Tuesday, April 21, 2009

mr yong


Sekarang saya berada di ofis Mimi. Teman dia buat kerja. Untuk menghilangkan kelaparan kami, saya telah menapau 2 bungkus yongtaufu Bukit Indah.

Demi menghilangkan bosan saya pun menaip..

Ramai orang beranggapan bahawa elemen2 di dalam yongtaufu seperti fishball, ketam dan kangkung tidak penting. Yg penting adalah KUAH.

INI SALAH SAMA SEKALI!!

Sebab itu banyak perniagaan orang melayu gagal di pertengahan jalan. Langsung tak ambil berat hal kualiti. Kalau jual pau daging tu, kentang je lebih. barua betul. pastu cas sampai seringgit enam. dahla takde duit kecik. nak berniaga ke tak nak?

Berbalik ke topik asal..

Fishball haruslah segar dan empuk. Cara untuk memastikan fishball itu segar adalah apabila dipotong dgn gunting, ia menghasilkan bunyi 'kecip kecip'. Bukan 'shrep shrep'. Ia juga harus berwarna putih dan berkilat seperti Innershine pati prune. apabila digigit, anda merasakan seolah2 gigi anda menari dgn riang gembira. Dan lidah anda dapat merasakan jus yg terkeluar.

Hermm lazat bukan?

Oh, yong tau fu boleh di makan dgn dua cara.

Satu dgn sudu garpu dan satu lagi dgn chopstick.

Haha. Lawak bodoh.

Bukan. Satu dgn sup satu lagi kering.

Untuk sup, air rebusan yong tau fu boleh dijadikan sup. anda harus tambah garam sikit, ajinomoto dan tabur daun sup/bawang. Rebusan sekurang2nya satu jam dapat mengeluarkan intipati dari fishball dan binatang2 lain yg menjadi mangsa rebusan.

Kalau nak bagi kick lagi, tabur daging cincang kat atas dgn pepper. Macam yong tau fu siti dekat Keramat. (sekarang tah ada lagi ke takde)

Bagi yg kering, kuah yg warna hitam boleh dijadikan cicahan atau di makan sekali.

Cara membuat kuah hitam:

Radas ataupun bahan
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato (bagi yg berada di jepun)
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto

Langkah2 ujikaji

Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
Bila dah garing, angkat dan blender cili kering dgn sedikit air.
Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.

Ok. Selamat mencuba puan-puan.

Sekiranya gagal, jangan marah saya.

30 comments:

macha_sezs said...

g melaka wehh~!!
ade satu kedai ytf amat lazat..

kat mana ar..
jap tnye darkk.

yoshz said...

mmg la. dia guna belacan melaka yg asli.

Darkk said...

Pulau Gadong la, Tiap Tahun Pegi Pun Lupe.

Name Kedai die.

Yong Tau Fu.

yoshz said...

pulau gadong tu kat mana? dekat dgn taman buaya tak?

Darkk said...

Dekat dengan Kelebang, Bukit Rambai dan lain-lain lagi. Nak pegi, marih.

Macha bawakkan.

yoshz said...

ayuh lahabau-lahabau semua!

kecik said...

apa kata kau masak kan dan bagi semua pengunjung blog ni yoshz?

bila kami dah rasa, baru lah kompiden nak buat.

yoshz said...

ok. kau tolong blenderkan cili boleh?

Che Sue said...

eh aku tersalah klik ke ni? ni http://resepi.mesra.net kah???

paiseh said...

x bgtau pun cmne nak buat fishball... resepi tipu nih!

hahahahaa..!!

Phoebus Athenos said...

hurmmm aku bajet gaya penulisan beliau akan berubah apabila sudah diijabkabul...hehehe

alif-mikail said...

tahniah!

ni baru tunang..

kawen esok2.. terus kuar resepi je memanjang..

ke aok yang kena masak...?

har har har?

errr .. kenapa muka yoshz berubah secara tiba2? err

farah sr said...

ok
saya cuba untuk memasak kuah ytf.

dialicious said...

wah untungnye mimi..tgk tu yoshz dah praktis nak masak2 lepas kahwin nanti.tp make sure jgn die benti keje sudah!hehehe

a.b geldofg said...

oi ajak aku mkn lah

Hidemichi said...

nak impress mimi je ni, xkan nk buat side income pulak.

