg sengal.
harus dipecat dan cuti bersalin beliau dibekukan.

pije,
mana dapat blogger berdarah bangsawan begini punye humble?

lurve cheese cake,
hah nganga lagi. sumbat mulut tu dengan kereta kelisa baru tau!

hazirah,
mulia sungguh kan aku ni?

redz,
dapat idea buat satu entri, thankiu amoi miskin!

tijah,
best? tang bahagian komen je kan?

@tune,
jgnla berangan berbakti kat masyarakat. buang masa je.idup selfish lagi aman.

ratuna,
sebinatang-binatang i ada kad touch n go tau! u?

bb7ady,
mana-mana org miskin saya tolong. tak termasuk jehan miskin

kecik,
kamon. aku calon suami maal hijarah tahun 97.kau tau?

kucai,
cilaka kau anak kenyir. baik kau baca blog shin chan jer..haha

darkk,
masao oh masao. jerit shin chan kat rumah kazama. kah kah

macha,
ya. org baik selalu nya tak hensem. dahla pakai spek.

diahlicious,
menara atlan tu menyinar pasal ada minah kat tingkat 21 yg asyik OT sampai tgh malam.
di waktu mlm, sinarnya menerangi sehingga ke topekong sebelah.

keri,
sit bubu sit!

1412,
sila calonkan aku jadi miss cinderella masa VAD nanti.

amirah syuhada,
Kenapa harus aku yg menjadi korban semata2 kau nak belajar fakta yg tak penting ini?
aku rasa macam katak kena bedah je.

mamma mia!,
cerita aku layak jadi iklan petronas tau.

don karldon,
sebelum u komen ada u fikir tak? i dah kecik hati tau.menciks!

karkadewa,
itu kat buku cerita je. realitinya, org baik selalu nya tak best dan tak cool dibuat kawan.

azlina,
ok. sekarang nak aku babab kau sampai menangis?

princess liyana,
ish. mana ada baik. aku buat apa yg betul je.
-ni tak mungkin jawapan ikhlas dari aku

syanaz,
mmg macam christian bale. tu mmg dah semulajadi.nak buat muka dafi kena usaha kuat sikit.

adinang,
apa tu ragedy? buat pembetulan 10 kali kat papan hitam sekarang!

danielle,
lu baca syair mana gua paham.

dzul,
lorong tunai panjang. cukup menyampah tgk org jaga tol terkial-kial kira duit.

paiseh,
aku lagi tak paham ada orang suka jadi first komen.

cujen,
slow la awak ni! haicheh.

suhana,
biasa aje. kereta dia lagi cun.

anonymous,
ehem. elevated highway tu ada satu tol je. takde check in and out.
tak perlu jadi anonymous to post harmless comment.
tak pasal2 aku tuduh hanapiah nanti.

susudalambotol,
its not his face that i admire.its the 'anak datuk' title!
itu la persamaan kami.

farah sr,
pepatah jepun ada menyebut, "hati baik nasib selalu tak baik.macam ikan yg jadi sashimi"

suka bebel,
tak seksi sangat. agak muslimah jugaklah gaya pakaian dia mlm itu.

jane doe,
haiya. mengapa u begitu bodoh tak top up itu kad terlebih dahulu?
i tak boleh lupa muka u yg begitu kucar kacir tau leng loi..

fiziy,
cis. takde kereta ada hati baca blog aku..pergi!

riderhenshin,
pedoman hapenye? diriku yg diperhinakan tidak mendapat royalti sewajarnya.

tasikmerah,
aku pun tak tau nak jawab apa.

ha ha

alif,
ya dia gelak. pastu cubit aku.

hidemichi,
haha. sandarkan pada fasha sandha.

ab,
dahla mulia, terer main tekken pulak tu. ah, hidupku mmg sempurna.

afsal,
Barangsiapa gelakkan orang, maka tak berbahagialah hidupnya.
-hadis palsu

Mr. SKS said...

Hahaha... memang kelakar!!! Aku dapat bayangkan muka ko mesti "crack" 1001 pieces kan time tuh.

Good luck la bro next time bila tolong org lain plak.

Wakakak~

nuyuljana said...

hahahahaha.

cian ko.

tp siyes, ko mmg baik.

:)