Friday, June 5, 2009

Binatang ajaib

Selepas maghrib tadi, saya mendapat panggilan dari kawan saya, Masrol ataupun lebih dikenali sebagai Ayam di kalangan rakan-rakan dan media cetak, amnya.


Ayam adalah seorang manusia yg simple dan tidak suka berlagak. Ini kerana memang dia takde apa² keistimewaan. Kalau ada pun, cuma dia satu opis dengan Azhar Sulaiman. Dah, itu ajer.


"Hahaha. aku baru je lalu tol. ada sekor mamat tu jadi sebijik macam kau. Punya la konon hati mulia, last2 dia yg sangkut. Sebijik macam cerita kau. Terus aku ingat kat kau. Hahaha" kata ayam.


Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, encik Ayam merujuk kepada entri saya yg bertajuk 'melepaskan kereta yg tersepit'.


"Cheh. Itu aje ker. Sanggup call aku semata-mata tu? Hahaha"


"Ye la. aku cukup suka baca blog kau. Hari-hari aku baca. Aku selalu baca sama-sama dengan azhar sulaiman. Kadang-kadang kitorang discuss pasal kau time lunch. Tapi, apsal kau sekarang dah lama tak update?"


"Haha. Sorri la weh. aku busy macam mesin basuh ni. Takpe, kalau malam ni ada masa, aku tulis. Khas untuk kau" saya berkata dengan humble. Saya memang tak suka orang up-up saya ni. Riak dan takbur bukan ciri-ciri seorang mohd yoshz.


"Ok bro. Kau mmg da best. terharu aku mendengar nya. ok ciao" Ayam pun letak telepon. Saya tau dia terharu sangat, sampai sebak tak mampu nak cakap apa.


Selepas itu, saya perasan waktu Isyak dah nak masuk. Saya pun terus mengerjakan ibadah makan malam. Sambil makan saya fikir, apa pulak perkara yg mengingatkan saya terhadap Ayam? Saya tak tahu. Tak adil rasanya kalau begitu.


Saya pejam mata erat-erat. Relax. Tumpukan perhatian dan berfikir.


Tak dapat apa.


Kalau dah tak pandai tu, buat la camna pun bukan boleh dapat jawapan. Saya tak tau. Bila saya pejam saya cuma nampak binatang-binatang. Ah, tak kisah la. Bukan penting pun.


Bila orang tanya apasal lama tak update, saya cuma fikir, penting ke benda-benda ni? Blog-blog ni? Tak penting pun.


Lagipun ada banyak benda yg perlu saya fikirkan. Tentang kerja misalnya, dan juga 'my big day'. Hehehe. Haruslah kamu menyimpan sekarang bagi membelikan saya peti sejuk. Air cond berkuasa 6 kuda laut, takpun TV Soni 300 inci. Blender-blender, toaster, tempat sangkut sudu apa semua tu tak mahu. Hehehe.


Saya gemar menulis blog. lagi gemar membalas komen. sangat mencabar okayy. Tapi, ada masanya kita harus membezakan mana satu kepentingan, mana satu keinginan.

Jadi, apaaaaa yang pentinggg?


Kerjaaaaaa-saaaamaaaa!!!




Bersama-sama dengan Wonderpets hari ni di dalam episod "wonderpets selamatkan unta"

Sheeesh. Kenapa otak saya asyik pikir binatang sejak petang tadi?

32 comments:

yoshz said...

1st. ajaib kan?

elina jolie said...

2nd!!!

yoshz said...

cheh. kata layan dvd..

mimi said...

hawak nih tak abih2 ngan wonderpets...jom lah layan history channel haha. i tengah layan ngan "pendekar mustar" just-found-out-he's-a-rastafarian muahahha...

ayam! i miss you hehehehe...apsl tak datang we all tunang? jgn nak pepandai cakap tak ingat umah i. u datang umah i beraya, pastuh kene paksa semayang maghrib oleh en jani muahahha...

mims

kecik said...

azhar sulaiman?
aku rasa kalau jalaludin hasan yang jadi opismate ayam mesti kau rajin update kan mohd yoshz?

hai siti mimi!

yoshz said...

cik mimiku,
Wahaha. dah pandai layan history channel dah dgn orang tua. bagus bagus.lepas ni boleh geng ngan i, layan perasaan tua-tua.urut-urut kaki mengeluh cuaca panas dan barang mahal.

btw, tu bukan ayam la. tu boye. dua-dua nama binatang, tapi lain sifat, rupa dan persatuan uniform.

yoshz said...

nurul kecik,
apa kelas jalaludin hasan. aku mahu lisa surihani.

macha_sezs said...

akak jolie,
nampak tak yosh cuba curang disituh??

yosh,cilakak punye link!!

Darkk said...