Bobo Brazil said...

aku ingatkan Mr. Yong tuh name bos ko ke hape. Yong tau fu rupenye. Cilakak. Tetibe terliur

ilazz said...

wahh yoshz.. mntg2 ler dh nk jdk laki orang entri ko pun siap ada resepi lagi. caiyok2.:P

pas ni resepi pe plak ko nak bagi?

sinaganaga said...

mmmm... ada harapan lu kena masak esok ni... sebab gua tak pernah lagi tengok Mimi masak kat rumah. mmm...

mimi said...

wah wah wah sinaganaga...bukan main sedap kutuk anak sedara feveret u nih ah? hahaha...

but sinaganaga mmg betul, saya, cik mimi...mengaku dengan sejujurnya bahawa saya tidak pernah memasak. hehe.

nampaknya en yosh terpaksa menjadi tukang masak dalam rumahtangga kami ahaks.

what say u hunny buns?

ur hopeless fiancee,
mims

Anonymous said...

yosh... aku tgh bayangkan mcm mana mimi masak..... mmg tak boleh dibayangkan lansung!! hahahaha... ytf siti kat keramat tu mcm best jer bunyi dia... kasi peta. nak pi try la..

mims... takpe nanti kita suruh sham ajar ko masak... hahaha...

zee

Nikotin said...

wah..dah macam cef wan dah nih..

KARKADEWA said...

tahniah chef yosh kerane berjaya membuatkan saya tercirit....

AdiNang said...

lagi best kalau guna gula kedah. gula melaka zaman jopun jer guno... hahahahaaaa... kretip betol masakan. ;-)

tasikmerah said...

bertuah dak mimi dapat lu yoshz. he he.



.

Encik Bibir said...

dekat jonker street pon ada yongtaufu, tp tak halal lah

yoshz said...

che sue,
tu website mak aku tu.

paiseh,
fishball dibuat dari bola. kita uli sehingga menyerupai ikan.

phoebus,
of cuz. nanti aku akan tulis pasal dekorasi rumah.
kau tunggu je la.

alif-mkail,
aku mcm dapat rasa chef kolonel sanders je yg masak lebih nanti.

farah,
kalau pergi giants saya nak kirim. boleh?

diah,
raut wajahku adakah ciri2 desperate househusband?

a.b,
jom jom! keramat mau?

hidemichi,
kalau aku nak impress dia, baik aku tulis resepi ketam gergasi masak lemak cili api.
kena pulak ngan sambal ikan bilis pedas. mak mertua eksiden pun tak sedar

bobo,
cuba ajelah. kalau tak sedap bagi hazim makan.

ilazz,
mungkin aku patut belajar 'masakan buddha melompat dinding' mcm dlm cerita stephen chow tu.

sinaganaga,
heshh...uncle belum rasa lagi resepi 'salmon masak petang' dia.
sugoi!

mimi,
wah wah. sedapnya appoint i jadi tukang masak.
seperti dipersetujui, sapa balik awal dia yg kena masak.
so i awal2 lagi akan suruh bos i assign kerja banyak2.
hehe.jgn rasa hopeless. mari belajar masakan perancis sama2.
Flambage Shot!

ur hoping french fiance,
yoshivianc filthierre

zee,
aku pun tak tau di mana lokasi ytf siti tu sekarang.
rasanya dah pindah. dulu kat belakang pangsa murni.
mungkin aku dulu makan banyak sangat sampai dia abis stok 20 tahun.

nikotin,
haha. ketul2 bisep kami mmg seakan2 sama

karkadewa,
ciss. kalau cirit minum la air cap badak.

adinang,
kedah ada gula ker? aku cuma guna yg rendah kalori jer.

tasikmerah,
hehe. itu aku tau.

encik bibir,
uik? fishball dia tak sembelih ker?

Meg-ct said...

uih sodapnya yong

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室