Maaf lambat komen. Lupe password blogger. Tapi tak penting kan? Ini semua kehendak, bukan keperluan.

HazirahMahadzir said...

mohd Yoshz??
jadi,siapakah hassanul hadi???

@tune® said...

ecik mohd..
blog awak xseswai dibaca oleh kanak² yg baru masuk skolah..
saye takut mereka tidak dapat membezakan antara binatang dan orang...
haih...
bahaya nih!!

S.YanaZ said...

Hmmm...gua nk komen ala2 ceramah agama yg mmbosaankan, tp tidak dibenarkan di sini.

Bunga Binti Nordin said...

haha :D
ko plak yg 1st..
mmg pelik...
btw..
episode yg wonderpet selamatkan unta tuh beh woo...

:P

paiseh said...

14th..!!
walaupun...
gua bangga..

Rantong said...

Maaf mencelah.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

View Profil: Rantong™

Rajuna said...

bosan ah brader rantong ni. macam lari tajuk je cerita tentang kaya kaya ni apahal seh?

yoshz said...

macha,
haha. ada jugak orang klik tanpa usul periksa. haha!

darkk,
akhirnya kau kalah dengan macha..

hazirah,
hassanul hadi adalah sejenis makhluk yg berketrampilan unggul.

@tune,
takpe tak dapat beza. mmg dari segi pizikal mereka sama.

syanaz,
takpe. brader rantong dah komen kat bawah ni..

bunga,
aku tak tengok pun. kau ada tape cerita tu tak?

paiseh,
tahniah di atas pencapaian anda yg tak seberapa itu.

rantong,
tak kisah mencelah. terima kasih atas nasihat anda.
tapi kalau dah malas tu baca apa surah pun tak boleh kaya.

rajuna,
dia nak ajak masuk MLM gelang magnet dia la tu..

yoshz said...

oh btw rantong,

salesmen are not allowed here.

sila bawak keropok ubi, jam loceng yg boleh bertukar kaler kamu ke tempat lain.

dialicious said...

elina jolie tu salah sign in nama ke.patotnya mimi kan.hahaha

susudalambotol said...

baguslah dah siap sedia tgk wonderpets skrg. persediaan sebelum dan selepas kahwin :P

susudalambotol said...

baguslah dah siap sedia tgk wonderpets skrg. persediaan sebelum dan selepas kahwin :P

Anonymous said...

arrrrr..lama tak baca...rinduuu woooiii, nak gelak, nak senyum sorang-sorang ni...:) mamaliza

yoshz said...

dialicious,
dia ada split personality disorder kadang2. hehe

susu,
aik. tu kira syarat sah ke tu?

mama,
entri ni tak kelakar la mamah..
tapi sikit pun saya tak rasa bersalah

riderhenshin said...

siot ko ada ingat wonderpets..aku blh jadi tak betul bila tgk wonderpets dan dgr lagu dia skali...hahahahahah

mesinbasuhponkejeovertime said...

'aku busy macam mesin basuh ni'

rofl! lawak2... sgt2 betul. mesin basuh kat umah nie tgh2 mlm pon bunyi lagi. busy betul.

yoshz, yoshz. update lah selaluuu~

tasikmerah said...

binatang yg tengah selsema tu lu ingat tak yoshz...? ha ha.



.

member masrol hofhofhof said...

hahaha bai kawan lu si ayam tu mmg wa kenal habis la baiiii

perghh giler kecik duniawi ni

alif-mikail said...

dah lama koi tak komen di sini..

maseh buat koi ngelak... eh! gelak2..

sejak2 dah berdarah manis ni.. aok punye entry dah berat2 ke mimi je bunyik dia.. ahhaa

Hidemichi said...

aku kalau tgh tension susah nak gelak. Keperluan skrg adalah untuk mengkaraoke-kan diri.

Azhar Sulaiman sgt old school okayy!

Arda said...

apasal masa menonton wonderpets versi bahasa melayu macam ada terdengar suara shin chan versi bahasa melayu...ada perasan yoshz??

yoshz said...

riderhenshin,
jgn dengar doh lagu dia. badi! nanti tak boleh dengar perkataan 'penting' atau 'kerjasama' lagi.

mesinbasuh,
kau bayar la aku. hari-hari update. kalah mesin basuh.

tasikmerah,
tak ingat. binatang apa?

member masrol,
bangga sangat ni. best sangat ke kawan ngan dia?

alif mikail,
hey mestilah. keyboard pun manis ni.

hidemichi,
aku pulak dengan karaoke mmg tak boleh blah. tekak tak serasi.
kena nyanyi atas pentas jugak.

arda,
tak perasan. aku tak pernah menonton secara serius lagi.
mesin basuh laa katakan...

Anonymous said...

smekom ade nampak ungka tua kaler pink lalu cini tak?